11 July 2010

Jayakan Konsep Taakhi Dalam Segenap Bidang - Timbalan Presiden PMRAM

KAHERAH, 9 Julai - Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman menyeru kepada semua BKAN dan DPM agar masing-masing menjayakan konsep taakhi dalam segenap bidang, bukan hanya tertumpu dalam konteks program semata-mata. Beliau yang ditemui di pejabat PMRAM mengingatkan bahawa konsep taakhi yang telah dibina dan dijalinkan di antara BKAN dan DPM dalam 4 zon mempunyai matlamat utama yang tertentu.

Baru-baru ini, selepas pengumuman rasmi pembukaan program yang dilancarkan oleh beliau, satu program taakhi khusus yang dilakukan oleh zon C telah dianjurkan pada 1 Julai di Dewan Rumah Wilayah, Hayyu Sabik. Program tersebut menandakan satu permulaan yang baik dalam memperkasakan lagi konsep taakhi seperti yang dicanang-canangkan oleh PMRAM.

Pada 14 Julai pula, satu program wacana semasa akan dianjurkan oleh PMRAM dengan kerjasama taakhi BKAN zon B iaitu BKAN Johor dan Kedah dalam pendedahan isu semasa mengenai keruntuhan moral mahasiswa kini.

Dan, PMRAM juga akan menganjurkan program bersama Syeikh dalam ceramah Isra' Mikraj dan Bulan Syaaban dengan kerjasama taakhi BKAN zon A iaitu BKAN Terengganu, Perak dan Perlis di Dataran.

Menurut beliau, akan datang konsep taakhi ini diperluaskan lagi bukan hanya dalam konteks program semata-mata. Bahkan dalam konteks kebajikan, thaqafah dan pendidikan terutama konsep taakhi ini mesti dijayakan. Beliau yang merupakan Ketua Lajnah Perancang Dan Panitia PMRAM berkata bahawa setiap BKAN dan DPM tidak dapat tidak mesti menjayakan konsep taakhi ini dengan kerjsama dan pantauan daripada pihak PMRAM.

"Konsep taakhi yang dianjurkan ini ialah untuk sama-sama membina kekuatan "Kita PMRAM" agar kesatuan bersama dapat dibentuk. Di antara matlamat utama dalam konsep taakhi ini ialah dapat berkongsi semua masalah bersama di antara BKAN dan DPM, dan mana-mana BKAN dan DPM yang mempunyai kelebihan dapat menghulurkan bantuan kepada taakhi mereka khasnya" ucap beliau di hadapan beberapa Exco BKAN Johor dan Kedah selepas mengadakan perlawanan persahabatan futsal di antara BP PMRAM, exco BKAN Johor dan exco BKAN Kedah.

Tambah beliau lagi, BKAN dan DPM mesti mengorak langkah bersama dalam mencapai satu-satu kejayaan bersama taakhi meraka, bukannya hanya mementing kejayaan peribadi tanpa menghiraukan kesusahan dan permasalahan yang dihadapi oleh taakhi mereka. Justeru, beliau menyeru agar setiap BKAN dan DPM menjayakan konsep taakhi ini bukan hanya dalam konteks program sahaja, bahkan dalam pelbagai aspek yang dibawa.

rujuk blog rasmi HEWI PMRAM di : http://hewipmram55.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal