31 March 2010

Etisalat, Telekom Malaysia Dan Voip Ada Hubungan


Apa itu XL?

PT Excelcomindo Pratama Tbk, atau disingkat XL, adalah sebuah syarikat pengendali telekomunikasi selular di Indonesia.

XL mulai beroperasi secara komersil pada 8 Oktober 1996, dan merupakan syarikat swasta pertama yang menyediakan perkhidmatan telefon bimbit di Indonesia.

XL memiliki empat produk GSM, iaitu Bebas (prabayar), Jempol (prabayar), Xplor (pascabayar), dan yang paling baru Jimat (dulunya merupakan jenis perkhidmatan milik Jempol, tetapi kemudian dikembangkan menjadi produk sendiri yang lebih dikhususkan untuk komunikasi ke luar negeri). Selain itu XL juga menyediakan perkhidmatan korporat yang termasuk pembekal khidmat Internet (ISP) dan VoIP.
Pemegang saham XL saat ini adalah:

- Indocel Holding Sdn. Bhd. (67.02%), merupakan syarikat yang dimiliki 100% oleh TM International (L) Limited (TMIL). TMIL merupakan anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) yang khusus menangani pelaburan antarabangsa.

- Khazanah Nasional Berhad (16.81%), merupakan perbadanan pelaburan milik Pemerintah Malaysia.

- Emirates Telecomunications Corp. (ETISALAT) International Indonesia Ltd. (15.97%). ETISALAT International Indonesia Ltd. dimiliki 100% oleh Emirates Telecommunications Corporation (“ETISALAT”). ETISALAT adalah syarikat kini perkhidmatan telekomunikasi di Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang beroperasi dan mempunyai pelaburan meliputi 15 negara di kawasan Timur Tengah, Afrika, dan Asia, termasuk Afganistan, Republik Afrika Tengah, Cote D’Ivoire, Mesir, Gabon, Niger, Nigeria, Pakistan, Arab Saudi, Sudan, Tanzania dan Togo. ETISALAT baru-baru ini dianugerah sebagai "Best Overall Operator in 2007" pada Telecoms World Middle East Awards.

- AIF (Indonesia) Limited (7.38%), merupakan syarikat pendanaan swasta yang beribu pejabat di Hong Kong.

sumber : wikipedia
Baca seterusnya

Video Serbuan 100 Bilik Pelacuran Di Brickfields


sumber : bernama

Meskipun telah diserbu empat kali sejak 2007, 18 premis yang dijadikan sarang pelacuran di sekitar Brickfields di sini tidak serik dan terus menjalankan operasi.

Dalam operasi bersepadu terbaru pagi semalam oleh beberapa jabatan kerajaan, pihak berkuasa bertindak merampas pelbagai kemudahan di premis terbabit dan memecahkan sekatan-sekatan yang dijadikan lebih 100 bilik untuk tujuan pelacuran.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd. Rahman berkata kali terakhir premis itu diserbu adalah pada pertengahan tahun lalu.

"Dalam operasi hari ini (semalam) kami merampas kemudahan-kemudahan yang terdapat di premis itu seperti televisyen, kipas dan tilam," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Operasi itu melibatkan DBKL, polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Bekalan air dan elektrik ke premis terbabit dipotong oleh Syabas dan TNB.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana operasi semalam itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada penyewa premis terbabit.

"Kita beri notis kepada mereka kerana ini arahan daripada Datuk Bandar, Datuk Ahmad Fuad Ismail sebab penyewa membina sekatan untuk dijadikan beberapa bilik dan juga menggunakan premis itu untuk tujuan yang tidak dibenarkan," katanya.

Rolan berkata, pihaknya akan mengesan pemilik premis terbabit untuk menasihatkan mereka agar menyewakan premis bagi tujuan perniagaan lain dan bukannya untuk pelacuran. - Bernama

Baca seterusnya

Adobe Tak Mampu Telanjangkan Akhawat Kita




Sejak kebelakangan ini, banyak kes penelanjangan berlaku, yang membabitkan artis-artis kita. Elok-elok pakai baju (tapi tak tutup aurat), diadobekan bagi telanjang, kemudian disebarkan di dalam internet-internet. Tak perlulah untuk saya nyatakan mangsa-mangsa ini, yang foto-foto bogel mereka tersebar dengan mudah.

Cuma, satu penelitian bijak terhadap cara Islam dalam menyuruh umatnya menutup aurat. Cuba fikir balik. Orang perempuan diwajibkan memakai tudung, dan menutup aurat mereka, pakaian tidak ketat dan sebagainya. Apa yang boleh didedahkan hanyalah muka dan tapak tangan.

Ukuran aurat pada muka pun diteliti jugak. Ada ulama mengatakan bawah dagu perempuan itu aurat, dan ada yang mengatakan tidak. Tetapi kesimpulannya, hanya ruang muka sahaja yang dibenarkan untuk didedahkan, sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya menimbulkan fitnah, perlu pakai niqob sekali.

Cuba fikir balik. Bolehkah Super Impose mengedit muka akhawat kita, dan dipasangkan dengan si perempuan telanjang yang lain? Sudah pasti tidak. Ini kerana warna rambut muslimat kita tidak diketahui. Bentuk lehernya juga tidak sama. Kerinting, atau lurus rambutnya juga berbeza.

Sekiranya terdapat sebuah gambar yang mendedahkan muslimat kita bertelanjang, ia boleh dibuktikan salah, kerana jenis rambut mereka tidak diketahui, dan saiz telinga mereka ditutup oleh tudung.

Nak edit bentuk badan pun susah. Itu sebab perempuan diharamkan memakai pakaian ketat untuk didedahkan. Maka, apabila wajah mereka diedit dengan perempuan bogel, ia boleh dinafikan dengan bentuk badan asal yang "tidak diketahui" oleh orang lain, kerana ia ditutup selama ini.

Nampak? Bagaimana Islam menggariskan aurat wanita supaya mereka terjaga dan terpelihara daripada teknologi-teknologi kotor hari ini. Artis-artis yang asyik kena edit wajah mereka, asyik ditelanjangkan tubuh mereka dan sebagainya, adalah artis yang tidak tutup aurat.

Apabila foto bogel mereka tersebar di internet, mulalah nak bising. Cuba tutup aurat tu. Alhamdulillah, Islam memang menggariskan ciri-ciri pemakaian yang selaras dengan zaman, dan berjaya menutup segala penipuan sepanjang zaman!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Tahniah, JAIPk Anjurkan Seminar Fiqh Aulawiyat


Seminar Fiqh Al-Aulawiyyat – Dalam menangani isu semasa Ummat Islam

Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dengan kerjasama Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Perak (PUM Perak) akan mengajurkan satu majlis seminar yang akan mengupas tentang bagaimana menangani isu-isu semasa ummat Islam yang berlandaskan Fiqh Al-Awlawiyyat .

Empat Kertas Kerja akan turut dibentangkan oleh beberapa
pakar tempatan yang tidak asing lagi iaitu :


Kertas Kerja 1 :
Fiqh Al Awlawiyyat, Konsep serta Aplikasi Masakini
Oleh YBhg. Dr Fahmi bin Abd Kair
(Kolej Komuniti Gerik)

Kertas Kerja 2 :
Ekonomi Umat Islam : Keutamaan Terlampau dan Kejahilan Aplikasi Syariat.
Oleh YBhg.Dr Wan Abd Rahman bin Wan Abd Latif
(Bekas Pensyarah Sain Politik UKM)

Kertas Kerja 3 :
Perlaksanaan Syari’ah ; Dimanakah Keutamaannya?
Oleh YBhg. Prof Dr Abdul Aziz Bari
( Profesor Fakulti Undang-Undang UIA)

Kertas Kerja 4 :
Keutamaan Wanita ; Antara persepsi dan realiti Syari’at
Oleh : YBhg. Dr Hajjah Harlina Haliza Siraj
(Pakar Perunding Q&A Pusat Perubatan UKM, Naib Presiden JIM Pusat.
Seminar tersebut dibuka kepada orang ramai dan akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh
10 April 2010 / 25 Rabiul Akhir 1431H

Tempat
Auditorium Intim
Masjid Sultan Azlan Shah
Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Yuran Penyertaan
RM10.00 termasuk beg seminar,
kertas-kertas kerja dan makan tengah hari

Sila Hubungi
Tn Hj Jamaluddin – 019-5552185
En. Mohamed Zulfadhli – 019-3309836 / end
Baca seterusnya

Pejabat JPMK Caw. Alex = Pejabat Kelab UMNO?

Ia bukanlah tuduhan melulu. Tetapi sekadar menimbulkan tanda tanya. Mungkin saya yang tidak tahu. Minta maaf kalau tersilap. Apabila saya membuka Laman Web Kelab UMNO Iskandariah, mendapati bahawa alamat pejabatnya sama dengan pejabat JPMK cawangan Iskandariah. Tetapi, Pejabat JPMK di Kaherah, tidak sama dengan pejabat UMNO Kaherah, yang terletak di Rab'ah. Sila lihat gambarajah berikut.


Alamat Pejabat Kelab UMNO Kaherah (umnocairo.org)



Alamat Pejabat JPMK di Kaherah dan Iskandariah (jpmk.info)



Alamat Pejabat Kelab UMNO Iskandariah yang sama dengan alamat Pejabat JPMK Cawangan Iskandariah (umnoalexandria.org)

Cuma, saya sebagai seorang mahasiswa berharap agar ia tidak dipolitikkan, dan semua pegawai JPMK dapat menjalankan amanah mereka untuk membantu pelajar sebaik mungkin.
Baca seterusnya

Arak : Enakmen Dan Hukum Islam


MEMERANGI KETAGIHAN ARAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM

Teks ucapan penuh Yb Dr Siti Mariah Mahmud, MP Kota Raja dalam sessi perbahasan di Parlimen petang semalam.

Tuan Yang Di Pertua, terima kasih kerana memberi peluang saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada SPB diatas ucapan baginda. Baginda sungguh prihatin dengan pembangunan modal insan Negara yang tercinta ini. Tidak dapat dinafikan yang kelangsungan atau dengan izin, survival, Malaysia bergantung kepada Modal Insan yang bukan sahaja berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan berakhlak mulia tetapi juga mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang mantap. Itulah sebabnya maka Kerajaan memperuntukkan wang yang banyak untuk menjaga kesihatan rakyat dan membasmi segala macam jenis penyakit yang menggugat kesejahteraan rakyat.

Namun bukan sahaja saya tetapi ramai lagi rakyat di luar sana dan di dalam dewan ini mengeluh kenapa kerajaan telah sekian lama mengabaikan satu unsur penyakit ia itu ketagihan arak atau dengan izin, alcoholism. Arak, dadah dan rokok adalah tiga dadah merbahaya. Satu dunia tidak dapat menyangkalnya lagi. Bukti saintifik sudah lebih daripada mencukupi untuk membuktikan ke-3 bahan ini merosakkan akal dan jasad manusia, namun undang-undang membezakan di antara ke-3 bahan ini.

Sementara dadah di sebut sebagai najis dan diharamkan dan boleh dihukum mati jika mengedarnya, rokok pula dikenakan cukai yang tinggi dan ada usaha (walaupun pada saya, ianya tidak memadai) untuk memberi amaran kepada perokok tentang bahayanya pada kotak-kotak rokok. Tapi apa sudah jadi dengan minuman keras? Kenapa minuman keras mendapat layanan istimewa? Alkohol diklasifikasikan sebagai dadah psikoaktif mempunyai cirri-ciri “depressant/kemurungan”, ketagihan dan menyebabkan daya tumpuan berkurang. Dadah-dadah lain yang mempunyai kesan ini memerlukan preskripsi doktor untuk membelinya.

Walaupun seksyen 2(1) Akta Kastan 1967, mentakrifkan “liquor” yang memabukkan (intoxicating liquor) termasuklah apa-apa alkohol atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih dari 2% spirit pruf (saya difahamkan ialah alkohol mutlak/ethyl alcohol) , yang sesuai, atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara di ubah lagi bagi, digunakan sebagai minuman , Akta Eksais (Akta 176) pula dalam seksyen 32 (1) telah memberi pengecualian kepada penjualan minuman beralkohol seperti bir (ale, stout, porter) atau todi atau arak natif (sabah) ianya kesemua jenis arak tapaian atau yang di hasilkan oleh proses pemeraman. Ini bermakna penjualan runcit kecil-kecilan tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan boleh dijual di kedai-kedai tanpa perlesenan.

Bir dan todi mengandungi alkohol melebihi 2%. Saya diberitahu yang bir mengandungi dalam sekitar 5-8% kandungan alkohol. Sudah tentu boleh memabukkan. Dalam Seksyen 32 (3) pula memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan! Sungguhpun Peraturan Eksais 7A untuk penjualan apa-apa liquor telah menghadkan jualan kepada seseorang berumur bawah 18 tahun, kadar pematuhan dan penguatkuasaan amatlah mengecewakan.

Disebabkan pengecualian ini bir mudah didapati di merata-rata tempat di seluruh Malaysia. Dengan pengecualian ini juga pihak PBT tidak boleh menghadkan penjualan bir dan minuman seangkatan dengannya sekiranya kedai menjual secara runcit mengikut takrifan undang-undang. Saya kira, hanya kerajaan Kelantan yang berani membuat keputusan menghadkan penjualan arak di premis-premis tertentu.

Kerajaan Kedah pula tidak mampu membuat perubahan di Langkawi kerana seksyen 32(1) (c) memberi pengecualian kepada kedai runcit bebas duti yang dilesenkan dibawah seksyen 65(D) Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Saya meneruskan hujjah saya kenapa kerajaan perlu serius melihat isu arak ini dengan lebih mendalam dan diakhir hujjah ini saya akan mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan hari (the government of the day). Sekiranya saya memerlukan masa yang lebih, dengan izin, please be lenient with me, only this time.

Saya mahu pihak kerajaan tahu yang rakyat, yang Islam dan bukan Islam sebenarnya akan berada dibelakang kerajaan untuk kerajaan mengorak langkah membuat satu polisi minuman keras yang melindungi rakyat terbanyak dan tidak hanya membuka peluang yang begitu luas kepada perusahaan minuman keras. PAS sudah tentu akan menyokong apa-apa pindaan kepada undang-undang untuk mengawal lebih ketat penjualan dan pengambilan arak dan menangkis sanggahan yang mengatakan pengawalan penjualan arak menafikan hak asasi manusia dan hak bukan Islam.

Tuan Yang di Pertua,
Untuk sedikit makluman Dewan, Minuman keras terbahagi kepada 3 kategori besar. Bir, Wain dan Spirits – klasifikasi dibuat bergantung kepada kandungan alkohol atau alcohol by volume (ABV). Spirit mengandungi kandungan alkohol yang tinggi bermula dari 20% dihasilkan dari proses penyulingan dan penuaan. Sementara bir dan wain yang dihasilkan melalui proses pemeraman atau penapaian mengandungi ABV dari 1% ke 20%. Kesemuanya cecair memabukkan mengikut takrifan di dalam Akta Kastan 1967.

Tuan Yang di Pertua,
Tidak ramai rakyat Malaysia tahu yang kita menduduki tangga ke-10 tertinggi/terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia, walaupun Negara kita mempunyai hanya 26 juta orang penduduk dan sebuah Negara yang kecil.

Setiap tahun, rakyat Malaysia membelanjakan USD 500 juta membeli alkohol. Walaupun secara purata pengambilan alcohol jatuh sebanyak 7 L per kapita, mereka yang mengambil alcohol sebenarnya adalah peminum tegar. Dikalangan rakyat Malaysia, kaum India walaupun 8% daripada kependudukan Negara ini merupakan peminum alcohol berat dengan kadar melebihi 14 L alcohol mutlak setahun.

Kerajaan mungkin menganggap ketagihan arak di kalangan kaum India sebagai satu masalah unik kaum India dan tidak memberi perhatian langsung kepada masalah ini dan meninggalkan isu ini ditangani oleh NGO. Di sebalik ketagihan arak kaum India ialah masalah kemiskinan dan kemelaratan hidup. Saya tidak berniat untuk mengupas isu ketagihan arak dikalangan kaum India sekarang Cuma ingin berkongsi pengalaman dengan Dewan ini.

Setelah saya memenangi parlimen Kota Raja dalam PRU lepas, saya di datangi beberapa kumpulan yang terdiri dari kaum India meminta saya menangani masalah ketagihan arak dikalangan kaum India di dalam kawasan.

Mereka meminta PAS mengawal jualan arak di kawasan yang saya menangi sepertimana dilakukan di Kelantan. Mereka menjamin, kaum wanita India akan meneruskan sokongan sekiranya perkara ini boleh dilakukan kerana kaum wanita dan anak-anak menjadi mangsa penderaan apabila sang suami mabuk.

Kadar pengambilan bir di Malaysia pula menyamai Negara-negara Eropah ia itu 11 L per kapita. Umur purata ketagihan arak ialah 22 tahun dan umur pertama rakyat mula terdedah kepada pengambilan alkohol semakin awal dalam kehidupan.

Apa akan jadi kepada modal insan Negara apabila belia dan remaja menjadi peminum arak dan kemudiannya menagih arak. Pengiklanan dan promosi agresif syarikat-syarikat minuman keras seperti Carlsberg dan Guiness menggunakan pendekatan penajaan sukan tertentu dan mengeksploitasi wanita muda seksi untuk mendedahkan orang-orang muda kepada minuman syaitan ini.

Carlsberg telah menjadi penjadi penaja utama Maybank Malaysian Open Golf 2010. Dalam satu kenyataan Pengarah Urusan Carlsberg Malaysia, di antaranya, “ We wanted to treat our consumers to an exclusive experience of Maybank Malaysia Open…….There was an abundant flow of Carlsberg beer throughout throughout the day” dan seterusnya. Ia nya satu kenyataan terbuka yang mahu menggalakkan orang muda golongan atasan dan berada untuk mencuba minuman syaitan ini. Yang berhormat sekelian boleh melayari internet sendiri untuk mendapat maklumat selanjutnya.

Jumlah rakyat yang mengambil alkohol juga kian bertambah saban hari. Namun tiada statistic resmi dari pihak kerajaan. Saya harap satu kajian menyeluruh dibuat untuk mengetahui status sebenar permasalahan ini. Para pemimpin perlu juga tahu Malaysia sekarang menjadi hub arak ke Negara-negara Asia. Pemasaran arak di Eropah dan Amerika sekarang sudah tepu, maka mereka menoroka pasaran baru di rantau ini.

Maka kita tidak hairan syarikat-syarikat besar seperti Carlsberg dan Guiness sanggup menanam modal berjuat-juta di Negara kita tetapi sanggupkah rakyat Malaysia melihat Negara kita satu hari dikutuk dan dilabel sebagai Negara Islam yang bersubahat dengan kesengsaraan beribu-ribu nyawa di rantau ini. Sekarang ini pun Malaysia sudah terpalit dengan label pusat pemerdagangan manusia terutama wanita dan kerajaan berhempas pulas untuk membersihkan nama Malaysia. Kita tidak akan terdaya membersihkan nama sekiranya perusahaan arak digalakkan dan ada facts and figures untuk membuktikannya.

Kesan Alkohol
Kesan negatif pengambilan alkohol terhadap otak melebihi kesan positif yang bersifat sementara. Kesan utama ke atas otak manusia menyebabkan proses kognitif iaitu di antaranya persepsi, tumpuan, kesedaran, keupayaan berfikir, kecerdasan dan banyak lagi fungsi otak terganggu yang sering disebut sebagai keadaan mabuk.

