oleh : Abezuh (link)
Dalam konteks semasa sekarang di tanah air khususnya Malaysia, perbincangan demi perbincangan berkenaan dakwah ke atas non-muslim semakin perlu diberikan perhatian. Dan kini bukan setakat dakwah non-muslim, bahkan umat Islam perlu mengetahui akan ruang keterbukaan Islam kepada non-muslim. Setakat mana ruang keterbukaan yang dibolehkan dan tidak. Semestinya ia menjadi kepentingan di masa kini setelah kita lihat isu kalimah Allah, orang non-muslim membaca ayat al-Quran di dalam ucapan mereka, isu dahulu mengenai kelaziman non-muslim dalam hukum hudud, konteks kelonggaran lesen arak, dan sebagainya...
Saya kira pemahaman dalam asas keterbukaan amat penting supaya objektif dakwah terhadap non-muslim tidak menyebabkan mereka lari dan meresa Islam merupakan agama yang menyusahkan atau mengongkong.
Bahkan sebelum ini, perbincangan terhadap fiqh-fiqh dan maqasid yang dibentang juga merupakan asas utama.. Hal ini demikian asas keterbukaan dapat difahami dengan tepat dengan asas yang kukuh.
ok..
Apabila bercerita berkenaan asas keterbukaan Islam kepada non-muslim, fokus utama ialah dari sudut :
- akidah
- ibadah
- akhlak
- syariat (iaitu konteks perundangan)
Dari sudut akidah dan ibadah, non-muslim sekali-kali tidak dipaksa dalam menukar anutan mereka kepada memeluk Islam. Bahkan ayat al-Quran sendiri menjelaskan bahawa tiada paksaan dalam menganuti agama Islam. boleh lihat ayat ke 99 surah yunus dan ayat 256 surah al-baqarah.
Bahkan mauqif yang dikenakan ke atas ahli zimmah (orang kafir yang duduk di negara Islam dan mengikut etika dan perundangan negara) diserahkan pilihan kepada mereka untuk terus berada dalam anutan mereka.
Islam hanya menyuruh umatnya berdakwah kepada non-muslim tanpa sebarang paksaan. Dan juga sekiranya mereka masih berada dalam anutan mereka, Islam menyuruh agar melakuakn apa jua wasilah dakwah ke atas mereka dalam mencari titik persepakatan yang boleh dilakukan di samping mendekatkan mereka kepada Islam setidak-tidaknya.
Dari sudut akhlak pula, maka jelas, bahawa bukan setakat Islam menyuruh umatnya berperangai yang elok dan sopan, bahkan seluruh agama yang ada samada yahudi, nasarani dan sebagainya menyuruh umatnya sebegitu. Bersikap sayang menyayangi, adil, bercakap benar, bertanggungjawab dan apa jua sifat yang elok, itulah yang diajarkan oleh agama-agama mereka. Justeru, penguatkuasaan ke atas non-muslim dalam berperangai elok bukanlah suatu paksaan dari Islam bahkan bukan jua Islam mengongkong non-muslim. Namun itu adalah ajaran daripada agama mereka Islam. Cuma apa yang diajarkan oleh Islam lebih cantik dan sopan.
Contoh yang boleh diambil, kelakuan zina, bukan sekadar Islam yang melarang sekerang-kerangnya, bahkan disebutkan bahawa Nabi Isa sendiri mencegah umatnya daripada berzina. Nabi Isa ada menyebut bahawa mata boleh melakukan (penyebab) zina. Nabi Muhammad SAW juga ada memberikan amaran bahawa penglihatan juga boleh menjadi panahan syaitan (menyebab ke arah zina / zina mata).
Adapun dari sudut syariat (iaitu konteks perundangan), Islam memberikan ruang kepada mereka untuk memilih mana yang mereka senang samada perundangan Islam atau berdasarkan perundangan agama mereka. Ini berkaitan hukum dan keagamaan. Dalam sudut kenegaraan atau ekonomi, tidak dapat tidak mereka mesti mengikut perundangan Islam yang telah ditetapkan. Hal ini demikian sekiranya mereka tidak mengikuti etika dan perundangan itu akan menyebabkan perjalanan pentadbiran kucar kacir.
Dalam hukum hudud pula, non-muslim tidak dipaksa melainkan apa yang sepakat di dalam agama mereka bahawa perkara tersebut adalah haram seperti zina atau mencuri. Adapun apa yang dihalalkan dalam agama mereka akan tetapi diharamkan dan dikenakan hukum dalam Islam seperti minum arak, maka hukuman hudud tidak dikenakan ke atas mereka. Namun pengawalan kelonggaran bagi mereka terhadap arak mestilah dikawal bagi memastikan tidak mendatangkan mudharat kepada masyarakat umum.
Nabi SAW juga pernah menjatuhkan hudud zina ke atas orang yahudi di madinah. Hal ini demikian dalam anutan mereka, zina juga adalah diharamkan.
Justeru, Islam tidak memaksa ke atas non-muslim untuk melakukan apa yang di dalam agama mereka mengharamkan dan meninggalkan apa jua yang disuruh oleh agama mereka. Namun, pengawalan bagi tidak merosakkan suasana masyarakat umum itu adalah ketetapan yang mesti dijaga.
Setakat ini sahaja secara asas mengenai keterbukaan Islam kepada non-muslim....
P/S : dakwah non-muslim adalah uslub kepada non-muslim, manakala asas bagi keterbukaan Islam merupakan metode atau etika kepada dakwah itu..
0 comments:
Post a Comment