31 January 2010

Siapa Yang Fitnah Islam Itu Pengganas?

Semenjak tahun 2000 lagi, Islam dituduh sebagai pengganas. Siapa yang tuduh? … MEDIA.. Berapa juta manusia tertipu dengan penipuan ini? Manusia seluruh dunia yang sudah tertipu dengan media ini, semakin hari menghentam Islam dalam pelbagai sudut. Pernahkah kita terfikir, atau pernahkah kita melontarkan soalan ini “benarkah Islam itu pengganas sepertimana berita dalam media?”

Lalu, orang-orang bodoh berduyun-duyun berhujah dengan media untuk membuktikan bahawa Islam itu pengganas. Walhal berkemungkinan berita tersebut palsu.. Langsung tidak mengkaji, terus menghentam tanpa sebarang bukti dan dalil.

Antara yang dimomokkan oleh media ialah, 11 September adalah angkara pengganas, dan mereka digambarkan sebagai “orang Arab” yang beragama Islam. Bermula daripada detik tersebut, seluruh dunia semakin keliru tentang Islam.

Maka, golongan Sekular yang bodoh mula menunding jari kepada Islam, di manakah keadilan dan keamanan yang dibawa oleh Islam? Walhal, mereka hanya menonton televisyen, kemudian terus membuat spekulasi. Hari ini, telah dibuktikan bahawa 11 September adalah didalangi oleh orang dalam Bush.. Boleh tengok dalam kajian-kajian dan bukti-bukti yang telah dikemukakan dalam internet ini..

Apabila “bersembang” tajuk ini, terdetik untuk menjelaskan tentang penciptaan hadis-hadis palsu. Kesemua hadis-hadis palsu ini telah berjaya dibongkarkan oleh ulama-ulama kita dengan begitu terperinci.. Apakah kelebihan dalam Islam? Bagaimanakah Islam boleh kekal dengan ketulenan Agamanya berdasarkan wahyu?

Inilah yang dinamakan sebagai ilmu. Lihatlah berjuta-juta ulama Islam yang berselerak di seluruh dunia.. Bandingkan pula dengan agama lain.. Bandingkan pula dengan pemikiran sesat hari ini.. Siapakah pendokong Sekularisme? Siapakah pendokong Nasionalisme? Bagaimanakah pemikiran sesat ini boleh diasaskan? Siapakah pula pendokong Feminisme yang mengagungkan ke”tuan”an wanita?

Manusia-manusia yang bertaklid dengan pemikiran sesat ini langsung tidak melihat kepada unsur-unsur ini. Apabila mereka melihat seorang sekular berpidato.. mereka mengatakan bahawa inilah kebenaran.. Apabila melihat Aminah Wadud berpidato, mereka mengatakan inilah perjuangan.. Walhal inilah kesesatan mereka yang cuba merosakkan Islam..

Lihat juga bagaimana ulama’-ulama’ dapat membezakan di antara hadis palsu dan hadis Nabi SAW yang sebenar. Beribu-ribu kitab telah memperincikan bagaimana hendak membezakan di antara kedua-duanya.. Juga terdapat puluhan ribu kitab yang menjelaskan tentang perbezaan di antara kebenaran dan kesesatan, penipuan dan hakikat dan sebagainya.

Tetapi mereka telah dibutakan dengan berita-berita media… Hasilnya mereka bertaklid buta dengan media, dan menyebabkan mereka menghina semula Islam.. Walhal, siapakah yang menyiarkan berita menghina Islam itu? Adakah kita mempercayai media ataupun umat Islam?

Berapa juta video yang telah disebarkan oleh media yang menceritakan tentang keganasan Islam… tidak ketinggalan juga, jutaan video yang cuba menyelamatkan Islam dan menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.. Tetapi, video serangan terhadap Islam, masih lagi dimenangi..

Ingat, Islam tidak memerangi wanita, kanak-kanak dan orang tua… Tetapi di dalam beberapa video yang disiarkan di dalam berita dunia.. menyiarkan pembunuhan geng-geng bertopeng terhadap kaum wanita.. siapa geng bertopeng tersebut? Media terus menjawab “tanpa ragu-ragu”, bahawa itulah Islam… Kita bagaimana pula?

Wahai manusia, keluarkan diri kamu dari bertaklid buta dengan media..!! Berjaga-jaga, fitnah akhir zaman sedang berleluasa..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

30 January 2010

Kaedah Hukum Haramnya Sesuatu Permainan

Permainan di dunia ini cukup banyak.. Bagaimanakah hendak menentukannya samada haram atau tidak? Ya.. Permainan yang haram hanya sedikit, selebihnya adalah halal, dan boleh dimainkan…

1. Permainan menjadi haram apabila terdapat unsur haram, seperti permainan yang berbentuk perjudian.. Kalau lumba kuda semata-mata adalah halal, tetapi kalau terdapat unsur perjudian, maka haram.

2. Permainan yang menyebabkan kita terlupa melaksanakan kewajipan (leka). Contohnya bermain snooker sampai terlupa anak bini.. Atau main bola sampai terlupa solat, dan sebagainya.

3. Permainan yang terdapat penganiyaan terhadap makhluk-makhluk lain. Seperti menyabung ayam yang menyeksa binatang, bergusti (macam zaman hari ni..)

4. Permainan yang berkait dengan perbuatan syirik, seperti permainan memanggil roh.. Iaitu darah diletakkan di atas duit syiling kemudian duit itu akan bergerak untuk menjawab beberapa soalan yang ditanya.. Dulu, dikenali sebagai “spirit kantu coin”.. Entah betul tak ejaannya..

5. Permainan yang menghina Islam, seperti FPS (First Personal Shooter) yang perlu menyelesaikan misi membunuh umat Islam, atau menyerang kaabah.

6. Permainan yang terdapat unsur maksiat, seperti bermain bola tampar bersama-sama perempuan di tepi pantai dan sebagainya.

7. Permainan yang membahayakan, atau boleh menyebabkan kecederaan. Contohnya seperti bergusti pada zaman hari ini sepertimana yang telah disebutkan. Permainan yang “tidak pasti” menyebabkan kecederaan, dibenarkan.

Maka, ini sahajalah yang boleh dikaitkan dengan pemainan yang haram. Sekiranya tiada sebarang perkara-perkara ini, bermainlah… Permainan computer (Game) boleh tak? Tengoklah pada beberapa perkara di atas… timbanglah sendiri..

Kepada sahabat-sahabatku, kalau ada kesalahan atau pembetulan, sila beritahu saya.. Tegurlah diri ini sekiranya tersilap. Manfaatkanlah hidupmu dengan permainan yang bermanfaat. Tetapi, seeloknya kurangkanlah permainan tersebut. Permainan dilakukan dengan tujuan-tujuan yang bermanfaat. Sekiranya sia-sia, jauhkanlah.

Apabila sebut “bermain”, sudah pasti ia menyeronokkan. Maka, manusia dicipta bukan untuk bermain… Ya, manusia dicipta bukan untuk bermain.. Manusia dicipta bukan untuk bermain… Manusia dicipta untuk menegakkan Islam di dunia.. Sekiranya permainan tersebut boleh menegakkan Islam di dunia, silakanlah.. Sekiranya untuk menyihatkan badan, silakanlah, selagi mana ia memberi manfaat kepada kamu..

Manusia bukan dicipta untuk bermain, dan manusia bukan dicipta untuk tujuan yang sia-sia… Kamu punyai tanggunjawab untuk dilaksanakan..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

29 January 2010

Campak Sebiji Bola, Berapa Puluh Ribu Tak Solat?

Sedikit kesedaran kepada peminat-peminat bola sepak. Bukanlah saya ini anti-bola sepak. Ia adalah sebuah suka yang baik untuk kesihatan dan menanam banyak pemikiran seperti kepantasan mengatur strategi, kemahiran bertempur dan sebagainya.

Tetapi apa yang bermasalah di dalam permainan ini ialah, peminat-peminat “gila” bola sepak. Main bola sepak tak minat mana pun. Tetapi sanggup menghabiskan masa dengan pergi ke stadium-stadium untuk menonton permainan ini. Tidak salahnya menonton permainan ini selagi mana tiada unsur haram. Tetapi, apa yang menjadi masalah ialah, tengok bola sepak sampai tak solat!

Kalau orang bukan Islam, mereka sememangnya tidak sama solat dengan Islam. Tetapi hakikatnya mereka yang Islam, tak solat sebab tengok bola.. Kalau ada yang tengok bola, tapi solat, tu takda masalah.. Yang masalahnya ialah mereka yang tidak solat.

Bukan tengok bola sahaja yang tak solat, kalau time free-free pun tak solat juga.. Sama saja.. tengok bola sampai tak solat, dan memang tak pernah solat pun walaupun tengah free-free.. Mereka langsung tidak nampak kepentingan solat..

Apa pentingnya solat tu? Adakah hanya naik turun-naik turun kemudian selesai solat? Apa yang kita dapat daripada solat? Inilah beberapa bentuk keraguan yang dilemparkan oleh golongan ini.. bertujuan mengelak daripada mendirikan solat..

Sahabat, solat tu berapa minit je pun.. Dalam sehari, 5 kali je.. Kalau tengok bola berapa jam? Nak solat tak pernah kena bayar apa-apa. Nak tengok bola kena beli tiket.. nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen. Kenapa masih pertikai?

Kalau nak main bola sampai tak solat, korang kena sedar.. Main bola sampai letih, penat dan berbau badan.. Tetapi dengan bersolat, tak letih langsung, malah menyihatkan badan pula. Dan solat digalakkan supaya berwangi-wangian..

Malang betul.. Solat boleh didirikan di mana-mana yang kita mahu.. dengan syarat suci daripada najis dan sesuai dengan tempat.. Kalau tengok bola? Kena cari televisyen, atau computer, atau stadium..

Kenapa manusia minat bola? Sebab mereka telah dipromosikan oleh media sehingga mereka meminatinya gila-gila.. Apabila kita melihat peminat-peminat penyanyi.. Siapakah yang mempromosi mereka sehingga peminat-peminat mereka menggilai mereka? Sudah pasti media!

Media sudah banyak menanggung dosa dengan membuat perkara-perkara ini. Eh, dalam TV kan banyak siaran-siaran agama.. Apa pulak dosa? Maka saya menjawab.. rancangan agama korang tengok ke? Kalau tiba time azan.. Pasti ada mulut lancang yang berkata “Aduuss.. kacau je azan ni.. tengah syok tadi..”. Tengok filem sampai nak gila.. Azan pun dianggap mengacau!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

28 January 2010

Aladin Atau Alladin? Berhati-hati!

Kisah tahyul Aladin yang sudah diketahui di kalangan kita sejak kecil lagi, mungkin ia perlu berwaspada terhadap serangannya. Pada tahun lepas, saya pernah mengajar subjek Serangan Orientalis dan Kristianisasi. Dan apa yang telah saya perolehi daripada pengajaran tersebut ialah istilah “Aladin”.

Di dalam Bahasa Arab, sememangnya Aladin tersebut tidak mempunyai apa-apa makna, tetapi apabila diubah kepada Alladin, ia bermaksud “tiada agama”. Atau lebih dikenali sebagai Sekularisme yang menolak sebarang unsur-unsur Agama dalam kehidupan. Selain itu Atheis juga berfikiran sedemikian, yang menolak kewujudan Allah dan apa-apa yang berkait dengan alam ghaib. Maka, syurga dan neraka pun tidak wujud pada pandangan mereka.

Inilah yang dimaksudkan dengan Alladin. Adakah ia satu istilah yang tidak disengajakan? Mari kita lihat beberapa kaitannya dengan jalan cerita tersebut.. Adakah ia kebetulan atau satu perancangan untuk menyesatkan anak-anak kita supaya berfikiran songsang?

Di dalam siri-siri Aladin, watak yang paling utama ialah Jin Biru yang bernama Genie. Juga berasal daripada perkataan arab yang bermaksud “jin”. Di dalam bahasa arab, “jin” bermaksud “yang tersembunyi”. Maka perkataan “janin” ialah sesuatu yang tersembunyi di dalam rahim ibu misalannya. Maka, jin ialah sesuatu yang tersembunyi daripada deria manusia.

Di dalam kisah-kisah Aladin, Genie sangat berkuasa untuk memperkenankan kesemua permohonan Aladin… Juga seorang yang berwatakan arab! Adakah ia disengajakan atau kebetulan? Cerita yang ditayangkan di zaman moden ini menggunakan suasana “arab” dan kehidupan masyarakat Arab… Kenapa?

Sesuatu suntikan sedang disuntik di dalam pemikiran kanak-kanak supaya mereka mempercayai kuasa jin yang mampu memperkenankan sebarang permintaan, bukan lagi dengan berdoa kepada Allah! Selain itu, suasana Arab menggambarkan seolah-olah masyarakat Arab ini perlu dipandangan dengan pandangan tiada agama…

Maka, kanak-kanak apabila pergi ke negara-negara arab, mereka akan berfikir tentang padang pasir, teko ajaib, jin yang berkuasa dan banyak lagi tahyul-tahyul tersebut. Sedangkan Nabi Muhammad SAW sudah menyucikan segala unsur penyembahan berhala daripada masyarakat Arab, kemudian disebarkan ke seluruh dunia tentang Islam tersebut.

Siapakah penerbit filem tersebut? Disney Land.. Siapakah mereka? Mari kita sama-sama kaji.. Sekadar inilah hint-hint yang boleh saya beri untuk melihat unsur-unsur disebalik filem-filem yang indah di hadapan mata kita.. Ingat, file mini telah ditayangkan untuk kanak-kanak..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

27 January 2010

Hantar Buku Kepada Us Nazrul Untuk Disemak

Pada 25 Januari lalu, di kesempatan saya balik ke Kaherah untuk peperiksaan, sempat untuk meluangkan masa bersama ulama’ muda, Ustaz Nazrul bin Nasir. Tujuan pertemuan tersebut untuk menghantar “sebuah kitab” karanganku untuk disemak oleh beliau.

Kitab sebelum ini, telah dihantar kepada Us Helmi Aris Negeri Sembilan. Kali ini, kitab yang lain pula.. Alhamdulillah, semoga bantuan beliau untuk menyemak kitab saya ini diberi ganjaran oleh Allah..

Ustaz, apa nama kitab tersebut? Hehe, masih lagi dirahsiakan.. tunggu sahaja di pasaran nanti.. Untuk sahabat-sahabat yang lain, marilah menulis.. Ia bukan satu minat, tetapi keperluan.. Ingat, penulisan ilmiah itu adalah keperluan bagi kita..
Baca seterusnya

26 January 2010

Ini Sesat.. Dan Ini Bukan

Satu

Beberapa bulan yang lalu, saya telah dilontarkan beberapa soalan dan penafian disebabkan mengeluarkan sebuah artikel tentang “kesesatan” dan ajaran sesat. Antara yang disebutkan ialah..

Awak tak boleh sedap-sedap mulut tuduh orang itu sesat ini sesat..

Zaman Para Sahabat RA, mereka juga pernah dituduh sebagai sesat.. hari ini kamu pula nak sesatkan orang…

Dan banyak lagi.. Maka di sini, sedikit kesedaran buat para pembaca sekelian.. Yang manakah yang dikatakan sesat, atau benar..

Dua

Sebahagian Syiah yang melampau pernah mengkafirkan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman al Affan, dan Saidatina Aisyah RA.

Puak Khawarij pula mengkafirkan Saidina Ali, dan beberapa orang sahabat Nabi SAW yang lain..

Dan sebagainya..

Maka, mereka berhujah bahawa “kamu jangan sedap-sedap mengatakan sesat pada orang itu dan ini..” Walhal, yang berkata kepada saya tersebut ialah mereka yang berfahaman dengan fahaman yang jelas sesat. Eh.. Berani pula saya mengatakan mereka sesat..?

Tiga

Antara golongan yang berani untuk saya katakan sesat ialah al Arqam, Gerakan Ahmadiah (Qadiani), Sekularisme, Nasionalisme dan sebagainya..

Mereka “tersesat” disebabkan kejahilan mereka. Mereka hanya bertaklid buta, dan akhirnya mereka sesat seumpama seorang buta mencari jalan tanpa menggunakan tongkat.

Empat

Al Arqam sesat disebabkan keimanan mereka tentang kebangkitan semula Syeikh Suhaimi. Iaitu keimanan “tanasukh al Arwah”, yang dipegang oleh agama Hindu dan bertentangan dengan Islam. Selebihnya tidak perlu diulas.

Wahai sahabatku.. Syeikh Suhaimi memang benar seorang ulama. Tetapi beliau tidak lebih melainkan seorang ulama sahaja. Keilmuannya diakui. Tetapi beliau telah meninggal dunia 200 tahun dahulu, dan tidak akan dibangkitkan melainkan setelah ditiupkan sangkakala yang kedua..

Lima

Gerakan Ahmadiah.. Gerakan ini adalah generasi al Qadaniah yang telah diasaskan oleh Mirza Ghulan Ahmad. Beliau pernah mengaku sebagai Imam Mahdi, kemudian mengaku pula sebagai seorang nabi… Ajaran ini berpegang dengan kitab Aswad yang bercanggah dengan al Quran. Selepas mengaku kenabian, dia pernah mengaku sebagai tuhan pula.. Boleh kaji sendiri tentang al Qadiani..

Maka, apabila MAIS mendirikan papan tanda “Qadiani Bukan Islam”, beberapa golongan menentang, sambil berkata bahawa MAIS sudah pandai menyesatkan orang.. Walhal, mereka sendiri sudah tersesat.

Wahai sahabatku.. Gerakan Qadaniah sudah terpesong dari Islam dengan begitu jelas.. Mengapa masih lagi ingin mengakui kesesatan tersebut. Sudah jelas sesat bukan? Pengakuan sebagai tuhan! Masihkah anda mengatakan al Qadiani tidak perlu dipersalahkan?

Enam

Sekularisme dan Nasionalisme sudah jelas percanggahan dengan Islam. Sekularisme memecahkan Islam kepada benda-benda berkait dengan ibadat, dan sambutan Hari Raya. Sedangkan system perundangan Islam diletakkan ketepi. Masihkah anda mengatakan tidak boleh mensesatkan golongan ini?

Tujuh

Nasionalisme berpegang dengan kebangsaan dan menolak keagamaan. Saling bantu membantu di atas kezaliman dengan nama kebangsaan. Di manakah Islamnya? Lihatlah golongan Yahudi.. Mereka adalah bangsa, atau agama? Sesiapa yang bukan berbangsa Yahudi diumpamakan sebagai binatang (lihat protocol Yahudi).

Maka, sekiranya kita dilahirkan dalam bangsa Melayu, secara automatiknya kita ini dianggap sebagai anjing. Apa salah kita? Apa salah ibu kita yang mengandung? Jelas menunjukkan mereka ini sesat.

Kesimpulan

Hasilnya ialah, di sana terdapat perbezaan di antara sesat dan benar. Mereka yang sesat, ialah mereka yang sudah jelas kesesatan mereka. Bukan disebabkan mulut ini yang sedap-sedap menuduh sebagai sesat. Sebaliknya mereka yang benar pula dituduh sebagai sengaja menyesatkan orang. Maka, perhatikan perbezaan ini! Jangan terkeliru di antara jalan syaitan, dan Agama Allah SWT.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

25 January 2010

Manusia Sudah Jadi Robot

Sedar atau tidak, manusia sudah pun dirobotkan oleh satu golongan yang kita sendiri pun mengenali mereka. Bermula daripada kita bangun daripada tidur, sehingga kita tidur semula, kita sudah boleh diumpamakan sebagai kehidupan seperti sebuah “robot”.

Kita sudah dibiasakan dengan bekerja dengan seseorang “bos”. Tetapi tahukah kita bahawa kita telah diumpamakan sebagai seorang hamba yang hanya dibayar dengan duit kertas. Sejauh manakah tingginya nilai duit kertas tersebut?

Duit hari ini sudah dibiasakan dengan kad kredit. Bermakna duit kita hari ini hanya nombor yang tertera pada skrin. Kalau sebelum ini, duit itu diukur dengan sehelai kertas. Apabila nilai wang kertas tersebut sudah jatuh, maka dengan automatiknya kita pun turut menjadi miskin walaupun memiliki jutaan helai wang kertas!!

Contoh yang paling menarik. Seorang yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti, memerlukan belanja yang tinggi. Maka, sebuah institusi akan membuka ruang untuk pinjaman wang. Tetapi dikenakan riba (faedah), dan faedah tersebut akan mengalir sehingga mati.

Bagaimana hendak membayar faedah tersebut? Sudah pasti dengan bekerja hasil daripada lulusan university tadi. Maka, kita akan mengeluarkan jumlah yang besar daripada wang gaji kita tersebut untuk dibayar balik sebagai bayaran hutang dan bayaran faedah.

Sudah pasti kita dipaksa untuk bekerja dengan sesuatu. Maka, kita akan sibuk dengan dunia kerja kita itu sehinggalah mati. Apa hasilnya?

Bermula daripada bangun tidur, kemudian bersarapan, pergi kerja, balik kerja, berehat, makan minum, dan tidur semula. Kemudian pada esoknya akan mengulangi perkara yang sama, sehinggalah umur kita habis dengan perkara tersebut.

Di manakah Agama Islam dalam jiwa kita dengan hanya disibukkan dengan kehidupan seperti ini? Bagaimanakah kita hendak mengenali kehidupan sebenar berdasarkan Islam? Islam menekankan aspek beribadah, mengingati Allah, bekerja untuk kehidupan dunia dan sebagainya. Tetapi bukanlah hanya semata-mata kehidupan dunia sehinggakan kita lupa tujuan penciptaan sebenar.

Manusia sudah jadi robot. Semua manusia mempunyai akal. Tetapi mereka meletakkan akal mereka seperti robot yang diprogramkan untuk melakukan sesuatu. Apabila kita lapar, kita akan mendapatkan wang kertas yang tiada nilainya. Berapakah tinggi nilai tersebut? Bila-bila masa boleh jatuh…

Teringat kisah atukku yang hidup di zaman Jepun. Beliau menceritakan bahawa ketika zaman tersebut beliau gigih mengumpulkan duit, dan mengamalkan jimat cermat. Tetapi, apabila Jepun jatuh, duit tersebut hanya umpama besi biasa yang tidak boleh digunakan

Di dalam artikel ringkas sekadar untuk menyentak imaginasi anda yang telah diselaputi dengan dunia robot ini. Andai anda rasa tidak bersetuju dengan artikel ini, jangan terus mengatakan tidak setuju, tetapi fikir terlebih dahulu. Mungkin ia ada kebenaran walaupun sedikit.
Baca seterusnya

24 January 2010

Plot Hadis Ifki

Peristiwa Hadis Ifki ialah peristiwa fitnah terhadap Saidatina Aisyah, yang berlaku selepas Perang Bani Mustalik. Beliau telah difitnah dengan Safwan bin Mu’atthal, kerana pulang dengan menaiki kenderaan beliau. Fitnah ini dikepalai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, yang sudah lama menyimpan dengki dengan Baginda SAW, dan beliau adalah seorang munafik. Plot-plot peristiwa ini seperti berikut :

1. Peperangan Bani Mustalik berlaku, di sebuah tempat yang bernama Muraisi’. Ia berlaku selepas turunnya ayat yang mensyariatkan berhijab. Di dalam peperangan ini, Nabi Muhammad SAW membawa Saidatina Aisyah bersama, dan beliau ditempatkan di dalam sebuah kenderaan berbentuk rumah.

2. Ketika dalam perjalanan pulang di waktu malam, gerombolan Islam singgah di sebuah tempat, untuk berehat. Di kesempatan tersebut, Saidatina Aisyah keluar daripada kenderaannya untuk membuang air. Setelah selesai membuang air, Saidatina Aisyah kembali ke kenderaannya. Tetapi, beliau dapati rantai emasnya tercicir semasa perjalanan pulang setelah membuang air. Lalu beliau berpatah balik, mencari rantai emasnya.

3. Dalam pada itu, umat Islam mula bergerak setelah berehat beberapa ketika. Disebabkan tubuh Saidatina Aisyah agak ringan, maka, mereka yang ditugaskan untuk mengusung kenderaannya tidak menyedari bahawa beliau tiada di dalam kenderaan tersebut.

4. Setelah menemui rantai tersebut, Saidatina Aisyah bergegas ke tempat persinggahan. Malangnya, gerombolan Islam sudahpun meninggalkan tempat tersebut. Saidatina Aisyah menanti supaya tentera Islam menyedari kehilangannya. Dalam pada itu, beliau tertidur.

5. Dalam masa yang sama, Safwan bin Mu’atthal adalah seorang yang paling akhir di dalam gerombolan tersebut. Apabila beliau melalui kawasan persingahan umat Islam tadi, beliau mendapati Saidatina Aisyah sedang tidur. Beliau mengenali Saidatina Aisyah kerana pernah melihatnya sebelum penurunan ayat hijab.

6. Apabila menyedari kehadiran Safwan, Saidatina Aisyah segera menutup hijabnya. Tanpa berkata sepatah pun, Safwan menurunkan kenderaannya untuk dinaiki oleh Saidatina Aisyah. Lalu, beliau membawanya pulang ke Madinah, tanpa sepatah perkataan pun.

7. Setibanya di Madinah, berita tersebut sampai ke pengetahuan Abdullah bin Ubai bin Salul. Lalu beliau menyebarkan berita fitnah terhadap kesucian Saidatina Aisyah RA. Dalam masa yang sama, setelah tiba di Madinah, Saidatina Aisyah mengalami demam panas, dan beliau tidak mendengar gembar gembur fitnah tersebut.

8. Beliau menyedari kelainan pada Baginda SAW, yang tidak mesra seperti sebelumnya. Setelah sebulan berlalu, barulah beliau mengetahui bahawa kesuciannya telah difitnah. Satu hari Baginda SAW bertemu dengan Saidatina Aisyah meminta penjelasan. Setelah membuat penafian, turunlah ayat 11-20 Surah an Nur yang menyucikan beliau daripada fitnah Abdullah bin Ubai.

Allah SWT berfirman

Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu, adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu sangka berita bohong itu membawa keburukan kepada kamu. Setiap orang dari kalangan mereka, mendapat dosa dengan apa yang mereka kerjakan. Dan siapa di antara mereka yang mengambil peranan terbesar dalam menyebarkan berita tersebut, akan menerima azab yang besar. Mengapakah ketika kamu mendengar berita bohong tersebut, orang beriman tidak bersangka baik terhadap diri mereka? Dan mengapakah mereka tidak katakan bahawa ini adalah berita palsu yang jelas nyata? Mengapakah mereka yang membuat berita bohong itu, tidak mendatangkan empat orang saksi terhadap berita tersebut? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itulah di sisi Allah adalah orang yang berdusta. Sekiranya tiada kurniaan Allah serta rahmatNya bagi kamu di dunia dan akhirat, sudah pasti kamu akan ditimpa azab disebabkan berita bohong tersebut. (ingatlah) sewaktu kamu mendengar berita bohong tersebut dari mulut ke mulut, dan kamu pula katakan dengan mulutmu tentang sesuatu yang kamu tidak tahu sedikit pun, bahkan kamu menganggapnya sebagai satu perkara remeh, padahal ia besar di sisi Allah. Dan mengapakah kamu tidak katakan ketika mendengar berita bohong tersebut, bahawa sangat tidak wajar kita memperkatakannya, Maha Suci Engkau (wahai Allah), ini adalah dusta yang besar. Allah memperingatkan kamu agar tidak kembali seperti ini, sekiranya kamu ini beriman. Dan Allah telah menjelaskan ayat-ayatnya kepada kamu, dan Allah Maha Mengetahui, dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya mereka yang inginkan berita bohong tersebut, tersebar di kalangan orang beriman, akan menerima azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya. Kalaulah bukan disebabkan kurniaan Allah serta rahmatNya bagi kamu, sudah pasti kamu akan ditimpa azab disebabkan berita bohong tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Penyantun, lagi Maha Penyayang (Surah an Nur : 11 - 20)

Pengajaran Daripada Peristiwa Hadis Ifki

Lihatlah beberapa peringatan yang telah Allah berikan, daripada kisah ini, supaya kita berjaga-jaga apabila difitnah. Berdasarkan firman Allah SWT sebelum ini, dapat dipetik beberapa pengajaran.

1. Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu, adalah dari kalangan kamu juga. Mereka yang menyebarkan fitnah, adalah dari kalangan orang Islam, tetapi mereka ini munafik. Maka, Allah SWT mengingatkan kita supaya berhati-hati dengan bahaya golongan munafik, yang merosakkan kesatuan Islam dari dalam.

2. Janganlah kamu sangka berita bohong itu membawa keburukan kepada kamu. Setiap fitnah yang dilemparkan kepada kita, adalah ujian daripada Allah SWT. Di sana sudah pasti terdapat hikmahnya yang besar. Maka, Allah mengingatkan kita supaya bersabar dengan ujian ini.

3. Dan siapa di antara mereka yang mengambil peranan terbesar dalam menyebarkan berita tersebut, akan menerima azab yang besar. Allah mengingatkan kita supaya tidak terlibat sama dalam menyebarkan fitnah.

4. Mengapakah ketika kamu mendengar berita bohong tersebut, orang beriman tidak bersangka baik terhadap diri mereka? Kita perlu bersangka baik terhadap sesama kita, yang beriman kepada Allah SWT. Maka, Allah memperingatkan kita supaya bersangka baik sesama kita apabila mendengar sesuatu yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

5. Dan mengapakah mereka tidak katakan bahawa ini adalah berita palsu yang jelas nyata? Allah memperingatkan kepada kita, supaya tidak tergesa-gesa mempercayai sesuatu berita, tanpa menyelidiknya terlebih dahulu. Mengapa terus mempercayainya sedangkan kita tidak tahu kebenarannya? Kenapa tidak menafikannya?

6. Mengapakah mereka yang membuat berita bohong itu, tidak mendatangkan empat orang saksi terhadap berita tersebut? Syariat telah menetapkan sebanyak empat orang saksi untuk tuduhan zina. Maka, Allah memperingatkan kita supaya tidak cepat menghukumkan zina kepada seseorang. Sebaliknya, sesiapa yang gagal mendatangkan empat orang saksi tersebut, mereka akan dihukum qazaf.

7. (ingatlah) sewaktu kamu mendengar berita bohong tersebut dari mulut ke mulut, dan kamu pula katakan dengan mulutmu tentang sesuatu yang kamu tidak tahu sedikit pun, bahkan kamu menganggapnya sebagai satu perkara remeh, padahal ia besar di sisi Allah. Allah memperingatkan kita supaya tidak menyebarkan sesuatu yang tidak dapat kita pastikan kebenarannya. Bahkan kita jangan menyangka bahawa menyebarkannya adalah satu perkara yang remeh. Hakikatnya ia cukup memberi kesan.

8. Dan mengapakah kamu tidak katakan ketika mendengar berita bohong tersebut, bahawa sangat tidak wajar kita memperkatakannya, Maha Suci Engkau (wahai Allah), ini adalah dusta yang besar. Allah memperingatkan kita supaya kita menegur dan bertegas terhadap sesiapa yang menyebarkan sesuatu yang mereka tidak dapat pastikan kebenarannya. Kita perlu memberi amaran kepada mereka yang berbuat demikian.

9. Allah memperingatkan kamu agar tidak kembali seperti ini, sekiranya kamu ini beriman. Allah memperingatkan kita supaya tidak mengulangi perbuatan ini. Iaitu janganlah kita cepat mempercayai sesuatu berita, dan menyebarkannya tanpa kita ketahui kebenarannya.

10. Kalaulah bukan disebabkan kurniaan Allah serta rahmatNya bagi kamu, sudah pasti kamu akan ditimpa azab disebabkan berita bohong tersebut. Allah memperingatkan kita supaya sentiasa bersyukur kepada Allah kerana memelihara kita selama ini daripada fitnah dan sebagainya. Maka, hendaklah kita meminta kepada Allah SWT supaya dihindarkan diri daripada perkara terkutuk ini.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti Al Azhar
Baca seterusnya

23 January 2010

Isra Mikraj - Menjawab Keraguan Orientalis

Takrif Isra dan Mikraj

Isra’ : Perjalanan Nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab, daripada Masjidil Haram, ke Masjidil Aqsa. Dalil jelas disebutkan di dalam al Quran, Surah al Isra’ ayat 1. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kafir.

Mikraj : Perjalanan Baginda SAW pada tarikh tersebut, daripada Masjidil Aqsa ke langit yang ketujuh. Dalil disebutkan di dalam Hadis Masyhur. Ada yang mengatakan mikraj Baginda SAW melintasi syurga, sampai ke Arasy, dan sebagainya berdasarkan perbezaan riwayat. Kesemuanya diriwayatkan secara perseorangan. Sesiapa yang mengingkarinya adalah fasiq, tidak dikafirkan.

Tarikh Peristiwa Isra dan Mikraj

Ulama khilaf di dalam menentukan tarikh yang tepat peristiwa ini.

1. Imam Thabari mengatakan bahawa ia berlaku pada tahun Nabi SAW di lantik sebagai nabi.

2. Al ‘Allamah Mansur Furi mengatakan ia berlaku pada 27 Rejab, tahun ke 10 kenabian Nabi Muhammad SAW.

3. Imam Nawawi dan al Qurtubi mengatakan bahawa ia berlaku pada tahun ke 5 kenabian.

4. Pandangan-pandangan lain ada yang mengatakan bahawa ia berlaku pada 16 bulan sebelum hijrah bersamaan Ramadhan tahun ke 12 kenabian. Ada juga yang mengatakan pada setahun dua bulan sebelum hijrah, iaitu pada Muharram tahun ke 13 selepas kenabian. Juga ada yang mengatakan ia berlaku pada setahun sebelum hijrah, iaitu pada Rabi’ul Awwal tahun ke 13 selepas kenabian. Namun, pandangan-pandangan ini tidak dapat dipastikan sumber-sumbernya.

Di dalam kitab Zadul Ma’ad, menyebut bahawa solat fardhu diwahyukan selepas kewafatan Saidatina Khadijah, iaitu pada Bulan Ramadhan, tahun ke 10 selepas kenabian. Dan solat fardhu disyariatkan pada malam Isra dan mikraj. WaLlahua’lam.

Plot-plot Isra dan Mikraj

1. Nabi Muhammad SAW berjalan di waktu malam (isra’) dengan menaiki buraq, daripada Mekah ke Baitul Maqdis dengan tubuhnya. Baginda SAW didampingi oleh Malaikat Jibril AS.

2. Baginda SAW sampai di Baitul Maqdis, dan menjadi imam solat bagi nabi-nabi. Baginda SAW mengikat buraq di pintu masjid, dan terus mikraj.

3. Mikraj bermula dengan melalui langit dunia, dan Jibril AS meminta supaya ia dibuka, dan pintu langit dunia dibuka untuk laluan Baginda SAW. Di sana, Baginda SAW bertemu dengan Nabi Adam AS, dan memberi salam kepadanya. Salam tersebut dijawab, dan Nabi Adam AS mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.

4. Dalam masa yang sama, Allah SWT memperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW roh-roh orang syahid di medan perang di sebelah kanan Baginda SAW, dan roh-roh orang yang jahat di sebelah kirinya.

5. Kemudian, Baginda SAW dinaikkan (dimikrajkan) ke langit kedua. Di sana, Nabi Muhammad SAW bertemu Nabi Yahya bin Zakaria AS, dan Nabi Isa bin Maryam AS. Baginda SAW memberi salam kepada mereka, dan mereka mengakui kenabian Baginda SAW.

6. Kemudian, Baginda SAW dinaikkan lagi ke langit ketiga. Di sana, Baginda SAW bertemu dengan Nabi Yusuf AS, dan memberi salam kepadanya. Salam tersebut dijawab, dan Nabi Yusuf mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.

7. Kemudian, Baginda SAW dinaikkan lagi ke langit yang keempat. Di sana Baginda SAW bertemu dengan Nabi Idris AS, dan memberi salam kepadanya. Salam tersebut dijawab, dan Nabi Idris mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.

8. Kemudian, Baginda SAW dinaikkan lagi ke langit yang kelima. Di sana Baginda SAW bertemu dengan Nabi Harun bin Imran AS, dan memberi salam kepadanya. Salam tersebut dijawab, dan Nabi Harun mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.

9. Kemudian, Baginda SAW dinaikkan lagi ke langit yang keenam. Di sana Baginda SAW bertemu dengan Nabi Musa bin Imran AS, dan memberi salam kepadanya. Salam tersebut dijawab, dan Nabi Musa mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.

10. Ketika Nabi Muhammad SAW melepasinya, Nabi Musa menangis. Lalu, ditanya kepada Nabi Musa, “kenapakah kamu menangis?”. Nabi Musa AS menjawab : “aku menangis kerana seorang manusia yang diutuskan selepasku, umatnya masuk ke syurga lebih ramai daripada umatku”.

11. Kemudian, Baginda SAW dinaikkan lagi ke langit yang ketujuh. Di sana Baginda SAW bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, dan memberi salam kepadanya. Salam tersebut dijawab, dan Nabi Ibrahim mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.

12. Kemudian, Nabi Muhammad SAW dinaikkan ke Sidratul Muntaha, dan dinaikkan lagi ke Baitul Ma’mur. Seterusnya dinaikkan bertemu Allah SWT. Di sinilah, Baginda SAW disyariatkan solat fardhu 50 waktu. Setelah itu, Baginda SAW turun daripada tempat tersebut sehinggalah melalui langit keenam, tempat pertemuan dengan Nabi Musa AS.

13. Di sana, Nabi Musa AS bertanya kepada Baginda SAW, “apakah yang diperintahkan kepada kamu?” Nabi Muhammad SAW menjawab “50 waktu solat”. Nabi Musa AS berkata “Umat kamu tidak mampu melakukannya, pergilah bertemu Allah SWT minta dikurangkan”. Lalu Baginda SAW bertanya kepada Jibril, dan Baginda SAW dinaikkan semula.

14. Apabila bertemu Allah SWT buat kali kedua, bilangan waktu solat dikurangkan menjadi 45 waktu. Baginda SAW turun semula dan sekali lagi bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa AS berkata kepadanya supaya meminta lagi supaya dikurangkan. Lalu Baginda SAW naik semula sehinggalah waktu solat dikurangkan menjadi 5 waktu sahaja.

Persoalan Dan Keraguan Yang Dilontarkan Di Dalam Peristiwa Ini

Di sana terdapat beberapa keraguan, yang dapat dijelaskan di sini. Antara keraguan tersebut ialah :

Pertama

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW boleh bertemu dengan Allah SWT di Baitul Makmur? Bukankah Allah SWT tidak bertempat?

Jawapan : Hakikatnya Allah itu bukanlah berada di Baitul Makmur. Tetapi, Nabi SAW dinaikkan daripada tempat tersebut sehingga bertemu Allah SWT. Dan tidak pula menyatakan bahawa Allah itu berada di Baitul Makmur. Ini kerana Allah itu tidak bertempat.

Kedua

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW boleh bertemu Allah? Adakah Allah itu boleh dilihat? Bukankah ia menunjukkan Allah itu berada di satu tempat?

Jawapan : Ya, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah, tetapi Allah SWT tidak serupa langsung dengan makhluk. Allah SWT wujud, dan setiap yang wujud dapat dilihat. Maka, Allah dapat dilihat, tetapi, kita melihat Allah tidak sama dengan melihat makhluk. Makhluk memerlukan ruang untuk bertempat, sedangkan Allah tidak. Contohnya, kita melihat pemberita di dalam televisyen. Tetapi, hakikatnya pemberita tersebut tidak berada (bertempat) di dalam peti televisyen tersebut.

Isra dan Mikraj Dengan Roh Sahaja? Atau Beserta Jasad?

Syeikh Ibrahim al Baijuri mengatakan bahawa, di dalam persoalan ini, terdapat tiga pandangan yang berbeza :

1. Sebahagian umat Islam pada kurun pertama berpandangan bahawa Nabi SAW isra’ dan mikraj dengan rohnya sahaja.

2. Sebahagian yang lain, berpandangan bahawa Baginda SAW hanya bermimpi.

3. Umat Islam kurun kedua, dan selepasnya, berpandangan bahawa Nabi SAW isra dan mikraj dengan roh dan jasadnya. Pandangan inilah yang terpilih.

Perbezaan di antara pandangan pertama dan kedua ialah, sekiranya isra dan mikraj dengan roh sahaja, iaitu dalam keadaan berjaga (tidak tidur). Dan jasadnya berada dalam keadaan separa sedar. Manakala mimpi, jasadnya sedang tidur.

Pandangan Terpilih

1. Imam Nawawi berkata bahawa kebanyakan salafussoleh, umat Islam selepasnya, para fuqaha’, ulama’ hadis dan ulama’ Ilmu Kalam, kesemuanya berpandangan bahawa Baginda SAW isra dan mikraj dengan roh dan jasad.

2. Imam Ibnu Hajar al Asqolani berkata bahawa ia berlaku dalam keadaan sedar, jasad dan roh Baginda SAW, sepertimana yang dipegang oleh ulama’ Hadis, para fuqaha’, dan ulama Ilmu Kalam.

Bagaimanakah kita dapat menggambarkannya dengan akal?

Menggambarkan bahawa Nabi Muhammad SAW isra dan mikraj dengan jasad dan rohnya, adalah satu perkara yang mudah. Cuma, beberapa persoalan yang meragukan, kerap timbul. Maka, saya datangkan sebuah perumpamaan yang sesuai untuk menjawab persoalan ini.

Seekor semut sedang berada di pakaian seorang peniaga, ketika peniaga tersebut pergi melancong. Maka, semut tadi akan bersama-sama peniaga tadi, melancong ke seluruh dunia. Apabila peniaga tersebut kembali ke rumah, semut tadi menceritakan kepada kawan-kawannya, bahawa dia telah pergi melancong ke seluruh dunia. Maka, semut-semut yang lain, sukar untuk mempercayainya. Mana mungkin seekor semut boleh sampai ke London, Mesir dan New Zealand, kata mereka. Kawan-kawan semut menambah lagi, mungkin kamu hanya melihat pada gambar kemudian berkhayal, atau kamu hanya bermimpi! Tetapi hakikatnya ia adalah satu perkara yang logik.

Adakah Nabi SAW pergi dengan roh dan jasadnya? Jawapannya adalah “ya”. Sekiranya Baginda SAW hanya bermimpi, atau pergi dengan rohnya sahaja, maka tidaklah nampak satu kehebatan dan kelainan pada Peristiwa Isra dan Mikraj ini.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti Al Azhar
Baca seterusnya

22 January 2010

Imam Mazhab (Siri 4) - Imam Ahmad RA

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al Marwazi asy Syaibani. Beliau lahir di Baghdad, pada 164 Hijrah. dan juga merupakan anak murid Imam Syafie RA dalam bidang fiqh.

Beliau pernah berhijrah mencari ilmu ke Kufah, Basrah, Mekah, Madinah, Yaman, Syam dan Jazirah. Beliau juga pernah menuntut ilmu daripada Imam Bukhari RA ( 104 – 183 Hijrah ), dan menjadi ulama dalam bidang Hadis berkat daripada mendampingi Imam Bukhari.

Beliau pernah menuntut ilmu daripada lebih 100 orang syeikh. Beliau juga mempunyai hafalan yang kuat, dan telah menghasilkan kitab Musnad yang mengandungi 40 000 Hadis. Di sana, terdapat beberapa kalam-kalam ulama’ berkenaan beliau.

Antaranya, Ibrahim al Harbiy :

رَأَيْتُ أَحْمَدَ ، كَأَنَّ اللهَ قَدْ جَمَعَ لَهُ عِلْمَ الأَوَّلِيْنَ وَالآخِرِيْنَ

Aku melihat Imam Ahmad, seolah-olah Allah telah menghimpunkan padanya ilmu daripada permulaan sehingga akhirnya

Imam Syafie berkata sewaktu berhijrah meninggalkan Baghdad, pergi ke Mesir,

خَرَجْتُ مِنْ بَغْدَادَ ، وَمَا خَلَّفْتُ فِيْهَا أَفْقَهُ ، وَلاَ أَوْرَعُ وَلاَ أَزْهَدُ وَلاَ أَعْلَمُ مِنَ الإِمَامِ أَحْمَدِ ابْنِ حَنْبَل

Aku keluar daripada Baghdad, dan apa yang aku perolehi di sini lebih faqih. Aku tidaklah wara’, tidak juga zuhud, juga tidak lebih alim berbanding Imam Ahmad

Beliau juga pernah diseksa dengan kejam disebabkan masalah “Penciptaan al Quran” pada zaman Khalifah al Ma’mun, al Mu’tashim dan al Wathiq. Ketika itu, isu tersebut merupakan fitnah terbesar, yang mengatakan bahawa al Quran itu makhluk. Beliau adalah orang yang lantang bersuara menolak fitnah tersebut, dan akhirnya beliau diuji dengan siksaan yang kejam, untuk memelihara kesucian al Quran.

Ibnu al Madini berkata :

إِنَّ اللهَ أَعَزُّ الإِسْلاَمَ بِرَجُلَيْنِ : أَبِي بَكْرٍ يَوْمَ الرِّدَّةِ ، وَابْنِ حَنْبَل يَوْمَ الْمِحْنَةِ

Allah telah mengagungkan Islam dengan dua orang pemuda, iaitu Saidina Abu Bakar ketika Peristiwa Murtad, dan Imam Ahmad ketika Peristiwa Ujian (fitnah penciptaan al Quran)

Beliau wafat pada Bulan Rabi’ul Awwal 241 Hijrah.
Baca seterusnya

21 January 2010

Imam Mazhab (Siri 3) - Imam Syafie RA

Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al ‘Abbas bin Uthman bin Syafie’ bin as Sa’ib bin Ubaidillah bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Muttolab bin Abdul Manaf.

Beliau adalah anak saudara Nabi Muhammad SAW, dinisbahkan dengan Syafie’ (شافع) kerana beliau juga adalah datuknya yang paling mulia. Beliau adalah salah seorang sahabat Nabi SAW, dan juga anak kepada seorang sahabat RA.

Imam Ibnu Hajar al Asqolani menukilkan daripada al Hakim berkata bahawa Imam Syafie RA lahir di Gaza, Palestin pada hari kewafatan Imam Hanafi RA iaitu pada 150 Hijrah, seolah-olah menjadi petanda bahawa beliau adalah tokoh yang menggantikannya.

Bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 2 tahun, dan beliau dibawa oleh ibunya ke Mekah dan tinggal bersamanya di sana. Beliau diajar dengan ilmu agama di sana dan sudah menghafal al Quran kesemuanya pada umur 7 tahun.

Pada umurnya 15 tahun, beliau telah diberi keizinan untuk mengeluarkan fatwa oleh tok gurunya, yang juga mufti Mekah, Imam Muslim bin Khalid al Makhzumi yang merupakan salah seorang tabi’in.

Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Madinah, bertemu dengan Imam Malik RA. Beliau menghafal Kitab Muwatto’, yang dikarang oleh Imam Malik selama 30 tahun, dengan mengambil masa hanya 9 hari. Beliau juga meriwayatkan hadis daripada Sufyan bin Uyaiynah, Fudhail bin Iadh, dan Muhammad bin Syafie’, bapa saudaranya.

Kemudian, beliau berhijrah pula ke Yaman selama beberapa tahun. Pada tahun 183 Hijrah, beliau berhijrah pula ke Baghdad yang merupakan pusat himpunan ilmu. Beliau menuntut ilmu daripada Muhammad bin al Hassan tentang fiqh di Iraq, dan beliau kerap mengadakan perbincangan dengannya.

Pada 187 Hijrah, beliau kembali semula ke tanahair dan bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal menuntut ilmu darinya, dan Imam Ahmad juga menuntut ilmu darinya. Kemudian pada 195 Hijrah, beliau kembali semula ke Baghdad dan sempat mengarang kitab al Hujjah yang mengandungi pandangan-pandangannya yang lama (mazhab qadim)

Pada tahun 200 Hijrah, beliau berhijrah pula ke Mesir, dan menghasilkan mazhab baru. Beliau wafat di Mesir pada 204 Hijrah dalam keadaan berkhidmat untuk ilmu, pada akhir Rejab bersamaan dengan Hari Jumaat.

Imam Ahmad berkata :

كَانَ أَفْقَهُ النَّاسِ فِي كِتَابِ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ

Beliau (Imam Syafie) adalah orang yang paling faqih tentang al Quran dan Sunnah Rasulnya
Baca seterusnya

20 January 2010

Imam Mazhab (Siri 2) - Imam Malik RA

Nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Abi ‘Amir al Ashbahibin Amru bin al Harith bin Ghaiman al Ashbahi.

Beliau dikandung oleh ibunya selama tiga tahun, dan ada pandangan yang mengatakan lebih daripada tempoh tersebut. Beliau dilahirkan pada 93 Hijrah di Zil Marwah, iaitu salah sebuah tempat masjid di Tabuk. Kedudukannya sejauh 36 batu dari Madinah.

Ayahnya Anas bin Malik, seorang faqih, dan datuknya Malik bin Abi ‘Amir adalah di antara tabi’in yang terkenal, yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam pemandian jenazah Saidina Uthman, dan pengebumiannya. Abu ‘Amir bin Amru adalah seorang Sahabat Baginda SAW, yang bersamanya dalam setiap peperangan, kecuali Perang Badar.

Imam Malik RA adalah seorang tabi’ tabi’in, kerana pernah bertemu Aisyah bin Sa’ad bin Abi Waqqas, salah seorang pengikut dari kalangan perempuan (tabi’iyyah). Beliau pernah menuntut ilmu daripada 900 orang syeikh, dan 300 daripadanya dari kalangan tabi’in.

Beliau mula mengajar ketika berumur 17 tahun, selama 70 tahun di Madinah. Beliau pernah berkata :

لاَ يَنْبَغِي لِلْعَالِمِ أَنْ يَتَكَلَّمَ بِالْعِلْمِ عِنْدَ مَنْ لاَ يُطِيْقُهُ ، فَإِنَّهُ ذَلٌّ وَإِهَانَةٌ لِلْعِلْمِ

Tidak sepatutnya bagi seorang ulama itu, bercakap secara ilmiah kepada mereka yang tidak mampu memahaminya, sesungguhnya ia adalah cela dan menghina ilmu

Syeikh Ahmad bin Muhammad al Maliki berkata :

Apabila beliau ingin mengajar, beliau akan wudhu terlebih dahulu, mendirikan solat sunat dua rakaat, mengemaskan janggutnya, memakai wangian, duduk dengan penuh stabil dan menampakkan kehebatan, menegah sesiapa daripada meninggikan suara, dan memasang asap daripada bakaran kayu gaharu

Abdullah bin Mubarak berkata :

Ketika aku bersama Imam Malik bin Anas, ketika itu dia sedang meriwayatkan sebuah hadis Nabi SAW, lalu terdapat seekor kala jengking mematuknya sebanyak 16 kali. Mukanya menjadi pucat dan mengerut, tetapi beliau tidak berhenti daripada meneruskan pembacaan hadis tersebut. Setelah selesai membaca, orang lain bertanya tentang hal tersebut, lalu dia menjawab :

إِنَّمَا صَبَرْتُ إِجْلاَلاً لِحَدِيْثِهِ

“Aku bertahan kerana memuliakan Hadis Nabi SAW”

Syeikh Ahmad bin Muhammad al Maliki berkata la:

Beliau dikatakan bertemu Nabi SAW setiap malam dalam mimpi. Beliau juga merendahkan serban yang menutup kepala sehingga dia tidak dapat melihat, dan dilihat wajahnya. Beliau juga tidak memasuki tandas, melainkan 3 hari sekali. Beliau berkata :

وَاللهِ ، لَقَدْ اسْتَحْيَيْتُ مِنَ اللهِ فِي كَثْرَةِ تَرَدُّدِي لِلْخَلاَءِ

Demi Allah, sesungguhnya aku malu dengan Allah disebabkan kerapnya aku memasuki tandas

Beliau hidup sezaman dengan Imam Abu Hanifah, yang merupakan zaman perkembangan Islam begitu pesat. Beliau wafat pada 179 Hijrah, dan dikebumikan di Baqi’, pada zaman pemerintahan Khalifah ar Rasyid.
Baca seterusnya

19 January 2010

Imam Mazhab (Siri 1) - Imam Hanafi RA

Nama sebenar beliau ialah an Nu’man bin Thabit bin Thowus bin Hurmuz az Zuwato, al Kufi berbangsa Parsi. Beliau lahir pada 80 Hijrah, dan hidup ketika zaman Khalifah Umawiyah dan Abbasiah, bersama-sama Imam Malik RA. Beliau adalah tabi’ tabi’in, dan ada yang mengatakan bahawa beliau adalah tabi’in.

Beliau dikatakan pernah menemui hampir 20 orang sahabat, dan meriwayatkan hadis daripada 9 orang dari kalangan mereka. Beliau merupakan ulama Iraq, yang merupakan seorang peniaga kain di Kufah.

Satu ketika, beliau pernah bermimpi seolah-olah sedang menggali maqam Nabi Muhammad SAW. Lalu beliau menuju ke Basrah untuk bertanya kepada Muhammad bin Sirin, seorang ulama penafsir mimpi. Lalu beliau menerangkan maksud mimpi tersebut :

هَذَا رَجُلٌ يَنْبِشُ أَخْبَارَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Pemuda ini (Imam Abu Hanifah) sedang menggali kisah-kisah Nabi Muhammad SAW

Imam Hanafi pernah berkata :

Aku pernah bermusafir ke Basrah, lalu aku menyangka bahawa tiada soalan yang tidak mampu untuk aku menjawabnya. Lalu, mereka bertanya beberapa perkara yang tiada jawapannya padaku. Lalu, aku mewajibkan untuk diriku untuk bersama Hammad sehinggalah kewafatannya. Maka, aku bersamanya selama 18 tahun.

Hammad bin Sulaiman adalah anak murid kepada Ibrahim an Nakha’ie dalam bidang fiqh dan hadis. Jarir meriwayatkan daripada Mughirah :

فَإِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَوْ كَانَ حَيًّا ، لَجَالِسُهُ

Sekiranya Ibrahim an Nakha’ie masih hidup, sudah pasti beliau akan menuntut ilmu darinya (Imam Abu Hanifah)

Asad bin Amru berkata :

أَنَّ أَبَا حَنِيْفَةَ صَلَّى العِشَاءَ وَالصُّبْحَ بِوُضُوءٍ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً

Sesungguhnya Abu Hanifah mengerjakan Solat Isya dan Subuh dengan menggunakan wudhu’ yang sama, selama 40 tahun

Abu Ishaq as Samarqandi meriwayatkan daripada Qadhi Abu Yusuf al Kufi:

كَانَ أَبُو حَنِيْفَة يَخْتِمُ القُرْآنَ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَكْعَةٍ

Imam Abu Hanifah mengkhatamkan al Quran setiap malam, dalam satu rakaat.

Selain itu, diriwayatkan juga bahawa beliau pernah mengkhatamkan al Quran sebanyak 7000 kali di tempatnya meninggal dunia, dan melakukannya sehingga waktu sahur.

Imam Syafie RA berkata :

النَّاسُ فِي الفِقْهِ عَيَالٌ عَلَى أَبِي حَنِيْفَةِ

Manusia dalam bidang fiqh, miskin (memerlukan) pandangan Imam Abu Hanifah

Beliau wafat di dalam penjara kerana menegakkan kebenaran, pada 150 Hijrah di Iraq.
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti Al Azhar
Baca seterusnya

18 January 2010

Tahniah Buat Us Hairul

Rasanya masih belum terlambat mengucapkan tahniah kepada us Hairul Nizam bin Mat Husin yang baru menerima cahaya mata.. Anak perempuan. Alhamdulillah.. Pada 13 Januari lalu, dan telah pun ditulis di dalam blog beliau.

Hari ini, periksa subjek Manahij Dakwah.. Terima kasih kepada isteri tersayang kerana banyak membantu dalam menghadapi peperiksaan dalam keadaan tenang.. Setiap kali berulang alik ke Iskandariah, lidah ini tidak terputus daripada terus berdoa kepada Allah..

Doa time musafir insya Allah ada keberkatan..

Antara yang didoakan ialah, keberkatan pada umur, kehidupan, rezeki, penulisan, waktu, harta ilmu, pengajian dan sebagainya. Semoga sahabat-sahabatku buleh pilih doa ini..

Insya Allah..
Baca seterusnya

17 January 2010

Buku Cebisan Hati Manusia

Pada bulan Mei, 2009, buku pertama saya telah dicetak oleh Janub Saina Publisher.. Tak pernah sangka buku ini yang terbit dulu berbanding buku-buku lain. Alhamdulillah, segalanya perancangan Allah. Cuma, saya terlupa nak kempen dalam blog ini.

Buku ini mula saya tulis apabila merasakan diri ini cukup lemah untuk mengingat kalam ulama’. Kalam-kalam mereka seperti mutiara ini, sukar untuk diperoleh. Lalu, timbul satu kesedaran untuk menulis sebanyak mungkin kalam-kalam mereka.

Setelah ditulis di dalam laptop ini, semakin seronok pulak. Tambahan pula, ketika itu musim peperiksaan fasa kedua Tahun 3. Bagi saya, musim peperiksaan adalah masa yang banyak untuk berehat kerana tugas sebagai Setiausaha Agung KPIPM ketika itu ditangguh sekejap sempena peperiksaan.. Tapi, sia-sialah kalau digunakan untuk berehat.

Lalu, mula tulis sedikit demi sedikit. Entah tiba-tiba sahaja tergerak hati ini untuk menulis tentang “hati”. Tanpa disedari, dalam masa dua minggu telah siap apa yang diingini. Macam laju je tangan ni tulis.. Tetapi, pada permulaannya, tidak ingin dicetak pada masa itu. Boleh disimpan dan dikumpul-kumpul macam buku-buku yang lain.

Selepas peperiksaan, saya menyerahkan buku tersebut kepada us Azrul Perak selaku Badan Pengurus PMRAM, untuk disemak oleh MANHAL. Setelah sebulan setengah, buku tersebut selesai disemak oleh Us Syauqi Sabah.

Pada bulan April, setelah kembali ke Mesir daripada pulang ke Malaysia, terlintas di dalam otak ini untuk mencetak buku tersebut. Ketika itulah saya pulun membuat design, layout dan sebagainya. Kemudian dihantara kepada Penerbitan PMRAM, Us Taufik Selangor.

Akhirnya pada bulan Mei, buku tersebut siap dicetak.. dan proses-proses edaran pun bermula. Yang peliknya, buku-buku yang telah saya siapkan daripada tahun 1, belum lagi dicetak. Tup..tup.. buku ini dulu yang dicetak.

Alhamdulillah, setiap kali menulis, walaupun artikel dalam blog, saya akan pastikan berwudhu’. Tidak mahu tulisan saya ditulis ketika hadas kecil. Alhamdulillah, berkat wudhu inilah yang memudahkan penulisan saya.

Bertambah pelik, apabila saya balik ke Malaysia sekali lagi pada akhir Ogos. Buku saya mendapat permintaan yang tinggi, walaupun saya hanya membawa pulang 14 naskah ke Malaysia. Entah. Ramai pulak yang mintak. Tapi, saya cakap, nanti insya Allah akan dicetak kat Malaysia pulak.. tunggu je la..

Setelah kembali ke bumi Mesir semula, laju pulak buku ni habis. Entahlah.. Allah sahaja yang tahu. Mungkin cetakan pertama.. ada orang kata.. biasanya cetakan pertama memang laju sikit. WaLlahua’lam.

Cuma, dalam blog ini, saya ingin mengempen buku ini. Dah lebih 6 bulan di pasaran, baru teringat nak kempen dalam blog.. Semoga kita dapat manfaat bersama.

Bukanlah tujuan nak cari duit di dunia semata-mata, tapi untuk mencari duit di akhirat. Risau juga, bila dah mati nanti, takda apa yang boleh ditinggalkan sebagai pahala yang berterusan. Semoga buku ini dapat menjadi saham saya selepas meninggal dunia nanti.

Kawan-kawan, ingatlah, nanti dah mati nanti, tak boleh nak tambah pahala dahh… Kecuali dengan tiga benda.. doa anak soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat.

Doa anak soleh? Anak pun tak da lagi.. korang kene usaha berkahwin sebelum mati. Sedekah jariah? Macam tak kenal.. kawan-kawan saya ni banyaknya sengkek belaka. Takda duit.. tapi takpa,.. ada 25 sen pun dah boleh guna untuk sedekah.. Cuma, yang kita ada ialah ilmu.. curahkan ilmu tu.. jangan simpan jek. Anak yang soleh takda lagi, nak sedekah jariah pun macam takda duit je.. tapi ilmu ada.. maka berkhidmatlah untuk menyebarkan ilmu tu..
Baca seterusnya

16 January 2010

Jangan Berdalih Dengan Ayat-ayat Ini

Ingat, jangan berdalih dengan ayat-ayat ini..

1. Saya tak tau pulak yang tudung ni kena pakai..
2. Saya tak tau pulak yang saya kena tutup aurat..
3. Saya tak tau pulak yang pasangan bertunang ni tak boleh pegang-pegang atau berdua-duaan..
4. Saya tak tau pulak yang zina ni haram..
5. Saya tak tau pulak yang melacur ni haram..
6. Saya tak tau pulak yang saya ni kene solat dan puasa di Bulan Ramadhan
7. Saya tak tau pulak yang judi dan arak tu haram
8. Saya tak tau pulak yang saya ni tak boleh berdua-duaan atau pegang-pegang..
9. Saya tak tau pulak yang saya ni tak boleh keluar dating..
10. Saya tak tau pulak yang memuja kubur (atau tarik duit) ni haram
11. Saya tak tau pulak yang rasuah ni haram
12. Saya tak tau pulak yang saya kene ikut undang-undang negara yang tidak bercanggah dengan Islam.. seperti undang-undang jalanraya..
13. Saya tak tau pulak yang saya kene berakidah dengan Akidah yang betul
14. Saya tak tau pulak yang saya kene belajar baca al Quran
15. Saya tak tau pulak yang saya kene belajar Agama...
16. Saya tak tau pulak yang lumba haram ni haram..
17. Saya tak tau pulak yang rokok ni membahayakan kesihatan.. dan saya tak tau pulak benda yang membahayakan kesihatan ni haram di sisi Islam..
18. Saya tak tau pulak yang bonceng minah ni haram..
19. Saya tak tau pulak yang bertaruh duit ni haram.. Judi la tuuu...
20. Dan yang sewaktu dengannya....

Manusia hari ini.. buat-buat tak reti.. Sudah tahu.. saja tutup telinga.. Mereka tahu itu dan ini haram.. Mereka tahu itu dan ini wajib.. tapi .. buat-buat tak reti.. Ada orang tanya.. Islam ni.. asyik-asyik haram je..

Jadi.. untuk orang yang bertanya ini.. Anda kene tahu.. Allah haramkan benda-benda yang "merosak" dan "menjahanamkan manusia"... dan Allah haramkan benda-benda yang telah disebutkan di dalam al Quran dan Hadis.. bukan banyak pun.. Selain daripada benda yang disebutkan.. silakaaann..

Dalam dunia ni banyak sangat benda.. yang diharamkan telah disebutkan.. selain daripada itu, halal... tapi kenapa masih nak yang haram tu?.. kenapa masih nak yang merbahaya tu? kenapa masih nak buat benda yang sikit (yang diharamkan) tu.. takda keje lain ka?

Semoga kita mendapat hidayah.. Wahai manusia yang pelupa.. INGATlah pada Allah.. Wahai orang muda.. semakin hari anda semakin tua.. umur semakin berkurang.. bukan bertambah.. esok-esok nanti, dah mati.. tak boleh nak menyesal dah..

Semoga kita mendapat hidayah.. mintalah hidayah kepada Allah dengan meninggalkan apa yang diharamkan, dan melakukan apa yang diwajibkan.. selain daripada itu.. ikutlah.. nak buat ke tanak..
Baca seterusnya

15 January 2010

Manusia Hari Ini...

“Tapi kalau kami keluar berdua untuk minum memang ada dan ia sama saja seperti pasangan kekasih lain di luar sana,” katanya.

Irma yang bakal meraikan hari jadinya yang ke-28 pada 8 Januari ini juga merancang untuk meraikannya bersama keluarga.

“Saya jarang meraikan majlis hari jadi seperti orang lain. Selalunya, keluarga akan mengadakan bacaan surah Yasin pada Khamis malam Jumaat dan selepas itu, kami sekeluarga akan keluar makan bersama-sama. “Sambutan hari jadi tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran Nabil dalam hidup saya,” katanya.
Ulasan
Amacam? Apa pandangan korang dengan berita ringkas ini? Tidak mahu diulas panjang.. Sila lihat dalam teks penuh, dan ulaslah sendiri.. Pandangan saya? Boleh baca artikel-artikel sebelum ini, anda akan tahu apa pandangan saya.. cuma ini harapan saya..
Saya berharap, Nabil akan menghadiri Majlis Bacaan Yasin tersebut untuk meraikan Hari Jadi Irma.. Nak keluar makan pun, pastikan ada mahram bagi Irma, dan Irma kena tutup aurat..
Baca seterusnya

14 January 2010

Keimanan Para Sahabat RA Dalam Tiga Peristiwa, Badar, Uhud, dan Baiah Ridhwan

1. Para Sahabat RA sanggup mati untuk menyelamatkan Agama Islam.

a. Saidina Umar al Khattab berikrar supaya bersama dengan Baginda SAW berhadapan dengan apa sahaja rintangan, di dalam Perang Badar. Manakala Saad bin Muaz pula sanggup berperang walaupun kekurangan kelengkapan, sekiranya itu adalah perintah Baginda SAW

b. Saidina Ali, Hamzah dan Ubaidah bingkas bangun apabila diberi arahan untuk beradu kekuatan dengan pahlawan Musyrikin di dalam Perang Badar

c. Beberapa orang yang masih muda, telah disuruh supaya pulang kerana kemampuan mereka yang kurang dalam Perang Uhud. Mereka ialah Abdullah bin Umar al Khattab, Usamah bin Zaid, Usaid bin Zahir, Zaid bin Thabit, Zaid bin Arqam dan beberapa orang lagi.

d. Samurah, seorang muda telah menunjukkan kehebatannya di hadapan Rasulullah, semata-mata untuk turut serta dalam peperangan. Hasilnya beliau dibenarkan walaupun umurnya masih muda.

e. Anas bin an Nadr tetap meneruskan perang walaupun umat Islam lemah disebabkan berita kewafatan Baginda SAW. Saad bin Muaz bertanya kepadanya : Ke mana kamu hendak pergi? Beliau menjawab : Ah, bau syurga wahai Saad. Aku menghidu baunya di sebali Uhud. Beliau syahid dengan 80 kesan tusukan dan rupa jezanahnya tidak dapat dikenali.

f. Mus’ab bin Umair terputus dua belah tangannya kemudian dipancung semata-mata untuk menyelamatkan panji tentera Islam. Ini kerana, panji tersebut merupakan nyawa bagi perjuangan di dalam Perang Uhud ini.

g. Abu Sinan al Asadi dan beberapa orang sahabat yang lain, sanggup berikrar setia untuk sanggup mati dalam memperjuangkan Islam, di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan.

2. Keberanian Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam dan menghadapi musuh Allah.

a. Saidina Hamzah syahid dalam Perang Uhud sebagai seorang pahlawan. Beliau dibunuh secara curi-curi. Keberaniannya di dalam Perang Badar dan Uhud tidak dapat dihalang oleh sesiapa.

b. Auf bin Harith menerjah ke pihak musuh tanpa memakai baju besi kerana berani untuk syahid di jalan Allah, walaupun pada mulanya beliau memakainya.

c. Muaz bin Amru dan Mu’awwidh bin Afra telah membunuh Abu Jahal, dan ketika itu mereka berdua terlalu muda. Akhirnya Muaz terputus tangannya, dan Mu’awwidh pula terbunuh.

d. Abu Dujanah memakai serban merahnya di dalam Perang Uhud, sebagai tanda keberaniannya berhadapan musuh, dan kesanggupannya untuk mati di jalan Allah.

e. Az Zubair menerkam Talhah bin Abi Talhah yang berada di atas kuda. Beliau mencabar umat Islam di awal Perang Uhud, sehingga menyebabkan kepalanya dipancung oleh az Zubair disebabkan keangkuhannya.

f. Talhah bin Ubaidillah mengalami 35 tusukan dan jari jemarinya terputus kerana berhadapan dengan 11 tentera Musyrikin sekaligus ketika melindungi Baginda SAW di dalam Perang Uhud.

g. Saidina Uthman al Affan sanggup menjadi Duta kepada Rasulullah SAW untuk berbincang dengan pimpinan Quraisy di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan, sedangkan nyawanya dalam keadaan terancam.

3. Kesungguhan Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam

a. Umair bin al Hammam baru sahaja ingin memakan beberapa biji kurma, tetapi apabila mengetahui bahawa dia telah dijanjikan syurga, segera dia ke medan Peperangan Badar, tanpa menghiraukan kurma tadi.

b. Apabila hampir terjadinya Perang Uhud, Hamzah berkata : Demi Tuhan yang menurunkan al Quran kepadamu, aku tidak akan menjamah makanan melainkan setelah aku libas mereka (orang kafir) dengan pedangku ini di luar Madinah (Uhud)

c. Abdullah bin Haram memaki dan menghina golongan munafik yang berpaling tadah daripada menyertai tentera Islam dalam Perang Uhud, setelah diperingatkan berkali-kali.

d. Hanzalah yang baru sahaja berkahwin, apabila mendengar seruan berperang di Uhud, segera ditinggalkan isterinya walaupun sedang berada dalam keadaan berjunub. Lalu beliau digelar Hanzalah al Ghasil kerana beliau dimandikan oleh para Malaikat.

e. 9 Orang daripada 50 pasukan pemanah di dalam Perang Uhud, tidak terpengaruh dengan harta material yang berada di hadapan mata. Ini kerana mereka mengikut arahan oleh Rasulullah SAW supaya tidak meninggalkan posisi mereka.

f. Thabit bin Dahdah memperingatkan kepada orang Islam setelah tersebarnya berita kewafatan Baginda SAW : Wahai sekalian kaum Ansar, kalau benar Muhammad telah terbunuh, sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati... Akhirnya beliau terbunuh di tangan Khalid al Walid yang masih kafir ketika itu.

g. Salamah bin al Akwa’ berbai’ah sebanyak tiga kali untuk berjuang bersama Islam dan menghadapi sebarang ancaman di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan.

4. Keyakinan dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW

a. Ukasyah bin Mihsan telah terpatah pedangnya di dalam Perang Badar. Lalu Baginda SAW memberikan sebatang kayu supaya dia menggunakannya untuk berperang. Setelah menghayun beberapa kali kayu tersebut, ia bertukar menjadi sebilah pedang. Pedang inilah yang digunakannya di setiap peperangan.

b. Saad bin Muaz, Usaid bin Hudair, dan Saad bin Ubadah bertindak sebagai pengawal Baginda SAW sebagai persediaan menghadapi serangan hendap musuh sebelum Perang Uhud.

c. Ketika bermalam di antara Uhud dan Madinah, Muhammad bin Maslamah seorang jaguh telah dilantik sebagai pengawal khas Baginda SAW.

d. Abu Dujanah membenteng dirinya semata-mata untuk melindungi Rasulullah SAW di dalam Perang Uhud.

e. Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar al Khattab dan Saidina Ali yang berada di barisan hadapan di dalam Perang Uhud, segera meluru ke belakang apabila mendapati keselamatan Baginda SAW dalam bahaya disebabkan serangan melalui belakang oleh pihak musuh.

f. 9 orang yang bersama Baginda SAW berjuang bermati-matian sehingga 7 daripadanya terkorban Ketika itu Nabi SAW sedang dikepung oleh tentera berkuda.

g. Saad bin Abi Waqas dan Talhah bin Ubaidillah melindungi Nabi SAW berhadapan dengan tentera berkuda sehinggalah para sahabat yang lain datang memberikan bantuan di saat genting ini.
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Akidah dan Falsafah,
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

13 January 2010

Hantar Buku Untuk Disemak

Alhamdulillah, kelmarin saya telah menghantar karya yang ke 5 kepada Us Helmi Aris Negori Sembilan. Saya bertemu beliau di rumahnya. Tajuknya apa? Heheh.. tunggu je. Buku-buku sebelum ini, telah disemak oleh Us Khairi Abdullah Perak. 3 buah buku telah beliau semak. Terima kasih kepada beliau.

Insya Allah, banyak lagi usaha saya untuk cuba menulis buku. Cuma nak carik modal, pening jugak. Tapi, insya Allah rezeki tu ada.. Akhirnya, baru sebijik buku yang keluar..

Saya harap, semua pelajar Azhar akan cenderung untuk tulis buku jugak. Sepanjang saya berada di Malaysia sebelum ini, kurang kelihatan buku-buku yang dikarang oleh Ustaz-ustaz Azharian. Terjemahan pun kurang. Mungkin saya yang tidak tahu ketekunan mereka menulis dan menerbitkan buku.

Ingat, penulisan itu bukannya satu "minat". Sebaliknya ia adalah kewajipan bagi seorang penuntut ilmu, apatah lagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi ulama. Sedikit artikel ringkas yang pernah saya tulis.. sila klik kat bawah ni.. semoga bermanfaat.
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

12 January 2010

Badar Dalam Memori

Perang Badar adalah peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia berpunca daripada sekatan ekonomi dan rampasan harta penduduk Islam di Mekah. Pada Jamadil Awal dan Jamadil Akhir 2 Hijrah bersamaan November dan Disember 623 Masihi, pedagang Quraisy, Abu Sufian, bergerak ke Syam dengan membawa harta kekayaan milik mereka untuk diniagakan bersama 40 orang pengawal.

Lalu, Nabi SAW mengambil kesempatan ini untuk membuat serangan kepada mereka bertujuan melumpuhkan ekonomi mereka. Bahkan harta yang didagangkan oleh mereka, antaranya hasil daripada rampasan terhadap umat Islam sendiri. Lalu, Baginda SAW cuba membuat sekatan di Zil Usairah. Namun, pedagang Quraisy sudah pun melepasi kawasan tersebut.

Namun, kesempatan sekali lagi diambil ketika pedagang Quraisy dalam perjalanan pulang dari Syam. Lalu Baginda SAW mengutuskan Talhah bin Ubaidillah dan Sa’id bin Zaid sebagai perisik. Setelah mengetahui kedudukan, lokasi dan laluan mereka, Rasulullah SAW bersedia dengan tentera seramai 313, 314, atau 317 orang, dan 82, 83 atau 86 orang.

Mereka bergerak dengan sederhana, iaitu tanpa kelengkapan, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta. Setelah selesai bersiap, mereka mula bergerak ke Badar. Abu Sufian agak berhati-hati kerana bimbangkan sebarang serangan. Beliau telah dimaklumkan bahawa Rasulullah telah pun menghantar pasukan untuk berhadapan dengannya.

Beliau segera mengupah Damdam bin Amru untuk meminta bangsa Quraisy menghantar tentera untuk menjejaki Rasulullah dan tentera. Tentera Mekah seramai 1300 orang, di antaranya ialah 100 ekor kuda, dan 600 pejuang yang memakai baju besi.

Tetapi di pertengahan jalan, iaitu di al Juhfah, mereka menerima surat daripada Abu Sufyan bahawa keselamatannya terjamin, dan tidak perlu menghantar apa-apa bantuan. Tetapi Abu Jahal masih ingin meneruskan perjalanan ke Badar, dan mengadakan pesta di sana.

Namun, pandangannya tidak dipersetujui oleh sebahagian pembesar. Ini menyebabkan Bani Zuhrah mengambil pendekatan dengan kembali pulang ke Mekah mengikut arahan ketua mereka. Maka, tentera Musyrikin yang berbaki meneruskan perjalanan ke Badar.

Apabila berita kedatangan tentera Musyrikin ini sampai kepada Baginda SAW, Baginda SAW mengadakan perbincangan, kerana situasi yang agak merbahaya dengan kekuatan tentera Islam yang ada. Namun, sidang perbincangan tertinggi bersetuju untuk meneruskan peperangan.

Setelah itu, Nabi SAW mengatur strategi dengan menyusun tentera Islam di tempat yang strategik. Mereka telah tiba di kawasan tersebut lebih awal, dan berlakulah pertemuan di Badar yang menyaksikan pertempuran yang dahsyat di sana.

Peperangan bermula dengan beradu kekuatan di antara dua pihak. Ubaidah bin al Harith berjaya membunuh Utbah bin Rabi’ah, Hamzah membunuh Shaybah bin Rabi’ah, dan Saidina Ali membunuh al Walid bin Utbah. Ketiga-tiganya ialah orang ternama di kalangan Musyrikin.

Setelah ketiga-tiga orang ternama ini terbunuh, tentera Musyrikin semakin marah dengan Islam, lalu peperangan pun tercetus. Pada permulaan peperangan ini, tentera Islam hanya bertahan, sehinggalah sampai satu ketika, arahan dikeluarkan untuk melakukan serangan balas.

Ketika serangan balas dibuat, serangan tentera Musyrikin mula tumpul, disebabkan serangan mereka yang terlalu bertenaga pada permulaannya. Di dalam peperangan ini juga, tentera Malaikat turun membantu Islam, dan menyaksikan kekalahan yang teruk di pihak Musyrikin.

Ketika tentera Islam membuat serangan balas, pertahanan tentera Musyrik semakin bolos, dan akhirnya berjaya dibolosi sehinggalah sampai kepada Abu Jahal yang dibenteng dengan pertahanan yang ramai. Tetapi akhirnya Abu Jahal telah dibunuh oleh dua orang kanak-kanak iaitu Muaz bin Amru dan Mu’awwidh bin Afra.

Muaz bin Amru berperang sehingga terputus tangannya, dan Mu’awwidh syahid setelah kedua-duanya berjaya membunuh Abu Jahal. Tetapi, di akhir peperangan, Abu Jahal masih hidup, dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Lalu Abdullah bin Mas’ud memancung lehernya.

Demikianlah serba ringkas kisah Perang Badar, dan hasil daripada peperangan tersebut telah menyebabkan kafir Quraisy mengalami kerugian yang teruk. Tentera Musyrikin telah terbunuh seramai 70 orang, dan kebanyakannya di kalangan pembesar mereka, dan 70 orang lagi ditawan. Manakala tentera Islam, seramai 6 orang dari kalangan Muhajirin yang terkorban, dan 8 orang dari kalangan Ansar.


Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

11 January 2010

Mereka Yang Kononnya Pasti Masuk Syurga

Terdapat beberapa golongan yang menjanjikan syurga kepada penganut-penganutnya. Antara yang disenaraikan di sini ialah Ajaran Sesat Kahar Ahmad, Yazidiah, Budha, Kaum Yahudi dan Kristian. Maka perinciannya seperti berikut :

1. Kaum Yahudi dan Nasrani

Allah SWT berfirman

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata : “Tiada siapa akan masuk Syurga melainkan orang Yahudi dan Nasrani”. Itu hanyalah angan-angan mereka. Katakanlah kepada mereka : “Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar (Surah al Baqarah : 111)

Dr Wahbah Zuhaili menafsirkan ayat ini dengan mengatakan bahawa Yahudi mendakwa bahawa mereka sahajalah yang layak masuk Syurga. Manakala Nasrani pula mendakwa bahawa merekalah yang paling layak. Hakikatnya mereka bercanggah sesama mereka.

Bahkan kesilapan mereka yang paling besar ialah hanya bertaklid buta dengan paderi-paderi mereka yang telah menjanjikan Syurga bagi penganut-penganut mereka. Apabila diminta untuk mendatangkan bukti kepastian mereka masuk syruga, mereka tidak mungkin dapat membuktikannya.

2. Budha

Ajaran Budha bermula daripada hasil praktikal akhlak di dalam falsafah. Mereka mencari-cari akhlak yang paling mulia yang perlu ditonjolkan. Maka terbentuklah satu bentuk penyempurnaan akhlak yang diasaskan oleh seorang hamba Allah yang bernama Budha.

Ia muncul selepas kemunculan agama Hindu pada kurun ke 5 sebelum Masihi. Setelah mengenali manhaj akhlak yang sesuai, maka ia telah beralih dan menjadi satu pegangan dan agama.

Penganut-penganut Budha pada hari ini semakin hari semakin mendewakan diri Budha dan akhirnya mereka menganggap Budha sebagai tuhan. Bahkan mereka menyembah Budha, dan berkeyakinan bahawa Budha lah yang akan memasukkan mereka di dalam syurga.

Mereka telah digembar-gemburkan bahawa Budha yang mereka sembah itu dapat memasukkan mereka ke dalam syruga. Maka, mereka melakukan penyembahan terhadap patungnya kononnya ia dapat masuk syurga dengan lessen tersebut.

3. Al Yazidiah

Kumpulan sesat ini ditubuhkan pada 132 Hijrah ketika Zaman Daulah Umawiyyah, yang pada mulanya diasaskan hanya sebagai gerakan politik ketika itu, tetapi semakin lama dipengaruhi dengan unsur-unsur kesesatan sehinggalah mereka menganggap bahawa Yazid bin Mu’awiyyah sebagai manusia suci.

Mereka mengatakan bahawa Yazid akan kembali sebagai as Sufyani pada akhir zaman untuk menyelamat dunia ini, menegakkan keadilan dan banyak lagi pegangan-pegangan sesat dan syariah-syariah mereka yang tersimpang dari ajaran Islam.

Selain itu mereka turut mensucikan Iblis (ketua Syaitan) dan Malaikat Izrail (pencabut nyawa), mempunyai perayaan khusus yang disambut pada permulaan Tahun Baru Masihi dan menambah beberapa rukun lagi pada Rukun Islam.

Gerakan ini tersebar ke Syria, Turki, Iran, Rusia, Iraq dan beberapa generasi mereka di Lubnan, Jerman dan Belgium. Bilangan mereka ketika ini sekitar 120 000 orang, iaitu 70 000 daripadanya berada di Iraq, dan selebihnya bertebaran ke seluruh dunia.

Sebahagian daripada mereka berdarah Arab, bertutur dengan Bahasa Kurdi, dan mereka memiliki sebuah perpustakaan bernama Perpustakaan al Umawi Li ad Dakwah al Arabiah, terletak di Jalan ar Rasyid di Baghdad.

Mereka berpegang bahawa Syeikh Adiy (orang yang mencetuskan ajaran ini) yang akan membuat timbangan amalan manusia dan menghitung amalan seluruh manusia. Syeikh Adiy ini dikatakan akan memilih penganut ajaran sesat ini untuk dimasukkan ke dalam syurga.

4. Ajaran Sesat Kahar Ahmad

Antara ajaran sesat yang terdapat di Malaysia ialah Ajaran Sesat Kahar Ahmad yang telah diasaskan oleh Kahar Ahmad pada 1986 di Malaysia. Beliau mendakwa telah menerima wahyu daripada Allah melalui Surah Yasin ayat 3 yang menunjukkan bahawa beliau telah diangkat sebagai rasul Melayu.

Beliau mendakwa lagi bahawa beliau merupakan rasul bagi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan negara-negara yang memahami bahasanya.

Pada 25 Jun 2005, ajaran sesat ini sekali lagi diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor di kediamannya, dan beliau ditahan di Balai Polis Taman Melewati sebelum dibicarakan di mahkamah. Pada 30 Julai, setelah perbicaraan berlangsung, dan disabitkan kesalahan, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai rasul Melayu.

Selain itu, beliau mendakwa bahawa solat 5 waktu tidak diwajibkan, kerana tiada dalil yang disebutkan di dalam al Quran. Bahkan dia dan penganutnya kononnya mengerjakan solat ajaran Nabi Ibrahim AS.

Ajaran beliau ini telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1991 lagi. Tetapi mereka masih bergiat aktif dalam menyebarkan ajaran sesat mereka ini. Beliau mendakwa kepada penganutnya bahawa mereka yang mengikut ajarannya dijanjikan syurga, dan menerima syafaat daripadanya.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

10 January 2010

Periksa.. oh periksa

Sudah berhari-hari artikel saya hanya berputar di sekitar kajian ilmiah. Macam dah tak biasa tulis artikel santai. Entah kenapa..

Dalam musim peperiksaan ini, banyak “benda” yang saya dapat.. Alhamdulillah, semuanya perancangan Allah. Ada susah, ada senang..

7 Januari lalu, Us Helmi Aris bagi kuliah motivasi kat rumah Perak. Beliau lah yang paling banyak mengajar saya waktu dulu-dulu. Alhamdulillah, sampai hari ini, saya dapat memahami mantik, tauhid, tasawwuf dan sebagainya melalui pengajian bersamanya dulu.

Kali ini, saya pula perlu menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepada adik-adik.. Kalau dulu, Us Rahim Kelantan pernah bagitau saya, dia pernah mengajar dalam satu-satu masa itu, 14 subjek.. Banyak betul. Campur dengan subjek yang dia periksa.. Pergh.. lagi banyak..

Fasa ini, setelah dikira-kira, saya telah diminta mengajar subjek-subjek berikut, Falsafah Tahun 2 Usuluddin Kaherah Ikhwah, Falsafah Tahun 2 Usuluddin Kaherah Akhawat, Falsafah Tahun 2 Usuluddin Iskandariah Akhawat, Falsafah Tahun 2 Usuluddin Zagazig Ikhwah, Tauhid tahun 4 Iskandariah Akhawat, Tauhid tahun 3 Iskandariah Akhawat, Dakhil tahun 3 Iskandariah Akhawat, Tauhid tahun 3 Zagazig Ikhwah, Mantik tahun 1 Kaherah Ikhwah, Mantik moden tahun 3 Kaherah ikhwah, Falsafah eropah tahun 4 Iskandariah Akhawat, Mantik tahun 2 Kaherah Ikhwah…

12 subjek.. belum setanding dengan us Rahim lagi.. Bukanlah nak riak tulis banyak-banyak ni.. Tapi, untuk beri sedikit ilham kepada sahabat-sahabat. Ilham itu ialah, salah satu cara untuk istiqamah dalam ilmu.

Alhamdulillah, saya mempunyai dua cara yang paling saya boleh istiqamah untuk mencari ilmu. Iaitu, dengan menulis buku, dan mengajar. Kalau pi ngaji, payah betul nak istiqamah. Sekejap celup ngan syeikh ni, pastu celup ngan syeikh lain pulak. Syeikh yang benar-benar saya iltizam ialah Dr Sa’id Muhammad Muhammad Ali. Saya yakin, takda orang Malizi yang bersama dengannya. Atau saya yang tidak tahu.

Coretan di sini bertujuan membuka minda kepada sahabat-sahabat supaya memilih satu amalan yang boleh berterusan. Alhamdulillah, dengan menulis buku, saya akan bersungguh untuk bertanya, mengkaji, membaca, berfikir dan sebagainya.

Dengan mengajar juga, hakikatnya saya lebih banyak belajar melalui pengajaran. Banyak juga anak murid yang mengajar saya di dalam pengajian saya. Alhamdulillah. Saya anggap ia sebagai medan untuk berkongsi ilmu, dan mengasah otak.

Saya teringat lagi, Ayah Mertua saya pernah beritahu, “ilmu ni kena asah.. baru tajam…”

Tetapi, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah, melazimi ulama’. Memang rasa kurang pada diri ini kerana payah mendampingi mereka secara istiqamah. Memang saya tabik spring kepada sahabat-sahabat kita yang kuat ngaji. Teruskan dengan usaha tersebut. Saya juga lebih tabik spring kepada mereka yang cemerlang dalam Persatuan, dan dapat pula melazimi ulama’.
Baca seterusnya

09 January 2010

Kaedah Mantik (satu) - “Tidak menyedari bukan bermakna tidak wujud”

“Tidak menyedari bukan bermakna tidak wujud”

عَدَمُ الوِجْدَانِ لاَ يَسْتَلْزِمُ عَدَمُ الوُجُودِ

Hukum yang pertama ini adalah salah satu hukum akal yang sering ditemui pada kebanyakan golongan-golongan pakar. Ramai yang tersalah di dalam memikirkan tentang perkara ini. Oleh itu kaedah ini menjelaskan dengan terang bahawa di manakah kesilapan yang biasa dilakukan tersebut.

Contoh petikan perkataan yang biasa dituturkan yang menyalahi undang-undang ini ialah :

“Aku sudah mencari barang itu, tetapi tidak menemuinya. Ini bermakna ia tiada di tempat tersebut”

“Saya sudah membaca buku ini, tidak terdapat kesalahan di dalam susunan tatabahasa”

Sekiranya difikir dan diteliti daripada kedua-dua petikan ini, adakah kita boleh mengiyakan dengan yakin terdapat kata-kata tersebut? Persoalan yang boleh ditimbulkan di sini ialah :

“Adakah tidak menemui itu bermakna tiada”?

Hari ini ramai yang sudah tersilap di dalam berfikir, yang mana pemikiran mereka banyak melanggar peraturan pemikiran ini. Dengan bangganya golongan yang tersilap ini mendabik dada seolah-olah dialah orang yang paling betul.

Contoh yang biasa kita lihat di sekitar kita, golongan-golongan pakar seperti doktor mengatakan bahawa tiada ubat bagi penyakit HIV. Adakah benar tiada ubatnya? Atau doktor tersebut bermaksud tidak ditemui ubatnya buat masa ini?

Contoh yang lain, golongan ilmuan mengatakan bahawa Imam Bukhari tidak pernah meriwayatkan hadis ini dan ini. Adakah benar Imam Bukhari tidak pernah meriwayatkan hadis tersebut ataupun dia sendiri yang tidak pernah menemui hadis tersebut?

Contoh yang terjadi hari ini, beberapa golongan mendakwa bahawa amalan itu dan ini tiada dalil yang membenarkannya. Adakah benar tiada dalil tentang amalan tersebut, atau orang tersebut masih belum menemui dalilnya? Lebih malang, orang yang mengatakan perkara tersebut, hanya membelek beberapa buah kitab, lalu terus menghukumkan tiada.

Walaubagaimanapun, kaedah ini bukan boleh digunakan di setiap tempat dengan sesuka hati, tetapi ia perlu diamati terlebih dahulu sebelum menggunakan undang-undang ini. Di sini terdapat beberapa contoh yang boleh menjawab balik kaedah ini.

Persoalan Yang Timbul

Kaedah ini mungkin boleh ditolak (tidak sepenuhnya) dengan cara mencari dengan kaedah atau kajian yang terperinci. Contohnya, apabila seseorang tersebut sudah benar-benar membuat kajian yang terperinci lalu mendapati bahawa benda tersebut memang tidak wujud.

Contohnya seseorang menjawab kembali persoalan tadi dengan mengatakan :

“Aku sudah meneliti setiap helaian daripada buku tersebut 500 kali, masih lagi tidak menemuinya”

Dan juga mereka yang mengatakan

“Aku sudah merantau seluruh dunia 80 kali untuk mencari ubatnya, tetapi tidak menemuinya”
Daripada dua contoh di atas, hakikatnya kaedah atau undang-undang pemikiran ini bukanlah tersilap atau terdapat kekurangan tetapi disebabkan kekurangan di dalam memahami tentang kaedah ini.
Sekiranya diperhatikan, pada kaedah,
“Tidak terfikir bukan bermakna tidak wujud”

Oleh itu, fahamilah dengan teliti. Di mana bukan bermakna membawa maksud yang luas dan perinci. Seseorang yang mengatakan bahawa dia sudah mengkaji sebanyak 500 kali sekalipun, kaedah ini tetap menafikannya.

Ini kerana masih lagi terdapat “kemungkinan” yang mengatakan ia wujud. Contohnya, sekiranya dia mengkaji sehingga sejuta kali sekalipun, masih lagi ada kemungkinan (walaupun sedikit) yang mengatakan bahawa ia ada tetapi tidak ditemui.

Contoh Pemikiran Yang Silap

Contoh ini dapat dilihat apabila kepercayaan masyarakat zaman dahulu, dan pemikiran ahli sains yang mengeluarkan teori berdasarkan kajian-kajian terperinci bahawa :

a. Bumi adalah dataran yang rata
b. Matahari, bulan dan planet-planet semuanya mengelilingi bumi
c. Tiada alam ghaib

Ketiga-tiga teori ini hanyalah sedikit sekiranya hendak dibandingkan lagi dengan berjuta-juta pemikiran manusia yang telah tersilap. Tetapi, hari ini terbukti bahawa pemikiran mereka yang berdasarkan kajian yang mendalam dan pemerhatian yang kerap, adalah satu kesilapan.

( Teori Pertama )

Teori pertama yang mengatakan bahawa bumi adalah dataran yang rata. Apa pandangan anda yang hidup hari ini? Sudah pasti anda menafikannya kerana anda sudah pun mengetahui bahawa bumi itu berbentuk sfera.

Tetapi mereka yang mengeluarkan teori tersebut sudah mengkaji dengan teliti, membuat pemerhatian dengan mendalam dan manusia di zaman ini mempercayainya kerana ia adalah hasil kajian yang hampir-hampir tepat (di zaman tersebut).

Adakah benar bumi itu rata, atau pengkaji tersebut tidak menemui gambaran (bukti) yang menunjukkan bumi itu sfera? Sudah pasti anda boleh mengatakan bahawa pengkaji tersebut masih belum melihat gambaran bumi yang sebenar, lalu mengeluarkan teorinya.

( Teori Kedua )

Teori yang kedua juga hari ini dapat dibuktikan kesilapannya. Mana tidaknya, kita mengetahui selepas melihat menggunakan peralatan canggih yang tiada pada zaman tersebut. Tetapi kajian mereka di zaman itu adalah satu kajian yang mendalam dan teliti dengan pelbagai eksperimen dan pemerhatian.

Persoalannya di sini, adakah benar bumi dikelilingi oleh matahari dan bulan? Atau pengkaji tersebut tidak menemui bukti yang mengatakan sebaliknya? Lihatlah apa yang dikemukakan oleh pengkaji tersebut sudah disahkan tersilap kerana kita melihat situasi sebenar hari ini.

( Teori Ketiga )

Teori yang ketiga, ialah menafikan kewujudan alam ghaib. Penafian ini adalah satu perkara tidak logik kerana mereka menafikan perkara yang logik dan membenarkan perkara yang mustahil.

Adakah alam ghaib itu benar-benar tidak wujud, atau pengkaji tersebut tidak menemuinya? Jelas menunjukkan kelemahan kajiannya yang dikatakan beratus-ratus tahun sekalipun. Sampai hari ini masih tiada siapa yang menemui alam ghaib ini, melainkan sedikit sahaja.

Kesimpulan

Oleh itu, elakkan daripada menyebut sesuatu dengan yakin bahawa sesuatu itu tiada sedangkan ia tidak ditemui. Ini kerana berkemungkinan ia ada tetapi tidak ditemui. Tetapi, anda jangan lupa, berkemungkinan juga benda yang dicari itu tiada.

Anda pula janganlah begitu yakin mengatakan perkara itu tiada, sedangkan anda juga tidak menemui bahawa perkara tersebut tiada! Kesimpulannya, kedua-duanya sama sahaja, iaitu kedua-duanya tidak boleh meyakini 100% samada perkara tersebut tiada atau 100% perkara tersebut ada.

Contohnya, anda dengan yakin mengatakan bahawa benda yang dicari di dalam sebuah bilik tidak ditemui. Lalu anda pun mengatakan bahawa,

“Tidak terjumpa bukan bermakna tiada”

Anda sudah tersilap dalam berfikir sekiranya anda meyakini 100% benda tersebut tidak ditemui, bukannya tiada. Apabila anda sendiri pergi melihat bilik tersebut yang kosong tanpa sebarang benda, adakah anda masih lagi boleh mengatakan dengan pasti bahawa anda belum menemuinya?!

Kesimpulannya, kedua-dua adalah bersifat tidak pasti dan tidak boleh diyakini 100%. Maka, penggunaan “tidak bermakna” bermaksud kemungkinan, iaitu kemungkinan tiada dan kemungkinan tidak jumpa. Belajarlah dari kesilapan, elakkan ego dengan sedikit ilmu yang ada.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

08 January 2010

Ciri-ciri Ajaran Sesat, Berhati-hati!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyenaraikan ciri-ciri ajaran sesat dan penjelasannya di dalam buku Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, yang ditulis oleh Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. Di dalamnya juga dimuatkan sebanyak 7 kriteria-kriteria ajaran sesat dan 58 ciri-ciri yang dijelaskan.

Garisan-garisan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura dan dinyatakan di dalam buku, Kriteria-kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994. Antara kriteria-kriterianya ialah :

1. Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wa al Jamaah, seperti mempercayai kitab lain yang mampu menyaingi dan memansuhkan al Quran, mempercayai terdapat kiblat selain dari Kaabah dan seumpamanya.

2. Mempertikai kebenaran al Quran atau Hadith Nabi SAW yang telah diakui keshahihannya oleh ulama’ Hadith.

3. Mana-mana ketua atau ahlinya yang mendakwa dirinya adalah nabi terakhir, Nabi Isa AS, Imam Mahdi yang dinantikan atau seumpamanya.

4. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai sebuah agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada semua manusia.

5. Pendewaan diri, pemimpin atau mana-mana individu dalam kumpulan tersebut, secara bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wa Al Jamaah. Contohnya mendakwa (secara pasti) bahawa diri atau gurunya sebagai ahli Syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain seperti boleh bekahwin lebih daripada empat dan sebagainya.

6. Mengadakan bid’ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang telah ditetapkan dengan dalil Qath’ie yang tidak boleh dipertikaikan. Contohnya menghapuskan kewajipan berjihad, Solat Jumaat, puasa di Bulan Ramadhan, haji di Mekah dan seumpamanya.

7. Mentafsir, menghuraikan al Quran atau Hadith Nabi SAW mengikut sesuka hati.

Laporan Bernama.com bertarikh 20 Januari 2007 menyatakan bahawa sebanyak 102 ajaran sesat telah dibenteras dan 22 lagi masih lagi dalam pantauan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sebelum ini, pada tahun 2006 sebanyak 56 ajaran sesat telah diwartakan secara rasmi.

Selain itu, buku tersebut juga telah menyenaraikan sebanyak 58 ciri-ciri Ajaran Sesat, iaitu :

1. Mempercayai bahawa semua agama adalah sama

2. Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang

3. Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru

4. Guru membuat pengakuan memegang kunci syurga

5. Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang

6. Mempercayai bahawa makhluk-makhluk seperti kayu, batu atau lain-lain, memiliki kuasa mutlak

7. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT

8. Menghalalkan nikah adik beradik

9. Meminta pertolongan terus daripada orang yang telah mati (bukan bertawassul)

10. Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat

11. Mempercayai kebangkitan nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW

12. Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW

13. Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS

14. Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat

15. Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru

16. Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa AS

17. Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru khalifah terkatnya dan menjamin akan mendapat keampunan Allah SWT ke atas dosa pengikutnya

18. Amalan Haji tidak semestinya di Mekah, bahkan di tempat selain daripadanya juga dibolehkan

19. Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat

20. Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib dan mampu menilik nasib seseorang

21. Islam seseorang tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya

22. Semua manusia melihat Allah SWT di dunia ini

23. Ajaran hendaklah dirahsiakan oleh pengikut, dan sekiranya mereka membocorkannya akan ditimpa bala

24. Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu

25. Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi, dan mampu memberi syafaat kepada muridnya

26. Mengaku diri atau gurunya ma’sum (tiada dosa)

27. Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup

28. Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir al arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir

29. Boleh meramal kedatangan Imam Mahdi dan Hari Kiamat

30. Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib (tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi

31. Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan pengikut ajaran tersebut

32. Murid-murid tidak dibenarkan mengahwini janda gurunya

33. Huruf-huruf dalam perkataan tertentu mempunyai lambangnya tersendiri

34. Al Quran mempunyai makna batin, yang berbeza (menyalahi) dengan maknanya yang zahir
35. Islam itu ada zahir dan batinnya. Batinnya ialah isi, setelah sudah memperolehi isinya, kulit tidak lagi berguna

36. Mendakwa dengan melalui tarekatnya, Allah SWT akan menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Adam AS, turun temurun ke dalam badan semua nabi dan seterusnya ke dalam badan-badan imam (syiah) atau guru-guru, berterusan sehingga tidak berakhir

37. Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat Nabi SAW

38. Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu ia perlu bernikah sekali lagi yang dinamakan sebagai nikah batin

39. Ibadah Solat sudah memadai dengan niat semata-mata (lintasan hati)

40. Penyerahan rohani/jasmani kepada guru melalui nikah secara batin

41. Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, isteri, anak dan harta benda kepada gurunya

42. Amalan seperti zikir mampu menangguhkan tarikh Hari Kiamat

43. Sesiapa yang mengikut tarekatnya sahaja dibolehkan masuk ke Syurga

44. Mempercayai bahawa bacaan seseorang guru itu kepada sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain-lain berkuasa memberi kesan baik atau buruk

45. Mempercayai bahawa dirinya selaku guru dan anak muridnya sahaja yang layak mendapat pertolongan Allah SWT (ma’unah)

46. Gurunya mampu memberikan kuasa yang luar biasa kepada pengikut-pengikunya

47. Mengaku dan mempercayai seseorang tu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad SAW yang berada di dalam dirinya

48. Guru mendakwa bahawa tugas-tugas para Rasul diamanahkan kepadanya

49. Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan kepada satu-satu hajat yang bukan dari ajaran Islam

50. Sebelum pergi menunaikan haji ke Mekah, dikehendaki bersuluk terlebih dahulu di Panca Budi di Medan atau memadai di Medan sahaja

51. Mendakwa sebagai wali sedangkan bergelumang dengan maksiat

52. Murid-muridnya tidak dibenarkan mengahwini mana-mana wanita yang diminati oleh gurunya

53. Meninggalkan Solat Jumaat kerana bersuluk

54. Mengagung-agungkan Yahudi dan keturunannya sebagai kerabat dan perlu dicontohi

55. Murid-murid dilarang berbincang sesama mereka jika terdapat kemusykilan, tetapi hendaklah dirujuk kepada guru

56. Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah SAW dalam keadaan berjaga yang bertentangan dengan syara’

57. Mengikut secara membuta tuli ajaran gurunya, walaupun gurunya melakukan kesalahan dan dosa

58. Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki melalui ujian yang dijalankan oleh gurunya di dalam sebuah bilik khas dan bersumpah tidak akan membocorkan apa yang terjadi di dalam bilik tersebut

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal