23 July 2010

Bahang Kekal 10 Semakin Dirasai.. Jom Kita Meriahkan!


KAHERAH, 23 Julai – Bahang Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM semakin dirasai kehangatannya. Program tersebut menemui ahli pada bulan Ogos ini bakal menyaksikan detik bersejarah dalam sejarah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Persekutuan Melayu itu yang telah ditubuh sejak tahun 1930 lagi telah menaungi 22 buah persatuan dibawahnya iaitu 12 buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN), 8 buah Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM), serta Persatuan Kebajikan Kemboja dan Singapura di Mesir.

Karnival yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini akan menyatukan seluruh anak-anak Melayu di bumi Mesir. Sehingga kini, pelbagai program telah dirancang dan disusun bagi merancakkan program Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM.

“Setakat ini, 70% gerak kerja telah selesai bagi menghadapi Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM. Insya-Allah, sama-sama kita doakan perjalanan program KEKAL ini berjalan dengan baik dan lancar pada tahun ini. Kita juga berharap kerjasama yang baik dari semua pihak dalam menjayakan program mega ini.” ujar Saudara Mohd Solehuddin bin Safien, Pengarah Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM ketika ditemui petang tadi.

Antara program yang akan berlangsung sepanjang Karnival itu ialah Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS), Bazar, Pameran Unit-Unit Dibawah PMRAM, Aktiviti Indoor dan Outdoor, Hari Keluarga, Wacana 3 Presiden, Pertandingan Motor Tercantik, Konsert Artis Tanah Air, dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai Karnival Kenangan 80 tahun PMRAM http://www.pmhkpmram.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal