31 May 2010

Terkini : Lihat 2 Video Ini, Bagaimana Serangan Berlaku Ke Atas Misi LL4G

Saksikan dua video ini, lihat bagaimana Kapal LifeLine For Gaza diserang.. Jangan lupa solat Hajat dan Qunut Nazilah. Sahut seruan PMRAM!




Baca seterusnya

Kalam Presiden PMRAM Berkenaan Dengan Serangan Ke Atas LL4G


Sumber : Presiden PMRAM (link)

Assalamualaikum.

Segala pujian bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan Rasul.

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya berinteraksi dengan alam mengikut landasan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Antara tujuan perlaksanaan syariat Allah SWT ialah memelihara jiwa dan maruah umat Islam.

Melihat kepada isu terkini yang melanda umat islam, PMRAM mengutuk tindakan yang telah dilakukan oleh Rejim Israel terhadap Konvoi Kapal Misi Bantuan Ke Gaza. Selain itu PMRAM juga mengecam Amerika Syarikat yang hanya membiarkan sahaja tindakan zalim tersebut berlaku.

Justeru, PMRAM sentiasa bersama dengan umat Islam seluruh dunia yang inginkan keamanan serta menuntut tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang telah dilakukan oleh Rejim Israel. Kita tidak akan berdiam diri dengan isu ini yang sebenarnya telah mencalarkan maruah umat Islam sejagat.

Oleh itu, PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam untuk melakukan solat hajat serta membaca Qunut Nazilah memohon kepada Allah SWT supaya memberi keamanan kepada seluruh aktivis Pro-Palestin yang terlibat dalam melakukan misi tersebut.

Selaku mahasiswa Islam, kesibukan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan tidak lansung mengurangkan sensitiviti kita terhadap isu dunia yang melanda umat Islam.

Kita memohon kepada Allah SWT agar memberikan kemenangan kepada umat Islam dan Rakyat Palestin serta memberikan kejayaan kepada kita dalam peperiksaan yang sedang ditempuh.

SEMOGA BERTEMU DALAM HALAQAH ULAMAK

Shahrizan bin Mohd Hazime
Pejabat PMRAM
Masakin Othman, Kaherah
Baca seterusnya

NGO 73 Buah Negara Bantah Serangan Rejim Zionis

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama Gerakan Pemuda Islam Sedunia dan NGO dari 73 buah negara yang sedang bersidang di Istanbul, Turki hari ini sebulat suara menentang keras tindakan 'kebinatangan' rejim zionis Israel menyerang deligasi Misi Bantuan Kemanusian Gaza awal pagi ini waktu Malaysia.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang menyertai persidangan tersebut berkata, satu pelan tindakan bersepadu oleh pemuda-pemuda Islam seluruh dunia akan dibentuk bagi menangani konflik itu.

Ekoran perkembangan itu juga, DPPP mengarahkan pemuda PAS seluruh negara supaya mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah selama sebulan berturut-turut bermula hari ini.

Ianya bagi mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin dan sekaligus menghancurkan Zionis Israel.

Misi Kemanusiaan yang dianjurkan oleh NGO-NGO antarabangsa disertai hampir 800 sukarelawan yang turut disertai wakil dari NGO Islam dari Malaysia (Yayasan Amal Malaysia) telah berlepas semalam (30 Mei 2010) melalui pelabuhan Anatolia Turki.

Misi ini bertujuan untuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza yang di mana umat Islam Palestin di Gaza dinafikan hak mereka oleh rejim zionis Israel.

Serangan oleh tentera rejim zionis awal pagi ini, setakat ini, telah mengakibatkan 20 orang sukarelawan antarabangsa terbunuh.

"Tindakan zalim dan kebinatangan ini tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa kerana ianya jelas bertentangan dengan deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948 yang dipersetujui bersama di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Nasrudin dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau juga mendakwa kerajaan Malaysia bersikap ‘double standard‘ kerana begitu bacul untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan kerajaan Hamas yang jelas membela rakyat Palestin yang tertindas di Gaza.

"Sikap kerajaan Malaysia yang enggan mengiktiraf Kerajaan Hamas di Gaza jelas menunjukkan bahawa Malaysia masih takut terhadap bayang-bayang dari Amerika Syarikat dan sekutunya apatah lagi setelah Malaysia dipanggil untuk mengadap Presiden Obama dan diarahkan untuk menghentikan bekalan gasolin ke Iran oleh Obama," jelasnya.

OIC dan PBB juga turut didesak agar mengambil tindakan drastik menangani isu ini.

Dalam pada itu, DPPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam serangan tersebut berikrar untuk terus menentang segala kekejaman rejim zionis Israel sehingga keadilan sejagat tercapai.

Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk bersama menyatakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika, Jumaat ini.
Baca seterusnya

PMRAM Mengecam Tindakan Kejam Zionis Israel

Sumber : Berita PMRAM
www.pmram.org

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang armada kapal induk Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan konvoi bantuan antarabangsa Gaza.

Serangan Israel yang dilancarkan pagi tadi menyebabkan sehingga kini 16 orang syahid dan 30 lagi cedera. Sehingga kini dilaporkan 9 orang warga Turki dan bakinya adalah dari negara Arab yang terkorban di dalam misi kemanusiaan terbesar ini.

Konvoi kemanusiaan Gaza-Freedom Fotilla untuk rakyat Gaza ini yang membawa 7 buah kapal dan membawa sejumlah besar aktivis sukarelawan yang terdiri daripada ulamak, ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, aktivis, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Konvoi ini juga diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) yang membawa 10,000 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Selain itu, terdapat lebih daripada 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Bahkan, tiada sebarang bentuk persenjataan dibawa oleh sukarelawan konvoi walaupun tujuan untuk mempertahankan diri.

PMRAM mendesak dan menggesa Kerajaan Malaysia, anggota PBB, OIC, pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak bangkit mengutuk tindakan kejam Zionis Israel dan menuntut agar misi kemanusiaan terbesar ini dibenarkan masuk serta dapat menghantar bantuan ke bumi Palestin Gaza.

PMRAM juga menyeru kepada semua ahli PMRAM dan mahasiswa Islam di bumi Mesir agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan aktivis konvoi dan rakyat Palestin.

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010
Baca seterusnya

Bangkit Sahut Seruan PMRAM : Solat Hajat Dan Qunut Nazilah

Sumber : Abezuh (link)

Sekali lagi, rejim zionis Israel membuat onar ke atas Palestin dengan menyerang kapal rombongan konvoi ke Gaza.. Serangan tersebut dilakukan bagi menyekat bantuan yang hendak disalurkan kepada rakyat Palestin.. Ini merupakan satu tindakan yang melampau yang mencabul hak kemanusiaan semua pihak...

Kepada mahasiswa/wi Islam Mesir samada pengajian Islam mahupun medic sila bangkit dan sahut seruan PMRAM di dalam kita menjayakan solat hajat dan qunut nazilah pada malam ini di peringkat masing-masing... sama-sama kita doakan kesejahteraan rombongan khususnya dan seluruh rakyat Palestin...

Serta tambahan cadangan daripada saya ialah :

1) letakkan status di ym / blog / apa jua jaringan sosial dalam mengutuk tindakan rejim zionis Israel.

2) bangun tahajjud dalam mendoakan khusus agar Allah memberi perlindungan kepada umat Islam dan mengalahkan tentera laknatullah.

3) Kuatkuasakan kembali memboikot barangan yahudi dan amerika.

Justeru, sama-sama bangkit menyahut seruan PMRAM....

P/S : mahasiswa jangan leka mentelaah buku sehingga lupa nasib saudara seislam kita di luar sana...Jikalau benar menuntut ilmu kerana Allah, anda sepatutnya prihatin dan bangkit menentang pihak ZALIM walau apa cara sekalipun..sekiranya anda menuntut ilmu sekadar sijil dan gaji, silakan sibuk mentelaah sehingga tidak cakna isu saudara seislam sendiri......

Ohye, kepada yang mengaku "ulil amri" juga tidak lari daripada melakukan kewajipan mendoakan rakan-rakan seislam yang dizalimi di sana...walaupun mereka x berdaftar, mereka adalah saudara seislam bagi "ulil amri ".
Baca seterusnya

Kenyataan Media Oleh Pasukan Lifeline For Gaza Tentang Serangan

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia
Baca seterusnya

Terkini : Video Serangan Dan 16 Orang Mati

Terkini : Video serangan rejim Zionis.. Saksikan



Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

Isnin , 31/05/2010 -Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

sumber : HALUAN Palestin
Baca seterusnya

Terkini : Video Daripada al Jazera Berkenaan Serangan Ke Atas LL4G

Saksikan laporan daripada al Jazera berkenaan serangan yang dibuat ke atas Kapal LL4G yang datang untuk memberi bantuan kepada Palestin.

Baca seterusnya

Karnival Sukan Atau Karnival UMNO? Cuba Baca Artikel Ini

Oleh : Mujahidah Rabbani

Baru-baru ini kita diberitakan tentang satu mesyuarat telah diadakan di Arma bagi membincangkan berkenaan Karnival Sukan Timur Tengah (KSTT) yang dijangka akan berlangsung sekitar bulan Julai nanti.

Saya telah mencari beberapa maklumat berkenaan KSTT yang akan diadakan. Beberapa kekeliruan timbul berkenaan program yang akan berlangsung ini.

ANJURAN

Apabila kita melihat di dalam laman jpmk.info secara jelas telah menerangkan bahawa program ini adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Sila rujuk :



Namun apa yang saya menjadi persoalan sekarang, kenapa Kelab Umno Mesir yang sibuk-sibuk untuk menjayakan program ini. Adakah KBS hanya menjadi “proksi” untuk mereka mengaburi mata mahasiswa/wi di Mesir ini. Saya yakin sekiranya jelas mereka mengatakan ini adalah di bawah Kelab Nadi Umno Mesir, berapa ramai yang akan menyertai program ini.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN PERASMI

Satu jawatankuasa untuk program ini telah dibuat, mesyuarat juga telah berapa kali telah diadakan walaupun di dalam fatrah imtihan berlangsung. Siapa yang terlibat dalam jawatankuasa ini?. Sila lihat :

Berita ini juga telah dimuatkan di dalam laman web kelab Umno Cairo (lihat pautan di bawah).

Berita ini secara jelas telah menunjukkan pegawai MSD terlibat sama untuk menjayakannya. Siapa 3 orang pegawai MSD tersebut?. Program ini akan dirasmikan oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara. Kenapa bukan KBS sendiri yang meramikan program ini? . Bukankah ia di bawah anjuran KBS sendiri?.

TUJUAN/OBJEKTIF PROGRAM

Satu lagi persoalan yang saya timbulkan. Apakah tujuan sebenar program ini diadakan?. Lihat keratan ini :



Satu kunjungan Idris Mastor ( bekas Pengerusi Kelab UMNO Mesir ) ke Pejabat Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara pada 20 Mei 2010, beberapa perbincangan telah diadakan. Apa yang saya tertarik di sini adalah kenyataan beliau berkenaan beberapa objektif yang beliau lontarkan.

“Di dalam perbincangan tersebut, Tuan Haji Idris juga menyatakan sokongan kepada program Karnival Sukan Timur Tengah yang bakal diadakan sekitar Julai ini, kata beliau lagi majlis seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan pertalian sesama pelajar di sana, ia juga dapat menarik minat lebih ramai pelajar menyertai KULN.”

Program KSTT ini akan dijadikan platform untuk menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai KULN?. Inikah tujuan sebenar program ini?.

Daripada berita-berita yang dinyatakan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa kemungkinan besar ini adalah antara “agenda mereka (UMNO)” untuk memastikan seluruh mahasiswa/wi Mesir terlibat dengan politik UMNO!.

CADANGAN

Beberapa cadangan cuba saya lontarkan :-

1- PMRAM perlu menyatakan dengan jelas pendirian mereka terhadap program yang akan diadakan ini setelah bukti-bukti di atas dikeluarkan.

2- Seluruh YDP BKAN tidak perlu memberi kerjasama untuk program ini disebabkan atas dasar UMNO.

3- Satu jawatankuasa juga perlu dibentuk bagi menyatakan bantahan terhadap program ini kerana ia adalah atas dasar Politik UMNO dan bukan daripada KBS.

4- Mahasiswa/wi perlu bersikap tegas dalam menyatakan pendirian mereka untuk tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam program ini.

5- Mahasiswa/wi perlu meneliti dan mengkaji dasar dan tujuan program ini dianjurkan supaya tidak tertipu sepertimana program pada 2007 sebelum ini.

6- Lain-lain cadangan dan komentar…


Pautan untuk rujukan :-

http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=343:sekretariat

http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=389:sekretariat

http://umnocairo.org/index.php?option=com_content&task=view&id=92&Itemid=1

http://jpmk.info/?p=1336
Baca seterusnya

Video Penghasilan Wallpaper PMRAM Termacho - By PMC


Bagaimana nak menghasilkan grafik yang paling macho di dunia yang telah saya postkan sebelum ini? (link).. Di sini terdapat video tutorial yang telah dibuat oleh PMC PMRAM untuk menghasilkan grafik yang macho.. Cuba.. jangan tak cuba..


Baca seterusnya

Wallpaper PMRAM Paling Macho Di Dunia.. - By PMC


Siapa nak tengok design hasil tangan PMC PMRAM.. Di sini saya telah mencopy paste beberapa grafik yang paling macho di dunia yang telah dihasilkan oleh PMC PMRAM, atau singkatan daripada PMRAM Multimedia Center. Ia diambil daripada blog PMC sendiri..

Sila klik di sini (link)




Baca seterusnya

Karya Lagendaseni Bulan Jun : Hormatilah Ayah Dan Ibu

Siapa minat kartun? Saya pun minat,.. Us Nasrul adalah salah seorang kartunis PMRAM yang bergiat dalam penghasilan al Fityan. Di bawah ini, adalah antara karya beliau, sesuai untuk anak-anak, yang dimuatkan di dalam Majalah Kawan (Malaysia)

Oleh : Lagendaseni (link)




Baca seterusnya

16 Maut Komando Zionis Serang Kapal Bantuan Ke Palestin


Sumber : KOSMO (link)

16 maut komando Zionis serang kapal bantuan ke Palestin

31/05/2010 2:13pm

BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.

Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam. – Reuters
Baca seterusnya

Alangkah Bagusnya Kalau Khairi Beradab Sikit..


Oleh : Lagendaseni

Buat pengetahuan ustaz Mujahid. Rabu 26hb ana ke JPMK kerana ada sedikit urusan. Tiba di sana sekitar jam 9.45 pagi. kelihatan ramai pelajar perubatan di tingkat 1 sedang menanti urusan.Ana di maklumkan oleh seorang petugas di sana semua pegawai ada mesyuarat, jadi kena tunggulah!

Sekitar jam 11.00 baru lah kami dapat berurusan dengan Encik Khairi Jalaludin dipejabatnya (sebenarnya memang berharap sangat dapat berusan dengan KJ, nak tengok juga pegawai yang baru-baru ini kecoh dengan pelbagai isu-isu pelajar)

Ana menanti atas kerusi sambil mendengar celoteh2 dari mulut KJ dalam melakukan kerja (amboi ada juga terselit ayat2 cucuk PMRAM... sempat lagi tu) Seorang demi seorang selesai berusan dengan KJ. Tiba giliran ana, ketika itu ada beberapa siswa siswi kebanyakkan pelajar perubatan. KJ minta kad JPMK katanya sesiapa yang tidak mempunyai kad tersebut tidak boleh buat urusan.

Ana maklumkan kepada KJ tidak mempunyai kad tersebut, dengan megahnya dia suruh ana keluar ambil borang kemudian isi berikan kepadanya dengan segera. Cumanya ana terkilan dengan tegurannya dengan begitu angkuh.

Sebenarnya ana tak kisah jika teguran itu dilafaz dengan sopan beradab. Nampaklah sikit teladan yang baik.Jadi pesan ana selepas ini kepada sesiapa yang dijodohkan berurusan dengan KJ bersedialah dari segi mental dan jangan lupa bawa kad JPMK kalau tak ada pun bawa aje kad PMRAM...
Baca seterusnya

Peringatan Buat Akhawat.. Pastikan Keselamatan Terjamin


Oleh : YDP PMRAM Caw. Pahang (link)

Asslamualaikum W.B.T...Salam 'iffah...

Bersyukur kita kepada Yang Maha Menjaga atas segala rahmat dan nikmatnya kepada sekalian makhluk..Selawat dan salam buat Si Dia yang ku mendamba ketemukannya Muhammad S.A.W serta seluruh para keluarga dan sahabat Baginda...

Inginlah saya berkongsi dengan para mahasiswi sekalian di sini tentang isu keselamatan di Bumi Mesir ini yang kian terancam terutamanya buat mahasiswi...Tidaklah saya untuk menghuraikan tentang kes-kes yang pernah berlaku, tetapi sekadar ingin memberi beberapa peringatan dan tips-tips keselamatan kepada saudara/i sekalian terutamanya akhawat...

Kita datang ke Mesir ini adalah untuk menimba ilmu, pengalaman, dan kemahiran, tetapi muta'akhir ini keadaan seolah-olah begitu sukar dan menyulitkan dengan perbuatan-perbuatan yang kurang menyenangkan dari masyarakat yang tidak bertanggungjawab..Cumanya, apakah kita harus menyalahkan mereka 100%.????

Ya...tidak disanggah lagi mereka bersalah atas perbuatan-perbuatan sebegitu, tetapi yang paling penting bagi kita yang diklasifikasikan sebagai "mangsa" ini ialah mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati..Inilah yang akan membantu kita untuk terus selamat dan meningkatkan kemahiran kita dalam meneruskan kehidupan...

Tidaklah saya untuk berceloteh panjang..Di sini akan saya sebutkan sedikit sebanyak tips-tips keselamatan yang telah saya olah terutamanya buat mahasiswi sekalian...

- Keluar di siang hari mestilah tidak berseorangan. Usahalah mencari teman, dan yang diminta untuk menemani pula, janganlah keberatan..

- Lalui jalan-jalan atau lorong-lorong yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. cth : cerah, ramai orang, biasa dilalui, tidak tersorok..

- Keluar di malam hari mestilah berkumpulan, paling kurang tiga orang..Pastikan ada "musyrif"..Bagi musyrif pula, kalau perlu mencari teman untuk membantu, adalah lebih baik dan selamat.

- Jangan keluar atau pulang terlalu lewat pada malam hari kecuali benar-benar terdesak.

- Jangan malu atau teragak-agak untuk meminta bantuan mana-mana "ustaz" sekiranya perlu.
Bawa duit yang secukupnya sahaja ketika keluar, dan bawa alatan-alatan yang perlu sahaja.

- Memakai pakaian yang menutup aurat dan jangan sekali-kali memakai pakaian yang menjolok mata atau hampir menjolok mata atau yang sewaktu dengannya.

- Berusaha untuk menaiki kenderaan awam yang tidak berapa sesak (zahmah).

- Tidak perlu bertandang ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa tujuan yang munasabah. cth : wonderland, city star, fun fair,dll.

- Sekiranya ingin pergi ke sesuatu tempat yang dirasakan perlu ber"musyrif" walaupun di siang hari, maka gunakanlah perkhidmatan musyrif.

- Sebelum keluar dari rumah atau dari mana-mana sahaja, pastikan membaca ayat-ayat pendinding dan berdoa agar Allah sentiasa menjaga kita..Dialah Sebaik-baik Penjaga.

Saya rasa cukuplah sampai di sini sahaj yang mampu saya nukilkan di ruangan ini..Sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini (wal 'iyazubillah), terus hubungi mereka-mereka yang sepatutnya.seperti Exco BKAN atau DPM masing-masing, kawan-kawan, saudara-mara (jika ada)..Bagi mahasiswi pahang, terus hubungi Exco Hewi, atau saya sendiri terus menerus..

Sekian sahaja, baik buruk maaf dipinta..Ambil pengajaran kita bersama..Agar kita semua sentiasa bersiap siaga dan berjaga-jaga..Yang paling utama adalah doa..Kerna Allah adalah sebaik-baik penjaga...

p/s : ayat2 dan doa2 pendinding boleh rujuk dalam Al-Quran, al-ma'thurat, kitab-kitab, atau boleh bertanya kepada sesiapa yang mengetahui..

Mohd Fikri Hamzah.
Yang DiPertua BKMIP 09/10
Baca seterusnya

Jangan Jadi Pemuda Yang Perasan Tua! - Risalah Us Adlan


Siri Risalah Buat Mahasiswa Islam (Siri 1)

Oleh : Us Adlan Mokhtaruddin (link)

"Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!"

Ungkapan ini pernah dilaung-laungkan pada zaman 1960an dahulu. Ungkapan ini juga membuktikan mahasiswa pada zaman tersebut cukup berperanan dalam mengubah sosiopolitik setempat. Lipatan sejarah telah membuktikan bahawa mahasiswa mempunyai kepentingan mereka dalam menjadi agen perubah.

Pepatah arab ada menyatakan

"Pemuda hari ini adalah pemimpin masa depan"

Saya suka untuk mengungkapkan pemuda dengan kalimah mahasiswa..

Islam dan Mahasiswa

Islam meletakkan pemuda di tempat yang tinggi. Barisan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan. Malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. (Kahfi:13)

Keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda. Ini disebabkan pemuda bakal berhadapan dengan kewajipan yang maha banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda, malah di zaman muda ini jugalah amanah yang dipikulkan ke atas bahu mereka itu akan menjadi bertambah berat.

Jika disingkap kembali sejarah, Rasulullah saw dibangkitkan dengan anak-anak muda yang berani menentang arus jahiliyah. Bahkan Baginda saw juga adalah pemuda yang memimpin perubahan. Mereka sanggup menyingsing lengan dan berhadapan dengan penguasa yang zalim. Madrasah Nabi Muhammad saw telah melahirkan ramai pemuda-pemuda dakwah.

Diantaranya Mus`ab bin `Umair, Talhah bin `Ubaidillah, Zubair bin Al Awwam, Saidina Abu Bakar, Uthman bin `Affan dan Arqam bin Abi Arqam. Mereka adalah anak-anak muda yang terasuh dengan semangat kental oleh baginda saw.

Diantara nikmat yang perlu dijaga sebagaimana yang disebutkan oleh baginda saw di dalam hadith adalah nikmat muda. Sabda nabi saw yang bermaksud :

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Pemuda juga adalah golongan yang sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad SAW..

Kebangkitan Mahasiwa seluruh dunia

Sejarah dunia ini dilakarkan warnanya oleh anak-anak muda. Mereka mempunyai kekuatan semangat, cita-cita, keazaman, dan idealisma untuk merubah dan menjadi agen perubah. Jose Rizal lewat karyanya `Noli Me Tangere` (1887) menjadi ikon perjuangan menentang penjajah di Filipina sehingga membawa kepada pembunuhan beliau secara tragis.

Di Cina, tokoh-tokoh kampus seperti Mao Tze Tung, Li Ta Chao dan Cen Tu Shiu menjadi penggerak kepada Peristiwa 4 Mei 1919. Ia berjaya meledakkan kebangkitan komunsime sehingga tertegaknya Republik Rakyat Komunis pada tahun 1949. Begitu juga di Rusia, anak-anak muda kampus melakar sejarah apabila menggerakkan Revolusi Bolshevik 1917 kesan dipengaruhi doktrin komunis.

Negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia turut tidak ketinggalan. Anak-anak muda melatari perjuangan menentang penjajah Belanda. Diketuai oleh Raden Anjeng Kartini dengan gerakan sosialnya, malahan beliau meninggal dunia pada umur yang sangat muda.

Siapa yang tidak mengenali, Soekarno merupakan pemimpin mahasiswa dinamis keluaran Kolej Teknologi Bandung. Pidatonya yang memukau telah membangkitkan semangat anak-anak muda untuk berjuang dan berkorban di bawah panji `sang saka Merah putih` seterusnya memimpin perang Revolusi 1945 sehingga membawa kepada kemerdekaan Indonesia. Satu lagi gerakan yang dominasi di Indonesia ialah angkatan muda dalam Majlis Syura Muslimin (MASYUMI) yang meniupkan semangat jihad kepada anak-anak muda untuk menentang penjajah dan menegakkan syariat Islam di Indonesia.

Di Mesir, tokoh seperti Syeikh Muhammad Abduh yang berlatarkan Universiti Al Azhar mengembangkan idea `Pan Islamisme` berhadapan dengan pemecatan beliau dari Universiti tersebut akibat aura Pan Islamisme yang mengancam hegemoni Barat yang sedang menguasai Mesir.

Hassan Al Banna (1906-1949) juga masih muda ketika menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin di Ismailiah pada 1928 sehingga ianya sangat fenomenal pada abad ke 20. Pada tahun 1933, pusat gerakan IM dipindahkan ke Kaherah untuk menyebarkan pengaruh kepada seluruh mahasiswa seluruh dunia yang menuntut di Al Azhar. Ternyata ianya berhasil apabila fikrah Ikhwan dan idea perjuangan mereka dibawa ke negara masing-masing.

Bumi bertuah Malaysia turut melalui zaman kegemilangan tersebut. Lepasan Al Azhar yang pulang ke tanah air menjadi nadi utama dalam membebaskan Tanah Melayu pada ketika itu dari penjajah.

Syed Syeikh Al Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Abbas Kali diantara yang mempelopori gerakan pada masa itu. Dr Burhanuddin Al Helmi turut mewarnai politik Malaysia apabila melonjakkan momentum perjuangan kemerdekaan Tanah melayu. Kepulangan beliau dari India membawa bersama idealisme tokoh-tokoh nasionalis di sana. Kritikan bernas beliau terhadap Inggeris menerusi akhbar Taman Bahagia menyebabkan belia dipenjara pada tahun 1937.

Di beberapa negara lain seperti Thailand, Burma, Afghanistan dan Algeria, masing-masing menyaksikan peranan mahasiswa yang cukup besar dalam membentuk sosio politik sesebuah negara. Apabila ada pihak yang cuba menafikan peranan mahasiswa, barangkali mereka ini buta sejarah.

Akan bersambung....
Baca seterusnya

Apabila Kesusahan Itu Dianggap Besar, Maka Tidak Kelihatanlah Penyelesaian - HAMKA


sumber : Syeikh Mujahid (link)

Assalamualaikum Warahmatullah…

Sidang pengikut, pendengar yang budiman…

Di dalam sebuah riwayat, ketika Rasulullah S.A.W sedang keluar daripada kamar baginda menuju ke masjid, yang mana waktu itu matahari berada sepenggalah. Kebiasaanya, para sahabat Baginda akan berada di luar untuk bekerja, cumanya terdapat beberapa orang sahaja yang menunaikan solat Dhuha dan sebagainya. Lalu, Baginda S.A.W ternampak seorang anak muda yang sedang duduk di tepi sebuah tiang masjid dalam keadaan yang muram.

Lalu rasulullah S.A.W mendekatinya dan bertanya

“Wahai anak muda, mengapa kamu berada di sini dan mengapa wajahmu di dalam keadaan sebegini”

Lalu dijawab olenya,

“Wahai Rasulullah S.A.W, susunguhnya aku dibelenggu masalah hutang. Aku masih belum mampu membayarnya, sedang waktu perjanjianku sudah hampir dekat”

Maka, rasulullah S.A.W memberitahu kepadanya

“Wahai anak muda, mahuukah kamu sekiranya aku memberikan satu doa agar kamu baca di waktu pagi dan petang, dan ia akan menyelesaikan segala hutangmu”

Maka, anak muda tadi tersenyum gembira dan meminta agar dibaca doa tersebut kepadanya.

Lalu, Rasulullah S.A.W membaca doa di bawah ini:

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن , وأعوذبك من ألعجز والكسل , وأعوذ بك من البخل والجبن , وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال .

Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-mu daripada kesusahan dan dukacita, dan aku berlindung daripada-Mu daripada sifat lemah dan malas,aku berlindung daripada-Mu daripada bakhil dan pengecut,dan aku berlindung daripada-Mu daripada pengaruh berhutang dan penguasaan orang lain ke atas diri”

Lapan Penyakit inilah perlu kita mohon agar dijauhkan daripada diri kita, kerana ia menjadikan kehidupan kita sentiasa dilanda masalah dan jalan yang kita lalui sentiasa gelap.

Kesusahan

Apabila telah susah, fikiran akan terasa gelap dan buntu. Fitrah dunia ini, kita tidak hanya mendaki jalan yang datar, tetapi kadang-kadang kita berenang, kita melompat, kita menyeberang dan sebagainya.

Perkara ini merupakan jalan yang perlu ditempuhi oleh setiap orang. Jika, ia merasa besar soal kesusahan itu maka ia pastinya tidak akan nampak jalan di depannya. Yakinlah bahawa setiap perkara ada jalan penyelesaiannya.

Dukacita

Berlindunglah daripada Allah S.W.T daripada sifat dukacita seperti kehilangan barang yang dikusai, kematian orang yang disenangi, bahaya yang datang tiba-tiba, barang yang hilang dan sebagainya. Kalau kesusahan telah sebabkan fikiran kita kusut, maka jalan yang kita tempuhi pastinya gelap.

Lemah

Iaitu lemah fikiran, tiada kekuatan lagi. TIada inisiatif lagi untuk melakukan sesuatu, hanya berserah. Belum lagi melakukan sesuatu hati telahpun kusut, sedangkan jika cuba diselesaikan, Insyaallah.

Malas

Kalau sudah malas, apa yang boleh dikatakan lagi. Ingin itu dan ini, tetapi ikhtiar tidak ada. Ada pepatah orang tua-tua ketika zaman penjajahan dahulu

“Mati Belanda kerana pangkat, mati Cina kerana kaya, maka Kelin kerana makanan, mati Melayu atau Indonesia kerana angan-angan”

Berangan-angan, tetapi malas. Orang yang malas itu longlai saja jalannya, suram saja pandangannya, tak jauh memandang.. itu penyakit yang perlu dijauhi.

Bakhil

Ini lebih berbahaya lagi. Dikumpulnya harta banyak-banyak, dengan maksud untuk menguasai hata itu, hakikatnya harta itu telah menguasainya. Siang dan malam hanya duduk mengumpul harta, akhirnya tiada faedah yang didapatinya. Seingat saya, dalam tahun 40-an, ketika saya masih tinggal di Medan, ada seorang kaya yang suka mengumpul harta.

Terkenal kaya di medan dengan puluhan rumah yang disewakannnya. Dia berjalan di jalan dengan payung satu, sedangkan orang lain telah pun pakai mobil (kereta). Maka, anaknya ambil pelung daripada kekayaan ayahnya.

Lalu ditanya orang

“Tuan, anak tuan telahpun pakai mobil (kereta), sedangkan tuan masih berjalan kaki.”

Lalu dijawab oleh si bakhil tadi,

“Saya anak orang miskin, anak saya anak orang kaya”.

Begitulah, dia bukan mencari harta untuk keperluannya, tetapi adalah untuk dikuasai oleh hartanya.

Pengecut

Yang ini lebih teruk. Pengecut ini menjadikan separuh daripada kehidupan manusia dalam kebimbangan. Ada pepatah menyebutkan

“kalau dikau berniaga, kalaupun engkau tiada modal, maka berani itulah modal terbesar”

Sesuai dengan pepatah Melayu atau pepatah Indonesia lama,

“Putuslah tali layang-layang, robek kertas tentang bingkai, hidup jangan mengepalang (tanggung-tanggung), tidak kaya, berani pakai"

Keberanian itu adalah modal. Sebab itu, kalau orang rugi berniaga, itu belum bermakna rugi, yang penting berani, kerana kadang-kadang perniagaan itu rugi. Tetapi. Kalau keberanian hilang, maka separuh daripada perniagaan sudah hilang.

Kalau kekayaan besar, tetapi kepercayaan tiada, maka seluruhnya telah hilang. Walaupun berjuta yang tinggal dalam tangan, kalau orang tidak percaya, apa lagi ertinya. Sebab itu yang pertama sekali keberanian menghadapi hidup.

Pengaruh Hutang

Itulah yang melanda anak muda yang duduk di anjung masjid tadi. Sebab itulah rasulullah bersabda

“Berwaspadalah agar jangan berhutang, hutang itu menjadi kesusahan pada malam hari, kehinaan pada siang hari”

Boleh itu memang boleh juga berhutang, tetapi kalau keberanian tidak ada, keberanian itu membuka jalan untuk membayar hutang. Tetapi kalau pengecut, susah untuk bayar hutang. Sebab itulah nabi mengingatkan agar berjaga-jaga dengan hutang, kerana susah memikirkan hutang dan mata tak mahu tidur.

Maka jadilah kehinaan pada siang hari, badan berasa hina, tak berani keluar daripada rumah. Bandar Jakarta yang begitu besar, dengan jalan yang pelbagai, tetapi kerana hutangnya, maka tersekat jalannya kerana hutangnya. Sebab itulah, hutang itu menjadikan kesusahan untuk tidur, dan malu apabila siang hari, takut ditanya oleh orang.

Pengaruh orang lain ke atas diri

Iaitu tidak punyai kemerdekaan diri kerana terlalu banyak terhutang budi kepada orang, sehingga mulut tidak boleh bercakap lagi dan ditekan oleh terhutang budi kepada orang lain. Inilah yang disebut kepada anak muda yang duduk di masjid tadi.

Maka, dapatlah kita mengambil pedoman dalam kehidupan kita sendiri,bahawa yang lebih penting adalah kemerdekaan jiwa. Kalau sekiranya, di dalam Negara yang telah merdeka, kita melaungkan kemerdekaan di mana sahaja kita pergi, namun ramai orang yang lupa, negaranya telah merdeka, dirinya sendiri yang terjajah, bukan Belanda kerana ia sudah lama beredar daripada Negara kita, bukan juga bangsa yang lain, tetapi penjajahan yang datang daripada sifat yang lemah yang kita katakan tadi.

Kalau kesusahan yang kita turutkan, maka jalan kita akan menjadi buntu. Sentiasa susah pagi, petang dan malam. Padahal, pangkal dari kesusahan itu bukan dari luar, tetapi dari dalam jiwa kita sendiri.

Yang kedua, dukacita. Saya teringat pantun Melayu atau Indonesia yang berbunyi “Kalau berbiduk jangan bermenung, kalau bermenung riak pun tiba, kalau duduk termenung, kalau termenung hati pun hiba”. Kalau hati telah hiba, jalan pun kusut. Ada juga pepatah orang tua kita “Hati yang marah mendorongkan, hati yang hiba menjauhkan”. Sebab itu, haruslah kita bersedia untuk membesarkan jiwa kita sendiri.

“مرفوع الراس , موفور الكرامة “

Kepala terangkat, harga diri terjaga.

Seterusnya, malas dan lemah. Kenapa lemah sahaja? Kelemahan ini ada juga kerana penyakit. Kalau perlu, pergilah kepada doktor, Psikitari. Kerana kelemahan ,jiwa, kemalasan, yang mana pangkalnya daripada jiwa, maka ahli-ahli ilmu yang mendalam pengetahuannya yang tahu tantang hubungan rohani dan jasmani, sehingga timbul ilmu yang dinamakan Psikoterapi, yang menganalisis jiwa daripada puncanya sehingga timbul malas dan lemah.

Kita perlukan kuatnya pemikiran, kerana apabila adanya jiwa yang besar, maka segala pekerjaan dilihat kecil, tetapi jika jiwanya kecil, maka segala pekerjaan yang kecil dilihat besar.

Seterusnya, kita berlindung daripada sifat Bakhil. Menerima mahu banyak, mengeluarkan paling sedikit. Dia anggap sebagaimana saya katakan tadi, menguasai harta. Akhirnya tidak dia sedari, bahawa harta itu menguasainya. Kerjanya hanya kumpul harta. Apabila dia meninggal, tinggalkan semua harta, dan si anak mulalah berebut hartanya. Nikmatnya orang lain yang rasai, dia sengsara.

Apatah lagi orang yang pengecut, disangka pohon yang bergerak di malam hari itu hantu, dan pengsan kerana berlari terlalu kuat sebab pengecut. Padahal di dalam keterangan Agama, orang yang beriman kepada Allah itu ialah sebagaimana firman-Nya

“Jangan engkau merasa lemah, jangan merasa dukacita, jangan merasa pengecut, dan kamu tinggi di sisi Allah jika kamu beriman kepada Allah S.W.T”.

Dengan iman kepada Allah S.W.T, kita melihat alam, dan dalam kekecilan alam itu, Allah S.W.t yang Maha Besar. Inilah pokoknya.

Kemudian pada nombor tujuh, kita berlindung kepada Allah daripada pengaruh hutang. Alangkah kecilnya jiwa orang apabila telah berhutang, maka apabila tidak mampu membayar hutang, timbullah kecil hati kerana malu.

Yang kelapan, sebagaimana telah kita huraikan tadi, adalah pengaruh orang lain kepada diri kita, sehingga tidak berani lagi menyatakan kebenaran, tidak berani menyebut yang hak. Kita tidak berani kerana banyaknya terhutang budi pada orang. Walaupun telah jelas perbuatan orang itu salah, kita tidak berani lagi menyebutnya.

Maka, timbullah dalam masyarakat apa yang disebut di dalam bahasa arab sebagai “Munafiq” iaitu lain di mulut, lain di hati. Di hati mengatakan salah, tetapi di mulut mengatakan perbuatan orang yang salah itu betul. Ini kecelakaan yang nombor lapan. Kita berlindung daripada Allah S.W.T supaya kita dilepaskan daripada pengaruh orang sehingga tidak berani lagi mengatakan kebenaran padahal di dalam hadith disebutkan:

“ قل الحق ولو كان مرا “

maksudnya katakanlah yang benar itu walaupun ianya pahit.

Di bibir memang mudah menuturkan, tetapi jika hati sudah tertutup, tidak berani menyebutkannya lagi.

Para pengikut sekelian, itulah lapan perkara yang diingatkan, diajarkan, dan disuruh hafal oleh Nabi kepada pemuda yang duduk termenung di tepi masjid itu tadi. Lalu, dia fahami, dibaca setiap pagi dan petang, lalu timbul semangat dan kekuatan yang baru. Langit kelihatan bercahaya, bintang berkelip-kelip, dan beliau nampak kehidupannya. Maka, beliau kembali kepada Nabi dan mengucapkan syukur kerana hutangnya telah berjaya dipulihkan.

Moga-moga ianya jadi pedoman bagi kita kaum Muslimin. Jika terjadi salah satu daripada perkara yang lapan di atas, maka bacalah doa ini pagi dan petang. Jangan lupa berusaha, tidak cukup dengan hanya berdoa. Berusaha dan berdoa, Allah S.W.T akan membuka pintu Rahmat-Nya, memberikan nikmat yang berlipat ganda, sehingga sesuatu di kiri dan kanan kita akan menjadi inspirasi dan motivasi untuk maju ke depan.

Saudara-saudara yang saya muliakan, moga-moga pengaruh daripada doa ini masuk ke dalam diri saudara dan saudara menjadi orang Muslim yang merdeka dan sejati. Sekianlah pandangan saya, moga-moga ada manafaatnya bagi para pendengar yang tercinta.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Diadaptasikan oleh penulis daripada rakaman pengajian Prof Hamka yang bertajuk “Pegangan Hidup”
Baca seterusnya

Liqa Mahabbah : Presiden PMRAM Turun Ke Syoubra

Sumber : PMRAM.org (link)
gambar : Ridzuan Adzemi (link)






Shoubra - 29 Mei - Dewan Perwakilan Mahasiswa (MAQAZ) Shoubra telah mengadakan Majlis Perasmian Liqa’ Mahabbah 2010. Majlis tersebut telah diadakan pada jam 6.30 petang yang dihadiri oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime bersama Naib Presiden 2 merangkap Lajnah Muhafazah, Saudara Mohamad Azlan bin Haji Alias.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh Pengerusi Majlis serta diteruskan dengan ucapan Pengarah Program Musim Panas 2010, Saudara Ahmad ‘Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra, Saudara Naim bin Hasan serta ucapan perasmian oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Sharizan bin Mohd Hazime.

Dalam ucapan perasmian, Presiden PMRAM banyak membicarakan tentang krisis mahasiswa dibumi Mesir iaitu mempertahankan hak dan maruah. Beliau juga menyeru supaya berakhlak dengan akhlak islamiyyah yang sebenar. Beliau juga menyebut tentang 24 protokol yang telah dicipta oleh Zionis terhadap dunia dan perkara ini benar-benar terjadi pada zaman sekarang. Salah satu daripada 24 protokol itu ialah :

"Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak kepada kekuatan. (rujuk Protokol-Protokol Mesyuarat Para Pimpinan Ilmuan Zionis)” ujar Presiden PMRAM.

Beliau juga mengaitkan protokol Zionis ini dengan situasi mahasiswa Mesir sekarang dan juga menghuraikan tentang kepentingan mempertahankan hak dikalangan mahasiswa.

Majlis perasmian diserikan dengan tayangan daripada Adhoc LIMA ’10 yang kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Presiden PMRAM dan dif tetamu jemputan.

Sebagai pembuka kepada Program Lima 2010, mahasiswa Shoubra disajikan dengan program pertama daripada program-program Lima 2010 iaitu Talk Show Bait Muslim. Kira-kira 100 orang telah membanjiri Dewan Ibnu Jazari. Talk Show Bait Muslim telah dipengerusikan oleh Saudara Amar bin Jusoh, mahasiswa Tahun 1 dan menampilkan ahli panel yang tidak asing di kalangan mahasiswa Mesir iaitu Saudara Hairul Nizam bin Mat Husain bersama isterinya dan Saudara Hakimi bin Hussein.

Majlis kemudiannya disajikan dengan tayangan berkaitan dengan Bait Muslim sebelum berakhir dengan penyampaian hadiah kepada ahli panel yang terlibat. Turut hadir pada majlis tersebut Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM bersama Saudara Azlan bin Haji Alias Naib Presiden II selaku Lajnah Muhafazah. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM dan Pengarah Program Talk Show Bait Muslim , Saudara Zul Fakaar bin Mat Ghani
Baca seterusnya

30 May 2010

Mahasiswa Indonesia Menerima Anugerah PhD Bidang Akidah Falsafah



Pada 12 Mei baru-baru ini, seorang mahasiswa Indonesia telah dianugerahkan pangkat Doktor Falsafah (PhD) oleh Universiti al Azhar (syaraful ula) dalam bidang Akidah dan Falsafah. Beliau bernama Ustaz Khalid yang sudah pun berkahwin, dan mempunyai beberapa orang anak.

Saya mula-mula kenal beliau ketika mewakili PMRAM di Dialog Antarabangsa 16 Buah Negara yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Dan Mahasiswa Indonesia (PPMI). Slot pertama telah diisi oleh 4 orang pembentang utama.

Salah seorang pembentang adalah beliau, yang mewakili negara-negara Indonesia, Singapura, Malaysia dan negara-negara berhampiran. Sila rujuk berita tersebut di sini (link).

Baru-baru ini, saya sekali dipertemukan dengan beliau, yang baru sahaja selesai munaqasyah Risalah Dukturah (PhD) pada 12 Mei, dan beliau telah dianugerahkan Syaraful Ula (tahap paling tinggi).

Sepertimana yang disebutkan, beliau adalah Fakulti Usuluddin, Akidah dan Falsafah. Yang merupakan kos yang paling serabut dan pening. Motivasi buat diriku yang juga menuntut di kos yang sama.

Musyrif bagi risalah PhDnya ialah Dr Hassan Mahram, yang mengajar saya Kitab Syarah Mawaqif pada tahun 3. Beliau adalah salah seorang Doktor pensyarah al Azhar yang buta, tetapi hafal kitab Syarah Mawaqif karangan Syarif al Jurjani, setebal 8 jilid (cetakan Maktabah Darul Kutub Misriyyah).

Us Khalid cukup terkenal di kalangan sahabat-sahabat daripada Indonesia. Beliau akan pulang menyampaikan Islam ke Indonesia pertengahan Jun ini. Semoga artikel ini dapat memberi motivasi kepada pembaca sekalian.

Tak mustahil untuk mendapat anugerah PhD al Azhar, walaupun dalam kos yang dikatakan "hardcore" iaitu Akidah dan Falsafah. Motivasi buat semua!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Mahasiswa Perlu Bijak Fiqh Muwazanat - Abezuh


Oleh : Abezuh (link)

Dalam fiqh muwazanat ada menyebabkan unsur utama bagi bab muzawanat ialah 3 perkara :

1- Pertembungan antara 2 masalahat

2- Pertembungan antara 2 mudharat

3- Pertembungan antara maslahat dan mudharat

justeru, ketiga-tiga perkara ini, penekanan mesti diberikan agar objektif di dalam suatu perkara dapat disempurnakan dengan baik.

Saya amat tertarik dengan kenyataan yang diberikan oleh Presiden PMRAM 2010, Saudara Shahrizan di dalam menghuraikan krisis mahasiswa : pertahankan hak dan maruah. Mengapa isu ini timbul? adakah mahasiswa masih mandom dalam bangkit menyatakan hak mereka walaupun dicabuli oleh pihak ZALIM berulang kali?

Ya..dan memang Ya...

Tidak dinafikan bahawa ada yang bangkit, namun tidak mencukupi. Akhirnya dek kemalasan dan sifat rice cooker yang ada pada jiwa masing-masing menyebabkan suara kebenaran masih sepi.

Dr Yusof al-Qardhwai ada menyatakan di dalam website beliau ketika menghuraikan ilmu dan agama. Beliau menjelaskan kembali mengapa Imam Ghazali ketika dahulu mengkritik umat Islam yang asyik berlumba-lumba mendalami ilmu Fiqah sehingga melupakan perkara yang lain.

Lihat sahaja zaman tersebut, semua bidang lain dikuasai oleh bangsa Yahudi sehingga pakar perbidanan juga ditangan yahudi, akhirnya umat Islam akan kalah dan tunduk disebabkan salah pertimbangan di dalam memilih 2 maslahat yang berada di depan mata.

Lihat situasi begitu juga berlaku di zaman kita. Saudara Presiden PMRAM juga pernah mengingatkan semua mahasiswa, bahawa angka mereka yang bertalaqqi dengan angka yang melakukan maksiat..kedua-dua meningkat saban tahun... namun mengapa masalah sosial semakin menular terjadi..bukankah sepatutnya semakin ramai yang menuntut ilmu, maka maksiat semakin dibendung..

Saya menambah hasil pemerhatian daripada fenomena tersebut ialah mahasiswa kurang bekerja. Terlalu kurang tenaga di dalam membantu pihak yang sedang melakukan amal makrif nahi mungkar.. berlaku sebagaimana di zaman Imam Ghazali yang mana umat Islam terlalu asyik berlumba-lumba mendalami ilmu Fiqah sehingga terlupa urusan yang lain.

Jelas, apabila bertembung 2 maslahat, mahasiswa masih kurang mahir di dalam memilih atau mendahulukan yang mana perlu di dahulukan. begitu juga apabila bertembung 2 mudharat, masih ramai yang sanggup membiarkan mudharat yang umum tercetus semata-mata mencapai maslahat peribadi.

Dr Yusof Al-Qardhawi juga menambah di dalam ruangan tersebut bahawa, tidak memadai umat Islam menguasai bidang-bidang tertentu namun masih dikalahkan oleh pihak Yahudi dan lawan. Adakah tuntutan fardhu kifayah tadi terangkat dengan semata-mata ada minoriti umat Islam tetapi dalam masa yang sama 1000 Yahudi menguasai bidang tersebut?

Ini adalah gambaran yang terjadi sekiranya fiqh muwazanat tidak dikuasai, akhirnya mahasiswa yang belajar ilmu agama tidak tahu menilai maslahat dan mudharat. Bagi saya, ini fenomena yang sangat berat dan dahsyat yang berlaku ke atas mahasiswa Islam dan pejuang agama Allah ekoran fiqhul khamsah ditinggalkan. akhirya akan melahirkan ulama yang membisu dan ulama rice cooker..

P/S : Bp Adlan bersungguh-sungguh di dalam mengembalikan fikrah mahasiswa kita di dalam memahami fiqhul khamsah ini..doakan usaha murni tersebut agar diberkati dan berjaya...
Baca seterusnya

Karnival Sukan Program Anjuran Kelab UMNO? Atau Program Kerajaan?



Erm.. saya menerima lagi buat kali ke berapa entah, email daripad Pedas Cili tentang Karnival Sukan. Sebelum ini juga tentang kisah yang sama. Saya menantikan penjelasan daripada mana-mana pihak, yang boleh memberi penjelasan.

Salam,

Untuk pengetahuan Ustaz Mujahid, mesyuarat Kelab UMNO bersama Encik Jamil, Encik Khairi dan Warden ARMA (pun join sekali) telah membincangkan tentang Karnival Sukan yang akan diadakan pada Bulan Julai nanti. Masalah yang paling teruk saya lihat ialah, mesyuarat ini tidak melibatkan Encik Saiful yang merupakan individu tertinggi.

Bukan setakat itu sahaja, Encik Saiful telah dibelakangkan oleh mereka. Ia berpunca apabila Encik Saiful inginkan program ini diadakan di Kaherah. Namun, beberapa orang tertentu tidak setuju, dan orang ini membuat kertas kerja lain, dengan membelakangkan Encik Saiful. Jadi, perancangan baru ini dibuat tanpa Encik Saiful.

Beberapa orang masih berkeras untuk mengadakannya di bawah nama Kelab UMNO Kaherah, sedangkan ia sepatutnya program tersebut under kerajaan. Mereka akan cuba mengaburi mata semua orang, bahawa program ini di bawah Kementerian Beliau dan Sukan, hakikatnya ia adalah di bawah Kelab UMNO Kaherah.

Saya harap, email saya ini dapat disiarkan, supaya mengelakkan pelajar daripada terkeliru.

Kepada para pembaca, sekiranya ada sesiapa yang boleh menjelaskan perkara ini? Persoalan saya, Karnival Sukan pada Bulan Julai nanti, di bawah anjuran siapa? Adakah Kelab UMNO Kaherah? Atau Kementerian Belia dan Sukan?

Persoalan seterusnya, sekiranya benar ia anjuran Kementerian Belia dan Sukan, kenapakah YDP-YDP dan PMRAM tidak dijemput masuk dalam mesyuarat tersebut? Erm.. Kalau benar ia di bawah anjuran Kelab UMNO Kaherah, saya persilakan untuk nyatakan bahawa ia adalah anjuran Kelab UMNO secara jelas.

Siarkan di dalam iklan dan poster, bahawa program ini anjuran Kelab UMNO Kaherah (sekiranya ia benar-benar di bawah kelab umno). Pada 2007, disangka program kerajaan, rupa-rupanya tertera logo UMNO. Kami rasa semacam tertipu.

Ini sekadar persoalan. Kalau ada sesiapa yang sudi merungkaikan kemelut ini, silakan. Mohon maaf, ID Anonymous tidak diizinkan untuk digunakan di dalam blog ini. Perlu berani dengan kalam sendiri..

Untuk membaca artikel sebelum ini, sila klik di sini (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

23% Mahasiswa Sudah Bersedia Menghadapi Peperiksaan

Di dalam blog PMRAM Cawangan Kelantan (KPKM), telah menyiarkan keputusan undian berkenaan persediaan mahasiswa untuk menghadapi peperiksaan. Keputusannya boleh dilihat di bawah




Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung laman blog yang telah bersama-sama membuang "undi" bagi poll yang telah kami sediakan ini. Poll ini telah dibuka pada 14.5.10 dan ditutup pada 28.5.10 (15 hari). Ia diundi secara rawak oleh sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini. Pihak kami menyediakannya supaya dapat mengadakan tinjauan "rawak" dalam persoalan tertentu yang dirasakan sesuai untuk dibawa kepada pengunjung blog ini khasnya.

Dengan tamatnya "undi" bagi poll ini, kami membuka kepada anda untuk sebarang komentar terhadap persoalan yang dikemukakan iaitu "Berapa peratuskah kini anda bersedia hadapi peperiksaan?". Sila tinggalkan komentar anda diruang yang telah disediakan. Jadi, apa kata anda?
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal