31 December 2009

Bolehkah Bertukar-tukar Mazhab Fiqh?

Dibenarkan bertukar-tukar mazhab, atau tidak wajib mana-mana individu untuk berpegang dengan satu mazhab sahaja.[1] Tetapi, di dalam satu-satu amalan, bolehkan kita menggunakan mazhab yang berbeza? Seperti mengambil wudhu dengan Mazhab Syafie, tetapi perkara yang membatalkan wudhu’ mengikut Mazhab Hanafi pula.

Bertukar mazhab dalam satu amalan dibenarkan, tetapi ketika dharurat atau keperluan. Bukan bertujuan untuk mempermainkan syariat, atau mengambil mudah tanpa sebarang keperluan. Dan ia terhad dalam perkara-perkara yang cabang, bukan usul.[2] Tetapi hari ini, mazhab yang kita taqlid sekarang pun belum difahami secara sempurna. Bagaimana pula hendak bertukar ke mazhab lain?

[1] Pandangan Jumhur Ulama
[2] Dr Wahbah Zuhaili Usul Fiqh Islami, jilid 2 ms 1181 – beliau membuat kesimpulan daripada beberapa pandangan dan syarat-syarat dibenarkan talfiq.


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin,
Akidah dan Falsafah,
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

30 December 2009

Bolehkah Bertaqlid Dengan Selain Daripada 4 orang Imam Mazhab?

Untuk menjawab persoalan ini, terbahagi kepada dua jawapan. Bagi mereka yang mampu untuk mencari pandangan yang lebih kuat, mengeluarkan dalil-dalilnya, dan memastikan sesuatu mazhab tersebut, maka dibenarkan untuk mereka bertaqlid selain daripada 4 mazhab ini.[1]

Bagi mereka yang tidak berkemampuan, maka tidak dibenarkan bertaqlid selain daripada 4 Imam Mazhab ini. Hakikatnya, kita sendiri belum benar-benar memahami mazhab yang kita pegang sekarang. Bagaimana pula hendak bertaqlid dengan mazhab lain? Bertaqlid dengan selain daripada 4 mazhab ini, sudah pasti lebih sukar.[2]

[1] Di sana terdapat beberapa mazhab lain yang masyhur.
[2] Dr Wahbah Zuhaili Usul Fiqh Islami, jilid 2 ms 1169


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin,
Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

29 December 2009

Bolehkah Bertaqlid?

1. Bertaqlid dengan Imam Mazhab di dalam fiqh diwajibkan bagi mereka yang bukan mujtahid. Bagi mujtahid, dilarang daripada bertaqlid.

2. Manakala bertaqlid di dalam bidang tauhid tidak dibenarkan, bagi mereka yang mampu untuk mengeluarkan diri mereka dari kepompong taqlid samada dengan belajar, atau mengkaji. Bagi mereka yang tidak berkeupayaan untuk melakukan sedemikian seperti lumpuh, cacat dan sebagainya, maka mereka ini dimaafkan.

3. Manakala bertaqlid di dalam bidang tasawwuf pula, hakikatnya tidak terdapat di sana istilah taqlid, samada dalam perkara cabang atau usul. Ia hanyalah ikutan dan panduan kita kerana kehebatannya di dalam bidang tersebut. Terpulang kepada kita untuk mengikuti mana-mana kaedah dalam tasawwuf, samada berpandukan kepada praktikal ulama tasawwuf, atau dengan amalan sendiri, selagi mana tidak bercanggah dengan syara’.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin,
Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

28 December 2009

Perbezaan Syariat Nabi SAW Dengan Sebelumnya

Perbezaan antara syariat Nabi SAW dengan syariat sebelumnya, boleh disimpulkan kepada beberapa perkara :

Pertama : Menyeluruh

Syariat sebelum Baginda SAW tiada satu pun yang bersifat menyeluruh, melainkan syariat Nabi Nuh AS. Sepertimana yang telah disebut oleh Syeikh Ibrahim al Baijuri, Syariat Nabi Nuh AS menyeluruh ke seluruh dunia selepas berlakunya banjir besar di zamannya. Tetapi, syariatnya tersebut, masih belum sampai kepada jin, sepertimana Syariat Nabi Muhammad SAW.

Selain daripada itu, syariat nabi-nabi hanyalah untuk kaumnya sahaja. Bahkan untuk zaman tersebut sahaja berbeza dengan Syariat Nabi Muhammad SAW yang berterusan sehingga akhir zaman walaupun Baginda SAW sudah wafat. Maka, inilah bentuk perbezaan pertama yang perlu dikenali.

Kedua : Hanya zaman tertentu

Selain itu, syariat nabi-nabi AS hanya tertentu untuk zamannya sahaja. Contohnya sekiranya kita mendirikan solat sepertimana syariat Nabi Ibrahim AS, solat kita tidak sah. Bagitu juga sekiranya kita berpuasa sepertimana Nabi Zakariya berpuasa, maka ia juga dikira tidak sah.

Contoh yang lain, ketika zaman Nabi Musa AS, cara bersucinya berbeza dengan syariat Nabi Muhammad SAW. Semua ini kerana syariat tersebut hanya bersesuaian dengan zaman tersebut sahaja. Ia sudah tidak lagi bersesuaian dengan zaman kita. Bahkan mereka yang mengatakan syariat Nabi Muhammad SAW hanya sesuai untuk zamannya sahaja, boleh dikatakan murtad. Nauzubillah.

Beberapa Contoh Syariat Sebelum ini

Di sana terdapat beberapa bentuk contoh syariat sebelum Nabi Muhammad SAW sepertimana yang telah diceritakan di dalam al Quran. Syariat-syariat ini hanya bersesuaian dengan zaman tersebut, dan ada yang masih diteruskan oleh Baginda SAW. Bahkan di antaranya telah pun dimansuhkan dengan penurunan Syariat Nabi Muhammad SAW. Antara yang disebut ialah puasa, solat dan lain-lain.

1. Maryam ibu Nabi Isa AS berpuasa bukanlah dengan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi dengan tidak bercakap. Perkara ini telah disebut di dalam al Quran :
Maka, makan minum dan bersenang hatilah engkau (Maryam). Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah : “Sesungguhnya aku bernazar supaya berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pun pada hari ini (Surah Maryam : 26)

2. Ketika Zaman Nabi Adam AS, Allah SWT memerintahkan supaya perkahwinan sesama adik beradik. Kisah ini disebutkan oleh Allah SWT di dalam Surah al Maidah, ayat 27. Qabil berusaha untuk membunuh Habil disebabkan dengki dan tidak berpuas hati dengan syariat ini.[1]

Ia juga sepertimana yang telah disebut oleh Syeikh Sayyid Ahmad Musayyar RA, di dalam Qadhaya Insaniah. Ini kerana, sekiranya tidak berbuat demikian, mana mungkin generasi Nabi Adam AS akan terlahir di dunia hari ini. Tetapi hari ini, ia diharamkan.

3. Selain itu, khatan disyariatkan pada zaman Nabi Ibrahim AS, dan nabi-nabi sebelumnya belum menerima syariat tersebut. Nabi SAW bersabda :

اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِيْنَ سَنَةً بِالْقُدُومِ
Nabi Ibrahim AS menyunatkan dirinya pada umur 80 tahun dengan menggunakan beliung (Jami’ As Saghir : 284)

4. Demikian juga sembelihan korban, yang mula disyariatkan pada zaman Nabi Ibrahim AS, dan tidak disyariatkan sebelumnya.

Dan Kami gantikan anak itu (Nabi Ismail) dengan seekor sembelihan yang besar (kibas) (Surah as Shaffat : 107)

5. Nabi Zakaria AS dan Nabi Ibrahim AS mendirikan solat, dengan hanya 2 waktu dan Nabi Musa AS mengerjakan solat kurang 5 waktu. Berlainan dengan kita pada hari ini, yang mendirikan solat dengan 5 waktu. Allah SWT berfirman

Maka, bertasbihlah dengan nama Allah, pada waktu petang dan pagi (Surah Ali Imran : 41)

Dr Wahbah Zuhaili[2] menafsirkan perkataan tasbih tersebut dengan “mendirikan solat”[3]


- nota kaki

[1] Dr Wahbah Zuhaili, Tafsir al Munir, tafsir bagi ayat ini.
[2] Ibid, tafsir ayat ini.
[3] Sila lihat tafsir ayat tersebut di dalam Tafsir al Munir. Dr Wahbah Zuhaili menyebutnya juga di dalam Usul Fiqh Islami

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin,
Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

27 December 2009

Antara Mukjizat Dan Sihir

Sepertimana yang telah diterangkan dalam post sebelum ini, mukjizat ialah satu perkara yang mustahil dari segi adat kebiasaan, tetapi harus dari segi akal. Maka, di sana, terdapat 6 perkara yang dikatakan sebagai kemampuan yang bercanggah dengan adat kebiasaan. Iaitu :

Pertama : Mukjizat

Mukjizat adalah sepertimana yang telah dijelaskan di dalam bab ini. Bahawa ia adalah salah satu bentuk yang bercanggah dengan adat. Mana mungkin manusia biasa dapat bertutur dengan pohon kurma sepertimana yang dikurniakan kepada Baginda SAW. Begitu juga, mukjizat membelah bulan dan sebagainya.

Kedua : Irhas

Irhas ialah kemampuan yang bercanggah dengan adat, yang dikurniakan kepada nabi sebelum kenabian. Ia berbeza dengan mukjizat yang dikurniakan selepas kenabian. Contoh irhas ialah ketika keluar berniaga barang Saidatina Khadijah RA, awan telah mengiringi perjalannya, untuk memberi teduh kepadanya. Ia terjadi sebelum kenabian, dan tidak bertujuan untuk berhadapan dengan tentangan sepertimana mukjizat.

Ketiga : Keramat

Karamah pula ialah kemampuan yang bercanggah dengan adat, yang dikurniakan kepada wali-wali Allah SWT atau orang-orang soleh yang dipilih olehNya. Berbeza dengan mukjizat yang hanya dikurniakan kepada nabi. Contoh karamah ialah Ashabul Kahfi yang masih hidup walaupun tidak makan dan minum selama 309 tahun. Ia akan dijelaskan di dalam bab “Karamah”, insya Allah.

Keempat : Ma’unah

Ma’unah ialah bentuk pertolongan Allah yang bercanggah dengan adat, yang dikurniakan kepada manusia biasa. Contoh ma’unah ialah seseorang yang terselamat daripada kemalangan yang sangat tragis. Walaupun pada ukuran manusia, sepatutnya dia telah mati, tetapi dia telah diselamatkan oleh Allah. Ia juga tidak boleh berulang kali sepertimana karamah dan mukjizat. Mungkin kemalangan biasa yang dialaminya selepas ini membuatkan kematiannya.

Kelima : Sihir

Sihir adalah satu kemampuan atau kelakuan yang bercanggah dengan adat, yang diberikan kepada mereka yang jahat. Contoh sihir ialah, menghantar penyakit kepada orang lain, dan penyakit misteri tersebut tidak dapat dikesan oleh doktor hospital. Dari segi adat, mana mungkin seseorang itu boleh menyakitkan orang lain dari jarak jauh, tetapi dengan sihir, mereka dapat melakukannya.

Contoh yang lain ialah Dajal Laknatullah, yang diberi kemampuan untuk menyihir manusia, bahkan beliau mengaku sebagai tuhan sedangkan tulisan “KAFIR” di dahinya tidak dapat dipadamkan. Demikian juga tukang sihir yang terdapat di zaman Nabi Musa AS. Mereka dapat mencipta ular-ular kecil, sedangkan ia adalah jelmaan syaitan semata-mata

Keenam : Ihanah

Ihanah ialah kemampuan yang bercanggah dengan adat, tetapi bertujuan menafikan kenabian seseorang yang menipu sebagai seorang nabi. Contohnya Musailamah al Kazzab yang mengaku sebagai seorang nabi. Beliau mengatakan bahawa beliau mempunyai mukjizat memulihkan mata yang sakit.

Tetapi apabila beliau cuba memulihkannya, mangsa tersebut mengalami padah yang lebih teruk. Pada mulanya hanya sakit sebelah mata sahaja, dan sebelah lagi sihat. Tetapi apabila diubati oleh beliau, matanya yang sihat pula yang menjadi buta, dan mata yang sakit tersebut gagal diubati. Ia bertujuan menafikan kenabian palsunya.
Baca seterusnya

26 December 2009

Menjelaskan Logikalnya Mukjizat Nabi

Di sana terdapat beberapa orang yang bertanya, sejauh manakah logiknya mukjizat tersebut? Adakah mukjizat-mukjizat ini masuk akal? Maka, untuk menjelaskan perkara ini, perlu difahami dua perkara yang berbeza, iaitu hukum adat dan hukum akal terlebih dahulu

Hukum Adat

Sepertimana yang telah diketahui, hukum adat terbahagi kepada tiga. Ia adalah hukum yang diukur mengikut adat kebiasaan. Ia adalah :

1. Wajib

Perkara yang wajib dari segi adat kebiasaan, ialah sesiapa yang dicampakkan ke dalam api, pasti terbakar, hangus dan mati. Tetapi mukjizat Nabi Ibrahim AS, apabila beliau dicampakkan ke dalam api, beliau tidak terbakar. Maka, ia bercanggah dengan hukum adat.

2. Harus

Perkara yang harus dari segi adat ialah, manusia mempunyai keinginan untuk makan. Contohnya, harus dari segi adat, seseorang yang mengangkat barang yang berat, akan mengalami sakit otot. Tetapi terdapat juga mereka yang sudah biasa mengangkatnya, tidak merasa sebarang kesakitan.

3. Mustahil

Manakala mustahil dari segi adat ialah sesuatu kemampuan yang bercanggah dengan adat sepertimana mukjizat. Maka, adat kebiasaan manusia ialah tidak dapat, bahkan tidak mampu untuk membelah laut. Maka, ia dianggap sebagai perkara mustahil dari segi adat.

Hukum Akal

Demikianlah hukum adat, yang akan kita fahami di dalam bab ini. Ia berbeza dengan hukum akal. Hukum akal juga terbahagi kepada tiga :

1. Wajib

Wajib dari segi hukum akal seperti wajibnya kewujudan Allah. Maka, akal tidak mungkin dapat menerima ketiadaan Allah SWT. Bahkan orang yang menolak kewujudan Allah SWT adalah mereka yang bercanggah dengan akal mereka sendiri. Contoh yang lain, wajib secara akal, Allah itu Esa. Sekiranya seseorang mengatakan bahawa Allah itu lebih dari satu, maka ia telah bercanggah dengan akal, bahkan akal tidak mampu untuk menterjemahkannya atau menerimanya.

2. Harus (mumkin)

Perkara yang harus dalam hukum akal ini seperti kewujudan manusia. Manusia berkemungkinan wujud, dan berkemungkinan tidak. Bayangkanlah, sekiranya ibu bapa kita tidak berkahwin, bagaimanakah kita akan wujud di dunia? Maka, kewujudan kita adalah satu perkara harus, yang bermakna, kita juga kemungkinan tidak wujud.

3. Mustahil

Perkara mustahil pada hukum akal ialah seperti kewujudan tuhan selain Allah. Mustahil kita mengatakan terdapat tuhan selain Allah, dan orang yang berhujah dengan tuhan yang berbilang-bilang, hakikatnya mereka sendiri bercanggah dengan akal sendiri. Contoh yang lain seperti seseorang itu mendakwa mempunyai kemampuan “naik ke bawah”, atau “turun ke atas”. Kedua-dua ini adalah satu bentuk perkara mustahil yang tidak boleh diterima akal.

Mukjizat Pula Bagaimana?

Daripada dua jenis hukum ini, iaitu hukum akal dan hukum adat, maka dapat kita simpulkan bahawa mukjizat adalah :

“Mustahil dari segi adat, tetapi harus dari segi akal”

Contohnya tidak mungkin terdapat seseorang yang mendakwa mukjizat dapat mewujudkan tuhan yang kedua. Ini kerana kemampuan seperti ini adalah bercanggah dengan akal, dan ia dianggap mustahil. Sepertimana seseorang mendakwa mempunyai mukjizat “naik ke bawah”. Ia tidak dikatakan mukjizat kerana mustahil pada akal untuk menerimanya.

Hakikatnya, mukjizat itu adalah mustahil dari segi adat, tetapi harus dari segi akal. Contohnya mukjizat terbelahnya bulan. Dari segi adat ia adalah mustahil, tetapi dari segi akal ia tidak dianggap mustahil, bahkan harus. Contoh yang mustahil dari segi akal ialah sekiranya terdapat seseorang yang mendakwa mampu menjadikan bulan itu sebagai tuhan. Maka ia adalah mustahil.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin,
Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

25 December 2009

Membezakan Mukjizat Daripada Penipuan

Secara umumnya mukjizat dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi-nabi untuk membuktikan kenabian mereka. Mukjizat jugalah yang membezakan di antara nabi dan bukan nabi, tukang sihir, Dajal Laknatullah dan sebagainya.

Makna Mukjizat

أَمْرٌ خَارِقٌ لِلْعَادَةِ ، مَقْرُونٌ بِالتَّحَدِّي ، الَّذِى هُوَ دَعْوَى الرِّسَالَةِ أَوْ النُّبُوَّةِ ، مَعَ عَدَمِ الْمُعَارَضَةِ
Satu kemampuan yang bercanggah dengan adat kebiasaan, seiring dengan penentangan terhadapnya, yang dilakukan oleh mereka yang mengaku kenabian, dan ia tidak mampu untuk ditandingi atau ditolak

Mukjizat ialah satu bentuk kemampuan yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa. Ia juga seiring dengan penentangan terhadapnya, kerana ia berbeza dengan karamah, irhas dan sebagainya. Ini kerana kedua-dua ini tidak disebabkan penentangan terhadapnya, yang akan dijelaskan kemudian insya Allah. Mukjizat digunakan ketika terdapat penentangan kepada Baginda SAW atau bentuk-bentuk yang hampir sama dengannya.

Selain itu, ia dikurniakan kepada sesiapa yang dikurniakan kenabian, untuk mereka membuktikan kenabian tersebut. Hakikatnya inilah tujuan dikurniakan mukjizat. Iaitu untuk membuktikan kenabian seseorang. Tetapi ia berbeza dengan sihir yang dilakukan oleh seseorang yang tidak mendakwa kenabian. Insya Allah akan diperincikan kemudian.

Makna yang terakhir ialah “tidak mampu ditandingi atau ditolak”. Sekiranya kemampuan tersebut dapat ditandingi atau ditolak, ia tidak dinamakan mukjizat, sebaliknya ia dinamakan sebagai “kelebihan” yang diberikan kepada seseorang. Ini juga akan dijelaskan kemudian, insya Allah.

Syarat-syarat Dikatakan Sebagai Mukjizat

Syeikh Sa’aduddin at Taftazani menyatakan di dalam karangannya, Syarhul Maqasid, bahawa beliau telah meletakkan 7 syarat, sesuatu kemampuan itu dikatakan sebagai mukjizat.

1. Dilakukan kerana Allah

Sesuatu kekuatan atau kemampuan yang dikatakan sebagai mukjizat, hendaklah kerana Allah SWT. Sekiranya terdapat seseorang yang mengatakan bahawa, “Dengan kuasa pokok ini, aku dapat menghidupkan orang mati”. Maka, ia jelas bertentangan dengan syarat yang pertama ini.

2. Bercanggah dengan adat kebiasaan

Sememangnya, kemampuan mukjizat ini tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa. Contohnya seperti membelah bulan, yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh sesiapa. Tetapi, sekiranya seseorang itu dapat berenang mengelilingi dunia, ia tidak dikatakan sebagai mukjizat, kerana tidak bercanggah dengan kemampuan manusia biasa.

3. Tidak dapat ditentang, atau ditandingi

Mukjizat juga tidak dapat ditandingi. Sekiranya seseorang itu berusaha mencipta sebuah kitab untuk menandingi al Quran, maka ia hanyalah dakwaan semata-mata. Tiada siapa yang dapat mencipta atau menulis kitab yang dapat menandingi al Quran. Mereka dapat berusaha, tetapi tidak mampu menandingi.

4. Dilakukan oleh mereka yang mendakwa kenabian

Selain itu, mukjizat juga dilakukan oleh mereka yang mendakwa kenabian. Sekiranya terdapat seseorang yang mendakwa kenabian kemudian memperdayakan manusia dengan sihir, maka ia juga tidak dikatakan mukjizat. Insya Allah, ia akan dijelaskan di dalam bahagian “keraguan”.

5. Selari dengan dakwaan

Yang dimaksudkan di sini ialah, Nabi Musa mengatakan bahawa dia dapat membelah laut. Maka, apabila tongkatnya dilemparkan ke laut, maka laut pun terbelah sepertimana yang dikatakan. Maka, tidaklah dikatakan mukjizat sekiranya apabila tongkat tersebut dilemparkan ke laut, ia menjadi ular, dan laut tidak pula terbelah sepertimana yang didakwa.

6. Tidak menafikan kenabian

Tidak menafikan kenabian ini ialah seperti sesuatu kemampuan yang boleh menjatuhkan martabat kenabian. Contohnya seseorang itu mengaku bahawa “pokok ini akan mengesahkan bahawa aku ini seorang nabi”. Tetapi apabila pokok tersebut berkata, ia menafikan kenabiannya. Maka, berkata-kata dengan pokok seperti ini tidak dianggap mukjizat.

7. Seiring dengan dakwaan

Yang dimaksudkan di sini ialah “sekaligus”. Contohnya apabila seseorang itu menunjukkan mukjizatnya, dia berkata “Wahai laut terbelahlah engkau menjadi dua”. Tetapi laut tersebut tidak terbelah, dan dia memberitahu, laut akan terbelah pada esok hari. Maka, ia tidak dikatakan sebagai mukjizat.

Muhammad Mujahid bin Mohamad Fadzil
Kuliah Usuluddin
Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

24 December 2009

Kewajipan Bagi Mereka Yang Mengucap Syahadah

Sebelum ini kita telah memahami bahawa mengucap Dua Kalimah Syahadah itu menuntut kita melakukan sesuatu. Maka di dalam tajuk ini akan diperincikan tentang tuntutan-tuntutan yang mesti dilakukan bagi sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadah. Sekiranya seseorang tersebut tidak melakukan tuntutan tersebut, dia dianggap berdosa, tetapi tidak dikatakan kafir, selagi dia tidak menentang perkara tersebut.

1. Beriman dengan Perkara Ghaib

Beriman dengan Perkara Ghaib adalah tunjang yang sangat penting bagi seseorang individu. Perkara Ghaib yang mesti diimani ialah keenam-enam Rukun Iman tersebut. Iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat, dan Qada’ dan Qadar. Maka sesiapa yang tidak mengimaninya walaupun dia mengucapkan dua Kalimah Syahadah, kita tidak boleh melabelkannya sebagai kafir, kerana kita tidak tahu isi hatinya. Maka keimanannya di sisi Allah, dan kita menghukumkan dengan zahir sahaja.

Allah SWT berfirman maksudnya

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada al Quran, yang telah diturunkan kepada RasulNya, dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya (Surah an Nisa : 136)

2. Melaksanakan Rukun Islam

Melaksanakan Rukun Islam ini sepertimana yang kita ketahui ialah mendirikan solat fardhu, berpuasa, membayar zakat dan mengerjakan haji bagi yang mampu. Sekiranya seseorang tersebut tidak mendirikan sembahyang kerana malas, maka dia tidak dilabelkan sebagai kafir sepertimana yang telah dijelaskan.

Hadis Nabi Muhammad SAW maksudnya

Islam itu ialah mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di Bulan Ramadhan, dan menunaikan haji sekiranya kamu mampu (Shahih Muslim)

3. Menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran

Selain itu, sesiapa yang telah mengucap Dua Kalimah Syahadah juga dituntut supaya menyuruh kepada kebaikan dan melarang sebarang kemungkaran. Hakikat ini sering dipejamkan mata oleh kebanyakan manusia yang telah mengucap. Mereka menganggap perkara ini tidak wajib sedangkan ia adalah satu tuntutan. Mereka yang membiarkan kemungkaran, dianggap berdosa.

Allah SWT berfimran maksudnya

Dan hendaklah ada di antara kamu, satu puak yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) (Surah Ali Imran : 104)

4. Melaksanakan undang-undang Islam

Melaksanakan undang-undang Islam ialah melaksanakan hukum-hukum Allah. Contohnya seperti melaksanakan sebat atau rejam bagi orang yang berzina. Perkara ini adalah wajib, dan pemerintah yang tidak melaksanakannya akan berdosa. Hukum melaksanakan hudud adalah wajib kepada pemerintah, dan rakyat wajib melantik pemerintah yang melaksanakan hudud. Sekiranya tidak, rakyat juga akan menanggung dosa tersebut.

Allah SWT berfirman maksudnya

Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir (Surah al Maidah : 44)

5. Membentuk masyarakat Islam

Membentuk masyarakat Islam bermakna membentuk masyarakat yang yang berlandaskan tuntutan Syahadah ini. Contohnya bagi seorang yang mengucap Dua Kalimah Syahadah dia wajib menyampaikan ajaran Islam kepada sesiapa sahaja. Sekurang-kurangnya, terdapat sekumpulan manusia yang melaksanakan Islam. Sekiranya tidak terdapat, maka individu yang membiarkan masyarakat menjadi rosak, akan menanggung bebanan dosa tersebut.

Allah SWT berfirman maksudnya

Dan hendaklah ada di antara kamu, satu puak yang menyeru kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) (Surah Ali Imran : 104)

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin,
Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

23 December 2009

Sempurnakan Syahadah Anda

Mengucap dua Kalimah Syahadah adakalanya tidak sempurna, dan beberapa kaedah penyempurnaannya ialah dengan melengkapi tiga syarat ini :

1. Mengaku dengan lidah

Seseorang yang menyebut dengan menggunakan lidahnya bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT sahaja, dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah.

2. Kepercayaan di dalam hati

Mempercayai dengan sebenar-benar kepercayaan bahawa apa yang diucapkan dengan lidahnya itu adalah satu perkara yang benar. Sekiranya seseorang itu masih meraguinya, maka masih tidak sempurna syahadahnya.

3. Melakukan tuntutannya dengan anggota

Setelah kedua-duanya (hati dan lidah) mengakui kebenaran tersebut (syahadah), maka anggota tubuh badan akan melaksanakan segala tuntutan daripada syahadah tersebut dengan rela.

Oleh itu, ucapan Kalimah Syahadah tidak sempurna sekiranya hanya diucapkan dengan lidah sahaja. Ramai orang yang mengucap dua Kalimah Syahadah, tetapi masih ramai lagi yang masih meragui keimanannya. Begitu juga dengan melakukan tuntutan tersebut dengan anggota, masih ramai lagi yang tidak mendirikan solat walaupun sudah mengetahui bahawa Allah SWT itu wajib disembah.

Tuntutan yang dilakukan dengan anggota tersebut seperti mendirikan sembahyang, berpuasa dan sebagainya yang telah diwajibkan oleh Allah dan Rasulnya. Inilah tuntutan yang perlu dilakukan dengan anggota oleh Dua Kalimah Syahadah. Manakala sekiranya seseorang tersebut hanya mengucap, tetapi tidak mendirikan solat, dia tidak dikatakan sebagai seorang kafir.

Begitu juga orang yang mengucap, tetapi hatinya masih meragui kewujudan Allah, kita tidak boleh mengatakan kafir kepadanya kerana kita tidak tahu keraguan hatinya itu melainkan Allah SWT. Tetapi berbeza pula dengan orang yang jelas menyebut bahawa Solat Zohor itu tidak wajib dilakukan, maka jatuhlah syahadahnya.

Contoh 1

Sekiranya seseorang tersebut menghalalkan sesuatu perkara yang jelas diharamkan oleh Allah, maka ia juga dikatakan kafir, atau jatuh syahadahnya. Contohnya dia membenarkan seseorang berzina, atau mengatakan zina itu adalah halal, maka dia perlu mengucap dua Kalimah Syahadah semula.

Contoh 2

Sekiranya seseorang tersebut mengkafirkan seseorang yang jelas islamnya, maka ia juga dikatakan sebagai kafir. Begitu juga dia mengatakan seseorang yang jelas kekafirannya, sebagai seorang Islam, maka dia juga telah jatuh syahadahnya.

Contoh 3

Seseorang yang sengaja meninggalkan solat, kerana kemalasannya, tidak dikatakan kafir kerana dia tidak termasuk dalam “perbuatan yang menjatuhkan syahadah”. Seperti menyembah patung, mengaku kekafirannya dengan jelas dan sebagainya.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

22 December 2009

Keislaman Anak Bukan Islam

Bagaimanakah bayi yang lahir dalam keluarga kafir. Adakah mereka juga dikatakan sebagai Islam? Hakikatnya semua bayi di dunia ini lahir dalam keadaan Islam. Walaupun anak seseorang yang beragama Hindu, sehinggalah sampai umurnya baligh.

Maka, sekiranya baligh, sekiranya dia masih lagi tidak mempercayai Allah SWT dan keEsaannya, maka dia disahkan kafir. Tetapi bagaimana pula dengan kubur bagi kanak-kanak bagi keluarga kafir? Adakah dia ditanam di perkuburan Islam disebabkan dia belum kafir?

Maka jawapannya ialah, dia ditanam di perkuburan kafir, berdasarkan keluarganya. Ini kerana masyarakat Islam hari ini tidak dapat memaksa ibubapa bukan Islam, untuk mengebumikan anak-anak mereka di perkuburan Islam. Maka, tidak kira dimanakah matinya seseorang itu, hakikatnya mereka tetap kembali kepada Allah SWT.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Universiti al Azhar
Usuluddin Akidah dan Falsafah
Baca seterusnya

21 December 2009

Bilakah Tarikh Seseorang Itu Islam?

Terdapat seseorang bertanya, bilakah seseorang itu Islam? Sekiranya mereka bertanya kepada seseorang mu’allaf, dia akan mengatakan bahawa tarikh aku Islam ialah sekian sekian. Tetapi bagaimanakah pula sekiranya mereka yang lahir dalam keluarga Islam? Bilakah tarikhnya memeluk Islam?

Maka, untuk menjawab persoalan ini ialah, dengan menggunakan dua tarikh. Iaitu tarikh seseorang itu lahir atau tarikh umurnya baligh. Mereka yang sampai umur balighnya, sudah pun beriman kepada Allah SWT dan keEsaannya, maka dia sudah dikatakan beriman. Walaupun dia hanya tahu Tuhan itu satu, dan berpegang dengannya.

Tetapi selagi mana dia belum mengucap dua kalimah syahadah, dia masih belum dapat disahkan keislamannya oleh “manusia”. Sepertimana yang disebut, manusia tidak dapat memastikan keimanan seseorang dengan melihat pada pegangan di hatinya. Tetapi apabila dia telah mengucap, maka sudah jelas pada pandangan manusia tentang keislamannya.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Universiti al Azhar
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Baca seterusnya

20 December 2009

Pengenalan Falsafah (Siri 1)

Sesi ini sahaja, saya mengajar 4 subjek falsafah, dan keempat-empat kitab yang digunakan hampir-hampir sama penulisannya. Sesi lepas dua kali (kaherah dan iskandariah), dan tahun sebelumnya sekali.. Lebih kurang sama sahaja method kitab yang digunakan. Alhamdulillah, Allah inginkan diri ini lebih mahir dalam bidang falsafah.. Maka, untuk memudahkan sahabat-sahabat tahun 2, saya buatkan sedikit ringkasan sebagai permulaan bagi pengajian Falsafah Tahun 2 Usuluddin.

Pengenalan Falsafah

Asal Usul Perkataan Falsafah

1. Falsafah adalah perkataan yang berasal dari Bahasa Yunani
2. Ia tergabung daripada dua perkataan
a. Faila – Mahabbah (cinta, suka dan sebagainya)
b. Sofia – Hikmah (faedah, hasil, natijah dan sebagainya)
3. Ia bermaksud, cintakan faedah, sukakan hasil daripada sesuatu dan sebagainya.
4. Contohnya falsafah solat, bermaksud faedah daripada solat seperti menyihatkan badan, menambahkan tenaga dan sebagainya.
5. Contohnya yang lain, falsafah cinta, ialah faedah atau hasil daripada cinta, iaitu kasih sayang, kebahagiaan dan sebagainya

Makna Istilah Falsafah

1. Makna Falsafah dari segi istilah berbeza mengikut perbezaan aliran falsafah, dan perbezaan zaman
2. Iaitu, setiap aliran falsafah atau tokoh falsafah mempunyai ta’rif-ta’rif mereka yang tersendiri
3. Begitu juga perbezaan zaman. Setiap zaman menta’rifkan falsafah dengan makna yang tertentu
4. Maka, ia terbahagi kepada 4 zaman yang berbeza :
a. Makna Falsafah Pada Zaman Yunani
b. Makna Falsafah Pada Zaman Pertengahan
c. Makna Falsafah Pada Zaman Baru
d. Makna Falsafah Pada Zaman Terkini (Kontemporari)

Makna Falsafah Pada Zaman Yunani

Pada zaman Yunani, terbahagi kepada 4 peringkat zaman

1. Zaman Sebelum Socrates (sebelum 469 SM)
a. Takrif : Kajian bersifat teori yang mengkaji tentang alam, dan sebab kewujudan alam
b. Mengkaji tentang asal usul alam, sistem alam semulajadi, tabiat alam, unsur-unsur alam dan sebagainya.
c. Contohnya, Thalis mengatakan alam itu berasal dari air, Anxiesmanes mengatakannya dari angin, dan Demokritis mengatakannya dari zarah.

2. Zaman Socrates (469 SM – 399 SM) dan Sufusta’iy
a. Takrif : Kajian tentang manusia
b. Sufusta’iy banyak bermain lidah dan lebih mengutamakan perdebatan
c. Mereka menyebabkan keruntuhan akhlak disebabkan hanya berhujah dengan bermain-main.
d. Socrates bangun menentang mereka, dan membentuk satu kajian tentang akhlak dan nilai-nilai murni.

3. Zaman Plato (427 SM – 348 SM) dan Aristotle (384 SM – 322 SM)
a. Takrif Plato : Kajian tentang asal usul kehidupan, dan kajian tentang tabiat manusia.
b. Takrif Aristotle : Ilmu tentang sesuatu yang wujud, berdasarkan hakikat kewujudannya.
c. Muncul Falsafah Metafizik yang mengkaji tentang kuasa ghaib, atau dinamakan sebagai Ilmu KeTuhanan.

4. Zaman Abiqoriah dan Rawaqiah (selepas Aristotle)
a. Abiqoriah dan Rawaqiah adalah 2 aliran falsafah yang berbeza. Ia adalah kumpulan ahli falsafah yang mempunyai dua manhaj pemikiran yang berbeza.
b. Takrif Abiqoriah : Penyelusuran ke arah kehidupan yang bahagia dengan menggunakan akal
c. Takrif Rawaqiah : Seni bagi nilai-nilai murni
d. Pada zaman ini, falsafah hanya ditafsirkan berdasarkan akhlak atau nilai murni semata-mata.
e. Kedua-dua aliran ini menitik beratkan aspek praktikal, bukan konsep semata-mata.

Makna Falsafah Pada Zaman Pertengahan

1. Zaman pertengahan ialah 400 M hingga 14 M
2. Terbahagi kepada jenis ahli falsafah
a. Ahli Falsafah Kristian
i. Mencari keselarian di antara falsafah dan agama Kristian
ii. Tokoh : Saint Agustine, dan Saint Toma Aquini
iii. Takrif : Kajian tentang tabiat, ilmu kehidupan, dan ilmu metafizik
b. Ahli Falsafah Islam Timur
i. Al Kindi : Ilmu tentang hakikat sesuatu yang wujud, berdasarkan kemampuan manusia.
ii. Al Farabi : Ilmu tentang sesuatu yang wujud, berdasarkan hakikat kewujudannya.
iii. Ibnu Sina : Penyempurnaan jiwa manusia dengan menggambarkan sesuatu, kemudian membenarkannya dengan mengenal hakikatnya.
c. Ahli Falsafah Islam Barat
i. Ibnu Bajah : Kajian tentang sesuatu yang wujud, berdasarkan hakikat kewujudannya.
ii. Ibnu Thufail : Cintakan hikmah atau faedah (makna asal)
iii. Ibnu Rusyd : Kajian tentang sesuatu yang wujud dari sudut perkaitan dengan penciptanya

Makna Falsafah Pada Zaman Baru

1. Bermula pada kurun ke 17 hingga 1945 M (Perang Dunia Kedua)
2. Terbahagi kepada dua jenis aliran
a. Aliran Yang Menggunakan Akal
i. Fransis Becon : Ilmu yang terhasil daripada akal, atau kekuatan akal
ii. John Loke : Gambaran bagi penyelesaian secara kritikan bagi akal manusia
iii. Hume : Kajian tentang tabiat manusia
b. Aliran Yang Menggunakan Uji Kaji (Eksperimen)
i. Decart : Pengetahuan yang sempurna, yang mampu untuk diketahui oleh manusia
ii. Kent : Gambaran tentang penelitian menggunakan akal, dengan cara kritikan

Makna Falsafah Pada Zaman Terkini (Kontemporari)

1. Bermula pada 1945 M sehingga sekarang
2. Pemahaman terhadap falsafah semakin sempit
3. Banyak berkembang dalam bentuk teori-teori sahaja, maka falsafah diterjemahkan melalui teori-teori yang dicipta
4. Contohnya, Teori Kewujudan, Teori Relitiviti Masa dan sebagainya


Ikuti sambungannya di siri-siri akan datang.. Semoga bermanfaat

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

19 December 2009

Ingat, Freemasonry Menyeru Kepada Seks!

Di dalam Protokol Freemasonry, ayat ke 13 yang disusun oleh Zionisme Brazil berbunyi

Untuk mencegah mereka (orang-orang Goyim) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan, seperti permainan judi, pesta hiburan, pesta seks, dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping itu, kita memuatkan iklan-iklan dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, olahraga dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama kelamaan akan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mengganggu gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain.

Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menukilkan kata-kata seorang pimpinan Freemasonry di dalam kitabnya Hukmu Wasa’ilil I’lam

Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita Berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama

Seorang pemimpin Imprealis berkata

Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhmmad dengan berkesan berbanding seribu laras meriam. Maka, untuk itu, tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik

Di dalam kitab Aqabat az Zawaj, Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menukilkan kata-kata cendekiawan Zionis :

Kita hendaklah bekerja keras untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Oleh itu, barulah memudahkan penjajahan kita. Sesungguhnya Farwid (Seorang Yahudi) dari kalangan kita, dan dia akan menyebarluaskan hubungan seks di bawah cahaya matahari, supaya menghilangkan apa-apa yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Maka, keinginannya akan meninggi, iaitu keinginan seksnya akan meningkat. Ketika itulah hancurnya akhlak.

Ustaz Abdullah Nasih Ulwan mengulas tentang perkara ini

Maka, daripada kata-kata ini, jelaslah bahawa sesungguhnya Yahudi, Freemasonry, Sosialis, Solibiah, Kristianisasi, dan Imprealis sentiasa berbincang, bersepakat dan bekerjasama untuk merosakkan masyarakat Islam dengan cara menghidangkan arak, seks, teater, majalah, surat khabar, rancangan TV, radio, memasarkan buku-buku, serta menerbitkan filem-filem dan drama-drama. Sesungguhnya mereka telah mencapai matlamat mereka yang buruk lagi jahat.

Pesananku... Kahwin la cepat.. Kalau belum mampu, usahakan sehingga anda mampu!! Rezeki itu milik Allah.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

18 December 2009

Syeikh Tantawi Menggalakkan Perkahwinan

Di dalam kitab Aqabat az Zawaj, karangan Ustaz Abdullah Nasih Ulwan, menukilkan kalam Syeikh Tantawi menggalakkan perkahwinan bagi kaum muda. Beliau meletakkan empat jalan kepada pemuda, untuk dipilih manakah yang terbaik.

Jalan pertama, adakah pemuda ingin terjerumus ke lembah penzinaan? Atau memilih jalan kedua iaitu dengan bernikah dengan tangan? Atau jalan keempat dengan menjaga diri sebaik mungkin supaya tidak terjebak ke lembah maksiat? Atau berkahwin?

Syeikh Tantawi mengatakan bahawa jalan pertama sudah pasti merosakkan manusia. Jalan kedua pula akan menggalakkan kepada penzinaan dengan melazimi maksiat secara individu. Manakala jalan yang ketiga pula semakin sukar dilalui di zaman yang penuh maksiat ini. Atau anda ingin memilih jalan yang keempat, yang paling selamat, iaitu dengan berkahwin? Maka, Syeikh Tantawi mengatakan, bahawa kita perlu memilih jalan yang keempat iaitu berkahwin!

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

17 December 2009

Wajib Menjaga Diri Bagi Mereka Yang Menangguhkan Perkahwinan

Inilah salah satu saranan Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitab al Mufassal. Ia juga sepertimana yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang mempunyai alasan atau sebab-sebab tertentu untuk menangguhkan perkahwinan mereka.

Mereka yang berniat untuk menangguhkan perkahwinan, diwajibkan untuk menjaga diri dengan pelbagai cara. Antara yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW ialah dengan berpuasa. Bahkan antara cara-caranya juga ialah dengan menjaga pandangan, hati dan semua anggota daripada terbuat sesuatu yang menggalakkan kepada penzinaan.

Tiada Cara Untuk Menjaga Diri Melainkan Dengan Perkahwinan?

Di dalam Majalah al Azhar, terbitan Disember 2009, muka surat 1989, Dr Aiman Jalal Ahmad menulis artikel yang bertajuk Masa Depan Pemuda, Tiada Cara Untuk Menjaga Diri Melainkan Dengan Perkahwinan.

Beliau menceritakan bahawa masa depan pemuda hari ini, bakal berhadapan dengan situasi yang sangat teruk. Iaitu tiada satu cara pun untuk menjaga diri melainkan dengan perkahwinan. Ini kerana untuk menjaga pandangan, amatlah susah pada hari ini. Dengan siaran-siaran dan iklan-iklan yang mendedahkan aurat wanita, cara pemakaian hari ini, menyukarkan kemungkinan untuk seseorang itu menjaga dirinya daripada mengawal nafsu.

Bahkan, mereka yang berpuasa juga turut sukar untuk berpuasa dengan sepatutnya. Bukanlah untuk menafikan hadis Nabi SAW, tetapi, meletakkan satu kesukaran kepada kita untuk berpuasa dengan puasa yang sebenar. Ini kerana berapa ramai manusia yang berpuasa, tetapi hanya menahan lapar sahaja, sedangkan pandangan sangat sukar untuk dijaga.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

16 December 2009

Hukum Perkahwinan Pada Masa Sekarang

Dr Abdul Karim Zaidan menyebut di dalam kitab al Mufassal, bahawa perkahwinan di zaman hari ini, sunat yang digalakkan. Hampir-hampir diwajibkan. Ini kerana disebabkan zaman yang penuh pancaroba dan fitnah yang melanda. Bahkan keselamatan anak-anak gadis juga sudah dibimbangkan, dengan bertumbuhnya saluran-saluran yang memudahkan penzinaan berlaku. Lalu, beliau meletakkan satu keperluan yang sangat dituntut kepada semua manusia hari ini, untuk menggalakkan perkahwinan.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

15 December 2009

Belum Pasti Akan Berzina Kalau Tidak Berkahwin?

Di sana, seseorang bertanya, sejauh manakah yang dikatakan “khuatir” terjebak ke lembah penzinaan untuk mewajibkan perkahwinan. Artikel ini adalah susulan daripada artikel yang disiarkan pada 8 dan 9 disember..

Perkahwinan bukan setakat diwajibkan kepada mereka yang khuatir terjebak ke lembah penzinaan, bahkan mereka yang terbuat sesuatu yang diharamkan seperti beronani, yang menggalakkan kepada penzinaan.

Di dalam kitab Kasyful Qana’ (Mazhab Hanbali), menambah bahawa ia tetap diwajibkan bagi mereka sudah mendapat kepastian bahawa sekiranya mereka tidak berkahwin, mereka pasti akan berzina. Atau mereka yang hanya sekadar “menyangka”, sekiranya mereka tidak berkahwin, mereka mungkin akan berzina. Maka, hukum tetapi diwajibkan kepada kedua-duanya ini.

Demikianlah apa yang disebut oleh Dr Abdul Karim Zaidan.. WaLlahua’lam

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

14 December 2009

Mimpi Yang Mempunyai Rahsia

Mimpi tidak boleh diceritakan kepada orang lain kecuali dua, iaitu penafsir mimpi, dan orang yang disayangi. Itulah sepertimana yang disebutkan oleh Ibnu Sirin di dalam Mukaddimah Kitab Tafsir al Ahlam..

Namun, ingin saya berkongsi dengan semua orang, bertujuan mengambil iktibar dan pengajaran.. Ia cukup bermakna buat diri ini..

Pagi tadi, seteleh selesai solat subuh, saya ternampak Kitab Jami’ Karamtil Auliya (Himpunan Keramat Para Wali) karangan an Nabhani milik sahabat saya..

Sambil-sambil baca, saya terlelap..

Di dalam mimpi tersebut, saya bermimpi sedang membaca sebuah kitab bergambar, yang memaparkan pembinaan Masjidil Aqsa. Bermula dari kawasan asal istana Nabi Sulaiman yang sudah pun tidak kelihatan, sehinggalah terbentuknya masjid tersebut. Terdapat dua jenis gambar, berbentuk lukisan dan gambar sebenar.

Apabila tersedar, saya langsung tidak mengingatinya sehinggalah saya makan tengahari. Ketika makan, tiba-tiba kami membincangkan tentang kitab. Tiba-tiba terpacul di mulut saya untuk menceritakan tentang mimpi tersebut, walaupun sudah terlupa.

Saya masih lagi terfikir tentang mimpi tersebut, dan kaitannya dengan kitab yang saya baca. Saya tidak pula mengatakan saya ini istimewa dengan mimpi tersebut, tetapi cuma membuatkan saya terfikir.. dan berfikir..

Sebelum ini, kerap orang bertanya tentang mimpi kepada saya.. Entah kenapa,.. Saya rasa muka saya ini bukannya muka kuat tidur.. juga ditanya di dalam Kelas Tutorial.. Baru-baru ini, setelah selesai mengajar Falsafah Tahun 2 Iskandariah, saya ditanya soalan yang sama.. WaLlahua’lam.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

13 December 2009

Penghasilan Bahas, Satu Nilai Penulisan Yang Berharga

Baru pagi tadi, isteri yang saya sayangi, selesai menghantar bahas yang dibuat bersama.. selama seminggu lebih kami bertungkus lumus menyiapkan sebuah bahas yang sangat bernilai pada pandangan kami.

Tajuk Bahas yang menceritakan tentang Imam Abu Hanifah. Fikir punya fikir, saya berusaha mendapatkan sumber-sumber rujukan dari maktabah Rumah Perak yang belum pun siap dikemaskini dan meminjam dari Us Asyraf, Yang Dipertua KPIPM. Kitab miliknya sudah hampir sama dengan Maktabah... Antara kitab yang dijadikan sumber :

1. Siar A’lam Nubala karangan Imam Zahabi
2. Tarikh Thabari karangan Imam Thabari
3. Wafayatul A’yan karangan Ibnu Halkan
4. Al Jarhu Wat Ta’dil karangan Ibnu Hajar al Asqolani
5. Al Kamil Fit Tarikh karangan Ibnu Athir
6. Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr Wahbah Zuhaili

Setelah menghimpun 6 kitab ini yang dijadikan sebagai sumber, kami pula menghimpunkan rujukan-rujukan yang sepatutnya.. Apa beza sumber dan rujukan? Insya Allah akan diterangkan di dalam artikel akan datang.

Sebenarnya, bukanlah niat di hati ini untuk menceritakan tentang penghasilan bahas oleh kami. Tetapi, ingin saya peringatkan kepada semua, bahawa penghasilan sesuatu bahas ini, sebaiknya, buatlah yang terbaik. Selama ini saya begitu menginginkan untuk ditaklifkan membuat satu bahas. Tetapi, di sepanjang pengajian saya di Universiti al Azhar, baru sekali saya ditaklifkan untuk membuat bahas, iaitu pada Tahun 4.. Subjek Tauhid.

Cuba bayangkan, sekiranya kita sudah mampu untuk menghasilkan sebuah bahas, dalam Bahasa Arab.. maka, takkanlah sebuah kertas kerja dalam Bahasa Melayu kita tidak mampu untuk menghasilkannya? Betapa mudahnya untuk menghasilkan sebuah kertas kerja, bagi mereka yang sudah biasa menghasilkan bahas?

Pernah saya utarakan kepada isteri saya, “Kan cantik kalau bahas yang dihasilkan tersebut ditype semula, dan dicetak, kemudian diterbitkan..”

Memang, bahas perlu dibuat dengan terbaik, dan kita sebenarnya sudah mampu untuk menghasilkan sebuah kertas kerja.. Nak buat artikel semuka? Lagi kacang bukan? Maka, dari sekarang, mulakan penulisan anda!


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

12 December 2009

Terima Kasih Juga Kepada Tok-tok Guruku

Semalam, ringkasan daripada beberapa orang yang pernah mengajar saya, dari kalangan Malaysia dan Indonesia.. Namun, sekiranya terdapat mereka yang “terlepas pandang”, minta maaf saya ucapkan. Di dalam post hari ini, saya senaraikan pula syeikh-syeikh yang pernah mengajar saya secara umum.. sebelum ini, saya senaraikan sebagai tenaga pengajar khusus dari kalangan sahabat-sahabat kita..

1. Pensyarah-pensyarah di kuliah yang begitu ramai untuk disenaraikan
2. Syeikh Sa’id Muhammad Muhammad Ali – tasmi’ hafalan al Quran dan Tajwid, dan adab-adab. Syeikh yang paling lama saya bersama dengannya. Beliau adalah Imam Masjid Rifa’ie, kemudian menjadi Imam Besar Masjid Husin. Beliau adalah lepasan PhD Usuluddin Dakwah di Universiti al Azhar.
3. Dr Jamal Farouq – mengajar Kitab Jauharah Tauhid dengan menggunakan Syarah Sowi dan pernah menghadiri daurah beliau
4. Dr Muhyiddin Sofi – mengajar Kitab Jauharah Tauhid dengan menggunakan syarah oleh anak kepada Syeikh Ibrahim al Laqqoni
5. Dr Rabi’ al Jauhari – mengajar Kitab Jauharah Tauhid dengan menggunakan Syarah al Baijuri
6. Syeikh Sayyid Syaltut – Minhaj at Tolibin (fiqh) , Ghayatul Sul (usul fiqh), Matan Abi Syuja’ (fiqh syafie)
7. Syeikh Sa’ad Jawwish – Hadis Shahih Imam Bukhari
8. Syeikh Wafit (Syria) – Jauharah Tauhid Syarah Sowi
9. Syeikh Yusri – Risalah al Qusyairiah (tasawwuf), Shahih Bukhari, Muwatto Imam Malik (hadis hukum), al Hikam (tasawwuf), Syarah Matan Imam al Busairi
10. Syeikh Usamah al Azhari – Mantik, Hadis Matan 40, Ulum Hadis dan hadis-hadis yang lain
11. Syeikh Fathi Hijazi – Qatrunnada (nahu), Balaghah dan pernah menghadiri daurah beliau
12. Syeikh Ibrahim al Kattani – menghadiri daurah beliau
13. Dr Amru al Wirdani – menghadiri daurah beliau
14. Syeikh Imad al Affat – Hasyiah Baijuri (fiqh), Alfiah Imam Malik (nahu)
15. Syeikh Fuad Kamaluddin ar Rembawi (Negeri Sembilan) – mengambil sanad Kitab Awa’il as Sunbuliah dan hadis-hadis yang lain
16. Syeikh Ali Jum’ah – menghadiri daurah beliau
17. Syeikh Said Ibrahim al Ba’bulah – Tajwid dan Kaedah bacaan dalam al Quran
18. Syeikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki – macam-macam (sudah makruf)
19. Syeikh Ishom (turki) – Kitab Anwar al Masalik (fiqh)
20. Dr Umar Hasyim – menghadiri daurah beliau
21. Syeikh Ahmad al Hajin - Muqaddimah Majmu', Iqna'

Selain itu, terdapat beberapa lagi nama yang saya terlupa.. mungkin disebabkan kekurangan diri ini.. nama syeikh sendiri pun tak ingat.. Namun saya masih ingat, mereka mengajar saya Tazibul Mantiq, Shahih Muslim, Muqaddimah Majmu’, Iqna (fiqh), dan sebagainya..

Hakikatnya bukanlah diri ini benar-benar bersama mendampingi syeikh-syeikh ini.. Sekadar pernah bersama mereka.. semoga keberkatan mereka melekat di dalam tubuh ini walaupun pertemuan dengan mereka cukup singkat. Inilah doaku hari-hari..


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

11 December 2009

Ustaz-ustaz Yang Pernah Mengajar Kelas Tutorial Saya, Terima Kasih..

Di musim peperiksaan ini, terkenang saya kepada ustaz-ustaz yang pernah membantu saya dalam pengajaran kelas tutorial.. Mereka membantu saya untuk peperiksaan saya, dan tidak hairanlah saya juga akan membantu adik-adik dalam peperiksaan mereka..

1. Ustaz Helmi Haris (Negeri Sembilan)
2. Ustaz Nizhom (Negeri Sembilan)
3. Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud (Kelantan)
4. Ustaz Mohd Hafiz bin Mansor (Johor)
5. Allahyarham Ustaz Khairul Azhar (Negeri Sembilan)
6. Ustaz Zuber (Kedah)

Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada ustaz-ustaz Malaysia dan Indonesia yang pernah mengajar kelas tafaqquh saya,..

1. Ustaz Hafiz Jamaluddin (Pulau Pinang) – Fathul Qarib (fiqh) dan Matan al Ajurumiah (nahu)
2. Ustaz Mohd Azrul bin Ismail (Perak) – at Tibyan Fi Adabi Hamlatil Quran (adab)
3. Ustaz Zuber (Kedah) – Matan al Ajurumiah (nahu), Taqribul Muram (Tauhid), Audhoh Masalik (nahu)
4. Ustaz Shahrizan bin Hazime (Kedah) – Taqrirat as Sadidah (fiqh)
5. Ustaz Rohimuddin (Indonesia) – Tasawwuf Amali (tasawwuf)
6. Ustaz Hassanuddin (Indonesia) – Safwatut Tafasir (tafsir), Qatrun Nada (nahu)


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Baca seterusnya

10 December 2009

Jadual Kelas Tutorial, Siapa Nak Ambil, Kalau Tanak, Tak Paksa…

Kelas Tutorial yang telah disusun, oleh PMRAM, BKAN dan DPM Alhamdulillah sangat membantu semua orang. Di sini, suka untuk saya senaraikan beberapa kelas tutorial saya, yang saya sendiri menggalakkan semua untuk mengikutinya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa ia bukan satu keperluan, namun sepertimana yang telah saya sebut, siapa nak ambil, kalau tanak tak paksa…

Kelas-kelas tutorial yang saya ngajar..

1. Falsafah Tahun 2 Iskandariah – 7, 8 dan 9 Disember (dah selesai)
2. Falsafah Tahun 2 Zagazig – belum ada tarikh
3. Falsafah Tahun 2 Kaherah Ikhwah – 13 Disember
4. Falsafah Tahun 2 Kaherah Akhawat – 15 Disember
5. Tauhid Tahun 4 Usuluddin Iskandariah – 19, 20 dan 21 Disember
6. Dakhil Tahun 3 Usuluddin Iskandariah – 22, 23 dan 24 Disember
7. Tauhid Tahun 2 Syariah Kaherah – dah selesai
8. Tauhid Tahun 3 Usuluddin Iskandariah – belum ada tarikh
9. Tauhid Tahun 3 Usuluddin Zagazig – belum ada tarikh

Insya Allah, jadual akan dikemaskini untuk akan datang.. Kalau rajin, semak la.. “jangan pula rajin ke kelas tutorial, tetapi kuliah ditinggalkan…” WaLlahua’lam


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

09 December 2009

Bilakah Perempuan Diwajibkan Berkahwin?

Di dalam kitab Nihayah al Muhtaj, karangan ar Ramli, bahawa perempuan diwajibkan berkahwin apabila khuatir diri mereka terjebak ke lembah penzinaan. Demikian juga disebut di dalam Syarhul Azhar yang mengatakan hukum bagi mereka yang khuatir terjebak ke lembah penzinaan adalah diwajibkan tidak kira lelaki atau perempuan.

Bagaimanakah caranya? Adakah perempuan yang diwajibkan berkahwin, harus mempromosikan dirinya supaya dikahwini atau sebagainya? Dr Abdul Karim Zaidan menjawab persoalan ini di dalam kitab al Mufassal bahawa perempuan yang diwajibkan berkahwin dilarang daripada menolak lamaran lelaki yang sekufu dengannya. Bahkan, walinya juga dilarang daripada menolak lamaran lelaki yang sekufu, dan lelaki yang diterima oleh si perempuan. Wali yang melarang perkahwinan ini dianggap berdosa.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

08 December 2009

Bilakah Perkahwinan Itu Diwajibkan?

Dr Abdul Karim Zaidan menyebut di dalam kitab al Mufassal Fi Ahkamil Mar’ah Wa Baitil Muslim, bahawa mereka yang diwajibkan untuk berkahwin ialah mereka yang khuatir terjebak ke lembah penzinaan. Ini adalah pandangan para fuqaha.

Di dalam kitab al Mughni, karangan Ibnu Qudamah, menyatakan perkara yang sama dengan menggunakan kaedah “menghindarkan diri daripada perkara yang haram adalah diwajibkan”.

Imam al Kasani menambah di dalam kitab al Bada’ie bahawa mereka yang diwajibkan berkahwin, hendaklah berkahwin dengan syarat mempunyai kemampuan untuk membayar mahar dan nafkah. Mazhab Hanafi mewajibkan kedua-dua perkara ini dalam perkahwinan walaupun bagi mereka yang diwajibkan untuk berkahwin.

Di dalam kitab Qawanin al Ahkam asy Syar’iyyah karangan Ibnu Jazzi al Maliki menyatakan bahawa perkahwinan itu wajib bagi mereka yang berkemampuan dari sudut harta, dan mereka khuatir terjerumus ke lembah penzinaan. Yang dimaksudkan dengan kemampuan dari sudut harta bagi mazhab ini ialah kemampuan membayar nafkah dan mahar perkahwinan.

Di dalam kitab Syarah Muntaha al Iradat (Mazhab Hanbali), menyatakan bahawa pernikahan diwajibkan bagi mereka yang takut terjebak ke lembah penzinaan, walaupun orang tersebut tiada kemampuan untuk memberi nafkah. Mazhab ini berhujah dengan dalil kisah seorang sahabat Baginda SAW yang ingin berkahwin sedangkan tiada kemampuan untuk membayar nafkah. Lalu Baginda SAW menyuruh lelaki tersebut mencari besi untuk dijadikan cincin, kerana kemiskinannya. Kisah yang masyhur di dalam Shahih Bukhari.

Ibnu Hazam menyatakan di dalam kitab al Muhalla (Mazhab az Zohiri), bahawa mazhabnya meletakkan kemampuan dari sudut harta sebagai syarat wajib. Sesiapa yang sudah berkemampuan, mereka diwajibkan berkahwin, walaupun tidak khuatir terjebak ke lembah penzinaan atau tidak. Kemampuan dari sudut harta itu ialah “kemampuan membayar mahar”.

Dr Abdul Karim Zaidan menjawab persoalan di dalam kitab al Mufassal, sekiranya mereka yang tidak mampu untuk berkahwin dari sudut harta, adakah mereka ini masih diwajibkan berkahwin? Maka beliau menjawab, cuba cari ikhtiar supaya nafkah dan mahar perkahwinan dapat direndahkan, atau diturunkan.

Di dalam Hasyiah bagi kitab ar Raddul Mukhtar, mengatakan bahawa perkahwinan tetap diwajibkan bagi mereka yang khuatir terjebak ke lembah penzinaan walaupun dia tidak mampu untuk membayar nafkah dan mahar, sedangkan dia mampu untuk menurunkan kadar kedua-duanya supaya lebih murah. Bahkan, bagi mereka yang merasa sedikit khuatir tidak mampu membayar nafkah dan mahar, tetap diwajibkan, dengan merendahkan nilainya.

Demikian juga di dalam Mazhab Hanbali, merendahkan mahar dan nafkah adalah diwajibkan bagi mereka yang sudah khuatir terjebak ke lembah penzinaan, sedangkan mereka tidak mampu untuk membayarnya. Perkara ini disebut di dalam Syarah Muntaha al Iradat.

Di dalam Mazhab Maliki telah disebutkan di dalam Syarhul Kabir karangan Imam ad Dardir dan Hasyiah ad Dasuki, menyatakan bahawa seseorang tersebut wajib berkahwin sekiranya si perempuan itu redha tidak diberikan nafkah.


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

07 December 2009

“Hukum Asal” Perkahwinan

1. Pandangan Pertama : Wajib

Di dalam kitab al Muhalla, karangan Ibnu Hazam, dan kitab al Bada’ie karangan al Kasani menyatakan bahawa Mazhab Az Zohiriah mengatakan bahawa hukum asal perkahwinan itu ialah wajib. Ini adalah berdasarkan dalil
a. Surah an Nisa : 3
b. Surah an Nur : 32
c. Hadis Ya Ma’syara as Syabab..

Mazhab ini berpendapat bahawa ketiga-tiga dalil ini jelas menunjukkan perintah untuk berkahwin itu adalah wajib. Selain itu, mazhab ini menggunakan kaedah,

Menghindarkan diri daripada zina hukumnya wajib,
Dan tiada cara untuk menghindarkannya melainkan dengan perkahwinan,
Maka, sesuatu yang merupakan satu-satunya cara penghindaran tersebut adalah wajib,
Maka, perkahwinan itu adalah wajib.


2. Pandangan Kedua : Harus

Di dalam kitab al Muhazzab Syarah Majmu’, mengatakan bahawa Mazhab Syafie meletakkan hukum asal perkahwinan ialah harus.

Di dalam kitab al Bada’ie karangan al Kasani juga menaqalkan bahawa Imam Syafie berkata bahawa hukum asal perkahwinan itu ialah harus seperti hukum jual beli.

Ditambah lagi di dalam kitab Muhazzab dan Nihayatul Muhtaj, bahawa Mazhab Syafie mengatakan bahawa mendirikan ibadah sunat lebih baik daripada berkahwin, bagi mereka yang merasa selamat daripada terjerumus ke lembah penzinaan.

Dalil bagi mazhab ini seperti berikut

a. Surah an Nisa : 24 (Makna “dihalalkan” merujuk kepada sesuatu hukum yang diharuskan.
b. Perkahwinan ialah salah satu cara untuk melepaskan nafsu syahwat. Maka hukumnya harus seperti jual beli yang merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki.
c. Melepaskan nafsu syahwat ialah memberikan manfaat kepada diri sendiri. Dan tidak pula diwajibkan untuk memberi manfaat kepada diri sendiri seperti makan dan minum. Maka, hukum asalnya ialah harus.
d. Surah Ali Imran : 39. Persoalan daripada ayat ini, sekiranya perkahwinan itu satu kewajipan, kenapakah mereka yang tidak berkahwin dipuji di dalam ayat ini?
e. Di kalangan sahabat Baginda SAW, ada yang tidak berkahwin, dan Baginda SAW tidak pula mencela mereka terhadap kebujangan mereka.
f. Dan lain-lain


3. Pandangan Ketiga : Sunat Yang Digalakkan

Disebut oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam Kitab al Mufassal Fi Ahkamil Mar’ah Wa Baitil Muslim, bahawa pandangan ini adalah pandangan Jumhur Ulama.

Di dalam kitab ad Durrul Mukhtar Wa Raddul Mukhtar, Fiqh Mazhab Hanafi, menyebut bahawa perkahwinan ialah sunat yang digalakkan mengikut pandangan yang paling shahih, iaitu ketika dalam keadaan stabil (mampu untuk berjimak, memberi nafkah dan membayar mahar)

Imam ad Dardir juga menyatakan perkara yang sama sepertimana yang disebut di dalam kitab asy Syarhu as Saghir dan asy Syarhul Kabir. Begitu juga di dalam Hasyiah ad Dasuki. Di dalam kitab al Mabsut, menyatakan bahawa ini adalah pandangan Jumhur Ulama.

Di dalam kitab al Mughni karangan Ibnu Qudamah, menyatakan bahawa perkahwinan itu lebih utama untuk diutamakan berbanding memberi tumpuan untuk mendirikan ibadah sunat.

Syeikh Muhsin al Hakim, menyebut di dalam kitab Mustamsikul Urwah al Wuthqo, bahawa ijma’ mengatakan sunat bagi hukum asal perkahwinan.

Dalil pandangan ini ialah :

a. Perkahwinan itu disuruh oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Maka, hukum yang paling rendah bagi suruhan ini ialah sunat atau galakan untuk melakukannya.
b. Nabi SAW pernah menolak mereka yang ingin membujang dengan berkata, “sesiapa yang melampau dari sunnahku, maka dia bukan dari kalangan umatku”. Shahih Bukhari.
c. Nabi SAW pernah menolak keinginan Uthman bin Maz’un yang bercadang untuk tidak berkahwin. Hadis ini disebut oleh Imam at Tirmizi.
d. Nabi SAW dan para sahabat berkahwin. Maka, apa yang mereka lakukan itu sudah pasti yang terbaik. Dan mereka tidak akan meninggalkan yang terbaik, semata-mata untuk melakukan amalan biasa.
e. Dan sebagainya


4. Pandangan Yang Terpilih

Pandangan yang terpilih adalah pandangan yang ketiga, iaitu pandangan Jumhur Ulama. Demikianlah sepertimana yang disebutkan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya.


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

06 December 2009

Beberapa Dorongan Ulama Supaya Berkahwin

1. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al Ghazali berkata

Faedah yang terutama daripada perkahwinan ialah memperolehi anak dan inilah asal usul sebab perkahwinan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengekalkan keturunan supaya dunia ini tidak kehilangan generasi manusia. Manakala nafsu syahwat pula ialah sesuatu yang menimbulkan keinginan tersebut

2. Imam al Alusi menyebut di dalam tafsirnya Ruhul Ma’ani

Tujuan penciptaan manusia berpasang-pasangan ialah untuk membentuk ketenangan dengannya, dan mempertemukan kasih sayang di antara suami isteri. Bukanlah dengan menggunakan nafsu syahwat sepertimana kelakuan binatang. Bahkan ia juga memperbanyakkan generasi.

3. Imam as Sakhrasi al Hanafi berkata di dalam al Mabsut

Apa yang berkaitan dengan akad ini (perkahwinan) ialah pelbagai keperluan keagamaan dan keduniaan. Di antaranya

a. Menjaga kaum wanita dan memberi nafkah kepadanya
b. Ia juga menjaga diri daripada zina
c. Memperbanyakkan umat Nabi Muhammad SAW
d. Merealisasikan kebanggaan Nabi SAW dengan bilangan umat yang ramai

4. Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menyimpulkan hikmah perkahwinan di dalam kitab Adabul Khitbah Waz Zafaf

a. Mengekalkan keturunan manusia
b. Menjaga nasab keturunan
c. Masyarakat selamat dari keruntuhan akhlak
d. Saling tolong menolong di antara suami dan isteri
e. Ketenangan jiwa
f. Menimbulkan tanggungjawab keibuan dan kebapaan


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

05 December 2009

Banyaknya Rezeki, Berdasarkan Banyaknya Kita Memberi

Satu perkara yang jarang disedari oleh kita.. Berapa banyakkah rezeki yang kita akan dapat? Hakikatnya, banyaknya rezeki kita, berdasarkan banyaknya kita memberi.. Fikirkan.

Hari ini, ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah kita hendak dapatkan rezeki yang murah? Mudah sahaja, murahkan tangan anda untuk memberi. Allah akan murahkan rezeki anda. Kalau tak percaya, boleh cuba..

Sama juga dengan ilmu, banyakkan memberi kepada orang, banyakkan membantu orang dalam persoalan ilmu, insya Allah, anda akan mahir dengan ilmu tersebut…

Tak banyak yang ingin saya utarakan tentang tajuk ini.. Semua sudah tahu, cuma belum praktik lagi.. Cubalah dari sekarang, insya Allah rezeki itu murah.
Baca seterusnya

04 December 2009

Nilai Sebuah Penulisan

Hari ini, tidak ramai yang minat penulisan? Apa pentingnya penulisan itu? Suka untuk saya nyatakan di sini bahawa penulisan itu boleh dikatakan keperluan bagi seorang yang bergelar penuntut ilmu.. Kalau tak minat, KENA tanamkan minat tersebut. Ia adalah keperluan bagi anda. Kalau seseorang yang tidak minat makan ubat, dia perlu makan ubat juga walaupun tidak minat! Ini kerana ia adalah “penyambung nyawa”

Diharap erti “penyambung nyawa” bagi ubat ini tidak boleh disalahertikan. Maksud saya, penulisan adalah salah satu elemen penyambung nyawa.. Dari sudut apakah ia boleh ditafsirkan?

Bagaimanakah anda boleh mengenal ulama’-ulama’ kita kalau bukan dengan penulisan. Mereka sudah meninggal dunia berates-ratus tahun, tetapi kita masih mengenalinya… Ini kerana, mereka telah meninggalkan penulisan mereka, sehinggakan orang yang membaca penulisan mereka seolah-olah merasai ulama tersebut berada di hadapannya.

Kita mengenal nabi-nabi terdahulu dan kisah-kisah mereka disebabkan penulisan. Penulisan al Quran mula digerakkan pada zaman Saidina Abu Bakar dan siap sempurna pada zaman Saidina Uthman. Alhamdulillah, melalui penulisan mereka, kita dapat mengenal nabi-nabi terdahulu.

Bagaimanakah kita mengenal Nabi Muhammad SAW? Juga melalui penulisan. Ibnu Ishaq, Ibnu Hisyam, Imam Thabari, Imam Ibnu Kathir dan sebagainya, adalah diantara sejarawan Islam yang menulis. Imam Thabari terkenal dengan Tarikh Tabari, Ibnu Athir terkenal dengan al Kamil Fit Tarikh. Penulisan mereka menjadi rujukan tentang kisah Nabi Muhammad SAW sehingga hari ini.

Tidak ketinggalan, penulisan Hadis Nabi SAW juga banyak membantu kita mengenal Nabi kita. Imam Bukhari, Imam Muslim, Sunan Sittah, Imam Ahmad dan banyak lagi yang tidak tersebut di sini. Mereka menghimpunkan hadis-hadis Nabi, kemudian ditulis dan sehingga hari ini kita dapat membaca dan memahami hadis Nabi melalui usaha mereka dalam penulisan.

Imam Ahmad terkenal dengan Musnad, Imam Malik terkenal dengan al Muwatto’, Imam Bukhari dan Muslim sudah makruf untuk diceritakan di sini, dan berjuta lagi ulama yang mengarang dan menulis. Penting tak penulisan? Adakah kita perlu “minat” terlebih dahulu, baru ingin menulis? Tidak! Ia adalah satu keperluan. Walaupun tidak minat, anda perlu juga menulis.

Bagaimanakah kita dapat mengenal seseorang ulama kalau mereka tidak menulis? Dengan cara apa lagi? Fikirkan, dan mulakan penulisan anda dari sekarang.

Setiap manusia akan mati, maka, apakah lagi yang akan meninggalkan kesan tapak kaki kita di bumi kalau bukan dengan penulisan? Di sana, terdapat puluhan kitab yang menceritakan tentang ulama-ulama. Bagaimanakah kita dapat mengenal mereka kalau bukan dengan penulisan kitab tersebut.

Al Ishabah Fi Tamyiz as Sohabah karangan Ibnu Hajar al Asqolani, karangan Az Zirikli, Kitab Kitab al I’lamSiar A’lam an Nubala karangan Imam Zahabi, Kitab al Jarhu Wat Ta’dil karangan Ibnu Hajar al Asqolani, kitab Wafayatul A’yan karangan Ibnu Halkan, Kitab Hilliyatul Auliya dan sebagainya… Berjuta-juta yang terpamer di hadapan kita hari ini…

Mulakan penulisan anda hari ini! Bukan untuk dikenali, tetapi sebagai penyambung nyawa. Semua orang tahu, bahawa 3 perkara yang dapat menyambung amalan seseorang walaupun sudah mati. Iaitu, doa anak yang soleh, sedekah jariah ketika kita hidup, dan ilmu bermanfaat. Ingat, penulisan akan menjadi penyambung hidup anda..


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

03 December 2009

Minat Penulisan Atau Perlu Menulis?

Penulisan adalah sebuah medan yang boleh dikatakan wajib bagi seorang penuntut ilmu, dan pejuang Agama Allah SWT. Ia sudah semakin dipandang enteng oleh kebanyakan di kalangan kita. Kesal. Saya masih teringat, bagaimana minat menulis ini berputik di dalam diri ini..

Penulisan pertama saya, ketika berumur 18 tahun, setelah 3 bulan mengajar sementara di Sekolah Rendah Agama Tarbiyah Islamiah. Apabila hampir habis tempoh mengajar di sana, terlintas di fikiran saya untuk meninggalkan sesuatu pada sekolah tersebut. Iaitu, sesuatu yang dapat membantu sekolah tersebut.

Berdasarkan pengalaman yang secebis, saya menulis sebuah kertas kerja yang bertajuk Asas-asas Tamrin. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja saya sudah mampu menulis sebuah kertas kerja, yang hanya didasari dengan pengalaman semata-mata.

Akhirnya kertas kerja tersebut saya hadiahkan kepada sekolah tersebut sebagai satu manhaj untuk mentarbiah pelajar-pelajar yang akan mewarisi perjuangan ini. Hampir sebulan sebelum saya bertolak ke Mesir, saya sempat mendengar kuliah di Masjid Sultan Azlan Shah. Menceritakan tentang plot akhir zaman. Namun, cerita menarik tersebut agak ringkas, dan membuatkan saya semakin ingin tahu tentang Hari Kiamat.

Dengan berbekalkan cita-cita ingin mengkaji dan menulis tentang Hari Kiamat, saya membawa cita-cita tersebut ke Mesir. Alhamdulillah, bermula pada tahun satu lagi, saya sudah minat menulis, dan banyak belajar tentang penulisan.

Apabila PMRAM menganjurkan Bengkel MANHAL, saya tidak akan lepaskan peluang untuk mengikutinya. Pada ketika itu, saya bercita-cita untuk menjadi salah seorang Fellow MANHAL, dan akhirnya pada sesi ini, cita-cita tersebut telah saya capai. Entah, rasa diri ini masih banyak kekurangan dalam penulisan, namun, perkara yang paling utama ialah belajar dan berlatih.

Hari ini, saya seolah-olah tersentak dengan nilai sebuah penulisan… betapa tingginya nilai sebuah penulisan..


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

02 December 2009

23 Petua-petua Kejayaan Dunia AKhirat, Yang Menjadi Satu Kewajipan

1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)
Baca seterusnya

01 December 2009

Ceramah Motivasi di Pulau Pinang

Alhamdulillah, pada 29 November lalu, saya telah diminta untuk menyampaikan ceramah Motivasi di Rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabiek. Beberapa ringkasan daripada ceramah Motivasi tersebut akan saya siarkan di dalam post akan datang, insya Allah.

Bersama isteri tersayang, kami sampai di Rumah Pulau Pinang, tepat pada waktu sepertimana yang telah dijanjikan. Terima kasih saya ucapkan kepada Badan Kebajikan Penuntut Pulau Pinang Mesir, atau kesudian menjemput saya.

Akhir sekali, tetiba saje, terlintas untuk menyebut, "Saya tidak akan tolak jemputan untuk menyampaikan pengisian.. Tidak kira apa jua bentuk, selagi saya mampu, dan selagi tidak bertembung dengan jemputan yang lain.. "

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk istiqamah dalam ibadah ini..
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal