19 December 2010

Rujukan Istilah Falsafah (Siri 2)

Mohon maaf kepada semua atas ke"tidak update"an blog ini. Disebabkan Laptop kesayangan yang hampir berusia 6 tahun, langsung tak hidup. Entah apa sebabnya. Di kesempatan ini, suka untuk saya berkongsi kepada semua, terutamanya yang terlibat dalam kelas Tutorial saya, beberapa istilah penting dalam Falsafah yang perlu diketahui.

Sebelum ini, saya telah menghimpunkannya di dalam artikel di bawah :

KLIK DI SINI


Tambahan sedikit daripada istilah-istilah tersebut :

Rowaqiah : Stoicsme

Abiqoriah : Epicuranism

Ittifaqiah : Occasionalism (Keselarian)

Ma Ba'da Tabi'ah : Metafizik

Luzumiah : Corollary (Kemestian)

Maddiyah : Materialism

Maddiyah Jadaliyah : Dialectical Materialism

Maddiyah Tarikhiyah : Historical Materialism

Maddiyah Ilmiah : Scientific Materialism

Ma La Nihayah : Infinity

Mahiyah : Quiddity (hakikat sesuatu)

Mabda' : Principle

Setakat ini dulu.. Kalau ada istilah yang perlu dimasukkan, sila tulis di ruangan komen..

Baca seterusnya

09 December 2010

Bantuan Untuk Mahasiswa Perubatan

Tabung bantuan penuntut Malaysia di Mesir


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan Tabung Bantuan Kecemasan Pelajar Islam Malaysia di Mesir untuk membantu penuntut perubatan yang tidak mendapat tajaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, tabung itu akan membantu lebih 2,000 penuntut bidang profesional seperti perubatan, farmasi dan pergigian yang gagal mendapat pinjaman atau biasiswa.

"Objektif utama kita menubuhkan tabung ini adalah untuk membuat kutipan sumbangan dari semua sumber dan dana yang terkumpul akan disalur untuk membantu pelajar-pelajar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, PPIM akan memastikan pelajaran penuntut yang berpotensi tidak terganggu disebabkan masalah kewangan semasa.

Maamor berkata, lebih kurang RM30,000 akan disumbangkan kepada penuntut yang layak untuk setiap tahun.

Orang ramai yang ingin membuat sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun CIMB: 14370003771050. – Bernama
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal