22 March 2011

Amerika, Perancis, England Menyerang Negara Libya


TRIPOLI: Tentera Eropah dan Amerika Syarikat melancarkan serangan peluru berpandu dari pesawat pejuang dan kapal selam terhadap tentera Libya, awal pagi semalam (waktu tempatan). Televisyen Libya melaporkan, 48 orang terbunuh dan 150 cedera akibat serangan itu.


KUALA LUMPUR: Tindakan serangan udara ke atas Libya oleh Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) akan menimbulkan banyak persoalan daripada pelbagai pihak dan mereka perlu memberi penjelasan motif sebenar serangan ke atas negara pimpinan Muammar Gaddafi.

Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, serangan itu memang sudah diramalkan beberapa pihak dan beberapa negara Arab juga turut menyokongnya susulan daripada kebangkitan rakyat terhadap kepemimpinan Gaddafi sebelum ini.

“Namun, timbul beberapa soalan iaitu sekiranya serangan dilakukan bertujuan menyelamatkan dan melindungi orang awam daripada krisis yang melanda negara itu, tapi apa yang jelas orang awam tetap akan menjadi mangsa.

“Persoalannya, adakah tindakan ketenteraan ini akan hapuskan rejim Gaddafi, saya yakin kita belum pasti akan perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pagi semalam, kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya.

Menurut laporan Associated Press (AP), dalam serangan itu, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya.

Dr Chandra berkata, serangan itu menunjukkan sikap berat sebelah Barat terhadap Libya berkemungkinan negara itu bukan negara sekutunya berbeza semasa serangan ketenteraan di Bahrain, tiada tindakan daripada Barat mungkin disebabkan negara itu menjadi pangkalan tentera AS.

“Malah, ketika serangan ke atas Gaza pada Januari 2009, mengapa tidak fikir mahu selamatkan rakyat Palestin jika benar matlamat mereka mahu menyelamatkan dan melindungi orang awam. Jelas sekali, rakyat Palestin juga turut menjadi mangsa ketidakadilan kuasa besar itu.

“Justeru, tidak mustahil akan timbul tanda tanya mungkin serangan ke atas Libya itu bukan mahu selamatkan mana-mana pihak tapi hanya agenda tersembunyi kerana Libya antara negara paling kaya dengan hasil minyak dan gas,” katanya

Baca seterusnya

21 March 2011

"Cantiknya Bulan Ketika Purnama" - Politik Jugak Ke?

Gambar di bawah telah saya copy daripada Web Akhbar Utusan bertarikh 21 Mac. Gambar ni macam biasa saya tengok.. Di mana agaknya?.. Cantikkan..



KELIHATAN bulan diliputi sedikit awan ketika fenomena, Super Moon, yang berlaku 20 tahun sekali apabila bulan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit iaitu pada jarak 356,577km berbanding jarak purata iaitu 384,403km. Gambar dirakam di Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak, 19 Mac. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM
Baca seterusnya

Ancak : Ulasan Kenyataan Mufti Perak


1. Pengertian

Di dalam membahaskan tentang tajuk ancak, terdapat 3 khurafat di dalam masyarakat Melayu yang hampir sama, yang perlu dihuraikan di sini. Ketiga-tiga perkara ini bercanggah dengan syara’ disebabkan beberapa unsur yang akan dibentangkan selepas ini, insya Allah.

Pertama: Ancak

Ancak dibuat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.

Ancak juga di gunakan sebagai "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf)

Kedua: Sangkak

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah diproses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai "jamu" bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan mengganggu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.

Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat disukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut. Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya.

Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf)

Ketiga: Tiang Seri

Antara syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi, emas, perak atau tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Tok Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada diganggu oleh Jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu Jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf)

Kesimpulan

Ancak, sangkak dan tiang seri adalah antara alat yang digunakan untuk satu upacara. Apa yang akan saya bahaskan di sini ialah “ancak dari perspektif upacara”. Peralatan itu sendiri tidak diharamkan, sebaliknya apa yang diharamkan ialah penyalagunaan alatan-alatan itu. Insya Allah perbahasannya selepas ini.

2. Hukum Berkaitan Ancak

Berdasarkan maksud yang saya bentangkan di atas, ancak diharamkan disebabkan beberapa perkara, antaranya ialah :

- Haram disebabkan “jamu” untuk jin yang dikatakan menjaga kampung
- Haram disebabkan meminta bantuan jin dalam perkara yang menyalahi syara’
- Haram disebabkan upacara yang menyalahi syara’, seperti upacara pemujaan dan lain-lain

Ancak bukanlah diharamkan disebabkan peralatan yang digunakan, sebaliknya upacara tersebut. Ia menjadi haram atau dikatakan khurafat disebabkan menjamu jin yang dikatakan menjaga kampung, atau menjaga rumah yang didirikan tersebut. Dan hukum meminta bantuan jin.

Di dalam Sinar Harian bertarikh 18 Mac, Tan Sri Mufti Negeri Perak hanya mengemukakan hujah menyatakan perkara tersebut tidak haram disebabkan alatan-alatan yang dikemukakan berdasarkan rujukan Kitab Tajul Muluk, yang akan saya ulas selepas ini, insya Allah.

Maka, ancak tidak dikatakan haram sekiranya tiada unsur menjamu jin yang kononnya menjaga rumah yang tiang serinya didirikan melulai upacara ini. Ia juga diharamkan disebabkan meminta bantuan jin, di dalam urusan yang menyalahi syara’.

Bahkan, apa yang dikatakan haram ialah upacara itu sendiri. Iaitu upacara pemujaan, walaupun menggunakan peralatan yang berbeza. Contohnya pemujaan Black Metal zaman ini tidak menggunakan pulut kuning, daun pisang dan lain-lain. Tetapi tetap haram kerana terdapat unsur pemujaan.

Maka, pengharaman sesuatu upacara tersebut bukanlah disebabkan peralatan yang digunakan, sebaliknya upacara itu sendiri yang mengandungi unsur-unsur kepercayaan (akidah) yang songsang. Antaranya:

- Mempercayai kekuatan jin atau makhluk halus untuk menjaga
- Meminta bantuan selain daripada Allah kepada makhluk halus
- Mempercayai alatan-alatan yang digunakan boleh memberi kuasa, contoh beras kuning yang dikatakan boleh memberi semangat

(Sila rujuk Haji Abdul Hamid@Yusoff bin Yunus, Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Perkara ini juga telah dihuraikan di dalam web JAKIM tentang Ciri-ciri Khurafat dan Tahyul:

(c) Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.

(d) Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada ‘makhluk halus’ bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam

(e) Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.

(http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garisan_panduan_bercetak_2.pdf)

3. Ulasan Kenyataan Mufti Perak

Apa yang ingin saya ulas di sini ialah tentang sikap Tan Sri Mufti Perak. Sebagai seorang mufti, beliau perlu berdisiplin sebagai seorang mufti. Antaranya yang boleh dipertikaikan ialah:

Pertama: Sumber Yang Diragui

Seorang mufti perlulah mengemukakan sumber rujukan yang tepat, bukanlah sumber-sumber yang bersifat “lemah” untuk dijadikan hujah. Antara rujukan yang dikemukakan oleh beliau ialah Kitab Tajul Muluk dan Kamus Dewan untuk mendefinisikan Ancak dan mengemukakan bahawa ia bukanlah Ancak.

Dalam masa yang sama, Kitab Tajul Muluk telah diharamkan oleh JAKIM sejak 2007 lagi. (sila rujuk http://www.islam.gov.my/ppi/BhnHaram/bm/T.pdf). Bagaimanakah seorang mufti boleh menggunakan kitab yang telah diharamkan oleh JAKIM untuk mengeluarkan fatwa?

Selain itu, beliau juga tidak boleh berpegang dengan pengakuan si pelaku semata-mata, kerana berkemungkinan orang yang melakukan upacara tersebut (Menteri Besar) menyeleweng daripada apa yang terjadi. Antara skop kajian seorang mufti antaranya seperti video, saksi orang ramai (yang boleh dipercayai) dan sebagainya.

Video tersebut hendaklah rakaman yang boleh dipercayai, atau diakui sah. Sekiranya terdapat manipulasi di dalam video tersebut, ia tidak boleh diterima pakai sebagai bahan bukti.

Kedua: Hujah Tidak Kukuh

Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, adakah ancak itu hanya berdasarkan alatan yang digunakan sahaja? Beliau hanya menyatakan di dalam akhbar Sinar Harian bahawa ia bukanlah ancak. Tetapi adakah ia bermakna apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir itu adalah upacara yang tidak berlanggar dengan syara’?

Sebab itulah di permulaan penulisan ini, saya telah mengemukakan maksud ancak, dan amalan-amalan khurafat yang hampir sama maksudnya dengan ancak. Ia bertujuan supaya kita mengetahui bahawa sesuatu perbuatan tersebut bukanlah berdasarkan pada namanya, tetapi dikira berdasarkan apa yang terkandung di dalamnya.

Beliau menyatakan: Dalam upacara Menteri Besar, jelas menunjukkan tiada peralatan atau perbuatan yang membuktikan ia adalah upacara ancak.

Ancak yang kita bincangkan di sini bukanlah pada namanya atau peralatan yang digunakannya semata-mata. Sebaliknya berdasar upacara tersebut. Ancak yang dimaksudkan di sini adalah nama sebuah upacara, bukanlah nama peralatan yang digunakan.

Maka, Tan Sri Mufti hendaklah merujuk kepada rujukan yang lebih tepat, contohnya di dalam kitab Usul 20 karangan Imam Hassan al Banna yang ada menyatakan bahawa “sesuatu itu dihukumkan berdasarkan isi kandungannya, bukan berdasarkan namanya” Perkara ini akan dihuraikan selepas ini, insya Allah.

Di dalam akhbar tersebut, Tan Sri Mufti hanya menyatakan bahawa perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan syara’. Kemudian beliau mengulas tentang maksud ancak, dan menafikan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry sebagai upacara ancak. Saya tidak nampak sebarang hujah yang menjadi sandaran beliau untuk “membolehkan” perbuatan tersebut.

Ketiga: Berubah Pendirian

Seorang mufti juga perlu bersifat tegas dalam mengeluarkan fatwa. Tidak sepatutnya bagi seorang mufti mengeluarkan fatwa pada hari ini, kemudian pada esoknya dia berubah pandangan, sedangkan perbuatan haram yang sama juga dilakukan.

Sebelum ini, beliau pernah menyatakan bahawa ancak itu haram, tetapi pada hari ini beliau telah mengubah pandangan menyatakan bahawa itu bukanlah ancak. Perlu diingat, walaupun ia bukan ancak sekalipun, ia tetap haram sekiranya terdapat unsur-unsur khurafat sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Di dalam kitab Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti karangan Imam Nawawi RA telah menyenaraikan banyak sikap seorang mufti yang perlu. Antaranya ialah bersikap tegas terhadap fatwa yang dikeluarkan.

(Sila rujuk Imam Nawawi, Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti, Saa’id.net, hal. 13)

Sebelum seorang mufti mengeluarkan fatwanya, beliau perlu mengkaji sedalam-dalamnya terhadap apa yang dilakukan oleh Dato’ Seri Zambry tersebut.

Imam Nawawi menukilkan kalam Abu Amru bin as Solah di dalam kitab tersebut :

وينبغي أن يكون كالراوي في أنه لا يؤثر فيه قرابة وعداوة،‏ وجرّ نفع ودفع ضر،‏ لأن المفتي في حكم مخبرٌ عن الشرع بما لا اختصاص له بشخص

Sepatutnya bagi seorang mufti itu, seperti perawi hadis. Iaitu, dia tidak terpengaruh disebabkan kaum kerabat, dan musuh. Juga tidak terkesan dengan sebarang pemberian atau ancaman bahaya. Ini kerana mufti pada hukumnya, merupakan penyampai berita tentang syara’, yang tiada pengkhususan kepada seseorang individu.

(Imam Nawawi, Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti, Saa’id.net, hal. 5)

Sebagaimana yang telah saya sebutkan, beliau tidak boleh berpegang dengan pengakuan si pelaku semata-mata, kerana berkemungkinan orang yang melakukan upacara tersebut (Menteri Besar) menyeleweng daripada apa yang terjadi. Antara skop kajian seorang mufti antaranya seperti video, saksi orang ramai (yang boleh dipercayai) dan sebagainya sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini.

4. Ulasan Tentang Apa Yang Dilakukan Oleh Datuk Seri Zambry

Berdasarkan video yang telah disiarkan oleh Perak Today, saya dapat menyimpulkan bahawa upacara tersebut adalah di antara khurafat masyarakat Melayu, berdasarkan beberapa sebab yang jelas. Saya tidak akan menyentuh unsur-unsur yang tidak jelas, yang akan saya ulas selepas ini. Insya Allah.

Antara perjalanan upacara tersebut ialah, terdapat pembacaan doa sebelum upacara. Kemudian sesuatu yang berwarna putih (mungkin tepung) ditaburkan pada tapak tiang, dan seterusnya proses renjisan dengan menggunakan sejenis daun (tidak dikenal pasti) ke tempat meletakkan tiang di tengah-tengah tapak rumah. Setelah itu, tiang tersebut diletakkan di tempat renjisan tersebut, dan dinaikkan. Akhir sekali, tiang tersebut diikat dengan kain merah dan diselitkan daun yang digunakan untuk merenjis tadi, pada kain tersebut.

(http://www.youtube.com/watch?v=4AzHKLhnNrQ)

Apa yang boleh dilihat di sini ialah, satu upacara yang tidak boleh dianggap sebagai “majlis perasmian” yang biasa dilakukan. Jelas, ia merupakan satu upacara yang dikatakan sebagai adat yang songsang kerana apa yang dilakukannya boleh menimbulkan persoalan, antaranya :

1. Kenapa air direnjiskan ke lubang tiang tersebut?
2. Kenapa diikat kain merah pada tiang tersebut setelah didirikan?
3. Kenapa ditaburkan tepung pada tapak untuk dipasakkan tiang?
4. Kenapa ia daun yang digunakan untuk merenjis, diikat bersama kain merah pada tiang?
5. Dan sebagainya

Apa yang dilakukan ini jelas terdapat unsur pengamalan adat-adat Melayu yang songsang, antaranya seperti:

1. Upacara mendirikan rumah baru
2. Upacara menurunkan perahu/kapal yang baru ke laut
3. Kenduri tolak bala
4. Upacara persandingan
5. Upacara lenggang perut
6. dan lain-lain

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf. hal 36-38)

Setiap upacara yang dilakukan di atas, terdapat kaedah-kaedahnya yang tersendiri. Dan ada kaedah yang berbeza berdasarkan perbezaan tok bomoh yang melakukannya.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk melakukan upacara tersebut, sebaliknya hanya membantu untuk menaikkan tiang sahaja. Apa yang ingin saya ulas di sini ialah:

1. Berkemungkinan beliau jahil tentang upacara-upacara yang bercanggah dengan syara’, lalu menyertainya. Hukumnya tetap haram, walaupun seseorang itu jahil tentangnya. Apabila sudah mengetahui pengharamannya, seseorang itu wajib bertaubat.

2. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram (al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 33)

3. Kejahilan dan taqlid buta menjadi unsur utama berlakunya amalan-amalan sesat dan khurafat.

5. Hujah Pengharaman

Berdasarkan kenyataan Tan Sri Mufti dan Dato’ Seri Menteri Besar, ingin saya kemukakan beberapa hujah yang mengharamkan perbuatan tersebut, seterusnya memperbetulkan kenyataan Tan Sri Mufti.

Pertama: Haram Pada Upacara Bukan Pada Alat

Pengharaman sesuatu amalan, bukanlah disebabkan peralatan yang digunakan semata-mata. Sebaliknya ia haram disebabkan upacara sesat yang dilakukan. Perkara ini telah disebutkan oleh Dr Ali Jum’ah, Mufti Mesir di dalam kitab beliau al Bayan Lima Yashgahul Azhan Siri Pertama ketika mengulas penyalahgunaan media elektronik.

Beliau menyatakan bahawa media elektronik tidaklah diharamkan, sebaliknya apa yang diharamkan adalah penyalahgunaan barang tersebut. (sila rujuk Syeikh Ali Juma’ah, al Bayan Lima Yashgahul Azhan, Siri Pertama, Maktabah al Wabil As Soyyid, hal. 254)

Az Zaila’ie menyatakan di dalam kitab Tabyinul Haqa’iq menyebut tentang haiwan yang disalahgunakan seperti ayam yang digunakan untuk bersabung, dan sebagainya bukanlah haram pada binatang tersebut, sebaliknya diharamkan pada perbuatan itu.

Lalu beliau berkata: Ini kerana, bukanlah disebabkan objek (binatang) itu yang dikatakan sebagai satu kemungkaran, akan tetapi kemungkaran itu disebabkan penyalahgunaannya.

(az Zaila’ie, Uthman bin Ali, Tabyinul Haqa’iq, cet Darul Kitab Islami, Kaherah, jilid 3, hal. 296/297)

Syeikh Yusof al Qaradhawi menyatakan di dalam qaradawi.net :

العبرة بالمسميات والمضامين، لا بالأسماء والعناوين

Sesuatu perkara itu dikira berdasarkan ciri-ciri dan isi kandungnya, bukan pada namanya dan tajuknya.

(http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4464&version=1&template_id=254&parent_id=1)

Sepertimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, walaupun alat yang digunakan berbeza, tetapi apabila upacara tersebut adalah upacara pemujaan misalnya, maka ia tetap haram. Haramnya upacara tersebut disebabkan pemujaan tersebut, bukannya diharamkan disebabkan peralatan yang digunakan semata-mata.

Kedua: Haram Disebabkan Terdapat Unsur Khurafat

Di dalam rakaman video Perak Today, jelas menampakkan terdapat beberapa unsur khurafat. Antara bentuk-bentuk khurafat yang telah disiarkan di dalam web rasmi JAKIM seperti berikut :

(a) Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.

(b) Kepercayaan kepada nasib sial majal, seperti adat membuang sial.

(c) Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat memuja kampung.

(d) Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat

memuja semangat padi.

(e) Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menanguhkan perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap sebagai isyarat benda tidak baik akan berlaku.

(f) Percaya kepara ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

(g) Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur

(http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garisan_panduan_bercetak_2.pdf)

Sebab itulah sebelum ini saya menyatakan bahawa sesuatu perkara itu bukan dikira pada namanya, tetapi ia dikira berdasarkan ciri-ciri, bentuk-bentuk dan sebagainya. Maka, saya tidak ingin mengulas panjang tentang peralatan yang digunakan, ataupun nama upacara tersebut.

Sebaliknya saya mengetengahkan bentuk-bentuk upacara tersebut, yang menjadi hujah pengharamannya.

Setiap item yang telah disenaraikan oleh JAKIM di atas, terdapat dalil-dalil yang disandarkan kepadanya. Namun, tidak perlu untuk dipanjang lebarkan perbahasannya di sini.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah, unsur-unsur khurafat di dalam upacara yang dihadiri oleh Dato’ Seri Zambry ialah seperti menabur tepung di tapak tiang, merenjis air ke dalam lubang tersebut, menggunakan daun tertentu untuk merenjis, kain merah diikat pada tiang yang dipasakkan di tengah-tengah tapak rumah dan diikat bersama daun tadi.

Persoalan saya, kenapa menggunakan peralatan seperti itu? Dan kenapa upacaranya sebegitu? Seperti biasa kita menyaksikan gimik Majlis Perasmian dengan memotong reben, tandatangan pada plak, peletakan batu asas dan lain-lain.

Kita tidak melihat gimik perasmian kali ini seperti itu, sebaliknya ia diadakan seperti satu upacara yang tidak dilakukan di mana-mana majlis rasmi. Maka, jelas di sini unsur-unsur khurafat yang diharamkan, turut ada di dalam upacara yang dilakukan oleh Dato’ Seri Zambry.

Ketiga: Haram berdasarkan kaedah fiqh

Sebelum ini, saya telah menyenaraikan beberapa persoalan yang berkaitan dengan upacara tersebut. Kali ini, suka untuk saya kemukakan beberapa keraguan terhadapnya.

Sebelum itu, suka untuk saya nyatakan di sini bahawa, ada sesetengah adat Melayu yang nampak seperti amalan karut, tetapi hakikatnya ia tidak bercanggah dengan syara’ kerana khasiat-khasiatnya yang tertentu. Contohnya seperti amalan berzanji, gunting rambut bayi, kemudian kepala bayi disapu dengan bedak sejuk.

Upacara yang dilakukan oleh Dato’ Seri Zambry boleh dibahagikan kepada tiga hukum:

1. Harus

2. Makruh

3. Haram

Tidak mungkin upacara tersebut satu perkara yang wajib, kerana tiada dalil yang mewajibkannya. Juga tidak boleh dikatakan sunat, kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya.

Adakah hukumnya harus? Atau Makruh? Atau Haram?

Upacara tersebut hukumnya harus, sekiranya menepati syarat-syarat berikut:

1. Tiada unsur-unsur pemujaan

2. Tiada unsur-unsur kepercayaan karut terhadap sesuatu benda, seperti pokok, kayu, batu dan lain-lain

3. Tiada unsur-unsur jampi serapah yang karut

4. Dan sebagainya.

Hukumnya makruh sekiranya terdapat unsur-unsur pembaziran, tidak terdapat unsur-unsur haram dan sebagainya. Manakala upacara tersebut boleh dikatakan haram sekiranya:

1. Terdapat unsur-unsur pemujaan

2. Terdapat unsur-unsur kepercayaan karut.

3. Terdapat unsur-unsur jampi serapah, bomoh, pantang larang dan lain-lain

4. Dan sebagainya.

Maka, setelah diteliti, video tersebut mendedahkan bahawa di dalam upacara tersebut terdapat unsur-unsur kepercayaan karut, seperti mengikat kain merah bersama daun yang direnjis pada tiang yang dipasak di tengah-tengah rumah, ditaburkan tepung pada tapak tiang dan lain-lain. Kenapa daun tersebut diikat pada tiang tersebut? Apa perlunya gimik sedemikian? Dan apa perlunya menaburkan tepung?

Antara amalan sesat masyarakat Melayu dahulu, mereka menggantung buah kepala di tiang seri rumah bagi mengelakkan gangguan jin (sila lihat bab pertama). Ada juga yang mengamalkan amalan menepung tawar, kononnya boleh memberi keamanan kepada rumah tersebut. Kepercayaan seperti inilah yang dikatakan bercanggah dengan syara’ sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Maka, sebab itulah saya menyatakan bahawa upacara seperti itu adalah diharamkan kerana ia tidak boleh dikatakan harus atau makruh, sebaliknya haram.

(Sila lihat huraian kaedah ini secara ringkas di dalam kitab Husnud Darki Wat Tafahhumi Li Mas’alatit Tarki karangan Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari)

Dr Yusof al Qaradhawi menukilkan pendapat seorang ulama’ di dalam al Halal Wal Haram Fil Islam

Manakala adat istiadat berdasarkan apa yang ditetapkan oleh menusia (tidak seperti ibadat) mengikut keperluan dalam kehidupan mereka. Maka, hukum asalnya ialah tidak diharamkan, maka anda tidak perlu menjauhinya (adat) melainkan apa yang telah Allah SWT larang

(al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 22)

Maka, asal hukum pelaksanaan sesuatu adat istiadat adalah diharuskan, melainkan sekiranya terdapat di dalamnya unsur-unsur yang diharamkan oleh Allah. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang haram di dalam adat istiadat tersebut, maka hukumnya turut haram.

Beliau menyatakan lagi:

Dan tidak diharamkan sesuatu adat, melainkan apa yang diharamkan oleh Allah

(al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 23)

WaLlahua’lam.

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Baca seterusnya

Gambar : Mumia Wanita Berusia 700 Tahun











Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Coba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bagian Timur baru-baru ini.

Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh.

Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.

Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.

Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari ujung rambut hingga ujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.

Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'.

Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. Wallahua’lam

Baca seterusnya

20 March 2011

Ada Orang Kata Akad Nikah Di Masjid Menyimpang Dari Ajaran Nabi.. Kenapa?

Di bawah ini adalah artikel yang telah saya copy dari Malaysiakini (link).. Baca dan teliti.. tetapi jangan terpengaruh.

Ahmad Jusof: Akad nikah di masjid menyimpang dari amalan Nabi

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama

Buat masa ini, saya belum berkesempatan untuk mengulas panjang tentang perkara ini. Insya Allah, sekiranya diberi kesempatan, saya akan mengulasnya. Sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mengulasnya, silakan.

Mungkin beberapa persoalan yang ingin saya kemukakan terlebih dahulu :

1. Apa maksud menyimpang? Adakah ia bermaksud "sesat"? Bercanggah? Haram?

2. Larangan daripada Nabi SAW itu adakah disebabkan akad di masjid, atau larangan meniru perbuatan orang Yahudi? Atau Baginda SAW ada menyatakan maksud yang lain? Sila nyatakan hadis ini dengan jelas

3. Kenapakah akad di Masjid diharamkan? Sila nyatakan sebab pengharaman, samada disebabkan peniruan terhadap golongan Yahudi? Atau haram disebabkan mengganggu orang lain mendirikan solat? Atau?
Baca seterusnya

Forum Dan Kursus Penyembelihan Di Sungai Petani

Terlupa nak masukkan dalam blog.. 25 Februari lalu, saya telah dijemput untuk menyampaikan Forum yang bertajuk Malaysia VS Mesir di UiTM Sungai Petani. Keesokan paginya, saya sekali lagi diminta untuk mengisi, iaitu Kursus Penyembelihan.

Setelah selesai pembentangan secara teori, bermulalah pembentangan secara praktikal bersama Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN)..

Praktikal penyembelihan dirasmikan oleh saya..

Setelah selesai praktikal penyembelihan, duduk berehat bersama Presiden IMAN

Proses mencabut bulu ayam beramai-ramai

Alhamdulillah, ayam yang disembelih, akhirnya siap dimasak..untuk makan tengahari.
Baca seterusnya

18 March 2011

Apa Komen Anda Tentang Gambar Ini Pula?



Apa komen anda tentang gambar ini? Agak kurang minat untuk mengulas panjang,.. erm.. Ada tak kemungkinan gambar ini dimanipulasi? Atau? Kadangkala perlu berfikir panjang sebelum menentukan pemimpin kita..
Baca seterusnya

Presiden MCA Mencarut.. Kesal



PETALING JAYA, Mar 4: MCA president Chua Soi Lek, who was caught in early 2008 with his pants literally down (or absent), has done it again.

This time, however, he was not caught on any hidden camera indulging in a lewd act with a woman who he would later confess was not his wife but a 'female companion'.

Chua, whose intense campaign to help Barisan Nasional in the Tenang by-election last January failed to woo back Chinese support for the coalition, had also been busy spewing thinly-disguised four-letter words on his critics.

His long list of victims however clearly cut through across his original targets' genealogical lines, verbally devouring in the process their wives, parents and siblings.

These screenshots (right) can be mistaken for some teenage cyber-shouts on the micro-blogging site Twitter, but the source is none other than the former Health minister who made a political comeback to lead the second largest component party in Barisan Nasional.

It is not clear what prompted the 64-year old politician to indulge in an orgy of name calling on Twitter, although it is widely known that Chua had been a target of sexually-oriented jokes on the cyberspace ever since his sex video was widely publicised.

Chua's tweets can be viewed through these links:

http://twitter.com/#!/drchuaSL/status/37545606381703168
http://twitter.com/#!/drchuaSL/status/40259919034843136
http://twitter.com/#!/drchuaSL/status/25195467897835520
http://twitter.com/#!/drchuaSL/status/41152485292904448
http://twitter.com/#!/drchuaSL/status/43302573842776064
http://twitter.com/#!/drchuaSL/status/43295175069536256
http://twitter.com/#!/drchuaSL/status/33450175531843585
Baca seterusnya

14 March 2011

Perli Pelajar Mesir Melalui Kartun, Apa Komen Anda?



Apa komen anda tentang kartun ini? Saya dapat agak, ia seolah-olah suara hati seseorang yang menyimpan sesuatu "perasaan". Akhirnya diluahkan melalui lukisan kartun..
Baca seterusnya

Berlakon Sebagai Ustaz.. Betulkah Dakwah Mereka?

"You nak pakai tudung, pakailah.. saya tak nak pakai ikut suka I la.. ni rambut I.. U sebok apa.. "

Inilah antara ayat yang biasa didengari bagi seorang pendakwah.

Lalu tersiarlah di dalam filem-filem hari ini berkaitan dengan beberapa individu yang bergelar "ustaz", mula melakukan bermacam-macam cara dakwah yang paling "berhikmah"..

Kebiasaannya ustaz-ustaz yang dilakonkan ini adalah lepasan al Azhar.. Oh..

Ramai yang menimbulkan persoalan.. inikah cara dakwah yang paling efisyen? Inikah seni dakwah yang paling berhikmah? Inikah.. inikah..

Apabila melakonkan sebagai seorang lepasan al Azhar, pastinya menampilkan satu pembawaan yang cukup halus.. Oh.. Adakah itu cara al Azhar berdakwah?

Satu perkara yang ingin saya ingatkan kepada penerbit-penerbit filem-filem seperti ini, jangan jadikan filem anda sebagai medan untuk mensekularisasikan pemikiran penonton..

Tak salah kalian menyiarkan filem-filem tersebut... cuma, cuba kaitkan dengan cara dakwah yang sebetulnya.. Dakwah bukan hanya dengan seni. Tetapi ia ada strategi. Seni tanpa strategi tak guna, begitu juga sebaliknya.

Apabila saya menonton filem-filem ini, saya hanya mendapati seni-seninya terlalu banyak.. Tahniah.. Cuma, strateginya cukup haprak.

Antara strategi haprak tersebut ialah berdakwah dengan hanya seorang diri.. tanpa melibatkan diri dengan gerakan Islam. Hanya ingin mengislah masyarakat dengan tangan sendiri, secara seorang diri.

Boleh saya kaitkan, dakwah yang kalian tonjolkan itu sudah kemas seni-seninya, tetapi strateginya hanya menjadikan seseorang itu ingin berdakwah seorang diri.. Kemudian tidak mengambil tahu usaha-usaha untuk membina fikrah dan gerakan.

Ingat, dakwah Nabi SAW juga penuh dengan seni dan strategi. Kadangkala seni dakwah Nabi SAW dengan cara berlembut, kadangkala bertegas, kadangkala berkeras.. Manakala strategi dakwahnya pula ialah bermula dengan individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, membebaskan tanahair, pembentukan negara Islam, pengembalian sistem khilafah dan akhir sekali menakluk dunia (ustaziatul alam)

Ingat, Islam itu tidak akan tertegak dengan tangan "seorang". Sebaliknya Islam akan tertegak di atas nama "jemaah", yang hidup sebagai sebuah gerakan Islam.

Sebab itulah sekali lagi saya ingatkan, jangan mensekularisasikan pemikiran penonton dengan filem-filem tersebut. Bukan tuduhan, sebaliknya harapan.

Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

08 March 2011

Maksiat Dibolehkan Dalam 3 Keadaan..?

"Apa salahnya aku buat maksiat.. apa salahnya aku berzina.. apa salahnya aku minum arak.. " Kata seorang hamba Allah yang lupa dirinya adalah seorang hamba..

Dia berkata lagi "Aku bukan minum arak guna duit hang pun.. Aku bukannya berzina kat rumah hang.."

Berhadapan dengan seorang perempuan seperti ini memang cukup menyentuh hati. Apatah lagi apabila berhadapan dengan lelaki, yang tidak kurang pedas lidahnya.

"Beginilah.. " Saya memulakan bicara dengan nada yang paling lembut.

"Kalau adik rasa nak berzina atau minum arak.. boleh.. memang tak salah.. Tapi dengan 3 syarat" Sambung saya lagi.

"Syarat? Boleh berzina atau minum arak kalau menepati syarat-syaratnya?" Perempuan muda ini menyambung lagi..

Di dalam hati saya berbisik "Memang si adik ni dah tahu berzina dan minum arak tu salah.. tapi dia keliru.."

Saya berkata "Ya, adik boleh buat maksiat di dunia yang lain, yang bukan diciptakan oleh Allah.. Sekarang ni adik sedang mendiami dunia yang Allah cipta. Pergilah cari dunia yang bukan Allah cipta. Di sana, bolehlah adik buat maksiat.. Setakat ini, saya tak pernah tahu ada dunia lain yang bukan ciptaan Allah."

Saya menambah lagi "Adik juga boleh buat maksiat di mana-mana tempat yang tidak dilihat oleh Allah.. Pergilah cari tempat yang Allah tak nampak..kalau boleh"

"Yang ketiga, adik juga boleh buat maksiat dengan menggunakan anggota yang bukan diciptakan oleh Allah. Sekarang ni, adik punya tangan Allah yang cipta. Kaki adik juga Allah yang cipta. Mata.. perut .. semuanya Allah yang cipta. Jadi, kalau nak buat maksiat, ciptalah sendiri anggota tersebut kalau boleh"

Dengan mimik wajah yang keliru, dia terdiam seketika.. Seperti "mencari akal" untuk menjawab..

"Kenapa encik sibuk-sibuk nak jaga tepi kain saya..? Suka hatilah saya nak buat maksiat ke apa. Biarlah saya masuk neraka sorang-sorang" Katanya dengan nada yang agak kasar bagi seorang perempuan.

"Erm.. adik.. Nanti kalau adik mati nanti, siapa yang nak kebumikan jasad adik? Boleh tak adik kambus jasad adik seorang diri? Bolehkah adik mandikan jenazah adik sendiri?" Saya cuba menimbulkan persoalan...

"Beginilah.. kalau adik tak nak saya menyibuk tepi kain adik, bila dah mati nanti jangan nyusahkan orang lain.. Jangan nyusahkan orang lain untuk kebumikan adik.. jangan nyusahkan orang lain untuk mandikan jenazah adik. Jangan nyusahkan orang untuk sembahyangkan jenazah adik.. "

Saya menyambung lagi "Kalau adik boleh buat semua ni, tak perlulah saya dan kawan-kawan sibuk jaga tepi kain adik.."

Mimiknya menampakkan seolah-olah masih mencari akal.. "Buat apa korang sibuk-sibuk solatkan jenazah saya? Biarlah saya mati sorang-sorang.."

Saya menjawab lagi "Saya solatkan jenazah adik sebab Allah suruh.. Allah suruh solatkan jenazah sesiapa saja yang beragama Islam.. walaupun jenazah tu buat maksiat.."

"Walaupun adik buat maksiat kepada Allah, Allah tetap suruh manusia yang lain untuk mensolatkan jenazah adik.. "

"Kalau adik tak nak kami solatkan jenazah adik, pergilah cari dunia lain untuk mati di sana. Jangan mati kat dunia ni."

"Dunia ni Allah yang cipta, orang Islam yang mati perlu disolatkan jenazahnya.. Ini perintah Allah. Kalau adik tak mahu saya jaga tepi kain adik, pergilah cari dunia lain yang bukan Allah cipta, dan kemudian mati di sana."

Di dalam hati adik tersebut seolah-olah ingin berkata .. "Ya, aku pergi cari dunia lain sekarang juga.. Eh.. nak cari kat mana?"

Semoga dialog di atas memberi pengajaran kepada saya dan anda.. Apabila anda meneliti satu persatu, jawapan yang sebenar ialah "tak boleh buat maksiat!" Cuma, kadangkala kita terpaksa menggunakan pelbagai teknik untuk memahamkan orang. Antaranya seperti dialog di atas.

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

05 March 2011

Ini Dia Contoh Umat Akhir Zaman Di Malaysia



Pic ni saya copy dari FB.. Apabila melihat gambar ini, ingin saya mengulas pendek :

Dalam Falsafah, ni la hasil pemikiran Existentialisme (wujudiah). Pemikiran jenis ni mula wujud pada Kurun ke 17, disebabkan penyelewengan agama Kristian (Zaman Kegelapan). Pemikiran ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih berhak diutamakan berbanding orang lain.. Contoh : "suka hati aku la nak berak merata-rata.. punggung aku.. korang apa kisah.. Ada aku berak guna punggung korang.." Sama kan?

Kita doakan supaya adik kita ni kembali ke pangkal jalan..
Baca seterusnya

03 March 2011

Walimatul Urus Presiden PMRAM, Us Shahrizan..



Tahniah dan mabruk diucapkan kepada Us Shahrizan dan Ust Hurriyyah.. Insya Allah, 2 lagi ahli KPIPM yang akan melangsungkan Majlis Walimatul Urus..

Ustaz Afifi (PMC) dan Akmal (rasanya 17 Mac)

Ustaz Muhammad Sayuti Zawahib dan Ustazah Izzah Abdullah (2 dan 3 April)


Selamat Pengantin Baru.. untuk kalian semua
Baca seterusnya

01 March 2011

FB : Ramainya Anak Dara Yang Perasan Kiut!

Klik.. klik.. klik..

Klikan mouse pada button-button yang terdapat dalam FB. Dunia hari ini agak mudah untuk mengenal manusia seluruh dunia. Hanya melayari FB.. dalam sehari kita mampu mengumpul ratusan kawan baru dan menyampaikan isi hati kepada ratusan orang (mengikut bilangan friend masing-masing).

Cuma, saya mula rasa ingin muntah apabila melihat anak-anak gadis kita yang :

1. Tidak menutup aurat, atau menutup aurat sebahagian sahaja, atau hanya menutup (tapi ketat..)

2. Bergaya dengan gaya yang kurang sopan, ada juga yang membuat isyarat lucah.. saja nak tunjuk sosial.

3. Perasan kiut.. rasa diri begitu anggun.. perasan muka macam korea.. sambil berkata dalam hati "Oh.. comelnya aku".. uwekk..

Entahlah.. mana pergi kehormatan mereka sebagai seorang "anak dara". Kalau nak berfacebook pun, agak-agakla sikit.

Pastu, mulalah kata "jangan jaga tepi kain orang", "ini peribadi saya.. You apa sebokk", "I tahu apa yang I buat..", "ni facebook I, kalau tak suka boleh blah.."

Manis tak ayat anak dara kalau macam ni? Bukan sekadar tak manis, bahkan meloyakan tekak.. kalau bising lagi, boleh muntah..

Ada juga yang kata "U tu laki.. mana tau hati perempuan".. Huh, anak dara juga perlu faham yang ramai lelaki dok meluat tengak gaye diorang yang tegedik-gedik dalam FB tu.

Apa yang saya luahkan secara santai di atas adalah serba-serbi suara hati yang belum terluah. Saya cuma ingin mengingatkan kepada para wanita supaya menjaga kehormatan mereka. Ramai yang ingin menonjolkan diri mereka di dalam FB dan suka "mengutip" kawan-kawan sebanyak mungkin.

Pernah saya bertanya kepada seorang adik, yang masih bersekolah menengah.. "Apa hobi kamu".. dia menjawab "berkawan.. cari kawan.. kawan seramai mungkin..". Erm.. dalam hati saya dapat mengagak, pastinya dia adalah peminat FB.

Ya, sifat ingin berkawan itu memang baik, tetapi ia menjadi buruk apabila "main hentam je pilih kawan". Kadangkala, kita asyik sibuk dengan FB mencari kawan, bertegur sapa, mengutuk orang dan sebagainya di dalam FB, tetapi adik beradik kita.. hubungan agak dingin.

Apatah lagi family..

Kita agak dingin dengan keluarga kita.. kerana kita lebih suka berkawan, mencari kawan dan mengumpulkan kawan sebanyak mungkin. Kenapa kita tidak "berkawan" dengan keluarga kita?

Kalau anda ingin mencari kawan sekalipun, pilihlah dengan siapa anda berkawan. Saya yakin, apabila seseorang tersebut secara "tiba-tiba" ingin berkawan dengan anda, sudah pasti ada udang di sebalik batu atau mee. Kenapa dia pilih anda?

Lalu, anda pun menjawab di dalam hati "Isy, ada orang nak kat saya la.. huhuhu, bestnya.. "

Kemudian, anda akan meletakkan@menukar gambar anda.. dengan gambar yang lebih cun.. Menarik.. ada iras-iras Korea lah kononnya. Kenapa ya? Selain Barat, Korea juga sedang hebat menjajah pemikiran! Ini kerana dunia hari ini sedar bahawa menjajah pemikiran jauh lebih menguntungkan daripada melakukan penjajahan..

Kawan oh kawan..

Sebagai anak dara, cuba anda fikirkan.. anda sangat berminat mengumpul setem. Album yang dibeli dirasakan paling cantik di dunia.. Di dalam hatinya berkata "album aku la paling lawa".

Lalu anda pun pergi ke pejabat pos.. dan bertanya "Pak Cik, saya nak beli setem.. lantakla setem apa yang ada.. saya ada RM 20.

Pak Cik pun bertanya "Setem yang ada di sini, biasa-biasa je.."

Anda menjawab "Lantak lah.. saya minat kumpul setem.. jadi saya akan kumpul sebanyak mungkin..

Anda terlupa album anda bukan besar sangat macam pejabat pos..

Erm, contoh ini agak lembut. Saya gunakan contoh yang kedua pula..

Anda sangat meminati serangga.. lalu anda pergi ke taman bunga untuk menangkap serangga..

Apa yang peliknya, anda "membalun" semua serangga yang ada di situ.. Anda tangkap sebanyak mungkin serangga yang ada.. antaranya lalat, langau, rama-rama, kelkatu, kumbang, lebah.. tebuan.. semut api, semut hitam, anai-anai.. dan segala mak nenek serangga yang ada di situ.

Apabila orang bertanya kehairanan.. "Kenapa tangkap semua serangga ni? Lalat pun nak tangkap juga?"

Anda menjawab "Saya memang meminati serangga, jadi saya akan tangkap sebanyak mungkin untuk diletakkan dalam sangkar saya.. "

Cuba fikirkan nasib anda dan FB anda pada masa depan. Cuba jadikan FB anda bermanfaat dan boleh membuahkan hasil.

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

26 February 2011

Kebangkitan Pemuda Mesir Dan Kejatuhan Mubarak Yang Tua


Setelah hampir sebulan berlalu kemelut di bumi Mesir, saya terpanggil untuk mengulas beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh warga Malaysia, terutamanya kerajaan Malaysia sendiri.

Sudah ramai blogger yang mengulas tentang isu Mesir ini, tetapi saya belum menemui (waLlahua’lam) cara Baginda SAW yang boleh saya katakan, hampir sama dengan apa yang terjadi.

TARBIAH JIWA PEMUDA DI ZAMAN NABI

Kebangkitan di Mesir terjadi setelah Tunisia, dan diikuti dengan beberapa buah negara lagi seperti Yaman dan Libya. Ketika zaman Baginda SAW, Nabi pernah melakukan “pertembungan damai” (muwajahah silmiyah) terhadap pemerintah.

Sebelum itu, saya tertarik untuk mengaitkannya dengan Sirah Nabi Musa AS yang berlaku di Mesir, dan berhadapan dengan pemerintah Mesir ketika itu. Nabi Musa AS juga melalui pengalaman yang sama apabila beliau diperintahkan untuk menyatakan kebenaran di hadapan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan.

Dalam masa yang sama, Nabi Musa AS telah dilatih oleh Allah SWT dengan daya tahan lasak, rohani dan beberapa strategi untuk berhadapan dengan Firaun. Bukan bertindak melulu tanpa sebarang persiapan.

Antaranya, Nabi Musa AS diajar dengan mengembala kambing, hidup di perkampungan dengan kehidupan yang susah. Sama seperti pentarbiahan yang diterapkan di dalam jiwa Nabi Muhammad SAW. Nabi Musa AS mengembala kambing di perkampungan Nabi Syuib, iaitu di Madyan.

Setelah lama berada di sana, Nabi Musa AS berasa rindu untuk kembali ke tanahairnya, itu Mesir. Bersama dengan keluarganya, Nabi Musa AS menuju ke Mesir dan melalui Wadi Muqaddas ketika itu musim sejuk dan gelap. Sukar mendapatkan cahaya. Di situlah Nabi Musa menerima wahyu daripada Allah, memerintahkannya ke Mesir, untuk menyatakan kebenaran kepada Firaun.

Allah SWT menyuruh Nabi Musa AS untuk bertemu dengan saudaranya, Nabi Harun, kerana kepetahannya dalam berkata-kata. Ini juga satu strategi yang telah Allah ajarkan kepada Nabi Musa AS, untuk berdebat secara ilmiah.

FATHUL MAKKAH DAN KEBANGKITAN RAKYAT MESIR

Begitu juga Nabi Muhammad SAW, yang telah dilatih dan ditarbiah oleh Allah SWT sejak di Mekah. Sejak kecil, beliau dijaga daripada terjerumus ke lembah maksiat dan kelalaian, sedangkan remaja-remaja seusia dengan Baginda SAW sedang berseronok dengan kehidupan masing-masing.

Sedikit demi sedikit keberanian itu dipupuk sehinggalah beliau diperintahkan untuk menyebarkan dakwah secara terang-terangan. Setelah berhijrah ke Madinah, dan membina sebuah pemerintahan Islam di sana, Baginda SAW kembali ke Mekah untuk melakukan pembebasan Kota Mekah (Fathul Makkah) dengan cara yang paling berhikmah dan berstrategi.

Pertama

Apabila kita membuka lembaran Sirah, kita akan mendapati bahawa pembukaan Kota Mekah tercetus setelah pelanggaran perjanjian Hudaibiah oleh pihak Quraisy. Pengkhianatan ini hampir sama dengan apa yang terjadi di Mesir, setelah pihak kerajaan mengkhianati rakyat dalam pilihanraya sebelum itu.

Antara isi kandungan Perjanjian Hudaybiah ialah :

1. Rasulullah harus pulang sahaja di tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka memasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itu pun pedang harus disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.

2. Dihentikan peperangan di antara dua pihak untuk selama sepuluh (10) tahun hingga orang awam menikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti mengganggu lawannya.

3. Sesiapa yang ingin berikat janji dengan Muhammad dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berikat janji dengan Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang menyertai salah satu kern ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan, pelanggaran oleh mana-mana qabilah ini dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem induk.

4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai Muhammad tanpa izin dari orang yang dipertanggungjawabkan, hendaklah dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantas menyertai Quraisy tidak ditolak.

Pelanggaran perjanjian tersebut telah terjadi berdasarkan apa yang telah telah diceritakan oleh Safiurrahman al Mubarakfuri di dalam kitab ar Raheq al Makhtum :

Dengan kedatangan Islam dan termeterainya perjanjian keamanan al-Hudaibiah maka tertebarlah benih keamanan di antara semua pihak, namun Banu Bakar masih tetap hendak membalas dendam kesumat lamanya, di mana Naufal bin Muawiyah al-Daily bersama jemaahnya banu Bakar telah keluar di Bulan Syaaban tahun kelapan (8) Hijrah, lantas menyerang Khuza'ah di malam hari, sedang di masa itu mereka sedang berada di kawasan berair yang dikenali sebagai "al-Watir" dalam kejadian berkenaan Banu Bakar telah berjaya membunuh orang-orang Khuza'ah dan sebagai lanjutan terjadilah pertarungan dan peperangan di antara keduanya dan seterusnya Quraisy menghulur bantuan senjata kepada sekutunya banu Bakar, malah beberapa tokoh Quraisy telah turut serta di dalam peperangan berkenaan berselindung di sebalik kegelapan malam, hingga mereka dapat membawa Khuza'ah ke dalam kawasan al-Haram Makkah. Oleh yang demikian maka berkatalah Banu Bakar:

"Wahai Naufal! sekarang kita telah memasuki kawasan al-Haram ingatlah, Tuhan kau, Tuhan kau, lantas al-Khuza'ah menjawab: Wahai Bakar tiada Tuhan di hari ini, kamu sudah pun membalas dendam kesumat kamu itu, ku bersumpah, sebenarnya kamu telah melakukan pencabulan di kawasan al-Haram ini, tidakkah di sini sudah terbayar dendam kamu itu?

Setelah Khuzaah melangkah masuk ke kawasan Makkah mereka terus mendapat perlindungan di rumah Budail bin Warqa' al-Khuza'i dan rumah kawan setia mereka yang dikenali sebagai Rafie'. Amru bin Salim al-Khuza'i terus meluru ke Madinah menemui Rasulullah. Sesampainya beliau di sana, beliau pun mempersembahkan kepada Rasul hasratnya melalui madahnya, sedang pada masa itu Rasulullah sedang duduk berbual di dalam masjid bersama-sama kaum muslimin.

Pengkhianatan perjanjian ini hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Mesir, yang telah mengkhianati pilihanraya. Pilihanraya diadakan secara tipu, calon-calon ada yang “dilesapkan”, rasuah dan banyak lagi.

Kedua

Selain itu, kebangkitan umat Islam ketika Fathul Makkah juga berdasarkan strategi yang cukup hebat. Iaitu kerahsiaan. Gerakan untuk membebaskan Kota Mekah telah dipastikan kerahsiaannya. Rahsia untuk membuka Kota Mekah hampir-hampir terbocor. Perkara ini telah diceritakan oleh Safiurrahman al Mubarakfuri di dalam kitab ar Raheq al Makhtum

Di dalam suasana yang kritikal itu, seorang sahabat bernama Hatib bin Abi Baltaah telah mengutus risalah ke Makkah buat menceritakan pergerakan Rasulullah ke sana, beliau mengupah seorang perempuan untuk membawa risalah berkenaan. Beliau bertindak menyorok risalah berkenaan di dalam sanggulnya. Di masa itu Allah memberi tahu RasulullahNya tentang tindakan Hatib itu lantas Rasulullah mengutus Ali dan Miqdad dengan sabdanya: Ayuh kamu berdua ke sana hingga ke tempat bernama "Raudhah Khakh" kerana di sana ada seorang perempuan ya.ng membawa risalah untuk Qm-aisy. Mereka berdua terus bergerak ke sana, hingga sampai ke tempat seperti yang disebut oleh Rasulullah, setelah berhadapan dengan perempuan yang disebutkan itu, mereka meminta perempuan berkenaan turun dari kenderaannya dengan berkata: "Kamu membawa risalah?" Jawab perempuan itu: "Aku tidak ada sebarang .risalah pun". Ali dan Miqdad pun memeriksa kenderaannya dan tidak didapati sebarang apa pun; kemudian kata Ali: "Aku bersumpah dengan nama Allah, masakan Rasulullah berdusta dan membohongi kita, demi Allah kau mesti serahkan surat itu atau kalau tidak kami telanjangkan kau".

Setelah beliau melihat kesungguhan Ali maka katanya: "Ayuh berpaling dari sini", setelah beliau berpaling, perempuan itu pun merungkai sanggulnya dan dikeluarkan risalah berkenaan, serta diserahkan kepada Ali, dengan itu mereka berdua kembali membawanya kepada Rasulullah. Baginda mendapati surat berkenaan, bunyinya: (Dari Hatib bin Abi Baltaah ke hadapan Quraisy) memaklumkan mereka mengenai pergerakan Rasulullah, maka Rasulullah pun menjemput Hatib dengan bertanya: "Apakah motifnya yang membawa kamu menulis risalah kepada Quraisy?" Jawab Hatib: "Wahai Rasulullah janganlah segera menghukum ke atasku. Demi Allah daku ini tetap beiiman dengan Allah dan RasulNya, tidak sekali pun aku murtad atau menukar agama, tetapi daku ini seorang lelaki yang terikat dengan Quraisy namun bukanlah sebahagian dari mereka, cuma anak dan keluargaku sahaja berada di sana, malahan daku tidak ada sebarang ikatan kekeluargaan di sana yang boleh menjaga keselamatan di antara satu sama lain, maka di sini ku sukalah sebagai mengganti kekurangan ku tadi dengan menjadikan mereka sebagai pihak yang boleh menjaga keselamatan anak-anakku di sana.

Kata Umar: "Wahai Rasulullah serahkan sahaja si munafiq ini untuk ku penggal lehernya, orang ini sudahpun mengkhianati Allah dan RasulNya. Dia sudah menjadi munafiq." Jawab Rasulullah: "Beliau ini adalah peserta peperangan Badar, mana tahu, boleh jadi Allah telah membuka sesuatu kepada tentera Badar. Kemudian Rasulullah bersabda: Lakukanlah apa yang hendak kamu lakukan, sebenarnya aku mengampuni kamu. Di masa itu air mata beliau mengalir dipipinya dan berkata: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Demikian kehendak Allah untuk menjaga supaya tidak ada sebarang berita mengenai persiapan dan pergerakan kaum muslimin yang sampai ke pengetahuan Quraisy.

Selain itu, teknik kerahsiaan Baginda SAW juga telah disebut oleh Safiurrahman al Mubarakfuri di dalam al Raheq al Makhtum :

Sebagai usaha menutup dan mengaburkan tindakan Baginda, Rasulullah mengutus satu unit sariyah yang terdiri lapan orang di bawah pimpinan Abu Qutadah bin Rabie' ke daerah kediaman Adham yang terletak di antara Zi al-Khasyab dan Zi al-Maruah, kira-kira sejauh tiga "Barad" dari al-Madinah. Kira-kira di awal bulan Ramadhan tahun kelapan (8) Hijrah, supaya disangka orang bahawa Rasulullah akan menuju ke sana, dan sebagai cara buat merahsiakan pergerakan yang sebenar, sariyah ini terus berjalan hinggalah sampai berita kemaraan Rasulullah ke Makkah, maka sariyah ini mengalih arahannya hingga bertemu dengan Rasulullah.

Sama seperti apa yang terjadi di Mesir. Tanpa diketahui, secara tiba-tiba seramai 15 000 orang berdemo pada hari pertama di Dataran Tahrir pada tarikh 26 Januari. Bagaimanakah kekuatan ini dikumpulkan? Sudah pastinya perancangan telah dilakukan, dan kekuatan dikumpulkan sehingga ke saat yang dinantikan.

Ketiga

Antara teknik yang hebat, yang dapat kita lihat melalui Fathul Mekah ini ialah menggunakan arahan pimpinan besar Quraisy sendiri untuk memastikan keselamatan penduduk. Apabila melihat kebangkitan pemuda yang dilakukan di Mesir, mereka melakukannya secara aman. Tiada sebarang kekasaran, sehinggalah kumpulan mafia menyusup masuk di dalam demostrasi tersebut dan melakukan keganasan.

Keselamatan penduduk setempat adalah elemen penting yang dilakukan oleh Baginda SAW ketika Fathul Makkah. Safiurrahman al Mubarakfuri menceritakan di dalam ar Raheq al Makthum :

Sewaktu Rasulullah melalui di hadapan Abu Sufian, al-Abbas berkata kepadanya; "Ayuh selamatkan kaum kau". Abu Sufian pun bergegas pulang ke Makkah, sesampainya beliau ke Makkah, terus beliau melaung sehabis suaranya:

"Wahai kalian Quraisy, itu dia Muhammad telah datang dengan tenteranya yang belum pernah ku saksi sebelum ini, maka sesiapa yang berlindung di rumah Abu Sufian beliau adalah selamat", lalu isterinya Hindun binti Utbah menuju ke arahnya lantas menarik misainya dan berkata: "Bunuh si gemuk gedempul yang tak berguna ini, hodoh sungguh pengawal peninjau ini".

Kata Abu Sufian pula: "Binasalah kamu, di hari ini jangan kamu bersombong diri, kerana hari ini Baginda telah datang dengan bala tentera yang belum pernah dilihat seramai ini, Ayuh cepat, siapa yang berlindung di rumah Abu Sufian beliau adalah selamat". Jawab orang-orang Quraisy: "Celaka engkau, apa yang boleh menyelamatkan kami sekiranya kami berada di dalam rumah mu ini?". Sambung Abu Sufian: "Siapa yang masuk ke dalam rumahnya dan mengunci dari dalam, beliau juga terselamat dan sesiapa memasuki al-Masjid beliau juga selamat". Dengan itu, orang ramai pun segera berpecah dan memasuki rumahnya dan al-Masjid, di samping mengumpulkan askar-askar biasa mereka dengan berkata: "Kita kedepankan mereka ini, tapi sekiranya berlaku sesuatu ke atas Quraisy maka kita akan bersama dengan mereka ini, sekiranya mereka terbunuh maka kita bayar sahaja apa yang mereka pinta dari kita". Di suatu tempat segolongan Quraisy yang singkat pemikiran berkumpul dengan Ikrimah bin Abi Jahal, Sufwan bin Umaiyah dan Suhail bin Amru. Tempat itu dikenali sebagai al-Khandamah bertujuan memerangi kaum muslimin. Di antara mereka ada seorang dari qabilah Banu Bakar bernama Hamas bin Qais, beliau sebelum ini bertugas mengumpul senjata, di suatu hari pernah ditanya oleh isterinya: "Kenapa kamu menyediakan apa yang ku lihat ini?". Jawab beliau: "Kesemua ini untuk Muhammad dan sahabat-sahabatnya". Jawab isterinya: "Tak ada suatu pun yang boleh menghalang Muhammad dan sahabat-sahabatnya".

Pertembungan secara aman ini telah dipraktikkan oleh Baginda SAW dengan jayanya. Hampir sama dengan apa yang terjadi di Mesir, rakyat Mesir yang berdemo tidak dibenarkan membawa senjata atau bahan api. Cuma, Demostrasi aman tersebut telah dikotorkan oleh tangan-tangan mafia yang menyusup masuk di dalam demostrasi tersebut.

KEKAYAAN MUBARAK MEMAKAN DIRI

Setelah saya menjelaskan tentang kebangkitan pemuda Mesir yang hampir sama dengan Fathul Makkah, suka untuk saya senaraikan beberapa jenayah yang dilakukan oleh pimpinan Mubarak, yang menyebabkan beliau dijatuhkan.

Sebelum itu, suka untuk saya kaitkan dengan apa yang terjadi di Zaman Nabi Musa AS, di mana Firaun yang menganggap dirinya sebagai tuhan, telah menjadikan rakyat jelatanya sebagai hamba. Dirinya disembah oleh rakyatnya, walhal rakyatnya dikerah dan dipaksa untuk bekerja dengannya.

Firaun yang juga pemerintah Mesir satu ketika dulu menganggap segala kekayaan yang diperolehi oleh negara tersebut adalah hasil air tangannya. Bahkan Firaun mengatakan bahawa Sungai Nil yang mengalir di Mesir itu, adalah di bawah tapak kakinya. Segala kekayaan hasil bumi Mesir dikaut oleh Firaun, dan para rakyatnya dipaksa untuk bekerja dengannya.

Apabila datangnya Nabi Musa AS, beliau telah dimaklumkan bahawa Nabi Musa AS bakal menjadi pencabar terhebatnya. Lalu, Firaun telah mengerahkan tentera-tenteranya untuk membunuh semua bayi lelaki Bani Israel, bimbangkan kemunculan bayi yang bakal menggoncang takhtanya satu hari nanti.

Teringat pula pada krisis yang terjadi di Mesir, beberapa tokoh yang kelihatan mencabar Mubarak pastinya akan diancam pelbagai ancaman. Antara mereka ada yang dilesapkan, dipenjara, digantung, dituduh dengan kes bermacam-macam dan sebagainya. Cukup takut takhtanya dirampas orang lain.

Akhirnya setelah 3 dekad memerintah, takhta beliau dilepaskan. Itupun setelah berjaya mengaut USD 72 billion di sepanjang karier pemerintahannya. Apa yang terjadi di zaman Nabi Musa AS, cukup memberi pengajaran apabila Baginda AS telah mengajar Bani Israel tentang Islam.

Firaun terkejut dan rasa tercabar apabila Islam yang dibawa oleh Nabi Musa AS telah menafikan ketuhanan firaun. Bahkan para ahli sihir firaun juga telah melihat kebesaran mukjizat Nabi Musa AS. Tetapi disebabkan sombong, Firaun tetap enggan beriman dengan Tuhan Yang Maha Esa.

Akhirnya Bani Israel telah keluar dari bumi Mesir dalam keadaan dikejar, cuba dibunuh juga oleh tentera Firaun. Akhirnya Allah tenggelamkan kekuatan firaun yang tidak seberapa itu di dalam laut, yang masih lagi wujud di bumi Mesir ketika ini.

Di dalam topik ini, cuba untuk saya ketengahkan beberapa kekayaan Mubarak, hasil daripada pemerintahan beliau di bumi Mesir.

1. Harta beliau yang telah diumumkan sebanyak USD 72 billion itu telah “memotong” orang paling kaya di dunia iaitu Slim Helu dari Mexico (USD 54 billion) dan Bill Gates (USD 53 billion). Hartanya itu telah disimpan di dalam bank di Britain dan Swirtzerland. Akhbar al khabar menyatakan bahawa kekayaan beliau juga ada disimpan di Manhattan, New York dan Beverly Hills di California.

2. Terdapat juga beberapa syarikat yang bekerjasama dengan Mubarak telah menguntungkan beliau sebanyak USD 15 juta setahun.

3. Beliau memiliki beberapa aset mewah, antaranya sebuah rumah mewah 6 tingkat yang terletak di London, bernilai USD 13.6 juta, sedangkan rakyat Mesir masih ramai yang tidak memiliki tempat kediaman. Bahkan hanya tinggal di lorong-lorong sampah.

4. Anaknya, Gamal Mubarak mempunyai 2 kapal persiaran mewah yang bernilai USD 81 Juta. Gamal dan adiknya, Ala masing-masing dikatakan mempunyai kekayaan USD 25 juta.

Selebihnya anda boleh dapatkan di dalam internet dan laman-laman web yang berkaitan. Apabila menceritakan keadaan ini, teringat saya kepada Qarun. Qarun adalah seorang yang berbangsa Bani Israel, yang tinggal di Mesir. Pada mulanya beliau adalah seorang yang miskin, dan sentiasa bersama dengan Nabi Musa AS.

Satu hari, beliau memohon kepada Nabi Musa supaya meminta kepada Allah, untuk melimpahkan kekayaan kepadanya. Setelah rezekinya dimurahkan oleh Allah, beliau lupa daratang. Beliau membiarkan Bani Israel hidup papa kedana, dan hidup seperti golongan hamba.

Akhirnya, beliau telah ditenggelamnkan oleh Allah dengan segala kekayaan yang dimilikinya. Ini kerana beliau sombong dengan kekayaan tersebut dan enggan membantu Bani Israel yang kesusahan. Dengan kata lain, harta tersebut dibolot seorang. Sehingga sekarang, sifir ekonomi menimbulkan persoalan, bagaimanakah Mubarak boleh bergelar orang paling kaya di dunia setelah bergelar Presiden Mesir?

Maka, jawapan kepada sifir ini ialah “pastinya ada sesuatu yang tak kena pada sumber kewangannya”.

Ambillah iktibar wahai yang berakal

Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

24 February 2011

Berita Gembira Bertarikh 24 Februari

Hari ini 24 Februari.. hampir sebulan bercuti daripada berstatus blogger. 26 Januari adalah hari terakhir bekalan internet dapat saya terima. Hari-hari selepas itu, terputus disebabkan beberapa perkara, antaranya habis tempoh broadband, perpindahan ke sana ke mari.. dan lain-lain lagi.

Setelah membelek helaian-helaian kalendar, baru saya sedar, baby kembar saya sudah pun berumur 53 hari. Berat semakin bertambah, saiz semakin besar dan tangisan semakin kuat.

Cuma, di kesempatan ini, suka untuk saya berkongsi berita gembira bersama sahabat-sahabat.. Antaranya

- 2 pasang BP PMRAM baru sahaja mendirikan rumahtangga, iaitu Us Hidayat dan Us Zuhaili.

- 3 pasang ahli KPIPM bakal mendirikan rumahtangga dalam tempoh 2 bulan ini.

- Ustaz Khalil Yahaya dan Ustazah Masyitah baru sahaja dikurniakan cahayamata yang bernama Nur Syifa' binti Khalil semalam, 23 Februari.

- Saya menerima jemputan untuk berforum di UiTM Merbok, Kedah. Iaitu pada malam 25 Februari, dan malam 26 Februari.

Tajuk Forum

25 Februari : Malaysia VS Mesir (berganding bersama Ustazah Ibtisam HEWI PMRAM)

26 Februari : Aku Dibius Cinta

- Buku "Cebisan Hati Manusia" cetakan Mawleed Publishing sudah menampakkan hasil positif. Doakan semoga usaha ini berkembang lagi dengan buku-buku saya yang bakal menyusul selepas itu.

- Semalam, 23 Februari, saya baru mula menulis karya saya yang ke 8 (di Malaysia), yang masih dirahsiakan tajuknya.

Sekadar ini sahaja perkongsian buat setakat ini. Semoga perkongsian ini mendorong anda untuk sama-sama bermotivasi.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal