17 March 2010

Khazanah Nabi Muhammad SAW






























Baca seterusnya

16 March 2010

Malaysia Cola : Di Manakah Sensitiviti?


Risau juga di hati ini. Tiba-tiba sahaja bumi Malaysia bakal dihujani dengan coca-cola. Sebelum ini telah saya siarkan bahawa coca-cola merupakan salah satu syarikat yang perlu diboikot. Ini kerana terbabit dalam menjana kewangan Israel. Entah, seolah-olah macam ia bukan lagi dianggap sebagai barangan boikot.

Adakah coca-cola di Malaysia sudah tidak dikatakan sebagai baranan boikot?Atau ia adalah coca cola yang tidak bekerjasama dengan Israel. Entah. Mungkin saya yang tersilap dalam membuat hukum. Sila betulkan kalau tersilap.

Anda boleh klik di sini :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CocaColalancarkilangpembotolanRM1biliondiNilai/Article



Artikel sebelum ini tentang senarai barang boikot :

http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/barangan-boikot-dan-perbezaan-antara.html

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Barangan Boikot Dan Perbezaan Antara Dua Berita


Coca Cola lancar kilang pembotolan RM1 bilion di Nilai

NILAI: The Coca Cola Company dari Amerika Syarikat hari ini secara rasminya melancarkan kilang pembotolan terbarunya yang bernilai RM1 bilion di Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis pecah tanah kilang baru itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.
Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.

Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama

Ulasan Ringkas

Berita pertama dipetik dari akhbar Berita Harian, manakala berita yang kedua diambil daripada Utusan bertarikh 16 Mac. Tidak terlintas untuk mengulas secara terperinci dalam isu ini. Cukup sekadar bacaan daripada anda, kemudian buatlah konklusi sendiri.

Kita menganggap bahawa barangan boikot bukanlah hanya barangan Sweden semata-mata. Coca-cola juga adalah salah satu barangan musuh Islam.

Senarai Barangan Boikot

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Isu Nikah Bawah Umur


Pendahuluan

Beberapa akhbar hari ini menyiarkan berita tentang kahwin bawah umur. Ia dilakukan oleh "Sudin Ajaib" yang berkahwin dengan Zubaidah yang berumur 11 tahun. Sila lihat akhbar-akhbar hari ini, antaranya Utusan pada tarikh 16 Mac.

Belum Jelas

Saya masih tertanya-tanya tentang isu ini. Walaupun di dalam akhbar sudah menjelaskannya, namun, masih banyak lagi kekeliruan. Antara yang mengelirukan saya ialah :

1. Siapakah yang memberikan kebenaran kepada kanak-kanak perempuan itu berkahwin? Siapakah ayahnya (wali) ? Perkahwinan tidak sah tanpa kebenaran wali.

2. Bagaimanakah kanak-kanak ini boleh terlibat? Kenapa tidak orang lain? Siapakah yang memperkenalkannya kepada Sudin Ajaib?

Hukum

Bukanlah bermakna untuk meragui kes ini. Tetapi saya agak sukar untuk mengulas tentangnya, untuk menghukumkan sah atau tidak perkahwinan ini. Namun, beberapa kemungkinan boleh diberikan, antaranya :

1. Sekiranya mendapat kebenaran wali, maka perkahwinan ini sah, tetapi ia bersalahan dengan undang-undang. Maka hukumnya haram, walaupun ianya sah.

2. Sekiranya ia tidak mendapat kebenaran wali, maka perkahwinan tersebut tidak sah. Bahkan bercanggah dengan undang-undang.

Dikhuatiri

Saya merasa sedikit khuatir apabila isu ini timbul. Antaranya :

1. Serangan pemikiran cuba memomokkan bahawa Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah yang dikatakan bawah umur. Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah.

2. Serangan pemikiran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang gila seks kerana kahwin banyak. Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah.

3. Serangan pemikiran bahawa Nabi Muhammad SAW bercanggah dengan naluri kemanusiaan. Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah.

4. Serangan pemikiran bahawa Islam bercanggah dengan semasa (waqie’). Semoga serangan pemikiran ini digagalkan oleh Allah

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Menziarahi Syeikh Sya'rawi RA










Hari ini, saya dan isteri yang tersayang, sempat bersinggah di Makam Syeikh Sya'rawi, seorang ulama masyhur Mesir. Makamnya terletak beberapa kilometer sebelum Mansurah. Seorang tokoh hebat, yang ditangisi pemergiannya.

Sebuah artikel yang disiarkan di dalam PMRAM.ORG, tentang Syeikh Sya'rawi...

KETOKOHAN SYEIKH SYA'RAWI

Umat Islam hari ini terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal dunia ketika berurnur 87 tahun. Beliau adalah Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi yang dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah.

Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT, menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar. Beliau telah mendapat syahadah tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.

Syeikh al-Mutawalli Sya'rowi pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.

Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan.

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku himbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguknya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."

Syeikh Sya'rowi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.

Syeikh Sya'rowi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.

SAAT KEMATIAN

Sebelum Syeikh Sya'rawi rneninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu". Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.
Baca seterusnya

15 March 2010

Medan Politik Di Kalangan Melayu Mesir


Sejak kebelakangan ini, Melayu Mesir semakin dihidangkan dengan keterbukaan dalam medan politik Malaysia. Antara yang boleh dikaitkan dengan perkara ini seperti :

a. Penubuhan SUARA
b. Kedatangan Rombongan Dato Abdul Rahman dan Mufti Perak pada Ogos 2009
c. Kehadiran Dr Masyitah Ibrahim pada Februari 2010 dengan One Malaysia
d. Kehadiran JASA yang menyebarkan ideologi politik pada awal Mac 2010
e. Kehadiran Rombongan Ir Haji Nizar baru-baru ini
f. Dan sebagainya.

Tidak dinafikan, semenjak dahulu lagi Melayu Mesir sudah dihidangkan dengan “elemen” politik tanahair. Dengan kehadiran beberapa tetamu dari Malaysia, samada dari kalangan kerajaan, mahupun pembangkang.

Namun, bukanlah niat di hati ini untuk mengulas tentang kehadiran mereka. Cuma sedikit lontaran yang mungkin boleh difikirkan bersama tentang situasi ini. Antara yang boleh diperhatikan ialah :

a. Melayu Mesir menjadi sasaran hari ini, untuk dijadikan sebagai pelapis bagi parti-parti politik
b. Melayu Mesir dianggap sebagai “lubuk” untuk meraih sokongan.
c. Melayu Mesir sudah merasai suasana “peperangan” di Malaysia
d. Melayu Mesir semakin hebat dalam berfikir secara waqie’ Malaysia
e. Dan sebagainya

Kenapa Melayu Mesir?

Antara punca kenapakah Melayu Mesir menjadi sasaran, ialah :

a. Bilangan yang ramai

Melayu di Mesir begitu ramai bilangannya. Dan hampir 98 % dari kalangan pelajar dan mahasiswa. Selebihnya ialah golongan pekerja. Antara statistik yang boleh diperhatikan ialah keahlian PMRAM seramai 5000 orang. Dan bilangan Medic (yang mula disumbat beramai-ramai pada 2007) hampir setara dengan bilangan tersebut. Ditambah pula dengan bilangan ahli ISMA dan firaq-firaq lain yang tidak diketahui bilangan mereka.

Berbanding dengan UK, keahlian mereka juga ramai, tetapi peratusan sebagai pelajar dan mahasiswa agak rendah berbanding golongan pekerja yang juga ramai. Demikian juga negara-negara lain seperti Syria, Jordan, Madinah yang masih kurang berbanding Melayu Mesir.

b. Melayu yang pulang dari Mesir agak menonjol

Ini juga tidak dapat dinafikan apabila beberapa pelapis Melayu Mesir banyak terlibat dalam parti-parti politik dan bergiat di dalamnya. Antara yang lain, Melayu Mesir sering mendapat perhatian masyarakat Malaysia di dalam pengajian, kuliah, kepimpinan, pengurusan, dan sebagainya.

Tidak dinafikan, mahasiswa di Timur Tengah yang lain juga turut berketrampilan, namun, kajian tentangnya tidak diketengahkan di dalam perbincangan ini.

c. Melayu Mesir paling lama wujud

WaLlahualam, sejak bilakah Melayu sudah sampai di bumi Mesir. Antara tokoh terkemuka yang merupakan generasi awal ialah Tok Kenali, Syeikh Marbawi dan sebagainya. Tidak hairanlah apabila Melayu di Mesir sudah mampu membentuk sebuah persatuan besar seawal 1930 lagi, iaitu PMRAM

1930 adalah tarikh yang agak awal berbanding kemerdekaan Malaysia pada 1957. Melayu Mesir dilihat begitu kukuh dengan kewujudan PMRAM yang sudah berumur 80 tahun. Perjuangan-perjuangan PMRAM dalam mendapatkan kebajikan dan kedudukan masyarakat Melayu di bumi Mesir sudah beroperasi begitu lama.

PMRAM Tidak Terlibat Dengan Politik Tanahair

PMRAM yang sudah melangkah jauh dalam arena sejarah, namun, di dalam undang-undang tubuhnya menyebut bahawa PMRAM tidak terlibat dalam arena politik tanahair. Ataupun dengan kata lain, tiada lagi parti PMRAM di Malaysia.

Namun, di kalangan ahlinya yang begitu ramai tidak terlepas dari penglibatan mereka secara individu dalam arena politik Malaysia. Hamid Othman antara “orang kuat” PMRAM satu ketika dahulu. Begitu juga Dr Jamnul Azhar Mulkan, Syeikh Mat Nor, Tok Guru Nik Aziz dan banyak lagi.

Penglibatan mereka di dalam arena politik Malaysia adalah kesedaran individual mereka. Sehingga hari ini, PMRAM masih lagi gah dan kuat dengan nama sebagai NGO yang berdaftar secara rasmi di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Disebabkan inilah, beberapa kesedaran individu Melayu Mesir untuk menggiatkan diri mereka dalam arena politik, lebih-lebih lagi apabila ia dibentang di Mesir. Antaranya penubuhan SUARA yang tidak berkaitan dengan PMRAM selama ini. Maka, penubuhan mereka tidak dapat ditegah oleh PMRAM sepertimana kewujudan Nadi UMNO yang lebih lama “hidup” di bumi Mesir berbanding SUARA.

Dalam masa yang sama, kewujudan ISMA atau firaq-firaq lain yang tumbuh seperti cendawan, juga disebabkan ke”tidak terlibatan” PMRAM dalam arena politik. Lalu ISMA mendakwa bahawa PMRAM kurang menekankan aspek tarbiah, kerana hanya menumpu perjuangan kebajikan semata-mata.

Di Manakah Yang Dikatakan Kekurangan Tarbiah Dalam PMRAM?

Apabila PMRAM dituduh oleh ISMA sebagai satu badan kebajikan yang tidak menekankan aspek tarbiah, maka mereka seolah-olah membuat satu kenyataan yang tidak berasas. Mereka ditubuhkan hanya atas dasar “kekurangan tarbiah” dalam PMRAM semata-mata. Walhal, apabila dilihat secara pemerhatian, mereka hanya memilih “mad’u” yang bagus-bagus untuk ditarbiah.

Mereka yang “tidak bagus” tidak akan dipilih, juga tidak akan ditarik untuk bersama dengan persatuan ini. Adakah ini satu tarbiah yang sempurna oleh mereka? Juga menjadi kekeliruan apabila ahli-ahli ISMA yang keluar malam (akhawat) tanpa musyrif, tidak menghadiri usrah di BKAN, tidak menghadiri program, dan sebagainya. Adakah ini yang ditarbiah kepada ahli-ahli mereka?

Beberapa siri program anjuran Nadi UMNO yang jelas terdapat unsur-unsur maksiat, mendapat kerjasama daripada ISMA. Adakah ini tarbiah mereka? Siapakah barisan “ulama” mereka yang mereka dakwa sebagai “murabbi”? Murabbi mereka adalah dari kalangan yang tidak dikenali. Bahkan objektif penubuhan mereka yang masih belum jelas.

Keahlian mereka disembunyikan, dan disorokkan di sesuatu tempat yang dirahsiakan. Inikah tarbiah mereka? Mereka mentarbiah ahli mereka supaya hidup tidak bermasyarakat, dan hidup dalam dunia lain yang tidak sama dengan kehidupan Melayu di Mesir.

Persoalan seterusnya, kenapakah ISMA mengadakan hubungan baik dengan Nadi UMNO sedangkan mereka “menculik” ahli-ahli PMRAM? Sedangkan mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai sistem tarbiah yang terbaik. Adakah bersatu dengan Nadi UMNO itu adalah satu bentuk tarbiah?

Persoalan ini sering dititip di bibir-bibir mereka yang pernah terlibat dalam ISMA. PMRAM tidak dapat mengetahui tentang mereka, kerana ia disorokkan. Maka, keaiban mereka didedahkan oleh Allah SWT sendiri. Mereka mendakwa bahawa tarbiah mereka paling kemas, tetapi mereka menyeru kepada perpecahan.

Jemputan Kepada Parti-parti Politik Malaysia

Setelah melihat beberapa perbincangan sebelum ini, saya cuba menggalakkan kepada parti-parti politik di Malaysia, tidak kira UMNO, PAS, DAP, PKR, MCA, MIC dan sebagainya untuk berkunjung di bumi Mesir. Kami ingin melihat seni perbandingan politik yang terdapat di Malaysia.

Inilah jemputan saya secara rasmi kepada mana-mana parti politik di Malaysia. Semoga dengan kehadiran mereka di bumi Mesir ini dapat memberi input yang terbaik kepada kami yang berada di sini. Ia mengajar kami erti keterbukaan minda dalam perbandingan politik yang sedang hangat di Malaysia.

Namun, ia bukanlah bererti kami menerima “bentuk-bentuk percanggahan dengan Islam” secara jelas. Kami sebagai mahasiswa Islam, akan terus mempertahankan Islam dan menolak mana-mana unsur yang bercanggah dengannya. Atau dengan kata lain, “silakan ke bumi Mesir, asalkan jangan hina Islam di sini sudah..”

Saya tertarik dengan Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu’izz bin Mohammad, yang berperwatakan secara professional dalam berhadapan dengan situasi ini. Beliau dan PMRAM, akan meraikan mana-mana kunjungan secara rasmi secara terbuka tangan.

Beliau turut menjadi wakil PMRAM ketika kehadiran Dato Abdul Rahman SUK Kerajaan Negeri Perak, Rombongan Ir Haji Nizar, kunjungan JASA ke Mesir, dan banyak lagi. Keprofessionalan beliau dan PMRAM dalam menyambut kunjungan mana-mana tetamu Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun perbezaan parti politik.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil Tahun 4, Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Malaysia Dan Dakwah Non Muslim


1. Nabi SAW bermula dengan menyebarkan dakwah kepada non Muslim. Maka, sebelum sebaran dakwah tersebut dibuat, Baginda SAW mempunyai watak yang boleh dipercayai oleh semua orang. Maka seorang pendakwah haruslah mempamerkan watak sebagai seorang muslim, sebelum menyebarkannya kepada non muslim.

2. Non muslim terbahagi kepada beberapa jenis :

a. Harbi
b. Zimmi

Harbi ialah orang bukan Islam yang menentang Islam secara jelas. Contohnya orang kafir pada zaman Baginda SAW yang berperang menentang Baginda SAW. Zimmi ialah orang kafir yang tidak menentang Islam.

3. Selain itu, non muslim juga terbahagi kepada :

a. Mereka yang memahami tentang Islam
b. Mereka yang tidak mengetahui tentang Islam

Mereka yang memahami tentang Islam contohnya seperti Orientalis yang hebat dalam ilmu-ilmu agama, tetapi enggan memeluk Islam. Manakala mereka yang jahil tentang Islam, tidak boleh disamakan dengan mereka yang memahami Islam.

4. Dakwah untuk beberapa peringkat di kalangan mereka adalah berbeza. Contohnya :

a. Kafir harbi perlu ditentang sepertimana mereka menentang Islam
b. Kafir zimmi perlu dijaga dan dipelihara hak mereka
c. Mereka yang memahami Islam, tetapi enggan menerimanya hendaklah disampaikan dengan cara memberi amaran, atau berdebat.
d. Mereka yang tidak memahami tentang Islam, haruslah menggunakan pendekatan lembut, terbuka, mudah dan sebagainya.

5. Orang Islam hari ini gagal membezakan cara dakwah mereka terhadap non muslim. Maka,...

a. Mereka bekerjasama dengan kafir harbi dalam peristiwa "kejatuhan Iraq".
b. Mereka menafikan hak kafir zimmi sepertimana yang terjadi di Malaysia hari ini.
c. Mereka membiarkan orang kafir yang memahami tentang Islam, menyampaikan dakyah sesat kepada anak muda kita. Contohnya Skin Head, Punk, Nazi dan sebagainya.
d. Mereka menyempitkan Islam apabila bukan Islam yang jahil tentang Islam ingin mempelajari tentang Islam.

6. Apabila non Muslim ingin mengenal Islam, mereka mendapati Islam yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia terlalu teruk. Antaranya :

a. Digambarkan di dalam filem Antara Garisan, Islam berhak membelasah beramai-ramai seorang pelacur, sedangkan ia bertentangan dengan Islam.
b. Juga digambarkan di dalam filem yang sama, Islam membenarkan lelaki bersekedudukan dengan perempuan, disebabkan dharurat kononnya.
c. Digambarkan di dalam filem Perempuan Berkalung Serban, pengajian di pondok adalah jumud dan tidak terbuka.
d. Digambarkan di dalam filem yang sama, hukuman rejam boleh dilakukan begitu sahaja tanpa sebarang bukti dan saksi. Ia jelas bertentangan dengan Islam.
e. Digambarkan di dalam filem Gubra, Islam itu sama sahaja dengan agama-agama lain, apa yang membezakan hanyalah cara ibadah. Ini juga jelas bertentangan dengan Islam.
f. Banyak lagi...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

PMRAM Menghantar Motivator Untuk Program Motivasi Anjuran PPMS


6 MAC – Persatuan Pelajar Mahasiswa Syria telah menganjurkan Program Motivasi pada 6 Mac dengan menjemput wakil PMRAM ke sana untuk menyampaikan motivasi tersebut. Program bermula pada jam 9.30 selepas Majlis Perasmian yang dirasmikan oleh Dato’ Duta sendiri.

PMRAM yang selama ini mempunyai hubungan yang erat dengan PPMS sangat bersetuju untuk menghantar wakilnya ke sana, dalam merealisasikan impian, tujuan dan harapan PPMS sendiri.

Us Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, yang menjadi Duta PMRAM, telah dihantar bagi mewakili Presiden dan PMRAM untuk menjayakan program tersebut.

Beliau yang juga merupakan salah seorang Fellow MANHAL PMRAM telah diamanahkan untuk menjadi pengisi dalam program tersebut secara sepenuhnya, yang bermula pada 5 Mac lagi.

Manakala motivasi pada 6 Mac memakan masa sehingga jam 4.30 petang, dan ditamatkan dengan resolusi daripada peserta.
Baca seterusnya

PMRAM Menekankan Kesatuan Ahli Di Kalangan Mahasiswa Syria


5 MAC – PMRAM pada hari ini telah menyuarakan kepentingan bersatu di kalangan mahasiswa Syria khasnya, dan mahasiswa timur tengah umumnya.

Ia telah disebutkan secara tegas oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, yang telah dilantik sebagai wakil PMRAM ke Syria.

Program Wacana Antara Benua, yang telah menggabungkan panel dari Syria, Jordan dan Mesir ini telah diadakan pada 5 Mac di Rumah Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS) di bawah tajuk Generasi Syam, Permasalahan, Cabaran, Realiti dan Penyelesaian.

PMRAM mengutarakan bahawa masalah yang terbesar yang dihadapi oleh Generasi Syam ini ialah kesatuan ahli. Ia berpunca akibat konflik identiti yang semakin membarah. Demikianlah ucapan beliau ketika mewakili PMRAM dalam program tersebut.
Baca seterusnya

Kenangan - Berwacana Di Syria Bersama Wakil Jordan dan Syria


Jari jemari ini memetik ke sana kemari pada daun-daun keyboard, akhirnya bertemu dengan satu ruangan, iaitu blog Hasan Husaini. Wakil Jordan yang berwacana bersama saya ketika di Syria tempoh hari.

Gambar inilah yang dapat kutemui di dalam blognya..
Baca seterusnya

14 Mac Dalam Memori - Percubaan Menambah Kelajuan Blog



14 Mac, satu memori yang rasa perlu dikongsi bersama. Setelah fikir punya fikir, saya akan cuba mengubah blog saya supaya lebih pantas daripada mengeluarkan artikel dalam masa satu hari.

Idea ini mula terfikir apabila melihat blog KPIPM yang agak laju. Setelah berfikir panjang, mulai hari ini, saya akan cuba tingkatkan "kelajuan" blog ini.

14 Mac juga, saya dan isteri keluar dari rumah pada jam 3.15 petang, untuk berkejar ke Zagazig. Apabila difikirkan, sepatutnya sempat, kerana perjalanan sebelum ini hanya mengambil masa 2 jam sahaja.

Tetapi, apa yang terjadi, saya tiba di Zagazig pada 7.35 malam. Sepatutnya slot saya yang bertajuk "Dakwah Non Muslim" bermula pada 7 malam. Kekesalan yang amat sangat.

Minta maaf saya ucapkan kepada DPMZ atas keterlewatan ini.

Setelah selesai menyampaikan ceramah Dakwah Non Muslim, saya menjamu selera dalam masa beberapa minit. Kemudian, terus bertolak ke Kaherah. Esok, 15 Mac, kami akan menjadi musyrif mutazawwijin untuk AJK HEWI ke Mansurah.
Baca seterusnya

14 March 2010

Pembentangan Kertas Kerja “Ikhtilat” Di Iskandariah


Semalam 13 Mac, saya dan isteri telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja “Ikhtilat” di Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah.

Pembentangan kertas kerja ini merupakan salah satu daripada slot dalam Program Kolokium Ilmuan Q PMRAM. Semoga pembentangan kami dapat memberi kefahaman kepada mahasiswi tahun 1 di sana. Program dimulakan pada jam tepat 2.00 petang dan berakhir pada tepat jam 4.00 petang dengan lontaran beberapa soalan bernas.

Sehari sebelum itu, 12 Mac, kami tiba di Iskandariah. Cuma, rasa seperti pulang ke kampong halaman yang ditinggalkan hampir sebulan. Hampir sebulan kami tidak menjenguk ke rumah sewa kami. Disebabkan si suaminya sibuk di Kaherah, menyebabkan rumah kami sunyi ditinggalkan.

Pada hari ini, kami akan bertolak pula ke Zagazig kerana dijemput untuk memberi pengisian di sana. Dengan bertajuk “Dakwah Non Muslim” kaki kami mula melangkah ke sana sekitar jam 3 petang nanti. Semoga selamat sampai di sana.
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal