sumber : PMRAM.org
Kaherah, Mesir – Majlis Syura Al-Azhar akhirnya mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu (12/08/2010) mengenai seruan dari sebuah gereja di Florida AS yang akan menjadikan tarikh 11 September sebagai “Hari untuk Membakar Al-Quran’’. Dalam kenyataan itu, Al-Azhar melihat seruan itu sebagai seruan yang menimbulkan kontroversi dalam dunia masyarakat Islam, Amerika dan negara-negara Arab.
Majlis Syura Al-Azhar mengutuk sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida itu dan mengatakan seruan itu adalah berpunca dari ketidakfahaman mengenai Islam dan nilai-nilainya kerana kecetekan ilmu, penghinaan terhadap agama lain dan sikap tidak berlapang dada.
Sheikhul Azhar, Dr. Ahmad Al-Tayyib dalam kenyataannya mengatakan, “Al-Quran akan tetap dipertahankan selama berabad-abad lamanya hingga Hari Kiamat,” seperti yang dilaporkan akhbar Al-Ahram Mesir.
Jurucakap Al-Azhar, Muhammad Al-Thahtawi menambah dalam kenyataannya bahawa Sheikhul Azhar, Dr. Ahmad Al-Tayyib telah menerima pernyataan rasmi dari semua gereja Kristian di Mesir yang menyatakan bantahan dan kecaman mereka ke atas seruan tersebut.
Julai lalu, paderi gereja Dove World Outreach Center, Sir Pastor Terry Jones telah mengaturkan rancangan untuk mewujudkan “Hari Membakar Al-Quran Sedunia” sempena memperingati tragedi 11 September 2001 yang berlaku di New York World Trade Center. “Ini adalah serangan balas kami terhadap kekejaman Islam dengan membakar Al-Quran diseluruh dunia pada bulan September,” katanya.
1 comments:
Belum tentu lagi Islam yg buat WTC runtuh.
Lagipun,kita ade ke hina salib/bible?
Post a Comment