Akibat daripada gangguan fungsi normal otak ini menyebabkan fungsi akal yang waras terganggu dan maka berlakulah kemalangan jalan raya, penderaan isteri dan anak, pergaduhan serta banyak lagi kesan negatif ke atas diri peminum, keluarga dan masyarakat yang ahli yang berhormat semua sedia maklum. Kesan jangka panjang menyebabkan kerosakan organ tubuh termasuk hati dan otak sudah memang diketahui dalam dunia perubatan. Ketagihan arak atau alkohol tidak jauh bezanya dari ketagihan najis dadah.
Saya tidak akan mampu menceritakan tentang kesan alkohol dalam Dewan ini. Saya harap Ahli-ahli yang berhormat dapat membaca satu artikel yang di tulis oleh Prof Madya Dr Azizi Yahya, Fakulti Pendidikan, UITM yang menyerlahkan kesan negatif alkohol secara ilmiah.

Nilai Ekonomi Perniagaan Arak
Kutipan cukai dari perniagaan arak meningkat kepada RM 817 juta pada tahun 1996 dari RM 769 juta pada tahun 1994. Berapakah nilai kutipan cukai minuman keras agaknya sekarang? Menteri Kewangan di dalam jawapan bertulis mengenai nilai cukai import minuman keras dari tahun 2004 ke 2008 menyatakan nilai cukai import masa itu ialah RM442.6 juta. Nilai eksport minuman keras pula RM1.1 billion.

Pada tahun 1995 terdapat 2,360 premis awam yang dilesenkan menjual minuman keras. Angka ini dikatakan telah berganda pada tahun berikutnya (1996). Ini tidak termasuk premis atau kedai-kedai runcit yang menjual minuman beralkohol dalam tin (beer, stout, shandy) yang tidak memerlukan perlesenan. Saya minta Menteri Kewangan menyatakan berapa premis atau jumlah lesen yang dikeluarkan menjual arak di seluruh Negara pada ketika ini.

Perusahaan arak tempatan atau samsu kita begitu aktif dan dianggarkan menghasilkan samsu USD43.4 juta (RM180 juta) pada tahun 2006. Samsu boleh mengandungi alkohol setinggi 38% dan boleh terdapat dengan mudah di kedai-kedai runcit dan tempat-tempat kediaman. Ianya boleh didapati semurah RM2 dalam botol kecil atau di isi dalam palstik sahaja. Mungkin Menteri Kewangan dapat memberitahu Dewan yang mulia ini berapa jumlah setahun penghasilan arak di dua kilang pemeraman arak (Guiness dan Carlsberg) yang dilesenkan kerajaan di KL ini.

Dan dari jumlah ini penghasilan ini berapa peratus yang dipasarkan di dalam Negara dan berapa banyak pula yang dieksport? Akhbar The STAR melapurkan yang kilang arak di Malaysia nilai perniagaan bird an stout di Malaysia ialah RM 4.77 billion . Walaupun kadar eksais dikatakan tertinggi di Asia, dan nombor dua tertinggi di dunia selepas Norway, nampaknya semakin ramai yang mampu membeli.

Mungkin angka di atas tidak menjadi persoalan malah menjadi kebanggaan sesetengah pihak kerana Negara mendapat keuntungan dan secara tidak langsung rakyat turut mendapat manafaat. Tetapi bagaimana pula kalau dibentangkan yang anggaran perbelanjaan rakyat Malaysia membeli arak ialah USD500juta (RM1750,000,000 atau RM1.75 billion) pada tahun 2006? Nilai import pula minuman keras dari tahun 2004 ke 2008 ialah RM212 juta. Secara relatif tidaklah sebanyak nilai eksport.

Sebagai Negara Islam, berapa ramai pula rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlibat di dalam industri arak ini? Dari pengilangan, pengangkutan, penjualan? Pernahkan kerajaan membuat kajian, berapa ramai pula rakyat beragama Islam minum arak ? Berapa ramai peminum sosial dan berapa ramai pula yang ketagihan arak?

Kerajaan mempunyai statistik mengenai jumlah penagih dadah , jumlah pengidap HIV/AIDS, jumlah kematian akibat kemalangan dan banyak lagi statistik. Kerajaan adakah angka untuk jumlah rakyat Malaysia yang terjebak dalam ketagihan arak (chronic alcoholism) mengikut kaum dan jantina? Kalau ada saya minta diberi jawapan, kalau tiada, kenapa tidak? Tidak kah Menteri Kesihatan tahu yang ketagihan arak ialah satu penyakit yang merbahaya?

PERSPEKTIF AGAMA-AGAMA
Saya mengajak Yang Berhormat sekelian terutamanya yang beragama Islam, Hindu, Kristian dan Budha merujuk kepada agama masing-masing tentang larangan arak yang jelas.

Di dalam agama Islam, surah Al Maidah ayat 90-91, Allah SWT berfirman: WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! BAHAWA SESUNGGUHNYA ARAK DAN JUDI, DAN PEMUJAAN BERHALA, DAN MENGUNDI NASIB DENGAN BATANG-BATANG ANAK PANAH, ADALAH SEMUANYA KOTOR/KEJI DARI PERBUATAN SYAITAN. OLEH ITU HENDAKLAH KAMU MENJAUHINYA SUPAYA KAMU BERJAYA. SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU HANYALAH BERMAKSUD MAHU MENIMBULKAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAAN DI ANTARA KAMU DENGAN SEBAB ARAK DAN JUDI, DAN MAHU MEMALINGKAN KAMU DARIPADA MENGINGATI ALLAH DAN DARIPADA MENGERJAKAN SEMBAHYANG. OLEH ITU MAHUKAH KAMU BERHENTI (DARIPADA MELAKUKAN PERKARA2 YANG KEJI DAN KOTOR ITU ATAU KAMU MASIH BERDEGIL)


Rukun Agama Budha yang ke-8 dengan jelas menyatakan “ Budhists should abstain from liquor”. Budha juga menolak menjual arak sebagai sumber pendapatan.

Dalam Bible, The Book of Proverbs Bab 23:29-33 memberi nasihat ini “ Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly. At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things. And your nind will utter perverse things”.

Dalam agama Hindu, tujuan utama penganut Hindu ialah untuk bersatu dengan Tuhan. Ianya hanya boleh tercapai melalui badan dan akal yang sihat. Seorang agamawan Hindu Thiruvalluvar mengatakan “ Mereka yang minum arak tidak berbeza dengan mereka yang meminum racun, maka mereka tiada bezanya dengan orang yang sudah mati”

Pada 30hb Oktober 2009, Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM telah mengadakan satu muzakarah “pakar arak dan permasalahannya”. Ahli panel dan peserta terdiri dari pelbagai profesyen , agama dan bangsa. Mereka telah membuat rumusan dan beberapa cadangan kepada pihak berkuasa (mungkin kepada Jabatan Perdana Menteri) untuk membuat pindaan-pindaan kepada beberapa undang-undang. Soalan saya adakah pihak Jabatan Perdana Menteri menerimanya dan apakah tindakan susulan pihak menteri berkenaan?

Mengharamkan minum arak tidak bercanggah dengan agama-agama besar dunia. Ia hanya bercanggah dengan nafsu manusia atas nama hak kebebasan asasi manusi untuk memilih. Saya tidak mencadangkan pengharaman terus tetapi menyemak semula supaya masalah pengambilan arak tidak begitu berleluasa dan tidak terkawal

Malaysian Hindu Sangan (MHS) telah mengistiharkan peperangan terhadap ketagihan arak / alcoholism kerana kesannya terhadap generasi muda Negara. Mereka telah mencadangkan supaya penalti atau hukuman dikenakan kepada peminum bawah umur dengan 2 hari dalam penjara,.

Cadangan lain ialah mengenakan cukai berperingkat (TIERED BASED TAX) berasaskan kandungan alkohol minuman bukan satu kadar rata 10% untuk semua jenis minuman dan menubuhkan satu pusat untuk menangani permasalahan penagihan arak untuk jangka panjang yang merancang langlah-langkah pencegahan, penyelidikan dan rehabilitasi.
UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN DENGAN ENAKMEN SYARIAH- SATU KONFLIK

Tuan Yang di Pertua,
Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang wanita, Kartika Sari, kerana kesalahan meminum arak. Pengambilan arak tidak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang sivil walaupun sampai kepada tahap mabuk melampau sekiranya tidak mencederakan sesiapa atau tidak memandu. Hatta sehingga memukul anak dan isteri pun boleh dimaafkan lagi kerana dianggap masaalah domestik.

Namun di dalam Islam, ianya satu kesalahan jenayah serta telah termaktub dalam enakmen syariah negeri-negeri serta Wilayah Persekutuan . Seksyen 19 (1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP) 1977 Akta 559 menyatakan mana-mana orang yang, dimana mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 19(2) Akta yang sama pula menjadikan kesalahan pada sesiapa yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan. Enakmen ini jelas berkonflik dengan Seksyen 35 Akta Eksais.

Ketiadaan penyelarasan atau konflik di antara undang-undang sivil dan enakmen syariah telah menjadikan hukuman Islam ditertawakan dan dimomokkan. Setiap kali alasan diberi adalah kerana undang-undang syariah di bawah kuasa negeri dan lebih spesifik di bawah sultan-sultan dan agung. Cukuplah meletakkan tanggung jawabnya di atas sultan dan agung. Bukan kah agung dan sultan bertindak atas nasihat majlis agama masing-masing. Tengoklah dalam enakmen syariah negeri Pahang, salah satu hukuman minum arak ialah sebatan tetapi tiada pula dalam enakmen syaraiah WP.

Bagaimana enakmen syariah hendak dilaksanakan dan dipandang sebagai perkara yang betul apabila Akta Eksais tidak diselaraskan dengan Hukum Syariah. Bagaimana kedudukan pekerja-pekerja Islam di dalam kilang arak, di kedai-kedai runcit seperti 7-11, bagaimana pula kedudukan pramugari dan pramugara kita yang menghidangkan arak, bar tender yang mencampur minuman keras untuk pelanggan. Adakah kita redha melihat saudara-saudara seIslam melakukan dosa. Betul kah mereka dalam keadaan darurat dan berhak mengambil rukshah atau keringanan dalam hal ini? Bukankah di antara maqasid syariah pemerintahan Islam Hadari salah satu tanggung jawab pemerintah adalah menjaga agama rakyat.

Saya merayu bersungguh-sungguh supaya Kerajaan mengambil langkah serius untuk menyelaras undang-undang di mana boleh untuk menepati hukum Islam.


Saya tahu amat berat Kementerian Kewangan membuat pindaan-pindaan dan pengawalan yang lebih ketat terhadap perusahaan arak. Boleh kah Dewan ini tahu berapa peratus kah pendapatan Negara disumbang oleh perusahaan arak?

Ahli Parlimen PAS telah beberapa kali meminta di dalam Dewan ini hasil kerajaan dari pencukaian perusahaan haram (di antaranya judi, arak dan riba) atau sin tax ini di asingkan daripada akaun atau dana terkumpul Negara. Tujuan pengasingan Sin tax ini ialah supaya ianya tidak digunakan untuk mambayar gaji atau menjadi punca dana yang membawa kepada makanan rakyat dan menjadi darah dan daging rakyat atau dana untuk kebajikan atau membina masjid. Ianya boleh digunakan untuk infrastruktur dan perkara-perkara yang dibolehkan oleh syariat. Menteri Agama kita tentu lebih mafhum daripada saya perkara ini.

Saya terlalu bimbang yang gaji dan elaun kakitangan awam termasuk elaun kami sebagai ahli yang berhormat, menteri-menteri juga subahah kerana ada pencampuran sumber halal dan haram. Tidak susah mengasingkannya pendapatan haram dari yang halal kerana ianya cuma memerlukan satu usaha teknikal perakaunan.

Tidak kah terlintas di hati Menteri-menteri kewangan Malaysia dulu dan kini yang terdiri daripada orang Islam (kecuali Mendiang Tun Tan Siew Sin) untuk menyelamatkan ummah daripada kemelut ini. Perkara haram dan halal dalam Islam adalah teras di dalam akidah Islam. Mungkin kerana kita tidak memahami konsep BARAKAH dalam agama kita maka ramai yang memandang enteng tentang perkara ini. Islam memberatkan kualiti sumber rezeki yang kita dapat dan tidak semestinya kuantiti rezeki.

Adakah kemelut gejala sosial umat Islam di Negara kita berbanding dengan bangsa dan agama lain berpunca sumber rezeki yang subahah maka hilang keberkatannya?. Maka ini menyebabkan hidayah Allah SWT kepada rakyat terbanyak dan generasi muda bermasalah. Rahmat Allah SWT seolah-olah tertutup kepada umat Islam walaupun kerajaan merasakan telah mencurah begitu banyak bantuan untuk pendidikan.

Lihat surah Al-A’raf , ayat 96 – “Dan Tuhan berfirman, SEKIRANYA PENDUDUK NEGERI ITU, BERIMAN SERTA BERTAQWA, TENTULAH KAMI AKAN MEMBUKA KEPADA MEREKA (PINTU PENGURNIAAN) YANG MELIMPAH-LIMPAH BERKATNYA, DARI LANGIT DAN BUMI. TETAPI MEREKA MENDUSTAKAN (RASUL KAMI) LALU KAMI TIMPAKAN MEREKA DENGAN AZAB SEKSA DISEBABKAN APA YANG MEREKA TELAH USAHAKAN”

Kerajaan hendak menjadikan Negara ini BALDATUN TAYIBBUN WA RABBUN GHAFUR. Mulakanlah dengan langkah yang mudah ini – bersihkan pendapatan Negara - asingkan pendapatan haram dari pendapatan yang diselaputi dosa.

Akhirnya Tuan Yang di Pertua,
Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan satu JK bersama atau satu kaukus di peringkat parlimen untuk mengkaji semua aspek isu arak untuk merangka polisi minuman keras negara pencukaian, pengilangan, pelesenan, pengiklanan dan promosi, penjualan dan lain-lain lagi yang sentuh tadi, menyemak undang-undang yang berkaitan dengan alcohol bertujuan untuk membendung pengambilan minuman keras di kalangan rakyat terutama golongan muda.
Baca seterusnya

Video Penemuan Janin Dalam Balang


Janin sebesar dua jari dijumpai dalam balang plastik bertutup di hadapan pintu pagar, Tokong Foo Yan dekat Jinjang Utara, Jinjang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin yang dipercayai lelaki itu dijumpai seorang lelaki yang juga penjaga di tokong itu kira-kira 11.30 malam ketika dia meronda di tokong itu.

"Janin yang masih bertali pusat dengan panjang kira-kira 10sm itu dianggar empat bulan dan cukup sifat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. -Bernama

Baca seterusnya

Adik Presiden UAE Maut Dalam Kemalangan Peluncur


sumber : gigitankerengga

DUBAI, 30 Mac: Sheikh Ahmad bin Zayed Al Nahyan, adik kepada presiden Abu Dhabi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, disahkan terbunuh dalam kemalangan peluncur di Maghribi Jumaat lepas.

Media negara WAM melaporkan Kementerian Hal Ehwal Kepresidenan mengumumkan acara berkabung tiga hari mulai Rabu dan pada tempoh itu bendera akan dikibarkan separuh tiang.

Saluran TV tempatan menyiarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada Selasa setelah berita kematian Sheikh Ahmad disiarkan.

Dilahirkan pada 1971, Sheikh Ahmad merupakan pengarah urusan Lembaga Pelaburan Abu Dhabi (Adia) dan pengerusi lembaga amanah Yayasan Zayed bagi Kerja-kerja Amal dan Kemanusiaan.

WAM melaporkan peluncur berkenaan terhempas ke dalam sebuah tasik dekat Empangan Sidi Mohammad Bin Abdullah berhampiran ibu negara Maghribi, Rabat.

Laporan media menyatakan juru pandu peluncur itu dapat diselamatkan sementara pasukan pencari melancarkan operasi mengesan Sheikh Ahmad yang hilang dalam kemalangan itu.

Beliau berada pada ranking ke-27 orang paling berkuasa di dunia dalam senarai Forbes tahun lepas. Adia dikatakan memiliki aset bernilai lebih AS$400 bilion. -Bernama-

link : http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/03/adik-presiden-uae-maut-dalam-kemalangan.html
Baca seterusnya

Sanggup Ditiduri Untuk Dapat Slot TV


sumber : syukran.wordpress.com

Ada Wartawan Sanggup Ditiduri Untuk Dapat Slot TV

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Ada wartawan, pengamal media yang sanggup ditiduri pihak tertentu semata-mata mahu mendapatkan tempat di dalam slot rancangan tersebut, kata bekas wartawan penyiaran RTM Rosli Nordin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan-pandangan umum sebelum ini yang menyatakan bahawa kumpulan wartawan penyiaran lebih popular berbanding wartawan penyiaran.

“Ada kes-kes seperti itu berlaku. Dan, saya harap sikap-sikap seperti itu tidak perlu wujud hanya kerana mahu muncul di televisyen,” kata beliau ketika menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar media Universiti Malaya, sempena Career Talk Minggu Media di sini, hari ini.

Rosli yang pernah menggondol beberapa anugerah hasil laporannya sebelum ini berkata, apa yang penting adalah akal yang bijaksana untuk menyusun laporan-laporan yang menarik minat pembaca dan penonton.

“Memang ada kes sebegitu sehingga mereka sanggup tidur dengan pihak tertentu agar mendapatkan program televisyen. Ramai yang nak jadi wartawan penyiaran kerana kerjaya itu menyebabkan mereka lebih popular.

“Tapi, sebenarnya, kalau kita tiada akal, kewarasan, kredibiliti, maka hal itu tiada gunanya. Sekarang, pelajar media perlu buang sikap rendah diri itu. Ada yang rasa saya tak cantik, jadi tak sesuai jadi wartawan penyiaran,” kata beliau lagi.

Dalam hal ini, Rosli berkata, pelajar media perlu mencontohi watak pengamal media seperti Oprah Winfrey yang popular melalui rancangan bual bicara yang beliau kendalikan.

“Adakah dia (Oprah Gail Winfrey) itu cantik? Dia pernah masuk ratu cantik di kawasannya, malah dia pernah dirogol, tetapi siapa dia sekarang?

“Berapa banyak duit yang dia buat sekarang? Oprah Winfrey juga pada asalnya adalah seorang wartawan. Tapi, beliau memiliki kepintaran dan akal. Dengan sebab itu, dia berjaya,” kata beliau lagi.-Era Pakatan

link : http://syukran.wordpress.com/2010/03/30/ada-wartawan-sanggup-%E2%80%98ditiduri%E2%80%99-untuk-dapat-slot-tv/
Baca seterusnya

30 March 2010

Terkini : Calon BP Sedang Berkempen Di Rumah Perak








Tahniah diucapkan kepada calon BP PMRAM, dan pimpinan KPIPM sendiri. Rumah Perak telah digunakan untuk berkempen 4 orang calon BP PMRAM. Turut menghadiri majlis ialah Ustaz Amaluddin yang merupakan salah seorang BP PMRAM, dan Ustaz Muntazimuddin, selaku wakil SPR PMRAM.

4 orang calon BP PMRAM tersebut ialah, Ustaz Faizuddin, Ustaz Firdaus, Ustaz Hidayat dan Ustaz Zahid. Tidak ketinggalan, wakil Us Yusof turut sama memeriahkan majlis. Majlis bermula jam 8.50 dengan dipengerusikan oleh “orang kuat” Us Zahid, iaitu Ustaz Abdul Hadi bin Abdul Rahman.

Program sedang berjalan sehingga catatan ini ditulis. Semoga berjaya diucapkan kepada semua!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Coca Cola Ranking Pertama Jualan Terbanyak 2009

Satu statistik yang dibuat oleh Beverage Digest membuktikan kejuaraan Coca Cola dalam persaingan jualan-jualan minuman bergas. Amacam? Siapa yang kaya? Apa khasiat yang kita dapat daripada meminum air ini? Sila klik untuk besarkan.




Baca seterusnya

RM 1.75 Billion Untuk Beli Arak Sahaja!


sumber : Harakahdaily

Arak di Malaysia semudah beli air minuman

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.
Baca seterusnya

Kehebatan Si Toyol Menggelapkan Berbillion-billion Ringgit


Pelbagai berita muncul di kaca internet, tentang kehilangan wang berbillion-billion. Bukan sekadar ratusan ringgit sahaja. Pelik. Banyak betul. Adakah mereka yang "mencuri"nya tidak sedar bahawa mereka akan dicari?

Cuba kita tengok cara si toyol mencuri duit. Toyol akan ambil sedikit demi sedikit supaya kehilangan duit itu tidak disedari. Pandai juga si toyol ini. Entahlah. Kut mana-mana pun, curi juga.

Di sini, beberapa berita yang berkaitan :

PAS Mahu Menteri Bertanggungjawab Terhadap Kerugian RM546 juta Pos Malaysia

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan YB. Wee Choo Keong (Wangsa Maju) di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi POS Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’. Artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah-Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM 14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM 14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta. Namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia-Robert kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd). Pada tahun 2004 Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walaubagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd (MASKargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya? Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?

PAS hanya melihat kes ini sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. Pendedahan mantan pengerusi Pos Malaysia ini juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.

PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga niaga ini dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanal Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian ini. Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

HUTANG NEGARA RM365 BILION, SEORANG RAKYAT TANGGUNG HUTANG RM14,061

Hutang Malaysia sekarang ialah RM375.6 bilion sebagaimana yang laporkan pada Sidang Parlimen hari ini. Jadi jika kita kirakan dengan lebih terperinci maka seorang rakyat Malaysia menanggung hutang sebanyak RM14,061 seorang.

Jadi kita semua ini masing-masing berhutang sebanyak RM14,061 setiap orang akibat kebobrokan kerajaan kita yang suka berhutang dengan boros.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Melaka

Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga ketua mengeri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.

"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."
Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.

"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi.

- Malaysiakini
Baca seterusnya

Jihad : Jangan Salah Anggap


Ringkasan daripada :
Kitab Jundullah
karangan Sa'id Hawwa

1. Jihad ialah berperang di jalan Allah, dan menegakkan agamanya. Berperang itu banyak bentuknya yang akan dijelaskan selepas ini. Ia bukanlah hanya dengan pedang semata-mata, bahkan banyak lagi senjata yang boleh digunakan.

Contohnya, hari ini manusia lebih cenderung untuk berperang dengan menggunakan media. Ia lebih memberi kesan dengan terhasilnya generasi yang hidup tubuhnya, tetapi hilang roh Islamnya. Pemikiran mereka dirosakkan dengan serangan melalui media. Maka, media juga salah satu saluran untuk berperang.

2. Jihad tidak dapat dipraktikkan oleh mereka yang cintakan harta dan keduniaan. Bahkan ia hanya dapat direalisasikan dengan kefahaman terhadap Islam. Mereka yang ingin berjihad sedangkan tidak sanggup tinggalkan dunia, ibarat sia-sia. Mereka yang berjihad, tetapi tidak memahami tujuan jihadnya, maka mereka juga sia-sia.

Contohnya, mereka yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi apabila “dibeli” dengan harga-harga tertentu, mereka sanggup berpaling tadah daripada perjuangannya. Atau mereka yang tidak tahu, kenapa mereka perlu berjuang. Mereka sangka perjuangan itu hanya merebut jawatan semata-mata.

3. Sebahagian manusia tersilap dalam memahami erti jihad. Maka akan terjadilah beberapa kesilapan berikut :

a. Mereka menyangka bahawa Islam itu milik Allah, dan Allah pasti akan membantu agamaNya. Lalu mereka tidak berjuang dengan kesungguhan, atau hanya melepaskan batuk di tangga.

b. Mereka menyangka bahawa apabila mereka berjaya memperbaiki diri mereka, sudah pasti tiada siapa yang dapat menggugat mereka. Lalu mereka akan berlumba-lumba dengan “amalan sendiri” dan mengabaikan cegah mungkar.

4. Berjihad hanya dengan hati, adalah jihad yang paling rendah martabatnya, sekiranya dia mampu mencegahnya. Sekiranya tidak mampu, maka gunakanlah kaedah yang paling sesuai dalam berjihad, mengikut keadaan.

Contohnya, berdemostrasi yang merupakan jihad dengan hati yang paling baik ketika ini di Malaysia. Tidak mungkin kita terlalu gopoh untuk melancarkan perang bersenjata, kerana ia tidak dapat diterima oleh masyarakat hari ini (di Malaysia).

5. Berjihad dengan hati bukanlah “membiarkan” maksiat terjadi, atau cukup sekadar menanam benci dan marah. Sebaliknya, jihad dengan hati ialah merubah dan mencegah maksiat dengan hati. Bukan dengan membiarkannya.

Contohnya, orang hari ini menganggap bahawa cukup sekadar kita membenci maksiat, sudah dikira sebagai jihad. Tidak. Hakikatnya kita perlu melaporkan kepada pihak berkuasa supaya ia dapat dihapuskan, melakukan demostrasi, atau boikot.

6. Jihad terbahagi kepada 5 jenis :

a. Jihad dengan lidah
b. Jihad mengajar
c. Jihad dengan tangan dan tubuh
d. Jihad politik
e. Jihad harta

Jenis-jenis Jihad

1. Jihad dengan lidah

Berjuang untuk menyampaikan Islam dan berhujah dengan penentang-penentang Islam. Contohnya, penulisan blog untuk mematahkan fitnah, penipuan, menyedarkan orang, dan sebagainya. Atau dengan cara ceramah, tazkirah, berdebat dan banyak lagi. Bahkan mengutuk orang yang menghina Islam pun turut termasuk dalam jihad jenis ini.

2. Jihad mengajar

Berjuang untuk mendidik manusia, membina pelapis dan memahamkan manusia. Ia lebih khusus dalam penyebaran Islam. Contohnya dengan membuka kelas pengajian, rehlah tarbawi, bercamping, menyampaikan motivasi, membuat diskusi, mengajar di sekolah dan sebagainya.

3. Jihad dengan tangan dan tubuh

Iaitu berperang dengan erti kata “perang bersenjata” sepertimana yang terjadi di Palestin hari ini ATAU mencegah maksiat dengan tangan. Ia terbahagi kepada dua bahagian :

a. Ketika di bawah pemerintahan Islam

Contohnya menangkap orang yang melakukan maksiat, atau berperang menentang kafir harbi. Di zaman Nabi SAW, Baginda SAW menghancurkan berhala ketika Fathul Makkah, kerana pemerintahan ketika itu sudah berada di bawah naungan Islam.

b. Ketika bukan di bawah pemerintahan Islam

Berjuang dengan saluran-saluran yang sesuai untuk menegakkan khilafah Islam. Samada dengan berperang senjata sepertimana di Palestin, dan sebagainya.

4. Jihad politik

Jihad politik ialah berjuang melalui saluran politik. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian :

a. Jihad politik di negara Islam

Hendaklah taat dengan pemerintah, dan saling nasihat-menasihati. Contohnya ketika zaman kewujudan khalifah Islam.

b. Jihad politik di negara zalim

Berusaha menegakkan pemerintahan Islam. Sekiranya belum mampu, mulakan dengan nasihat, berdebat, berhujah, menentang secara politik dan professional, dan sebagainya. Contohnya apa yang terjadi di Malaysia hari ini.

c. Jihad politik di negara kafir

Berjuang dengan saluran politik sahaja. Contoh yang praktikal ialah menubuhkan NGO, badan kebajikan, dan sebagainya, untuk memastikan Islam dan umat Islam dilindungi, dan mendapat hak.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Dokumentari Pembunuhan Pengasas Sayap Bersenjata Hamas


sumber : kosmo

BBC dedah cara Mahmoud dibunuh


LONDON - Perbadanan Penyiaran British (BBC) menyiarkan dokumentari yang menceritakan bagaimana komplot agensi perisikan Israel, Mossad membunuh pengasas sayap bersenjata Hamas, Mahmoud al-Mabhouh, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Dokumentari bertajuk Passports To Kill yang disiarkan kelmarin menyatakan bahawa Mahmoud diburu Mossad kerana membuat pengakuan terbuka kepada media bahawa dia berasa puas kerana dapat membunuh askar Yahudi selain menjadi orang tengah dalam penyeludupan roket dari Iran ke Gaza.

Mayatnya ditemui pada 19 Januari lalu, 16 jam selepas dia dibunuh di bilik 203, Hotel Al Bustan Rotana, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Setelah identiti dan kedudukan Mahmoud dikenal pasti, empat daripada lebih 20 anggota skuad Mossad itu tiba di Dubai bagi melakukan misi membunuh itu, menangkap dan menyuntik kaki mangsa dengan racun succinylcholine untuk memberi kesan seolah-olah dia sesak nafas kerana diserang sakit jantung.

Namun, bimbang kehadiran mereka di bilik mangsa disedari, skuad pembunuh itu melemaskan Mahmoud dengan bantal supaya dia mati dengan lebih cepat.

Setelah mangsa mati, mereka meletakkan sebotol ubat sakit jantung pada meja di katil Mahmoud seolah-olah dia mengambil ubat itu kerana masalah jantung.

Ekoran diselubungi keghairahan untuk membunuh mangsa, Mossad terlalu memandang rendah terhadap kebolehan polis Dubai.

Mereka langsung tidak mempedulikan rangkaian kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang Dubai dan hotel berkenaan kerana menyangka kematian Mahmoud akan diklasifikasi sebagai serangan jantung dan kesnya dilupakan.

Bagaimanapun, Unit Jenayah Terancang Polis Dubai melancarkan siasatan rapi setelah mendapati terdapat titisan darah pada bantal tersebut selain kesan lebam pada wajah mangsa selepas identitinya didedahkan oleh Hamas.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, polis Dubai mengumumkan sejumlah identiti pembunuh yang kemudian didapati telah dipalsukan oleh ejen-ejen Mossad bagi melakukan misi membunuh Mahmoud. - Agensi

link : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

p/s : Untuk melihat dokumentari tersebut, sila klik pada link di bawah ini :

http://news.bbc.co.uk/panorama/hi/front_page/newsid_8592000/8592773.stm
Baca seterusnya

Pilihanraya PMRAM : Majlis Taaruf Calon


Adakah muktamar sanawi pada tahun ini bakal menggegarkan Mesir? Atau hanya sekadar “biasa-biasa sahaja”? Kita tunggu dan lihat. 28 hingga 1 April adalah tarikh untuk menyemak daftar pemilih. Saya yakin, tidak akan ada FRU yang berkawal, atau pihak polis sepertimana yang terjadi di Malaysia.

Selama ini Muktamar Sanawi PMRAM akan sejuk pada permulaannya, dan semakin hangat pada akhirnya. Pilihanraya pula, sudah bertahun-tahun PMRAM tidak berhadapan dengan pilihanraya. Semua calon BP naik tanpa sebarang cabaran, melainkan cabaran tugasan yang menimbun.

Tadi, baru sahaja diadakan Majlis Ta'aruf Calon, yang dikuasai oleh Perak (berdasarkan pemerhatian peribadi), yang diadakan di Rumah Selangor Hayyu Asyir. Bukan nak taksub negeri, tetapi memang nampak meriah dek sepanduk untuk mengempen calon daripada Perak, yang tidak asing lagi.

Erm,... tahun ini, siapakah yang akan berjaya merebut kerusi BP PMRAM? Kita tunggu sahaja pada hari mengundi nanti, yang diadakan sebelum Muktamar Sanawi nanti, insya Allah. Doakan supaya berjalan lancar.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Sidang Dun Perak : Macam Dah Nak Perang

gambar :
idhamlim.blogspot.com






Beberapa minit lagi akan diadakan sidang Dun Perak di bangunan SUK. Apabila membaca catatan YB Idham Lim, macam dah nak perang. Kawasan dikawal rapi dengan pihak polis yang lengkap beruniform, dan tidak beruniform. Macam akan berlaku pertempuran sengit.

Waktu di Mesir ketika ini jam 3 lebih pagi. Pagi buta mengadap laptop nak tau perkembangan semasa yang terjadi di Perak, tanahairku. Beberapa siri sidang dun yang diadakan sebelum ini mencatatkan beberapa siri yang tragis. Macam-macam isu pasti akan muncul di blog-blog selepas sidang dun ini. kita tunggu sahaja apa hasilnya. Semoga kebenaran itu berpihak kepada pihak yang benar.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal