23 July 2010

JPMK Cuba Menggagalkan Seminar Politik Islam Anjuran BKASM

Oleh : Us Fairus (link)

Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor (BKASM) akan menganjurkan program Seminar Politik Islam pada 25 hingga 26 Julai ini , perancangan untuk mengadakan program tersebut di ARMA telahpun dihalang oleh En Zul, pegawai JPMK dengan pelbagai alasan.

Mahasiswa hari ini adalah pengisi struktur kepimpinan negara akan datang. Apabila mahasiswa Islam tidak mengetahui mengenai politik Islam maka akan rosak sesebuah negara.

Adakah tiada kaitan politik dan Islam, sehinggakan En Zul memberi pelbagai alasan untuk menggagalkannya? Ataukah takut kepada isi pembentangan tersebut yang mana banyak memberi kredit dan benafit kepada mahasiswa-mahasiswa yang "cap bulan" sebagaimana yang di sebut oleh en KJ, seterusnya organisasi “cap dacing” di Malaysia akan terus ditolak oleh mahasiswa?

ISLAM HANYA WUJUD DENGAN POLITIK

Ketahuilah bahawa, disebut oleh Dr. Yusof Al-Qaradhawi di dalam kitabnya Fiqh Daulah menyebut “Islam hanya wujud dengan politik”

“Kita hendaklah mengisytiharkan dengan jelas dan bertalu-talu bahawa Islam yang sebenarnya sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah tidak mungkin akan wujud tanpa POLITIK! Sekiranya Islam ditinggalkan daripada politik maka ia akan menjadi agama lain, mungkin ia akan jadi agama Budha, Kristian ataupun selainnya dan ia tidak boleh dijadikan agama Islam.”

Politik yang bagaimana yang kita perlu pelajari? Bukan politik suku agama suku, bukan juga politik dictator ataupon politik kuku besi, akan tetapi semestinya Politik Islam yang perlu kita pelajari dan kuasai.

Berbalik pada tajuk asal, jangan sampai orang cakap JPMK sengaja cari fasal dengan mahasiswa, apa hak keistimewaan BKASM yang telah berdaftar dibawah JPMK? Kalaulah nak guna arma pun tak bagi, apa relavannya berdaftar dibawah JPMK yang dahulunya mewar-warkan akan mendapat pelbagai keistimewaan? Kalaulah ini betul berlaku, ini dah kes berat!

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal