04 July 2010

Ops Noda : Berkas 10 Pelacur Murahan Urutan Seks

2 Julai

KUALA LUMPUR: Pendekatan yang digunakan agak berbeza apabila sebuah rumah urut yang menawarkan perkhidmatan seks beroperasi 24 jam sehari dan sasaran pelanggannya buruh binaan terutama warga asing.

Setiap pelanggan warga asing ditawarkan kadar perkhidmatan luar biasa RM50 bagi sesi urutan termasuk perkhidmatan seks di rumah urut itu di Kampung Baru, Sungai Buloh, dekat sini.

Tindakan sindiket pelacuran itu dihidu Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan menyerbu rumah pelacuran berkenaan, malam kelmarin. Operasi bermula jam 9 malam kelmarin diketuai Asisten Superintendan Mohamad Nazri Daud dan disertai dua pegawai serta lapan anggota.

Mohamad Nazri berkata, operasi dinamakan ‘Ops Noda’ itu memberkas 10 pelacur murahan iaitu lapan daripadanya warga Indonesia dan India.

“Ketika menyerbu masuk, seorang pelanggan warga Bangladesh baru selesai melanggan pelacur dan sedang membuat bayaran di kaunter. “Dia dan penjaga kaunter rakyat tempatan itu individu pertama ditahan sebelum menyerbu masuk lapan bilik di dalam rumah terbabit,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan beberapa pelanggan warga asing sedang leka berurut sambil dilayani wanita warga asing terbabit.

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal