16 July 2010

Aktivis Haiwan Pakai Kostum Ayam Ditahan

SINGAPURA: Seorang aktivis hak asasi haiwan Amerika Syarikat mendakwa beliau dihalang polis daripada melakukan bantahan solo dengan mengenakan kostum ayam di hadapan sebuah premis KFC di Singapura.

Edward Basse, seorang juru kempen People for Ethical Treatment of Animals (PETA) dari Manila mendakwa beliau dibawa oleh sebuah kenderaan polis selepas tiba dengan menaiki teksi di luar restoran terbabit.

“Saya kini di bilik hotel. Saya dikenakan tahanan kediaman. Saya akan berada di bilik hotel di bawah pengawasan polis sehingga saya meninggalkan hotel ini esok,” kata Basse, 24 melalui telefon kepada AFP.

Polis Singapura yang terkenal dengan tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan tidak memberikan sebarang komen.

“Ia akan mengambil masa panjang, soal siasat mungkin beberapa jam. Saya bimbang tetapi itu saya lakukan untuk ayam,” kata Basse. – AFP

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal