Assalamualaikum wbt...
Berakhirnya musim peperiksaan menandakan bermulanya musim program yang pelbagai. Tidak ketinggalan, Unit Biah Solehah (UBS) turut merencana beberapa perancangan. Sebagai pembuka tirai Unit Biah Solehah telah melancarkan Bulan Kajian Medan. Dalam mesyuarat UBS yang lalu, telah memutuskan bulan tujuh ini dijadikan sebagai bulan kajian.
Kajian Pembacaan Mahasiswa Malaysia di Mesir
Sepertimana yang kita ketahui, Mesir menganjurkan Pameran Buku setiap tahun. Pada tahun 2006, Mesir pernah menjadi negara kedua terbesar yang menganjurkan pameran ini selepas Frankfurt, German. Bagaimanapun, ia bukanlah sebagai bukti masyarakat Mesir rajin membaca. Satu kajian perlu dibuat. Di Malaysia, kajian membaca telah dijalankan. Menurut satu sumber, kajian semula pembacaan rakyat Malaysia akan dijalankan.
Melihat kepada situasi ini, UBS terpanggil untuk membuat satu kajian berkaitan prestasi pembacaan pelajar Malaysia di Mesir. Melalui kajian ini, kita akan dapat lihat bagaimanakah pencapaian sebenar mahasiswa kita di bumi Mesir ini.
Tuntutan membaca
Islam sangat menuntut umatnya supaya membaca. Allah menyebutkan di dalam Al Quran yang bermaksud : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan". Membaca merupakan salah satu cara menambah ilmu pengetahuan disamping mengeluarkan kita dari kejahilan. Firman Allah yang bermaksud 'Katakanlah wahai Muhammad adakah sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu". Menurut Dr Yusuf Al Qardhawi, "Pendakwah yang ideal adalah mereka yang mempunyai kekuatan thaqafah yang ampuh. Untuk mendapatkan thaqafah yang ampuh ini, memerlukan kepada pembacaan yang banyak. Mereka yang banyak membaca tidak akan pernah rugi.
Kajian ini telah dimulakan secara rasmi di beberapa cawangan bermula pada 7 Julai yang lalu. Ia dijangka akan diselesaikan pada 25 Julai yang akan datang. Mudah-mudahan kajian ini mendapat kerjasama dari semua pihak. Bersama kita pertingkatkan budaya membaca.
Al-Hasyir Bin Mohamad Rabeh
Pengarah Unit Biah Solehah 2010.
0 comments:
Post a Comment