Angin sepoi-sepoi bahasa.. singgah di telinga ini. Syarikat al Attal (yang dikenali ramai) telah membuat tawaran untuk men"sponsor" seorang dari setiap BKAN, untuk mengerjakan umrah.
Entahlah, semoga niatnya murni. Cuma, saya tertanya-tanya juga, siapakah ahli BKAN Perak yang akan pergi umrah tersebut? Mesti dia rasa beruntung sangat dengan tawaran tersebut. Camna dia pulak yang boleh terpilih untuk mendapat sponsor tu?
Baguslah pergi umrah tu.. elok sangat.. Cuma, saya tertanya-tanya juga.. Kenapa al Attal sponsor seorang sahaja? Mungkin kewangan tidak mencukupi.. Siapalah yang bertuah itu?
Sebelum ini, beberapa buah rumah BKAN yang telah direnovate oleh al Attal banyak menimbulkan masalah. Semua ini diakui dan disaksikan sendiri. Tiba-tiba, dengar pulak ada orang yang disupport oleh Attal untuk pergi umrah. Secara luarnya, nampak seperti hendak bodek. WaLlahua'lam..
Dan saya harap, mereka yang dapat pergi umrah tu, supaya berhati-hati daripada digolongkan sebagai "makan harta seorang diri". Ini harapan saya, diharap saya tidak dikatakan dengki, saya memang tidak berniat begitu. Sekadar memberi nasihat, tanpa menujukan kepada sesiapa.
1 comments:
salam..
maaf... tapi bagi saya, pandangan sendiri juga perlu ditapis :)
Wallahu a'alam
Post a Comment