04 July 2010

Mati Ditikam Dalam Masjid

NARATHIWAT: Seorang pelajar agama warga Indonesia yang berusia 18 tahun ditikam hingga mati dalam sebuah masjid di wilayah selatan Thailand, semalam.

Menurut sumber polis, mangsa ditikam dengan pisau tujuh kali ketika sedang tidur dalam sebuah masjid di Sungai Kolok, berhampiran pinggir bandar di wilayah Narathiwat. Enam lagi pelajar yang juga sedang tidur di situ, bagaimanapun, tidak diserang.

Berdasarkan siasatan, polis percaya serangan itu berkait rapat dengan kejadian pertengkaran antara mangsa dengan sekumpulan remaja tempatan di situ dan tiada hubungan dengan pergolakan yang berlaku di wilayah selatan Thailand berkenaan yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, lebih 4,100 penduduk Buddha dan Muslim menjadi korban dalam pergolakan di selatan Thailand yang dicetuskan kumpulan militan pemisah Islam sejak enam tahun lalu. - AFP

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal