12 July 2010

Tayar Kereta Bently Jadi Mangsa Pencuri


GAMBAR menunjukkan empat tayar sebuah kereta Bentley dicuri di Chelsea baru-baru ini.

LONDON - Malang nasib seorang pemandu sebuah kereta mewah Bentley di Britain apabila keempat-empat tayar kenderaannya itu sekali lagi hilang untuk kali ketiga, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta itu menjadi mangsa oleh sekumpulan pencuri ketika ia diletakkan di kawasan letak kereta awam di Chelsea awal minggu lalu sebelum pemiliknya terkejut mendapati kesemua tayar lesap dan diganti dengan batu-bata pada waktu pagi.

Kos untuk aloi khas kereta berwarna hitam model Continental GT yang bernilai £120,000 (RM578,460) itu sahaja dianggarkan sudah mencecah £5,000 (RM24,102) namun anehnya, tayar beberapa buah kereta Bentley lain di kawasan itu tidak pula dicuri.

Pemilik kereta tersebut yang tidak didedahkan namanya kehilangan dua buah tayar pada Mac tahun lalu. - Agensi

1 comments:

alias_safwan on July 14, 2010 at 12:07 AM said...

pencuri tu nak suh dye tukar kereta laen..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal