24 February 2011

Berita Gembira Bertarikh 24 Februari

Hari ini 24 Februari.. hampir sebulan bercuti daripada berstatus blogger. 26 Januari adalah hari terakhir bekalan internet dapat saya terima. Hari-hari selepas itu, terputus disebabkan beberapa perkara, antaranya habis tempoh broadband, perpindahan ke sana ke mari.. dan lain-lain lagi.

Setelah membelek helaian-helaian kalendar, baru saya sedar, baby kembar saya sudah pun berumur 53 hari. Berat semakin bertambah, saiz semakin besar dan tangisan semakin kuat.

Cuma, di kesempatan ini, suka untuk saya berkongsi berita gembira bersama sahabat-sahabat.. Antaranya

- 2 pasang BP PMRAM baru sahaja mendirikan rumahtangga, iaitu Us Hidayat dan Us Zuhaili.

- 3 pasang ahli KPIPM bakal mendirikan rumahtangga dalam tempoh 2 bulan ini.

- Ustaz Khalil Yahaya dan Ustazah Masyitah baru sahaja dikurniakan cahayamata yang bernama Nur Syifa' binti Khalil semalam, 23 Februari.

- Saya menerima jemputan untuk berforum di UiTM Merbok, Kedah. Iaitu pada malam 25 Februari, dan malam 26 Februari.

Tajuk Forum

25 Februari : Malaysia VS Mesir (berganding bersama Ustazah Ibtisam HEWI PMRAM)

26 Februari : Aku Dibius Cinta

- Buku "Cebisan Hati Manusia" cetakan Mawleed Publishing sudah menampakkan hasil positif. Doakan semoga usaha ini berkembang lagi dengan buku-buku saya yang bakal menyusul selepas itu.

- Semalam, 23 Februari, saya baru mula menulis karya saya yang ke 8 (di Malaysia), yang masih dirahsiakan tajuknya.

Sekadar ini sahaja perkongsian buat setakat ini. Semoga perkongsian ini mendorong anda untuk sama-sama bermotivasi.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

3 comments:

Ibnu Ir Fadzil on February 24, 2011 at 5:44 AM said...

Pengumuman : Forum Aku Dibius Cinta telah digantikan oleh Us Nazrul Nasir..

أِبنو سلنجوري on February 24, 2011 at 11:31 PM said...

Forum dekat mana ustaz?? Mohon maklumat lanjut.. lau kedah tu dekat2 dah kt Perlis ni.. ^_^

Ibnu Ir Fadzil on February 25, 2011 at 4:10 AM said...

Forum di UiTM Merbok, Kedah.. kalau naik bas, turun kat Sungai Petani.

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal