20 January 2013

Isma Hanya Mengulangi Sejarah PAS 60 Tahun Lalu


Tok Kenali, antara tokoh yang mempunyai sambungan rantai dengan perjuangan PAS

Subuh, 20 Januari, 

Parameswara telah diislamkan oleh Syarif Mekah pada 1414 M menjadi titik permulaan kepada kehadiran penjajah dengan lebih terancang, walaupun sebelumnya masyarakat Melayu sering diasak oleh Siam, dan pernah dijajah oleh India. 

Akhirnya pada 1511, jatuhnya Empayar Melaka akibat serangan portugis terhadap pusat pemerintahan Islam ketika itu. Lalu pada 1523 pusat pemerintahan Islam berpindah ke Acheh. Acheh juga diasak bertalu-talu oleh Siam dan Belanda sehingga jatuh. 

Pada era 1600 an, pusat pemerintahan Islam di Asia Tenggara berpindah pula ke Pattani. Juga tidak terlepas daripada serangan yang bermula pada 1641 sehingga 1832, hampir 200 tahun umat Islam berjuang mempertahankan Pattani tanpa mengira bangsa dan keturunan. 

Mereka tidak berkata, aku Acheh, kamu Jawa, kamu Pattani, akan tetapi mereka berjuang bersama-sama mempertahankan pusat pemerintahan Islam mereka. Antara perang yang terakhir sebelum kejatuhan Pattani ialah Perang Jawa yang dipimpin oleh Imam Diponegoro pada 1825. 

Hasil daripada ijtihad baru seorang ulama Pattani di Mekah, telah melahirkan Tok Kenali. Beliau bernama Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al Fathani yang menjadi pengasas kepada Jamiyyah Fathaniah pada 1873. 

Lalu, Tok Kenali mengaplikasikan perjuangan Tok Gurunya di Tanah Melayu bagi menghalau penjajah dengan menubuhkan MAIK pada 1915, yang menghimpunkan suara ulama bagi menentang penjajah. 

Pada 1925 beliau bersama 2 sahabatnya telah menubuhkan pula Jamiyyah Asriyyah (iaitu sebuah persatuan) dengan tujuan yang sama, iaitu menghalau penjajah. 2 sahabatnya itu ialah Ustaz Tahir Ahmad dan Ustaz Mokhtar Ahmad. 

Pada era 1940 an, iaitu setelah kehilangan Tok Kenali pada 1933, muncul 2 tokoh baru, iaitu Ustaz Abu Bakar Baqir dan Dr Burhanuddin Helmi. Pada 1947, telah diadakan satu perhimpunan ulama di Gunung Semanggol dan menghasilkan penubuhan MATA yang dipimpin oleh Ustaz Mokhtar Ahmad. 

Pada 1948, perjuangan menentang penjajah mengorak langkah dengan mengadakan perhimpunan ulama kali kedua dengan menubuhkan Hizbul Muslimin. Namun, akibat bimbangkan kebangkitan rakyat menentang penjajah, British telah mengharamkan HM sehingga par pejuang mereka ditangkap dan dipenjarakan. 

Lalu pada 1951, tokoh tokoh ulama yang berjuang dalam MATA dan HM kembali mengatur strategi baru yang lebih selamat, iaitu dengan menubuhkan Persatuan Ulama Semalaysia (PAS). 

Setelah beberapa tahun perjuangan ulama ini, para ulama membincangkan pada 1950 an berkaitan pilihanraya. Iaitu saluran yang disediakan mengikut undang undang bagi meletakkan kekuasaan Islam. 

Setelah berbincang lumat dalam hal ini, akhirnya PAS berdaftar sebagai sebuah parti yang sah dan layak melibatkan diri dalam pilihanraya. Usaha ini bagi memastikan syariat Islam tertegak. Walaupun penjajah sudah pergi, namun ideologi penjajah masih berakar umbi. 

Sejarah yang saya tulis ketika menanti waktu Subuh ini akhirnya dipandang serong oleh sebahagian golongan. Mereka mengatakan PAS gila kuasa, dan ada pula yang mengatakan PAS bermatlamatkan politik kerana terlibat dalam pilihanraya. 

Apabila terbaca berita dalam Sinar Harian (pautan di bawah), isma hanya mengulangi sejarah PAS pada 1950 an. PAS sudah lama membincangkan keperluan terlibat dalam pilihanraya, iaitu keperluan memartabatkan Islam mengikut undang undang yang sedia ada. 

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil 
BA, Hons, Fakulti Usuluddin, 
Jabatan Akidah dan Falsafah 
Universiti al Azhar 

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/isma-tubuh-biro-politik-timbang-tanding-pru13-1.123131
Baca seterusnya

14 January 2013

112 TARIKH BERSEJARAH



"Atuk, benarkah satu ketika dahulu pernah berlakunya penggulingan kuasa?" Kata seorang anak muda yang mengkaji tentang peradaban terdahulu. 

"Ya, ketika itu era penggulingan kuasa-kuasa zalim yang memegang pemerintahan beberapa buah negara. Ia bermula dengan kebangkitan di Tunisia, Mesir dan beberapa lagi. Pemerintah-pemerintah zaman tersebut digulingkan kerana terlalu kejam. Atuk tak berapa ingat nama-nama mereka", balas seorang pakcik yang sudah lanjut umurnya. 

"Syria bagaimana? Kerana kajian yang saya buat mendapati bahawa pemerintah Syria ketika itu agak sukar dijatuhkan", tanya pemuda tersebut. 

"Ya, seingat Atuk, selepas kejatuhan kuasa-kuasa zalim di timur tengah, kebangkitan berlaku di Malaysia, tempat kita tinggal ini", jawabnya lagi. 

"Begini ceritanya, anak perlu mengkaji tentang tarikh-tarikh jatuh bangun sebuah kerajaan. Lihat bagaimana Allah menjatuhkan pemerintah yang zalim, dan menukar dengan pemerintah yang alim.. Ketika itu, Atuk menghadiri sebuah perhimpunan bersejarah di Kuala Lumpur. Ketika itu Atuk berumur 10 tahun. Sudah 80 tahun berlalu.. 

Ayah Atuk yang membawa Atuk bersama mak dan adik beradik yang lain. Ketika berhimpun, Ayah Atuk melihat wajah Atuk dan dia berpesan "Kamu kena ingat tarikh hari ini. Ia adalah peristiwa keramat dalam sejarah" 

Setelah pemerintah Malaysia yang zalim ketika itu telah dijatuhkan, kami hidup di bawah pemerintahan pimpinan yang baik, alim dan wara' selama beberapa kurun", kata Pakcik Tua itu lagi. 

"Alhamdulillah, sehingga hari ini Malaysia aman dan tenteram di bawah pemerintahan alim ulama tersebut.." Tambahnya lagi. 

Pemuda itu bertanya "Adakah Atuk ingat, tarikh perhimpunan bersejarah itu berlaku? Saya ingin mencatatnya di dalam tesis kajian saya.." 

Atuk itu menjawab, "Erm... rasanya 12 Januari 2013.., ia dikenali dengan HKR 112!" 

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil 
BA, Hons, Fakulti Usuluddin, 
Jabatan Akidah dan Falsafah, 
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal