04 July 2010

Harga Rokok Mesir Meningkat 100 %

KAHERAH: Harga rokok di Mesir meningkat sehingga 100 peratus apabila kerajaan mengenakan cukai baru terhadap bahan tembakau.

Langkah itu diambil dalam usaha mengekang amalan merokok dan meningkatkan program kesihatan awam di negara Arab paling padat penduduk.

Sebagai sebahagian daripada undang-undang baru yang diluluskan Mei lalu tetapi hanya dikuatkuasakan sekarang, cukai itu meningkatkan harga rokok sebanyak 40 peratus sementara tembakau yang digunakan dalam shisha kini dua kali ganda lebih mahal.

Pegawai kerajaan berkata, tindakan menaikkan cukai tembakau itu diperlukan bagi mendorong berjuta-juta perokok Mesir menghentikan tabiat merokok.

Angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah perokok di negara itu meningkat dua kali lebih cepat daripada pertambahahan penduduk dalam masa 30 tahun.

Berdasarkan laporan itu, kira-kira 40 peratus penduduk lelaki Mesir berusia 15 tahun ke atas menggunakan tembakau sementara 82 peratus perokok merokok antara 16 hingga 20 batang sehari.

“Ada pihak yang akan marah tetapi saya berpendapat, ia akan mengurangkan pengambilan tembakau,” kata Pengarah Kementerian Kesihatan, Sahar Labib.

Seorang peniaga, Hani Ishaq berkata, jumlah pembeli rokok berkurangan semalam, hari pertama cukai itu dikuatkuasakan.

“Saya juga merokok. Tetapi dengan peningkatan harga sebanyak 40 peratus, saya mungkin membeli separuh daripada jumlah rokok yang biasa saya hisap,” katanya. — Agensi

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal