31 October 2010

Kutub Sittah : Beberapa Gambar Dan Berita Terkini








Majlis perasmian dipengerusikan oleh Syeikh Jamal Farouq. Ucapan pembukaan disampaikan oleh Syeikh Usamah al Azhar.

5.10 pm : Majlis Penutup ditangguhkan sebentar dengan Solat Maghrib berjemaah bersama para masyaikh.

Setelah selesai Solat Maghrib, majlis dipengerusi oleh Syeikh Usamah al Azhari, dengan memperkenalkan para masyaikh yang hadir.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Muhammad bin Ibrahim al Kattani dan Syeikh Umar Abdullah Kamil.

6.17 pm : Ketika ini, majlis diteruskan dengan penyampaikan hadiah oleh Presiden PMRAM kepada para masyaikh yang terlibat dengan Pembacaan Hadis Shahih Bukhari.

6.20 pm : Syeikh Usamah al Azhari mempersilakan kepada Habib Ali Jufri untuk menyampaikan ucapan. Sehingga kini, Habib Ali Jufri masih lagi sedang menyampaikan ucapan.
Baca seterusnya

Habib Ali Jufri Antara Tetamu VVIP Kutub Sittah


Jam 4.25 petang tadi, beberapa masyaikh masuk ke Dewan Nadi Riadhi. Antara VVIP dalam program Kutub Sittah ini ialah Habib Ali Jufri, ahli bait Baginda SAW. Tahniah buat PMRAM!
Baca seterusnya

4.25 pm : Para Masyaikh Masuk Ke Dewan

4.25 pm : Para Masyaikh masuk ke dewan dan mengambil tempat di hadapan. Lebih kurang 10 orang masyaikh turut hadir. Antaranya, Habib Ali Jufri, Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani, Syeikh Umar Abdullah Kamil, Syeikh Saad Jawish, Syeikh Usamah, Syeikh Jamal Farouq, Syeikh Ridho dan lain-lain lagi. Majlis mengalunkan nasyid "tola'al badru alaina".

4.37 pm : Majlis dimulakan dengan bacaan al Quran Qiraat oleh mahasiswa Syoubra. Sehinggakan kini, bacaan masih diteruskan.
Baca seterusnya

Button Kutub Sittah : Menarik Dan Comei


Jangan lupa dapatkan Button Majlis Pembacaan Kutub Sittah dengan harga LE 5.50.. Menarik dan comei
Baca seterusnya

2.47 pm : 1417 Hadis Telah Dibaca - Majlis Tamat

Jam 2.47 pm, Majlis Pembacaan Hadis Shahih Bukhari telah tamat. Sebanyak 1417 Hadis telah dibaca. Majlis ditangguhkan dengan Solat Fardhu Asar. Syeikh menangguhkan bacaan sehingga Kitab Bad' al Khalq. Selepas ini, akan diadakan Majlis Penutup bersama para masyaikh.. Nantikan..
Baca seterusnya

2.18 pm : 1383 Hadis Telah Dibaca

1.20 pm : Syeikh Muhammad bin Ibrahim masuk ke dewan dan memulakan bacaan Hadis Shahih Bukhari.

Jam 2.18 pm, Syeikh Muhammad bin Ibrahim berhenti sebentar dan alunan burdah sedang berkumandang ketika ini. Syeikh berhenti bacaannya pada Kitab Jizyah.

Setakat ini, sebanyak 1383 Hadis telah dibaca dari hari pertama Kutub Sittah siri 2. Insya Allah syeikh akan menyambung bacaan berhenti berehat seketika.
Baca seterusnya

Konvensyen PMRAM 2010 - 3 November Nanti



Dibawah Lajnah & Unit Perancang dan Panitia akan mengadakan Konvensyen PMRAM pada :

Hari : Rabu
Tarikh : 3 November 2010
Tempat : Dewan Solah Kamil, Hayyu sadis

Konvensyen ini diwajibkan kepada semua pimpinan Badan Kebajikan Anak negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM).

"Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah"

"Kesatuan Ukhwah, Manifestasi Tarbiyah"

Sumber : Abezuh.blogspot.com
Baca seterusnya

12 tengahari : 1314 Hadis Sudah Dibaca

Liputan dari Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran PMRAM, setakat jam 12 tengahari tadi, sebanyak 1314 hadis telah dibaca. Setelah itu majlis berhenti berehat untuk Solat Zohor dan Makan tengahari.

Sehingga kini, majlis masih lagi diteruskan dengan alunan Burdah. Insya Allah, selepas ini pembacaan hadis akan bersambung semula, dan perasmian penutup akan diadakan pada jam 4 petang nanti. Doakan.
Baca seterusnya

PMRAM Sambut TYT Duta Besar Malaysia-Mesir Di Lapangan Terbang Kaherah


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 30 Okt - Lapangan Terbang Antarabngsa Kaherah semalam telah menerima tetamu yang istimewa setelah setahun kerusi TYT Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir dikosongkan. Ketibaan TYT Prof. Dr Fakhruddin Abdul Mukti dilapangan terbang telah disambut oleh kakitangan pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah serta kakitangan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pada awal jam 10 pagi.

Deligasi dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang diketuai oleh Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Timbalan Presiden, Saudara Mohd Zuhaili Saiman dan Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias turut bersama-sama menyambut kedatangan TYT Duta yang baru bersama keluarga.

Hampir 2 jam penantian kakitangan kedutaan dan deligasi dari PMRAM menunggu dari pintu luar VIP, namun dengan pertemuan yang singkat dilapangan terbang tersebut diambil kesempatan sebaiknya untuk berramah mesra dengan TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin.

Sebelum itu, pihak PMRAM telah mengucapkan tahniah dan selamat datang ke bumi anbiya' kepada TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukti atas lantikan beliau sebagai TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru bagi menggantikan TYT Duta Dato' Zainal Abidin Abd. Kadir.

TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru amat terharu dengan kehadiran kakitangan KBMK, JPMK dan PMRAM serta beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan yang dilakukan dilapangan terbang tersebut serta aktiviti yang dilakukan untuk sambutan kedatangan beliau ke bumi Mesir ini.
Baca seterusnya

9 Orang Bakal Pergi Ke Haji Melalui PMRAM

Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 30 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Badan Sambutan dan Rehlah pada sesi ini sekali lagi akan menghantar jemaah haji ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Penyertaan ini khususnya terbuka kepada seluruh mahasiswa Islam Malaysia yang berada di bumi Mesir. Pendaftaran bagi haji pada tahun ini telah dibuka seawal 1 November 2010 dan berakhir pada 18 November lalu.

Namun begitu tarikh bagi penyertaan ini dilanjutkan sehingga 23 November di atas beberapa masalah yang berlaku dan bagi memberi ruang kepada bakal jemaah haji untuk menyiapkan urusan yang masih berbaki.

Seramai 20 orang mahasiswa telah mendaftarkan diri bagi mengikuti ibadah haji. Namun begitu, hanya 9 orang sahaja yang dapat mengikuti ibadah haji pada sesi ini. 9 orang mahasiswa perubatan terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana jadual penerbangan ke tanah suci bertembung dengan tarikh peperiksaan, manakala 2 orang lagi masih lagi dalam proses menyambung visa pelajar di sini.

Pada peringkat awal jemaah haji dijangka berangkat menggunakan kapal laut, walau bagaimanapun pada tahun ini pihak PMRAM dimaklumkan lebih awal oleh pihak pengurusan bahawa pada tahun ini semua jemaah haji tidak dapat menaiki kapal laut di atas beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan berbanding pada tahun lepas. Semua jemaah haji pada tahun ini akan bertolak ke tanah suci Mekah dengan menaiki kapal terbang.

Rombongan jemaah haji pada tahun ini dijangka akan bertolak pada 6 atau 7 November ini. Sehubungan dengan itu, semua bakal-bakal haji dinasihatkan supaya menyiapkan segala kelengkapan, menjaga kesihatan fizikal dan mental bagi melicinkan lagi perjalanan jemaah haji pada tahun ini.
Baca seterusnya

30 October 2010

Gambar Eksklusif Kutub Sittah

Sila klik untuk besarkan


Gambar hadirin sedang mendengar bacaan Hadis Shahih Bukhari


Solat berjemaah bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani


Button Kutub Sittah yang dijual, menarik!
Baca seterusnya

Roadshow Gempur Syakhsiah Di Tanta




Sumber : ubs-pmram.blogspot.com

Tanta, 20 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah (unit) Dakwah dan Pembangunan Insan telah mengadakan roadshow ke muhafazah Tanta.Program yang diberi nama Roadshow Gempur Syakhsiah ini berjalan lancar seperti biasa.

Sambutan daripada kalangan ahli di muhafazah Tanta ini cukup membanggakan samada pengajian mahupun perubatan. Bilangan ahli yang hadir ke program kali ini hampir seratus orang.

Siri jelajah ke muhafazah Tanta kali ini adalah destinasi keempat selepas ke muhafazah Damanhur, Iskandariah dan Mansurah.Program yang bermula tepat jam 4.00 petang ini dimulai dengan Majlis Perasmian ucapan Pengarah program Roadshow iaitu saudara Ahmad Norahman Bin Mohd Nor dan diikuti ucapan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta iaitu saudara Sulaiman Bin Ismail.Dalam ucapan beliau, menekankan cara dan kaedah untuk memperkasakan amar ma’ruf nahi mungkar samada secara kuasa, lisan dan hati.

Menurut beliau lagi, menyata rasa bangga kerana dapat melaksanakan dengan gabungan ketiga-tiga unit ini.Diteruskan lagi dengan roadshow yang bercirikan talkshow.Antara ahli panel yang dijemput ialah saudara Anuar Kamal wakil unit (Bait Muslim), saudari Intan Suraya Binti Hashim (Biah Solehah) dan saudari Norazura Binti Rahim (Hisbah).

Tajuk talkshow kali ini ialah “Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyyah” yang telah di moderatorkan oleh saudara Muhd Haffizul Azri Bin Azman dan saudari Hurriyyah Binti Hj. Abdul Mokti.Penekanan yang telah dikupas oleh ahli panel adalah tanggungjwab bersama dalam mencegah masalah gejala social yang semakin rumit ini.Bukan pandai cakap tanpa usaha yang dilakukan akan tetapi kedua-duanya sekali.Sebelum kita menyeru kepada orang lain di sekeliling, hendaklah bermula dari diri kita terlebih dahulu.

Selain itu, ahli panel menyebut kerjasama yang telah dilakukan oleh unit hisbah pusat dengan pegawai-pegawai setiap negeri dan semua cawangan samada Dewan Perwakilan dan Badan Kebajikan anak negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan usul Muktamar PMRAM baru-baru ini.

Di samping itu, kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar ini adalah fardhu ain bagi yang mengaku dan beriman kepada ALLAH S.W.T.Dalam ucapan unit bait muslim menyebut antara jalan penyelesaian bagi menangani masalah hisbah dalam kalangan mahasiswa/wi di bumi mesir ini ialah melalui ikatan perkahwinan.Hal demikian dapat mengurangkan peratusan kes-kes hisbah samada ikhtilak tak syar’ie, penyalahgunaan media masa, khalwat dan sebagainya.

Justeru, harapan daripada semua pihak agar memainkan peranan dan bersedia di setiap posisi dalam mengembalikan semula biah solehah yang telah dibawa baginda nabi.
Baca seterusnya

Roadshow Gempur Syakhsiah Di Iskandariah

Sumber : ubs-pmram.blogspot.com

19 Oktober 2010 merupakan hari kedua berlangsungnya Roadshow Gempur Syakhsiah.Lokasi pada kali ini bertempat di Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) bermula pada jam 1.30 tengahari dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kehadiran ahli DPMI yang memberangsangkan menambah keyakinan pada ahli panel untuk memberi pengisian dengan penuh dedikasi.

Terpancar di wajah ahli begitu khusyuk mendengar setiap bibit-bibit kalam yang cuba dilontarkan oleh barisan ahli panel yang dipengerusikan oleh saudari Nor Eina M. Ali. Antara ahlipanel yang terlibat ialah Saudara Jamal Najmuddin Sulaiman selaku wakil Hisbah, Saudari Hamidah Daud mewakili Bait Muslim dan Saudari Hanisah Muslim selaku wakil Unit Biah Solehah. Ahli panel memberi penjelasan di posisi masing-masing rentetan dari pelbagai permasalahan mahasiswa yang berlaku.

Tidak lupa juga ahli DPMI dihidangkan dengan tayangan video yang direka khas sempena roadshow tersebut. Roadshow diakhiri dengan penyampaian cenderahati khas buat DPMI berupa poster, risalah dan banner yang disampaikan kepada Pengerusi DPMI.

"Gabungan tiga unit ini sekaligus menggambarkan kerjasama semua pihak untuk menjayakan misi mengembalikan identiti akhlak mahasiswa Islam yang merupakan salah satu ucapan dasar Presiden," ujar saudari Fatehah Md Ambiah selaku Timbalan Pengarah Roadshow ketika ditanya. Semoga dengan usaha yang di sumbangkan oleh delegasi roadshow akan memberi kesedaran kepada ahli serta sekaligus menjadi penggerak misi mulai ini.

Nantikan laporan dilokasi seterusnya.

Oleh : Setiausaha Roadshow Gempur Syakhsiah
Baca seterusnya

Roadshow Gempur Syakhsiah Di Damanhur



DAMANHUR, 18 Oktober - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di bawah Lajnah (unit) Dakwah dan Pembangunan Insan telah mengadakan Roadshow Gempur Syakhsiah di muhafazah Damanhur.

Program yang bertemakan "Membina langkah, Mungkar dicegah" berjalan lancari. Meskipun kehadiran tidak mencapai sasaran namun ia tidak melemahkan semangat pelaksana untuk membentangkan pengisian. Program ini merupakan salah satu inisiatif yang berpaksikan daripada usul Muktamar PMRAM baru-baru ini iaitu "KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH"

Program yang bercirikan liqa' ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membentuk identiti syakhsiah islamiyyah yang tulen kepada mahasiswa-mahasiswa Mesir di Damanhur.Antara wakil pengisi bagi siri jelajah ke Damanhur ini ialah saudara Majdi Bin Zakaria (Unit Hisbah), saudara Al-Hashir Bin Mohamad Rabeh (Unit Biah Solehah), dan saudara Ismail Bin Nordin (Unit Bait Muslim).

Penekanan yang di berikan ialah merapatkan ukhuwwah sesama ahli, penggunaan teknologi, solat berjemaah, komitmen dalam program persatuan dan sebagainya. Perjalanan program yang mengambil masa kira-kira satu jam setengah ini menjadi suntikkan semangat para ahli agar mempertingkatkan akhlak islamiyyah yang telah dibawa oleh junjungan nabi Muhammad S.A.W. sebagai ikutan.

Justeru, tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar ini bukan sahaja terpundak pada bahu pimpinan, mahupun exco-exco, bahkan setiap mahasiswa yang bergelar seorang muslim supaya biah solehah di Damanhur terjamin.

Program ini di akhiri dengan soal jawab daripada kalangan ahli dan tayangan video. Moga-moga program yang telah dirancang ini diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.
Baca seterusnya

Berita Pelancaran Usrah Di Mansurah

DPJA 20 Oktober 2010- Majlis pelancaran gabungan Jabatan Muzakarah Berkelompok dan Unit Hisbah berlansung dengan jayanya walaupun menghadapi sedikit permasalahan teknikal terputus elektrik.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustazah Fatimatuzzahra' Binti che Som itu dimulakan dengan bacaan ummul kittab bagi memberkati majlis. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran surah Al-Hujrat oleh Ustazh Syeikrozi dan terjemahannya oleh Ustaz Sobri Bin Mastori.

Majlis perasmian pelancaran ini dibuka tirai dengan ucapan oleh Ustaz Fadhil Bin Hasanuddin selaku Pengarah Unit Hisbah DPMM dan Ustaz Abdul Kadir Bin Umar selaku Pengarah Muzakarah Berkelompok DPMM. Majlis juga menjemput Ketua Unit Dakwah HEWI DPMM Al-Fadhilah Ustazh Nadia Che' Yusop. Dan seterusnya ucapan oleh perasmi program iaitu Pemangku Pengerusi DPMM Al-Fadhil Ustaz Aliffudin Bin Ramlee. Kemudian majlis dilancarkan dengan gimit pelancaran. Seterusnya ahli menyaksikan video terjah MB yang disediakan oleh AJK pelaksana JMB.

Majlis diteruskan lagi dengan pengisian santai iaitu FORUM ikhwah vs akhawat dari sudut komitmen oleh panel yang tidak asing lagi iaitu Al-Fadhil Ustaz Amin Taufiq Bin Mohd Rifain dan digandingkan dengan Ustazah Azimah Bt Arbain yang dipengerusikan oleh Al-Fadhilah Ustaazh Fadhilah Bt Esa.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

Abdul Kadir B Umar
Pengarah Jabatan Muzakarah Berkelompok
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
Sesi 2010/2011
Baca seterusnya

Gempur Hisbah Di Mansurah - 20 Oktober

Mansurah, 20 Oktober 2010- Unit Hisbah DPM Mansurah dengan kerjasama Unit Hisbah PMRAM Pusat telah mengadakan satu operasi gerak gempur hisbah dikawasan Tir'ah.Operasi ini disertai oleh Ketua Unit Hisbah PMRAM, Al Fadhil Ust Majdi bin Zakaria dan beberapa orang wakil dari peringkat Unit Hisbah PMRAM Pusat. Lebih membanggakan apabila operasi ini bukan sahaja disertai oleh ahli DPM Mansurah sahaja malah beberapa BKAN dan DPM menunjukkan kebersamaan dengan DPM Mansurah dalam mewujudkan suasana amar mak'ruf nahi mungkar.

Antara PMRAM cawangan yang menyertai operasi ini ialah PMRAM cawangan Melaka , PMRAM cawangan Perak , PMRAM cawangan Shoubra , PMRAM cawangan Damanhur , PMRAM cawangan Dumyat dan PMRAM cawangan Zaqaziq.Jumlah kekuatan pada malam itu seramai 70 orang ikhwah yang terlibat manakala akhawat seramai 50 orang dengan berlatar belakangkan pelbagai bidang pengajian .

Sebelum bermula operasi ini taklimat telah diberikan oleh Pengarah Unit Hisbah DPM Mansurah , Ustaz Muhamad Fadhil B Hasanuddin dan Ketua Unit Hisbah PMRAM , Ustaz Majdi B Zakaria.

Antara kes-kes yang telah dijumpai ialah kes couple,pelajar akhawat yang keluar tanpa musyrif dan terdapat juga pelajar akhawat yang tidak menutup aurat.Untuk operasi gerak gempur ini kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan dan kawasan untuk memudahkan gerak kerja.

Tindakan yang telah kami ambil ialah dengan menegur dan menasihati,mengedarkan risalah dan menghantar semula bagi akhawat yang keluar tanpa musyrif.Sebagai mahasiswa Islam,kita hendaklah menyedari akan tanggungjawab kita dalam menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar.janganlah kita hanya mendabik dada dengan gelaran azhari sedangkan gejala maksiat terus bemaharajalela dan yang lebih menyedihkan wujud di kalangan kita yang memandang enteng akan tanggungjawab ini.

Selain itu saya menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi agar dapat menjayakan matan usul Muktamar Sanawi PMRAM baru-baru ini yang berbunyi :

“Menggempur gerak kerja Hisbah dalam membanteras gejala sosial dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir melalui tindakan berikut :-

Pertama : Menggesa pihak berwajib terutamanya JPMK dan KBMK untuk bertindak dengan lebih serius.

Kedua : Mewajibkan skuad penguatkuasa hisbah di setiap peringkat PMRAM pusat dan cawangan”.

Jutaan terima kasih atas penglibatan semua pihak samada cawangan dan pusat,semoga kita tidak jemu dan mengeluh dalam mendaulatkan syariat Allah.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Muhammad Fadhil B.Hasanuddin
Pengarah Unit Hisbah
Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah
sesi 2010/2011
Baca seterusnya

Kutub Sittah : Berita Rasmi Hari Ketiga

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Hari Ketiga berjaya dijalankan

KAHERAH, 30 OKTOBER - Majlis Pembacaan Kutub SIttah Siri ke-2 pada hari ini sekali lagi telah berjaya dijalankan seperti yang dirancangkan. Pada hari ketiga ini, dengan kehadiran peserta sebanyak 950 orang alhamdulillah telah dijalankan sebanyak empat sesi dan berjaya menghabiskan sebanyak 368 hadis yang telah dibacakan oleh 5 orang masyaikh.

Seawal jam 8.15pagi sesi pertama telah dimulakan dengan pembacaan hadis ke 2495 yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Dr. Redha Zakaria sehingga hadis yang ke 2572 iaitu sebanyak 78 hadis.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi yang kedua yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Rifaat Fauzi Abdul Muttalib bermula hadis yang ke 2573. Sesi kedua dilangsungkan sehingga jam 12 tengah hari dan hadis yang berjaya dihabiskan pada sesi kedua adalah sebanyak 64 hadis. Majlis berehat seketika memberi laluan kepada solat fardhu Zuhur dan makan tengah hari.

Pada jam 1 petang majlis diteruskan pula dengan sesi pembacaan yang ketiga yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud bermula dengan kitab As-Syahadat hadis yang ke 2637. Fadhilah As-Sheikh menghabiskan sebanyak 25 hadis, kemudian disambung pembacaan hadis oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari sehingga hadis yang ke 2710 dan berjaya menghabiskan sebanyak 48 hadis. Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada waktu Solat Fardhu Asar.

Kemudian, majlis pembacaan hadis diteruskan semula pada jam 3.30 petang yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-'Alim Al-'Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kattani bermula pada hadis yang ke 2711 sehingga hadis yang ke 2862 iaitu sebanyak 152 hadis. Setelah selesai sesi keempat bersama dengan Al-'Alim Al-'Allamah majlis ditangguh dengan Solat Fardhu Maghrib dan pembacaan doa.

Majlis pembacaan untuk hari yang keempat insyaALLAH akan dilangsungkan pada hari Ahad bertarikh 31 Oktober 2010 seawal jam 7.00 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta dan taklimat dari unit disiplin.
Baca seterusnya

Bencana Tsunami & Gunung Merapi : PMRAM Menghulurkan Kerjasama Bantuan Bersama PPMI


Sumber : PMRAM.org

Bencana Tsunami & Gunung Merapi : PMRAM Menghulurkan Kerjasama Bantuan Bersama PPMI

29 Okt, KAHERAH - PMRAM hari ini menghulurkan jalinan kerjasama dengan Persatuan pelajar dan Mahasiswa Indonesia (PPMI) demi menyalurkan bantuan kepada Mahasiswa Indonesia yang berada di Mesir setelah kejadian Tsunami di Kepulauan Mentawai dan Gunung Merapi berlaku tempoh hari. Kunjung hormat dari Presiden PPMI Saudara Falahuddin Nurhalim tersebut telah berlansung di Pejabat PMRAM.

Dalam pertemuan tersebut, beliau selaku Presiden PPMI amat terharu dan berbangga dengan jalinan yang dihulurkan oleh PMRAM.

Semasa perbincangan tersebut, PMRAM yang diwakili sendiri oleh Presiden Saudara Shahrizan Mohd Hazime serta Timbalan Presiden Saudara Muhammad Zuhaili meminta gambaran sebenar kejadian yang telah berlaku.

Keadaan yang dimaklumkan agak teruk dengan kesukaran proses bantuan dan menyelamat disebabkan masalah cuaca buruk dan kekurangan fasiliti kemudahan perhubungan yang baik.

Sehingga kini, pihak PPMI masih menanti laporan lengkap mengenai penglibatan keluarga mahasiswa Indonesia di Mesir dalam kejadian terbabit.

Sumbangan yang dilancarkan nanti akan diberi kepada ahli keluarga mangsa yang berada di Mesir bagi meringankan bebanan yang dihadapi.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut, Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Saudara Mohd Farkhan Md Zain berkongsi pandangan mengenai isu ini.

Perkongsian maklumat dari kedua-dua pihak amat perlu dan penting untuk keselarasan penerangan.

Kesempatan tersebut juga, beliau sempat menunjukkan penerangan rasmi PMRAM bagi isu semasa umat Islam diseluruh dunia.Blog map2care.blogspot.com bertindak sebagai saluran maklumat mengenai isu semasa Islam di bawah seliaan Unit Kemanusiaan PMRAM.

Mengulas perkara ini, Naib Presiden III PMRAM menyatakan, peringkat PMRAM kita akan melancarkan tabung derma kilat khusus bagi mengumpul dana membantu ahli keluarga mangsa yang berada di Mesir.

Bantuan tersebut bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga mangsa di Indonesia yang dilaporkan kebanyakannya hilang tempat tinggal.

Di bawah seliaan Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, tabung terbabit akan dilancarkan di Pusat Sukan (Nadhi Riyadhi) bersempena hari ketiga Majlis Pembacaan Hadith Kutub Sittah anjuran PMRAM.

Terdahulu, PMRAM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa penduduk Indonesia di Yogyakarta dan Kepulauan Mentawai. Sebelum ini juga, PMRAM telah berjaya menghulurkan bantuan dana kewangan kepada mangsa bencana gempa bumi di Padang tahun lepas
Baca seterusnya

Video : Liputan Di Kutub Sittah (Siri II)



Sumber : kutubsittah-pmram.blogspot.com

Kutub Sittah Siri Ke-2, Hari Kedua Sesi Petang

Kaherah, 28 Oktober – Pada jam 1.00 petang majlis pembacaan kutub sittah diteruskan lagi selepas solat zohor dengan pembacaan shahih Bukhari oleh Fadhilah As-Syeih Rafiat Fauzi dengan hadis dari kitab (musaqah) hingga kitab (Istiqrad waada duyun wal hajr wal taflis) yang bermula dari hadis 2351 sehingga hadis 2396. Majlis pembacaan kutub sittah berlansung kira–kira 2 jam ini diselangi dengan alunan burdah oleh para peserta.

Majlis kemudiannya ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan solat asar. Seterusnya pembacaan kitab Shahih Bukhari diteruskan lagi oleh fadhilah Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari dengan ditemani oleh Syeikh Jamal Farouk Jibril Mahmud dari hadis 2397 hingga hadis 2494.

Tepat pada jam 5.10 petang majlis pembacaan Shahih Bukhari berakhir. Majlis akan bersambung semula pada hari Sabtu 30 Oktober 2010 pada kitab As-Syarikah.
Baca seterusnya

3.00 pm : 948 Hadis Telah Dibaca

Pada jam 3 petang tadi, sebanyak 948 hadis telah dibaca.. Sesi terakhir dibaca oleh Syeikh Jamal Farouq dan Syeikh Usamah. Majlis ditangguhkan pada Kitab Syurut. Setelah selesai Solat Asar, majlis diteruskan dengan Bacaan Hadis oleh Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani. Beliau memulakan bacaan pada jam 3.30 tadi.
Baca seterusnya

29 October 2010

Kutub Sittah Turut Dihadiri Ibu Bapa En. Muhaimin Pegawai Perak


Alhamdulillah, seperti semalam, saya menghadiri Majlis Pembacaan Kutub Sittah (hari kedua). Rupa-rupanya diri ini tidak menyedari kehadiran ibu dan bapa En Muhaimin, Pegawai Perak yang dikenali ramai.

Ibu bapa beliau duduk di kerusi VIP.. Mungkin ramai yang tidak menyedari. Kesungguhan mereka berdua wajar dicontohi oleh semua pegawai, tidak kira pegawai JPMK, pegawai anak negeri dan pegawai-pegawai yang lain.

Kita sama-sama mengambil permata di bumi Anbiya' ini.
Baca seterusnya

Perjumpaan KPIPM Bersama Pegawai HEP Perak

25 Oktober, Kaherah – Satu perjumpaan rasmi telah diatur antara wakil KPIPM bersama pegawai HEP Perak, En. Abdul Muhaimin bin Abdul Majid. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan mengenai beberapa masalah yang berlaku khususnya kepada anak-anak perak di bumi Mesir ini.

Perbincangan yang bertempat di pejabat pegawai HEP Perak,Wisma Darul Ridzuan B itu,antaranya membincangkan mengenai permasalahan pendidikan anak-anak Perak. Khususnya mengenai keputusan peserta USMB ’10 di dalam imtihan qabul yang baru-baru ini. Dan juga beberapa permasalahan yang lain semasa perjalanan Program USMB ’10 ini.

Topik yang juga menjadi perbincangan ialah mengenai kebajikan anak-anak Perak. Topik zakat juga dibincangkan dalam memastikan segala proses berjalan dengan baik. Dan pihak pegawai bersetuju untuk memusatkan segala urusan zakat adalah di bawah Setiausaha Agung KPIPM,saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin.

Juga beberapa perbincangan dan makluman dapat dikongsi bersama di antara pihak pegawai dan KPIPM. Semoga hubungan yang baik ini dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan ahli terjaga dan sentiasa berada di tahap yang memuaskan. Semoga segala amalan yang dilakukan bersama mendapat bimbingan Allah S.W.T dalam menuju redha Ilahi.
Baca seterusnya

Keratan Akhbar : Duta Baru, Menerima Watikah Pelantikan


Keratan akhbar ini diambil dari FB Faizal Sabhon.. Sila lihat iklan dari web PMRAM di sini
Baca seterusnya

28 October 2010

Video : Suasana Di Kutub Sittah II

Sumber : kutubsittah-pmram.blogspot.com



Kaherah, 28 Oktober – Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-2 PMRAM 2010 diteruskan lagi pada hari ini dan masih berlangsung sehingga ke saat ini dengan jayanya. Dimaklumkan kehadiran peserta sehingga jam 1 petang mencecah 1150 orang. Majlis bermula kira-kira jam 7.30pagi dengan alunan burdah oleh para peserta.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembacaan Shahih Bukhari oleh Fadhilah As-Sheikh Redha Zakaria Muhammad Abdullah dan ditemani oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud dari kitab Al-Syufa’ah hingga kitab Wakalah bermula dari hadis ke 2257 sehingga hadis 2319.

Tepat jam 10.00pagi fadhilah As-Sheikh Saad Saad Razak Jawish mengambil posisi meneruskan sessi pembacaan hadis dari kitab (Al-Hars Wal-Muzara’ah ) dari hadis 2320 sehingga hadis 2350.

Pembacaan hadis berlagu yang dialunkan oleh As-Syeikh Saad berjaya menarik hati peserta untuk terus mendengarkan hadis-hadis yang seterusnya.

Majlis kemudiannya ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan solat zohor dan makan tengahari.

Berita selanjutnya - sila lihat dalam post Ibnu Ir Fadzil sebelum ini.
Baca seterusnya

Kutub Sittah II : Matlamat PMRAM Adalah Keseimbangan Ilmu


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH 27 Oktober - Majlis Pembacaan KUtub Sittah Siri II bermula pada hari ini dengan kehadiran daripada para peserta hampir mencecah 1100 orang.

Majlis yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir itu merupakan kesinambungan daripada majlis yang diadakan pada tahun lepas dengan jumlah peserta hampir 700 orang sahaja.

Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime dalam satu kenyataannya berharap agar program yang dijalankan ini akan mencapai matlamat dan hadaf yang disasarkan.

Menurutnya, PMRAM begitu serius dalam memastikan pembentukan minda mahasiswa kelas pertama.

Justeru kata beliau, PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi Islam untuk menyeimbangkan antara 2 ilmu dan thaqafah iaitu ilmu yang berbentuk fundamental (turathi) dan ilmu yang berbentuk kotemporari (muasarah).

Katanya lagi, memahami konsep yang diajarkan oleh Islam ini PMRAM sekali lagi menganjurkan Majlis Pembacaan Kutub Sittah pada tahun ini.

Ini katanya, demi melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang mempunyai jati diri serta berintegriti daripada sudut ilmu dan thaqafah.

"PMRAM tidak mahu mahasiswa-mahasiswi Islam hanya mengambil keberkatan hadis Nabi SAW melalui sanad yang disampikan oleh masyaikh. Padahal maqasid (tujuan) daripada pengajian adalah untuk mengamalkannya. Lalu keberkatan akan muncul hasil keikhlasan amalan kita tadi". Ujar beliau ketika berucap dalam majlis perasmian program tersebut.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa keberkatan hadis Nabi SAW sama seperti keberkatan kitab Allah SWT sekiranya kita beramal dengannya. Amalan yang dilakukan tersebut demi mendapat keredhoan dan rahmat Allah SWT.

Majlis perasmian yang bermula pada jam 8.30 pagi tersebut dirasmikan oleh Sheikh Ustaz Doktor Muhammad Mahmud Abu Hasyim, Dekan Kuliyah Usuluddin, Kampus Zagazig sebagai pengganti kepada Al-Imam Al-Akbar Sheikhul Azhar Ustaz Doktor Ahmad Muhammad Toyyib.
Baca seterusnya

Tsunami Di Sumatera : "Bersabar Dengan Ujian Allah" - Presiden PMRAM

Sumber : PMRAM.org

KAHERAH 28 Oktober - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime berharap agar semua keluarga mangsa letusan Gunung Merapi dan keluarga mangsa bencana tsunami yang berlaku dapat bersabar dengan ujian Allah SWT tersebut.

Katanya, sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dilalui oleh mereka.

Justeru, Islam mengajar umatnya untuk bersabar dan redha dengan segala takdir yang telah ditentukan olehNya.

"Allah SWT sengaja menguji keimanan hamba-hambaNya dengan bala bencana yang berlaku di sekeliling demi menilai sama ada mereka bertambah keimanan kepada Allah SWT ataupun berkurangan".

"Sebab itulah umat Islam diajar supaya bersabar dan redha dengan ujian Allah SWT agar keimanan dan ketaqwaan mereka bertambah". Ujar beliau ketika ditemui di Dewan Nadi Riadhi, Madinah Nasr, Kaherah Mesir selepas majlis perasmian Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri II.

PMRAM mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa korban letusan Gunug Merapi yang berlaku di Yogyakarta, Indonesia. Ucapan yang sama juga dirakamkan kepada keluarga mangsa yang maut dan hilang dalam bencana tsunami di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

"Kami berdoa agar semua keluarga dan sahabat handai yang kehilangan anggota keluarga dan menerima kecederaan akibat bencana ini bersabar dan menerima takdir ini dengan penuh keimanan kepada Allah SWT" katanya.

Beliau menambah, PMRAM juga sentiasa mendoakan agar kesemua mangsa yang hilang akibat bencana ini ditemui semula dalam masa yang terdekat ini.

Dilaporkan bahawa terdapat bencana tersebut telah mengorbankan 58 orang manakala lebih 270 lagi hilang.

Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan, Saudara Mohd Farkhan B Md Zain ketika mengulas, musibah ini merupakan kedua terbesar selepas tsunami yang pernah berlaku pada 2004.

Pada tahun ini, tsunami yang melanda di Kepulauan Mentawai berlaku setelah gempa bumi yang terjadi dengan ukuran 7.7 skal ritcher berbanding 2004 dengan ukuran 9.2 skala ritcher.

Pihak PMRAM juga telah menghubungi Presiden PPMI Saudara Falah bagi berbincang mengenai sumbangan dan pertolongan yang boleh disalurkan kepada ahli keluarga mangsa disini.

Dalam panggilan telefon tersebut, Presiden PPMI mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah di atas keprihatinan PMRAM membantu keluarga mahasiswa Indonesia yang terlibat dalam musibah terbabit.

Terdekat satu pertemuan anjuran PPMI akan dibuat untuk pelancaran tabung kutipan dan sumbangan bagi ahli keluarga mangsa yang berada di Mesir.
Baca seterusnya

5.00 pm : Majlis Ditangguhkan, 732 Hadis Telah Dibaca

4.50 pm : Syeikh menghabiskan bacaan Shahih Bukhari dalam Kitab Mazhalim. Beliau menghabiskan Kitab al Mazhalim tersebut, dan menyambung bacaan Kitab Asy Syirkah.

5.00 pm : Setakat ini, 721 hadis telah dibaca untuk Majlis Pembacaan Kutub Sittah (Siri 2)

Untuk hari ini, setakat ini sahaja bacaannya. Majlis akan bersambung semula pada Hari Sabtu akan datang 30 Oktober, nanti, Insya Allah.
Baca seterusnya

TYT Duta Baru Akan Tiba Di Bumi Mesir

Baca seterusnya

ETP : Ekonomi Tidak Hanya Wang Semata-Mata, Fokus Usaha Membasmi Kemiskinan


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 27 Oktober - Ketua Badan Ekonomi PMRAM, Saudara Al-Hidayat Khalid mengulas berkaitan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang bakal membuka ruang hiburan sosial dan kelab malam yang lebih banyak bagi meningkatkan tarikan terhadap pelancong luar negara adalah suatu perancangan yang tidak tepat.

Dalam memacu masa depan negara ke arah yang lebih maju dan moden, nilai etika akhlak tidak boleh dipisahkan daripada ekonomi atas alasan kemajuan semata-mata. Bahkan sektor ekonomi amat menekankan mengenai etika sosial dan akhlak dalam membangunkan modal insan serta kemajuan negara.

"Sebab itu kita lihat bagaimana sejarah kaum nabi-nabi terdahulu yang maju dari sudut ekonomi dan pembangunan namun dimusnahkan oleh Allah SWT disebabkan keruntuhan akhlak mereka yang sangat parah," ujar beliau ketika ditemui dalam Program Kutub Sittah Siri II di Nadi Riadhi, Hayyu Sabik.

Mengenai dengan rancangan menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan dengan memperbanyakkan kelab-kelab malam, beliau menyatakan bahawa ia merupakan perancangan yang tidak sepatutnya dilakukan demi meraih keuntungan wang semata-mata.

Bahkan sekiranya perancangan tersebut dilaksanakan ia akan memberikan impak negatif yang sangat besar ke atas masyarakat, dengan keruntuhan akhlak yang semakin parah.

Selain itu, Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyifatkan bahawa ETP yang sepatutnya ingin dijalankan mestilah melihat kepada bentuk perancangan yang sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan secara serius, selain memperbanyakkan projek-projek pelaburan.

"Kita risau, apabila kita hanya menumpukan satu skop sahaja iaitu hanya menarik pelaburan luar tanpa memperkasakan perancangan dalam membasmi kemiskinan di negara kita maka ia semestinya suatu perkara yang tidak seimbang, bahkan negara tetap tidak menjadi negara yang maju dan moden. Bimbang sekiranya ia tetap berlaku, hanya mereka golongan yang kaya akan bertambah kaya, namun secara tidak langsung akan menindas golongan yang sedia ada miskin dan kurang kemampuan," Jelas beliau lagi apabila merujuk kepada 75% golongan termiskin adalah daripada kalangan keluarga melayu dan peribumi, yang merupakan golongan majoriti di Malaysia.

Sambung beliau lagi bahawa selagimana golongan majoriti yang menjadi golongan termiskin di Malaysia, maka bagaimana perancangan yang dijalankan mampu memaju ekonomi negara dalam menjadikan Malaysia negara yang maju menjelang tahun 2020.

Tambahan beliau lagi, perancangan ekonomi yang dilakukan itu terlalu mengharapkan pelaburan dari sektor swasta semata apabila peratusan yang besar diletakkan iaitu sebanyak 92% daripada jumlah pelaburan yang diperlukan oleh Malaysia iaitu sebanyak 2.2 trilion.

Maka, ia merupakan perancangan kewangan yang rapuh memandangkan selama 12 tahun ini Malaysia begitu bergantung kepada "pump priming" dan pertumbuhan swasta adalah begitu kecil.

Justeru, perancangan ekonomi yang dilakukan dalam membawa Malaysia ke kelompok negara yang maju mestilah memastikan ia tidak hanya fokus wang semata-mata, bahkan etika akhlah dan sosial mesti diambil kira.

Selain itu, pastikan gerak kerja yang dijalankan fokus ke arah membasmi kemiskinan, bagi menjamin bukan hanya sebelah pihak sahaja yang akan merasai kemewahan.
Baca seterusnya

ETP : Laksanakan Sistem Kewangan Islam Secara Menyeluruh Sudah Memadai - PMRAM

Sumber : PMRAM.org

Berikutan pengumuman yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Abdul Razak berkenaan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam membawa Malaysia lebih maju ke hadapan menampakkan pihak kerajaan optimis dalam menjadikan Malaysia negara maju pada masa hadapan.

ETP yang dirancang tersebut bakal menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) tambahan sebanyak RM 426 billion serta membuka ruang pekerja yang lebih meluas yang dianggarkan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor menjelang 2020.

Projek demi projek yang bakal dibangunkan berteraskan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dikenal pasti berpotensi menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia antaranya ialah minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, pelancongan pendidikan, penjagaan kesihatan dan bidang-bidang yang lain lagi.

Namun begitu melalui ETP dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub pusat hiburan malam dalam memacu pelancongan adalah perkara yang sama sekali tidak dipersetujui. Ini berikutan dasar hub hiburan malam tersebut pasti akan mengundang parah dari sudut gejala sosial yang kini kian parah.

Walaupun hub pusat hiburan malam tersebut dimaklumkan bahawa ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan dalam menarik minat pelancong dengan lebih tinggi, namun ia jelas tidak bertepatan dengan konsep yang dikehendaki oleh Islam dalam memacu kemajuan sesebuah negara.

Berdasarkan kepada kriteria yang diletakkan bagi menjayakan Malaysia sebuah hub hiburan malam ia sangat membahayakan disebabkan terlalu longgar dan langsung tiada etika yang menurut syarak diletakkan.

Sehubungan itu, dirancang beberapa lokasi yang dalam penubuhan zon bagi menambahkan pusat-pusat hiburan malam dan dijangka akan ada sebanyak penambahan 10 kelab malam menjelang 2014 di zon hiburan yang dirancang iaitu di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menampung pengunjung memandangkan kelab-kelab malam yang sedia ada tidak mencukupi.

Merujuk kepada perkara tersebut, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan tindakan dalam menjadikan Malaysia sebuah hub hiburan malam dan memperbanyakkan kelab-kelab malam bagi memperluaskan hiburan sosial adalah suatu pentadbiran yang tidak cekap dan salah.

Ia berikutan apa yang dirancang tersebut bercanggah dengan syariat bahkan langsung tidak menepati Sistem Kewangan Islam dalam usaha memperbaik potensi pertumbuhan ekonomi negara. Lebih-lebih lagi perkara tersebut akan lebih memburukkan lagi masalah gejala sosial yang kian parah. Maka, pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang melampau ini bagaikan menyimbah minyak ke api.

PMRAM menegaskan bahawa, walau apa jua bentuk projek kewangan yang dijalankan samada seperti sebelum ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Ekonomi(ETP) mestilah berasaskan tapak Kewangan Islam yang menyeluruh.

PMRAM melihat bahawa asas bagi Sistem Kewangan Islam yang dijalankan di Malaysia perlu lagi dipertingkatkan secara menyeluruh, tidak hanya semata-mata 'ala-kadar'.

Dalam kondisi perbankan Islam, masih banyak lagi yang ruang yang mesti diterokai dan diperluaskan. Walaupun sudah semakin banyak bank yang menawarkan Sistem Kewangan Islam, namun ia masih tidak memadai ekoran Sistem Kewangan Konvensional masih lagi diguna secara meluas di Malaysia.

Lagi, mengenai kes rasuah yang memalukan apabila Malaysia berada di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah daripada 178 buah negara keseluruhannya, merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Transparency International (TI).

Justeru, sewajarnya dalam membawa ke arah negara yang maju membangun, usaha-usaha yang serius dalam membanteras kes rasuah itu yang mesti diutamakan sebagaimana juga kes-kes lain yang bercanggah dengan syariat seperti riba, judi, perniagaan haram dan sebagainya. Hal ini adalah kerana kes-kes dan permasalahan tadi selagimana tidak dibanteras maka selagi itulah kemelesetan dan krisis ekonomi akan berlaku.

PMRAM yakin bahawa sekiranya Sistem Kewangan Islam dijalankan secara menyeluruh dan serius, negara Malaysia mampu menjadi negara Islam yang maju dan menjadi contoh kepada negara-negara yang lain. Dengan erti kata lain, Malaysia sebuah hub yang mempamerkan keindahan Islam dalam segenap sudut.

Justeru, mengenai isu memperluaskan hiburan yang sangat melampau ini, PMRAM mengambil pendirian bahawa sama sekali tidak bersetuju atas alasan yang telah diterangkan sebelum ini dan PMRAM meminta agar pelaksanakan Sistem Kewangan Islam di Malaysia dilaksanakan secara menyeluruh di setiap bidang dan peringkat.

Bahkan penjelasan mengenai Sistem Kewangan Islam mesti diperhebatkan agar masyarakat majmuk yang umum mendapatkan informasi yang jelas mengenai Sistem Kewangan Islam ini dalam pemudah cara bagi melaksanakan Sistem Kewangan Islam oleh seluruh lapisan masyarakat.

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
PMRAM 2010
Baca seterusnya

3.30 pm : Syeikh Usamah Masuk Ke Dewan, 624 Hadis Telah Dibaca

3.00 pm : Majlis ditangguhkan, dan azan Asar berkumandang. Hadirin mengerjakan Solat Asar dengan diimamkan oleh Syeikh Rif'at Fauzi. Bilangan hadis yang telah dibaca setakat ini, 624 Hadis telah dibaca

3.25 pm : Baru selesai Solat, peserta diberi ruang untuk berehat.

3.30 pm : Syeikh Usamah masuk ke dewan bagi memulakan Bacaan Hadis Shahih Bukhari.

3.33 pm : Syeikh memulakan bacaan.
Baca seterusnya

12.57 tengahari : Syeikh Rif'at Fauzi Masuk Ke Dewan

12.57 tengahari : Syeikh Rif'at Fauzi masuk ke dewan untuk memulakan pembacaan setelah peserta diberikan ruang untuk Solat Zohor dan Makan Tengahari selama satu jam lebih. Ketika ini (1 pm), Syeikh sedang memberikan muqaddimah.
Baca seterusnya

11.40 am : Majlis Ditangguhkan, 586 Hadis Telah Dibaca

Sehingga setakat ini, Majlis Pembacaan Kutub Sittah telah menghabiskan 678 Hadis. Pagi tadi, 2 orang Syeikh telah membaca hadis, iaitu Syeikh Ridho dan Syeikh Jamal Farouq. Mereka berdua menamatkan bacaan tepat jam 10 pagi.

Majlis disambung terus dengan Syeikh Saad Jawish, yang memulakan bacaannya pada jam 10.04 pagi. Beliau memulakannya dengan membaca Sanad Awwaliah bagi Hadis Rahmah yang telah beliau dapatkan dari Syeikh Yasin Fadani.

11.40 pagi, Syeikh Saad Jawish menamatkan bacaannya sehingga akhir Kitab Muzara'ah. Beliau menangguhkannya dengan bacaan doa. Hadis terakhir yang dibaca ialah :

حدثنا موسى بن إسماعيل حدثنا إبراهيم بن سعد عن ابن شهاب عن الأعرج عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : يقولون إن أبا هريرة يكثر الحديث والله الموعد ويقولون ما للمهاجرين والأنصار لا يحدثون مثل أحاديثه ؟ وإن أخوتي من المهاجرين كان يشغلهم الصفق بالأسواق وإن إخوتي من الأنصار كان يشغلهم عمل أموالهم وكنت امرأ مسكينا ألزم رسول الله صلى الله عليه و سلم على ملء بطني فأحضر حين يغيبون وأعي حين ينسون وقال النبي صلى الله عليه و سلم يوما ( لن يبسط أحد منكم ثوبه حتى أقضي مقالتي هذه ثم يجمعه إلى صدره فينسى من مقالتي شيئا أبدا ) . فبسطت نمرة ليس علي ثوب غيرها حتى قضى النبي صلى الله عليه و سلم مقالته ثم جمعتها إلى صدري فوالذي بعثه بالحق ما نسيت من مقالته تلك إلى يومي هذا والله لولا آيتان في كتاب الله ما حدثتكم شيئا أبدا { إن الذين يكتمون ما أنزلنا من البينات - إلى قوله - الرحيم }

Majlis ditangguhkan bagi menunaikan Solat Zohor dan makan tengahari.
Baca seterusnya

27 October 2010

Gambar-gambar Hari Pertama Majlis Pembacaan Kutub Sittah

Sumber : kutubsittah-pmram.blogspot.com

Barisan Masyaikh di Majlis Perasmian


Fadhilah As-Sheikh Al-Ustaz Ad-Duktur Muhammad Mahmud Abu Hashim menurunkan tandatangan di atas plat buku kutub sittah untuk menyempurnakan gimik perasmian


Presiden PMRAM menyampaikan cenderahati kepada perasmi


Fadhilah As-Sheikh Usamah


Fadhilatus Sheikh Dr. Yusri Rushdi As-Sayyid Jabr Al-Hasani


Kaherah, 27 Oktober - Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri Ke-2 PMRAM 2010 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran peserta yang mencecah sehingga 1100 orang beserta kehadiran tetamu kehormat. Dewan Nadi Riadhi sekali lagi menempa sejarah kerana dipilih sebagai lokasi berlangsungnya Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-2. Kehadiran para peserta yang membanjiri perkarangan Dewan Nadi Riadhi seawal jam 6.30pagi. Majlis yang gilang gemilang ini telah bermula pada jam 8.30pagi dengan upacara majlis perasmian yang disempurnakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-Ustaz Ad-Duktur Muhammad Mahmud Abu Hashim Dekan Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kampus Zaqaziq mewakili Al-Imam Al-Akbar Sheikh Al-Azhar Al-Ustaz Ad-Duktur Ahmad Muhammad Thoyyib.

Majlis pembacaan hadi dimulakan oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari pada Kitab Al-Umrah bermula hadis yang ke 1773 sehingga hadis yang ke 1917(Kitab Puasa).

Seterusnya majlis pembacaan diteruskan dengan pembacan oleh Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Yusri Rushdi As-Sayyid Jabr Al-Hasani sehingga hadis yang ke 2046 seterusnya menamatkan kitab al-i'tikaf.

Seusai Solat Fardhu Asar, pembacaan hadis diteruskan oleh Al-'Alim Al-'Allamah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani sehingga akhir kitab As-Salam.

Majlis ditangguhkan dengan bacaan doa oleh Al-'Alim Al-'Allamah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani.
Baca seterusnya

5.15 pm : Majlis Ditangguhkan, 484 Hadis Telah Dibaca

5.08 pm : Syeikh Muhammad bin Ibrahim telah menghabiskan Kitab Buyu'.

5.15 pm : Syeikh telah menghabiskan Kitab Salam.. Hadis yang telah dibaca setakat ini sebanyak 484 hadis.

Hadis yang terakhir :

حدثنا موسى بن إسماعيل أخبرنا جويرية عن نافع عن عبد الله رضي الله عنه قال : كانوا يتبايعون الجزور إلى حبل الحبلة فنهى النبي صلى الله عليه و سلم عنه . فسره نافع أن تنتج الناقة ما في بطنها

Majlis ditangguhkan.. Ketika ini, azan sedang berkumandang, dan selepas Solat Maghrib bersama masyaikh, hadirin dijamu selera.

Ikuti perkembangan semasa tentang Kutub Sittah di ibnuirfadzil.blogspot.com..
Baca seterusnya

4.42 pm : Majlis Berhenti Sebentar, 427 Hadis Telah Dibaca

4.42 pm : Majlis pembacaan ditangguh sebentar. Syeikh Muhammad bin Ibrahim meminta supaya qasidah burdah dialunkan.

Setakat ini, hadis yang telah dibaca sebanyak 427 hadis. Masih lagi dalam Kitab Buyu'

Hadis terakhir yang dibaca :

قال الليث حدثني يونس عن ابن شهاب قال لو أن رجلا ابتاع ثمرا قبل أن يبدو صلاحه ثم أصابته عاهة كان ما أصابه على ربه أخبرني سالم بن عبد الله عن ابن عمر رضي الله عنهما : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( لا تتبايعوا الثمر حتى يبدو صلاحها ولا تبيعوا الثمر بالتمر )


Majlis disambung semula pada jam 4.47 pm
Baca seterusnya

3.28 pm : Bacaan Shahih Bukhari Oleh Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani

3.27 pm : Majlis pembacaan Shahih Bukhari diteruskan setelah diberikan masa rehat beberapa minit. Kali ini, sesi bacaan bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani.

3.28 pm : Syeikh Muhammad bin Ibrahim memulakan bacaan, sambungan dalam Kitab Buyu'
Baca seterusnya

2.54 pm : Berhenti Solat, 274 Hadis Telah Dibaca

2.21 pm : Bacaan Kitab Solat Tarawih (Shahih Bukhari), dan seterusnya Kitab Fadhl Lailatil Qadr

2.35 pm : Bacaan Kitab al I'tikaf

2.54 pm : Syeikh Yusri menamatkan sesi bacaan hadis.. iaitu berhenti pada Kitab Buyu'.

Sehingga kini, hadis yang telah dibaca sebanyak 274 hadis. Hadis terakhir yang dibaca :

حدثنا عبد الله بن محمد حدثنا هشام أخبرنا معمر عن الزهري عن عروة عن عائشة رضي الله عنها : أنها كانت ترجل النبي صلى الله عليه و سلم وهي حائض وهو معتكف في المسجد وهي في حجرتها يناولها رأسه


Majlis berhenti sebentar bagi mendirikan Solat Fardhu Asar. Insya Allah akan disambung semula pada jam 3.30 petang nanti.
Baca seterusnya

1.55 pm : Berhenti Berehat - 258 Hadis Telah Dibaca

Pada jam 1.55 petang, Majlis berhenti sebentar.. Setakat ini, Syeikh Yusri telah menyambung bilangan hadis yang telah dibaca untuk tahun ini, sehingga mencecah 258 Hadis. Masih lagi dalam Kitab as Soum (puasa). Ketika ini, alunan burdah sedang berkumandang.

Hadis terakhir yang dibaca :

حدثنا معاذ بن فضالة حدثنا هشام عن يحيى عن أبي سلمة أن عائشة رضي الله عنها حدثته قالت : لم يكن النبي صلى الله عليه و سلم يصوم شهرا أكثر من شعبان فإنه كان يصوم شعبان كله وكان يقول ( خذوا من العمل ما تطيقون فإن الله لا يمل حتى تملوا ) . وأحب الصلاة إلى النبي صلى الله عليه و سلم ما دووم عليه وإن قلت وكان إذا صلى صلاة داوم عليها
Baca seterusnya

1.00 petang : Majlis Disambung Oleh Syeikh Yusri

12.58 tengahari : Pembacaan Shahih Bukhari disambung semula. Diteruskan oleh Syeikh Yusri. Beliau masuk Dewan pada 12.58 tengahari, dan memulakan bacaan (sambungan) pada jam 1.00 petang. Hadis pertama yang dibaca :

( باب قول النبي صلى الله عليه و سلم ( لا يمنعنكم من سحوركم أذان بلال

حدثنا عبيد الله بن إسماعيل عن أبي أسامة عن عبيد الله عن نافع عن ابن عمر والقاسم بن محمد عن عائشة رضي الله عنها : أن بلالا كان يؤذن بليل فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( كلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم فإنه لا يؤذن حتى يطلع الفجر ) قال القاسم ولم يكن بين أذانهما إلا أن يرقى ذا وينزل ذا
Baca seterusnya

11.45 am : Berhenti Sebentar - 145 Hadis Sudah Dibaca

11.16 tengahari : Masuk Kitab Fadha'il Madinah

11.30 tengahari : Masuk Kitab as Soum.

11.45 tengahari : Syeikh Usamah berhenti seketika, bagi mengetahui tentatif selepas ini. Samada ingin berhenti solat, atau meneruskan bacaan sehingga sampai ke bilangan hadis yang tertentu. Syeikh Usamah berhenti pada hadis di bawah :

حدثنا سعيد بن أبي مريم حدثنا ابن أبي حازم عن أبيه عن سهل بن سعد ( ح ) . حدثني سعيد بن أبي مريم حدثنا أبو غسان محمد بن مطرف قال حدثني أبو حازم عن سهل بن سعد قال : أنزلت { وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود } ولم ينزل { من الفجر } فكان رجال إذا أرادوا الصوم ربط أحدهم في رجله الخيط الأبيض والخيط الأسود ولم يزل يأكل حتى يتبين له رؤيتهما فأنزل الله بعد { من الفجر } فعلموا أنه إنما يعني الليل والنهار

Pengumuman dibuat, majlis akan berhenti berehat dan solat Zohor.
Baca seterusnya

11.08 am : Majlis Diteruskan - Masih Dalam Kitab Jaza' Soid

Majlis diteruskan semula setelah Alunan Burdah.. Masih lagi dalam Kitab Jaza' Soid. Hadis terakhir yang dibaca ialah :

حدثنا موسى بن إسماعيل حدثنا أبو عوانة عن أبي بشر عن سعيد بن جبير عن ابن عباس رضي الله عنهما
: أن امرأة من جهينة جاءت إلى النبي صلى الله عليه و سلم فقالت إن أمي نذرت أن تحج فلم تحج حتى ماتت أفأحج عنها ؟ قال ( نعم حجي عنها أرأيت لو كان على أمك دين أكنت قاضية ؟ . اقضوا الله فالله أحق بالوفاء )
Baca seterusnya

11.04 am : Rehat Sebentar - 80 Hadis Telah Dibaca

10.44 am : Berhenti seminit, Syeikh meminum sedikit air.. majlis pembacaan diteruskan.

11.04 am : Syeikh Usamah berhenti sebentar, dan meminta seseorang untuk mengalunkan burdah.

Setakat ini, sudah 80 Hadis dibacakan..
Baca seterusnya

9.58 am : Pembacaan Shahih Bukhari Bermula

Pagi tadi, telah selesai Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Syeikh Mahmud, menggantikan Dr Ahmad Tayyib, Syeikhul Azhar. Majlis Perasmian selesai sekitar jam 9.34 pagi tadi.

9.58 pagi, Syeikh Usamah dan beberapa pengiring dijemput masuk bagi memulakan pembacaan Hadis Shahih Bukhari, Bab Umrah, sambungan kepada pembacaan tahun lepas.

10.01 pagi, Syeikh Usamah memulakan bicaranya..
Baca seterusnya

Kutub Sittah : Liputan Dari Dewan Nadi Riadhi

Insya Allah, di kesempatan yang diberikan oleh Allah ini, saya mengambil kesempatan untuk membuat liputan dari Dewan Nadi Riadhi, bagi menyiarkan beberapa perkembangan berkenaan Kutub Sittah anjuran PMRAM. Tentatif seperti berikut :

Hari Rabu (27/10/2010)

06.30 - 07.30 pagi : Kehadiran Peserta
07.30 -07.45 pagi : Kehadiran VIP / VVIP
07.45 -08.00 pagi : Taklimat Disiplin dan protokol
08.00 -10-00 pagi : Perasmian majlis

-Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
-Alunan ayat suci al-Quran
-Ucapan Presiden PMRAM
-Ucapan Perasmian

10.00 - 12.00 tengahari : Pembacaan hadis 1
12.00 - 01.00 petang : Solat Zohor Dan Makan
01.00 - 03.00 petang : Pembacaan hadis 2
03.00 - 03.30 petang : Solat Asar
03.30 - 05.30 petang : Pembacaan hadis 3
05.30 - 06.00 petang : Solat Maghrib
06.00 petang : Jamuan & Bersurai

Hari Khamis (28/10/2010)

06.30 - 07.30 pagi : Kehadiran Peserta
07.30 - 07.45 pagi : Kehadiran VIP /VVIP
07.45 - 08.00 pagi : Taklimat Disiplin dan protokol
08.00 - 10.00 pagi : Pembacaan hadis 4
10.00 -12.00 tengahari : Pembacaan hadis 5
12.00 - 01.00 petang : Solat Zohor Dan Makan
01.00 - 03.00 petang : Pembacaan hadis 6
03.00 - 03.30 petang : Solat Asar
03.30 - 05.00 petang : Pembacaan hadis 7
05.00 petang : Jamuan & Bersurai

Hari Sabtu (30/10/2010)

06.30 - 07.30 pagi : Kehadiran Peserta
07.30 - 07.45 pagi : Kehadiran VIP / VVIP
07.45 - 08.00 pagi : Taklimat Disiplin dan protokol
08.00 - 10.00 pagi : Pembacaan hadis 8
10.00 - 12.00 tengahari : Pembacaan hadis 9
12.00 - 01.00 petang : Solat Zohor Dan Makan
01.00 - 03.00 petang : Pembacaan hadis10
03.00 - 03.30 petang : Solat Asar
03.30 - 05.30 petang : Pembacaan hadis 11
05.30 - 06.00 petang : Solat Maghrib
06.00 petang : Jamuan & Bersurai

Hari Ahad (31/10/2010)

06.30 - 07.30 pagi : Kehadiran Peserta
07.30 - 07.45 pagi : Kehadiran VIP / VVIP
07.45 - 08.00 pagi : Taklimat Disiplin dan protokol
08.00 - 10.00 pagi : Pembacaan hadis 12
10.00 - 12.00 tghari : Pembacaan hadis 13
12.00 - 01.00 petang : Solat Zohor
01.00 - 03.00 petang : Pembacaan hadis 14
03.00 - 03.30 petang : Solat Asar
03.30 - 06.00 petang : Majlis Penutup
06.00 - 06.30 petang : Solat Maghrib, Makan dan bersurai
Baca seterusnya

Keputusan Imtihan Qabul 2010 : Mengejutkan Semua Pihak

KAHERAH, 25 Oktober – Keputusan Imtihan Qabul untuk kemasukan ke Universiti al-Azhar bagi sesi pengajian 2010/2011 telah pun dikeluarkan oleh pihak Universiti al-Azhar secara rasminya hari ini selepas semakan untuk kali kedua dilakukan atas permintaan pelbagai pihak. Namun keputusan tersebut tidak banyak berlaku perubahan sebagaimana sebelum daripada ini.

“Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari ini sempat membuat analisa penuh keputusan tersebut. Dan apa yang mengejutkan kita pada hari ini ialah bilangan pelajar yang lulus hanyalah 307 orang (41.43%) berbanding jumlah yang gagal iaitu seramai 350 orang (47.23%)daripada jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan itu seramai 741 orang. Jumlah tersebut tidak melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pelajar ”.ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM.

“Dan jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar tahun lepas ternyata keputusan pada tahun ini sangat merosot. Pada tahun lepas hanya 5 orang pelajar sahaja yang gagal dalam peperiksaan tersebut “.

Namun begitu kita mengharapkan agar semua pelajar dapat menerima keputusan tersebut dan terus berada di sini kerana peluang untuk menuntut ilmu masih lagi terbuka luas “.Tambah beliau lagi.

Berikut merupakan keputusan penuh yang dikeluarkan di peringkat PMRAM sebagai rujukan kepada pihak-pihak yang berkenaan.




Baca seterusnya

26 October 2010

Fungsi JPMK Dan Pegawainya Yang Tak Berfungsi

Di bawah ini adalah Visi, Misi dan Fungsi JPMK.. Adakah JPMK berfungsi dengan baik? Berikan pandangan anda di ruangan komen.. Agak-agak, berapa peratuskah Visi, Misi dan Fungsi yang dilakukan? Berapa peratuskan JPMK berfungsi?





Di bawah ini adalah beberapa perangai pegawai JPMK..

1. Memejamkan mata apabila mahasiswa baru mengalami masalah imtihan qabul.

2. Tak ambil peduli tentang kenaikan nama mahasiswa.

3. Melambatkan urusan kenaikan nama mahasiswa/wi qiraat.

4. Menguruskan pengesahan pengajian, sambil ada kutukan dan perli-perli terhadap mahasiswa.

5. Menggunakan letterhead Kedutaan tanpa kebenaran (isu Tanta).

6. Berlagak seperti berautoriti terhadap keselamatan mahasiswa (autoriti pada KBMK)

7. Berkebajikan hanya kepada individu tertentu atau petubuhan tertentu sahaja. Selebihnya takkan dilayan.

8. Tidak menguruskan pentadbiran dengan baik, kerja cacamarba, pengurusan bermasalah.

9. Tidak melaksanakan program pembangunan syakhsiah pun, tidak mempedulikan masalah gejala sosial rakyat Malaysia di Mesir.

10. Menyekat dan menyusahkan persatuan-persatuan.

11. Mengurus dan merai tetamu yang datang ke Mesir, sehinggakan pejabat ditutup daripada berurusan (semua pegawai tak bertugas terus apabila tetamu datang)

12. Melayari Facebook dan mengomen itu dan ini.

Pada pandangan anda, berapa peratuskan JPMK berfungsi?
Baca seterusnya

Atase Akademik : Pegawai Yang Paling Banyak Masa Lapang

Sumber : Amin Menulis

En. Khairi bin Jalalluddin
Atase Pendidikan (Akademik)
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Emel: akademik@jpmk.info
Tel Bimbit: (002) 019 0051525
Tel Pejabat: (002) 02 37622395

Tugas Utama Seorang Atase Pendidikan

Bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan akademik pelajar meliputi proses mendapatkan tempat pengajian dan kemasukan pelajar baru, pengesahan pengajian, kursus peningkatan akademik, hubungan dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir dan pentadbiran Universiti, mengkaji dan menyampaikan pendapat kepada unit pengiktirafan ijazah di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) berhubung nilai taraf ijazah Universiti apabila diperlukan oleh pihak JPA, menyedia dan menilai laporan prestasi akademik pelajar dan seterusnya membuat syor kepada pihak penaja dan pihak yang berkenaan untuk tindakan sewajarnya.

Diatas adalah tugas dan tanggungjawab sebenar seorang Atase Pendidikan. Namun amat malang tugas dan tanggungjawab tersebut disia-siakan begitu sahaja. Masanya lebih banyak tertumpu kepada Hal Ehwal Politik (HEP) daripada menguruskan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Malang2.. Saya ambil sumber tersebut daripada Laman Rasmi JPMK/MSD Cairo. Klik di sini

Tugas Yang Dilakukan Atase Pendidikan Sekarang :

Antara yang saya lihat tanggungjawab beliau berada di Mesir adalah :

1. Melayari Facebook.

2. Menguruskan pejabat Kelab UMNO Mesir.

3. Mengedarkan Borang Kelab UMNO kepada pelajar-pelajar baru spt di Mansurah.

4. Membalas komen di facebook.

5. Makan angin.

6. Sibuk membuat bancian jumlah pelajar Mesir yang menyebelahi pihak (Pembangkang di parlimen.)

7. Tugas2 lain klik di sini dan di sini





Baca seterusnya

Video : Penghantaran Memorandum Ke Pihak Kedutaan Tentang Salah Laku JPMK

Di bawah ini adalah video yang dirakam di hadapan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), bertujuan menghantar memorandum kepada pihak Kedutaan tentang Tuntutan Terhadap Salah Laku JPMK, pada 24 Oktober lalu. Saksikan!

Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal