03 November 2012

Memori 8 Julai Di Masjid Kerisek, Pattani



Sempat menjejakkan kaki ke bumi Pattani, bumi yang melahirkan banyak pejuang-pejuang Nusantara. Sedang bergambar di Masjid Kerisik (Masjid Sultan Muzaffar Shah) yang menyaksikan kematian para syuhada di dalam masjid ini. Kesan-kesan tembakan dan letupan masih kelihatan pada dinding masjid yang berlubang-lubang di sana sini. Terasa seperti melihat Masjid al Aqsa.

Di dalam sejarah, anak Melayu yang pertama pergi menuntut ilmu di al Azhar ini Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al Fathani (orang Pattani). Beliau adalah tokoh yang menubuh Jam'iyyah Fathaniah di Mekah bagi melahirkan pejuang-pejuang Melayu untuk balik ke Tanahair dan menentang penjajah. 

Antara anak murid beliau ialah Tok Kenali (Kelantan), Syeikh al Hadi (penerbit Majalah al Imam), Syeikh Ali Kelana Riau (pemimpi Riau dan juga seorang ulama') dan ramai lagi. - Tok Kenali telah menubuhkan MAIK pada 1915, dan seterusnya Jam'iyyah Asriyyah yang menjadi pencetus kepada penubuhan Hizbul Muslimin pada 1948. 

Kemudian bertukar kepada PAS pada 1951 - Syeikh al Hadi telah mengasaskan PASPAM, iaitu satu pertubuhan sahabat pena. PASPAM cawangan Gunung Semanggol adalah Tuan Haji Fuad Hassan, YDP PAS yang pertama. - Syeikh Ali Kelana Riau telah menubuhkan Jam'iyyah Rusyidiah dan menjadi asas kepada penubuhan Sarekat Islam. 

Perjuangan Sarekat Islam di Tanah Melayu dipelopori oleh Tuan Guru Haji Abd Rahman Limbong dan Tuan Guru Haji Ibrahim Sidin, yang menjadi aspirasi kepada perjuangan PAS. 

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil
BA, Hons, Fakulti Usuluddin,
Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal