04 July 2010

Saya Dilanggar Kereta Tengahari Tadi..

Innalillah wa inna ilaihi raji'un..

Sebelum ini, mata ini asyik menyaksikan kemalangan itu dan ini, dan sempat saya postkan di dalam blog ini, Dengan izin Allah, diriku pula diuji oleh Allah. Tengahari tadi, dalam jam 11.05, saya telah dilanggar oleh sebuah kereta berwarna perak, ketika sedang menunggang motosikal.

Orang pertama yang saya hubungi ialah Presiden PMRAM.. Motosikal ini perlukan pembaikan.. Badan masih sakit-sakit. Kereta tersebut melanggar dari arah kiri dan sempat merempuh eksober tayar belakang sehingga bengkok. Diri ini terpelanting sehingga masuk ke bawah kereta yang sedang parking di sebelah jalan.

Pesanan untuk para sahabat, berhati-hati ketika memandu, jaga diri anda, berjuanglah sebelum kalian mati. Alhamdulillah, nyawa ini masih diberikan oleh Allah. Esok lusa belum comfirm lagi.

ibnuirfadzil

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal