15 July 2011

Mari Kenali JPMK Yang Bermasalah

Sebelum ini, saya telah meletakkan post tentang berita yang dipetik daripada Harakahdaily, yang menceritakan tentang Jabatan Penuntut Malaysia Keherah (JPMK) atau nama barunya Education Malaysia (EM).

Di bawah ini adalah carta organisasi JPMK..



Di bawah ini pula adalah salah satu daripada ratusan perangai hodoh pegawai JPMK @ EM



Di ruang bawah blog ini, pada kolum "MESIR" dan kolum "KELIRU", termuat beberapa isu yang berkaitan dengan JPMK atau EM yang semakin hari semakin membusuk. Sila layari. Tidak dinafikan, bukan semua pegawai yang bermasalah. Tetapi, ada beberapa tangan busuk di kalangan mereka, yang membusukkan nama JPMK atau EM.
Baca seterusnya

JMPK atau EM, Jangan Jadi Keldai UMNO

Sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Kerajaan Malaysia supaya bersikap profesional dalam menyantuni pelajar-pelajar yang bersama-sama menyokong rakyat Malaysia di Kuala Lumpur serta 25 bandar utama seluruh dunia yang berhimpun menuntut 8 tuntutan rakyat bagi pilihanraya yang bersih dan adil.

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) di Kaherah yang mengancam dan mengugut mereka yang berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah Sabtu lalu untuk menarik balik pemberian zakat dan biasiswa mereka.

“Sedangkan pada hemat kami, para pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara tidak terikat terhadap sebarang undang-undang rimba Malaysia terutamanya Seksyen 27 Akta Polis seperti mana di Malaysia yang melarang lebih 5 orang berkumpul tanpa permit,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh JPM jelas sekali berbau politik dan berbentuk ugutan yang sama sekali tidak berasas sedangkan pemberian zakat kepada para pelajar kita bukanlah berasaskan kepada politik dan baju yang dipakai oleh pelajar tetapi berdasarkan asnaf dan hukum.

Justeru, ujarnya Pemuda PAS mencabar JPM untuk menarik pemberian zakat kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang menghadiri himpunan Bersih di Kaherah baru-baru ini sekiranya mereka benar-benar ingin menjadi keldai kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tambahnya, kenyataan dangkal oleh Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Aziz Mamat kelmarin juga sangat dikesali yang jelas sekali pentadbiran YT sangat mentah dalam memahami undang-undang dan peraturan negara kita.

Beliau berkata, Pemuda PAS bersama-sama pasukan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi DPPM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan jika JPM dan mana-mana pentadbiran kerajaan negeri seperti YT yang bertindak memberhentikan pemberian zakat dan pinjaman terhadap pelajar.

“Kami juga ingin tegaskan bahawa rakyat Malaysia di luar negara tidak terikat terhadap mana-mana peraturan dan undang-undang Malaysia yang bersifat subjektif,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat.

Beliau menambah, rakyat Malaysia perlulah menghormati dan mematuhi undang-undang yang diguna pakai oleh kerajaan di mana mereka berada ketika di luar negara.

Pemuda PAS, katanya menyanjung tinggi rakyat Malaysia di luar negara yang bersama-sama Bersih 2.0 di Malaysia yang menzahirkan memberi sokongan dan tuntutan yang sama kepada Kerajaan Malaysia.

Tambahnya, tindakan profesional pihak berkuasa tempatan luar negara seperti di United Kingdom dan Australia juga patut dipuji yang mengeluarkan permit dan membantu menjaga keselamatan peserta yang menghadirinya.

Begitu juga, ujarnya pihak berkuasa di negara-negara lain seperti di Mesir, Taiwan, Jepun dan Indonesia serta 20 negara yang lain yang membenarkan rakyatnya berkumpul dan menzahirkan isi hati mereka.

Katanya lagi, tindakan profesional itu adalah manifestasi terhadap konsep demokrasi yang diamalkan dan yang didukungi oleh dunia dewasa ini.

Menurutnya, konsep Hak Asasi Manusia yang disepakati bersama perlulah didokongi bersama oleh terutamanya kerajaan Malaysia.


p/s : Kalau nak lihat Laman Web Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) atau EM sila klik di bawah

WEB JPMK (SILA KLIK)
Baca seterusnya

Dibuang Universiti Kerana Anjur Bersih 2.0 Di Mesir

Sumber : allgreenislamic.blogspot.com



Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra dikalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini.




Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.




Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.




BERSIH 2.0 UK




BERSIH 2.0 San Franscissco

Apa yang salahnya dengan penganjuran Bersih 2.0 di Mesir atau diseluruh dunia? Walhal ia dilaksanakan untuk menyokong dan menuntut kearah sistem pilihanraya yang bebas dan lebih adil. Malah, ia dilaksanakan dengan aman dan tiada sebarang provokasi dan kekecohan. Maka, dimana atau atas alasan apa beliau dihukum? Jika dikatakan menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong, dimana lafaz atau tindakannya yang menderhaka? Dalam titah Yang DIpertuan Agong sendiri tiada kenyataan dikeluarkan melarang perhimpunan Bersih, tetapi baginda hanya menasihatkan bahawasanya himpunan/demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.




Seluruh dunia melihat, bahawa keburukan dan kekecohan itu berlaku adalah disebabkan provokasi polis dan menggunakan kekerasan. Walaupun perdana menteri cuba menafikan dengan mengatakan polis hanya menggunakan tindakan yang paling minimum keatas demonstran dalam temubualnya dengan CNN dalam rangka lawatan ke UK semalam. Tenyata, kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi, semua mata memandang dan mengatakan bahawa tindakan polis dan FRU adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia. Jika tidak, masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyelar tindakan kerajaan Malaysia dalam menyurai dan mengendalikan himpunan aman Bersih baru-baru ini.




Sepatutnya kerajaan menggunakan peluang himpunan bersih 2.0 sebagai satu peluang dan menambah kredit bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang adalah terbuka dan rasional dalam memberikan hak kepada semua rakyat seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan negara, hak setiap warganegara untuk berhimpun secara aman dan bebas bergerak diseluruh negara. Tetapi, kerana ketakutan yang amat terhadap tuntutan bersih, kerajaan tidak nampak peluang dan ruang yang boleh mereka ambil daripada perhimpunan aman tersebut.




Kami berharap kerajaan Malaysia tidak sebodoh itu dan menarik balik tindakan kurang cerdiknya hanya kerana seorang rakyat menuntut hak agar diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Ayuh sahabat-sahabat sama-sama kita mendoakan agar mereka yang dizalimi mendapat pembelaan dan mereka yang zalim Allah beri hidayah atau hancurkan mereka.

Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga" maka dengan tindakan menyusahkan serta ingin menyekat orang ingin menuntut ilmu hanya kerana perbezaan fahaman politik, seolah-olah ia menolak tawaran syurga daripada Allah subhanahu wataala. Maka, lawan kepada syurga adalah neraka.

Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang di zalimi". Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”. Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” (H.R. Al-Bukhari)

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga

Jika demonstrasi aman sebegini pun dikata tindakan yang memalukan negara, hingga dibuang universiti. Lebih baik kita buat huru hara sungguh, biar tindakan buang universiti tersebut setimpal dengan tindakan yang dilakukan. Jangan cabar anak muda untuk melakukannya. Kami mampu merusuh, menyerang kedutaan, tetapi kami tidak mahu lakukan, sebab kami tahu bukan sebegitu yang Islam ajar dan kami masih ada pertimbangan yang rasional dan menghormati adab tingkah laku sebagai seorang mahasiswa Islam. Dan yang paling penting perlu difahami adalah kami bukan menentang kerajaan, kami sekadar mahu penambah baikan dalam sistem piliharaya negara. Tanda cinta dan semangat patriotisme kami anak Malaysia.
Baca seterusnya

12 July 2011

Gambar : BERSIH 2.0 Di Mesir

Video : SILA KLIK

Gambar oleh Amin Menulis

Kelihatan En Zul, Pegawai EM (JPMK) yang menafikan hak mahasiswa, berpakaian biru dan berkolar kuning, turut hadir. Tengok je la, nak halang takda kederat.

Sedang menunggu ketibaan rakan-rakan

Dari atas

Pun dari atas jugak

Ketibaan geng-geng motor

Us Hairul bersama anak perempuannya

Jersi kuning pun jadila..

Smart
Baca seterusnya

11 July 2011

Kaji Selidik Terhadap Anak Muda Kita

Golongan muda Islam Malaysia secara umumnya keliru dan mendukung pandangan yang saling berkontradiksi.

Mereka antaranya didapati tidak minat politik namun mempunyai harapan tinggi terhadap demokrasi, demikian dirumuskan dalam pembentangan kajian terhadap harapan golongan tersebut.

Golongan ini juga lebih suka sekiranya undang-undang hudud digunakan bagi menggantikan perlembagaan – antara hasil kajian oleh Merdeka Centre yang dibincangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Lebih 71 peratus daripada warga muda ini setuju sekiranya pencuri dikenakan hukuman potong tangan manakala lebih 92 peratus setuju hukuman sebat dikenakan ke atas peminum alkohol.

Kajian bersama Merdeka Centre dengan sokongan Goethe Institut itu dijalankan ke atas lebih 1,000 orang warga Malaysia berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Mengulas rumusan berkenaan, pengarah program Merdeka Centre Ibrahim Suffian berkata, pandangan itu mungkin timbul memandangkan bukan kesemua responden berkenaan menerima didikan agama formal hingga ke peringkat tinggi.

"Ianya cuma apa yang mereka fikir sebagai benar," katanya lagi yang turut menjelaskan bahawa nilai-nilai agama juga mempengaruhi pandangan golongan berkenaan ke atas prinsip demokrasi.

Turut menarik perhatian, hampir 70 peratus berpendapat pemakaian tudung di kalangan wanita Islam adalah wajib dan hampir 73 peratus tidak bersetuju dengan amalan poligami.

Seramai lebih 62 peratus juga menganggap Osama bin Laden sebagai pejuang kebebasan, namun mereka menolak keganasan.

Ibrahim yang membentangkan hasil kajian itu berkata, seks sebelum kahwin, pornografi dan homoseksualiti juga ditolak hampir seratus peratus.

Walau mengambil pandangan konservatif dalam isu agama dan moral, golongan muda Islam Malaysia tidak cermat dalam memenuhi keperluan agama seperti solat lima waktu, membaca al-Quran dan puasa di bulan Ramadan, menurut laporan tersebut.

Ibrahim menambah, responden juga mungkin memberi jawapan yang "betul" kerana ditemubual oleh penemuramah beragama Islam secara individu, katanya lagi ketika ditanya dalam sesi soal jawab.

Golongan muda ini turut mendukung pandangan yang berkontradiksi dalam soal politik – lebih 66 peratus daripada responden berpendapat, kegiatan dalam politik merupakan aktiviti tidak popular.

Jumlah yang sama juga belum mendaftar sebagai pengundi, manakala lebih 50 peratus mengaku bosan dengan politik.

Tindakan yang lebih popular ialah berkahwin (lebih 68 peratus) dan mendapatkan pendidikan tinggi (lebih 78 peratus).

Seramai lebih 44 peratus berpendapat, hanya golongan berwang yang akan berjaya dalam politik, namun seramai hampir 74 peratus setuju bahawa rakyat berkuasa untuk mengubah kerajaan yang tidak disukai.

Hampir 87 peratus juga percaya, negara perlu dipimpin oleh seorang tokoh yang kuat dan lebih 71 peratus percaya demokrasi yang kuat memerlukan parti pembangkang.

Seramai lebih 85 peratus daripada golongan ini tidak aktif dalam parti politik, tetapi lebih 55 peratus lagi aktif dalam NGO, kelab dan persatuan. Lebih 70 peratus juga aktif dalam kegiatan di sekolah dan kolej.

Turut membincangkan kajian berkenaan ialah pengarah Institut Kajian Etnik, Prof Shamsul Amri Baharudin, pengkaji politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat dan juga pengarah kajian Merdeka Center, Tan Seng Keat.

sumber
Baca seterusnya

BERSIH 2.0 Dari Bumi Mesir

Jatuh kredebeliti kerajaan Malaysia


Liputan dari akhbar Mesir tentang BERSIH 2.0


Pegawai Perak turut hadir, Abdul Muhaimin.. tidak diketahui motifnya


Di Dataran Hayyu Asyir (Seksyen 10), tempat penempatan beberapa asrama rumah negeri
Baca seterusnya

24 June 2011

Karikatur Persenda Islam Dalam Akhbar Utusan


Sumber : MANHAL PMRAM

Merujuk karikatur yang dimuat di dalam dada akhbar Utusan bertarikh 15 Jun 2011, ia dilihat sebagai usaha mempersenda agama Islam. Konten karikatur tersebut menggambarkan bahawa Islam tidak sedikit pun membela hak dan maruah manusia. Di dalam surah al-Taubah ayat 65 dan 66, Allah telah mencela golongan yang mempersenda-senda agama Islam:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab : sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main sahaja. Katakanlah : Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu mempersendakan? (65) Tidak perlu kamu beralasan kerana kamu telah kufur setelah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”.(66)

Berdasarkan ayat ini, terbit hukum terbatal keIslaman seseorang apabila dia melancarkan sendaan terhadap Islam, samada dengan hati, kata-kata atau perbuatan. Pelaku kesalahan tersebut kekal dengan kekufurannya sehingga taubat nasuhanya diterima oleh Allah SWT.

Bahkan kefahaman pelukis yang bertanggungjawab atas karikatur tersebut dengan agama Islam ternyata amat dangkal. Beliau keliru antara pensabitan jenayah zina dan jenayah rogol. Zina tiada unsur paksaan manakala rogol pula sebaliknya. Islam telah memperuntukkan jenayah rogol dengan cara pensabitan yang cukup berbeza dengan jenayah zina. Rogol tidak memerlukan empat orang saksi yang adil sebagaimana zina. Sebaliknya jenayah rogol hanya memerlukan qarinah untuk sabit kesalahan ke atas pesalah.

Menurut Imam al-Jurjani di dalam ensiklopedianya ‘al-Ta’irifat’, qarinah merupakan bukti jelas yang difikirkan logik bagi membantu siasatan kes. Qarinah mestilah sesuatu sumber maklumat yang diketahui umum yang difikirkan relevan untuk dijadikan bahan bukti. Dengan itu, ia mampu merungkai persoalan tersirat terhadap sesuatu kes. Autoriti qarinah dalam mengadili sesuatu dakwaan telah disebut di dalam al-Quran melalui surah Yusuf ayat 27 dan 28;

“Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar. Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: Sesungguhnya kejadian itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar”

Nabi Yusuf terbukti tidak bersalah dengan dakwaan rogol apabila didapati terdapat kesan koyak di belakang bajunya. Pada zaman tersebut, ia dianggap qarinah yang cukup jelas menggambarkan situasi antara perogol dan mangsa rogol.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam karyanya ‘al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar’iyyah’ menyebutkan bahawa para sahabat telah menjadikan hamil sebagai qarinah kepada jenayah zina. Bahkan Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad yang mewakili majoriti ulama’ berpendapat bahawa qarinah yang cukup jelas amat berautoriti menjadi pelengkap bagi bahan bukti.

Adapun qarinah bagi kes rogol yang relevan diguna pakai di zaman sekarang, ia termasuk DNA, rakaman video, gambar, cop jari dan sumber-sumber lain mengikut peredaran semasa. Justeru MANHAL PMRAM mencadangkan beberapa inisiatif bersama:

1) Pelukis karikatur dan pihak-pihak yang terlibat diminta bertaubat kerana mempersenda hukum agam Islam. Mereka juga perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Ini demi memelihara sensitiviti umat Islam tehadap cara hidup anutan mereka.

2) Kajadian ini membuktikan kekeliruan masyarakat Islam Malaysia terhadap agama anutan mereka sendiri. Ahli akademik Islam perlu mengadakan usaha bersepadu ke arah penerangan dan pemahaman terhadap hukum hakam Islam.

Rujukan:

1) Tafsir Ayat al-Ahkam, Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni.
2) Al-Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili.
3) Majmu’ Syarah Muhazzab, Imam Nawawi disempurnakan oleh Syeikh Najib Muthi’iy.
4) Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili.
5) Feqh al-Sunnah, Sayyid Sabiq.
6) Al-Nizam al-Qadha’ie Fi al-Feqh al-Islami, Dr. Muhammad Ra’fat Uthman.

Fellow MANHAL yang terlibat:

1) Mohamad Hanif Bin Haron.
2) Abdul Mu’izz Bin Muhammad.
3) Shahrizan Bin Mohd Hazime.
Baca seterusnya

Buku Saya Di Malaysia dan Mesir, Doakan Supaya Usaha Ini Diberkati

Buku Cetakan Di Malaysia

Dua buku yang teratas belum dicetak. Dalam proses. Insya Allah dalam masa terdekat. Doakan.








Buku Cetakan Di Mesir

Ketiga-tiga buku di bawah sudah pun dicetak. Tahun ini, dijangka lagi 2 buah buku akan terbit, insya Allah.. doakan




Baca seterusnya

06 June 2011

Syeikh Idris al Marbawi Hidup Di Zaman Kejatuhan Turki Uthmaniah



Al-Marbawi : Ulamak Melayu Tersohor Dari Al-Azhar

Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan.

Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Al-Marbawi di Mesir

Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir. Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.

Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.

Sumbangan Karya al-Marbawi

Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.

Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama' Nusantara.

Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi. Sheikh Muhammad Idris al Marbawi telah banyak menghasilkan ulama' ternama tanahair yang mana antara muridnya yang terkenal kini adalah Prof. Dato' Dr.Haron Din

Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi

Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Mazi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-

1. Kamus al-Marbawi

Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf 'ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba'ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

2. Kitab Bahrul Mazi

Kitab Bahr al-Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Mazi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.

Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.

Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi

Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, atas usaha Prof. Dato' Dr Haron Din, pihak senat universiti telah bersetuju agar Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.

Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.



Ulasan

Syeikh Idris al Marabawi hidup di akhir pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniah, yang mana kejatuhannya pada 3 Mac 1924. Iaitu, tahun yang sama Syeikh al Marbawi menjejakkan kaki ke bumi Mesir.
Baca seterusnya

04 May 2011

Liputan Langsung Muktamar Sanawi PMRAM Ke 78


Sila ikuti liputan langsung Muktamar PMRAM ke 78 dari Dewan Abdullah Kamil. Sila klik pada link di bawah

Baca seterusnya

29 April 2011

Berita Talam Dua Muka? Diharap Tidak...



Keratan akhbar yang mendapatkan maklumat daripada Presiden PMRAM. Kalau sebelum ini, media hanya bertanya kepada PMRAM, kemudian menyembunyikan nama PMRAM daripada ditulis, kemudian menambah perencah bermacam-macam bagi menambah keenakan berita tersebut. Mana pergi EM?

EM telah diburukkan oleh seorang hamba Allah yang bernama Khairi. Tak habis-habis dengan politiknya, sehingggakan tugas sebenar sebagai pegawai EM pun telah terkeliru. Eh, Khairi ni datang ke Mesir sebagai kakitangan kerajaan untuk sebarkan UMNO atau untuk kebajikan? Pelik..

Tapi, bila tengok berita macam di atas ni, nampak macam nak takut-takutkan ibu bapa di Malaysia supaya tidak lagi menghantar anak-anak mereka ke Mesir untuk sesi depan. Kalau inilah tujuan penyiaran berita ini, maka niat ini adalah niat yang buruk.. yang cuba mengurangkan bilangan pengajian Islam di sini.

Harapnya tidak..

Cuma, tahniah buat PMRAM atas usaha ini. PMRAM bukan milik Badan Pengurus sahaja.. Tetapi milik kita bersama.
Baca seterusnya

27 April 2011

JPMK@EM Dibusukkan Lagi Oleh Khairi Di Zagazig


Kesal dengan apa yang telah dilakukan oleh Khairi Jalalluddin, seorang pegawai Atase EM. EM adalah nama baru bagi JPMK yang telah busuk disebabkan tangan-tangan pegawai atase mereka sebelum ini. Tetapi bau busuk tersebut masih lagi berterusan walaupun sudah ditukar nama.

Sampah, kotoran degil, bangkai, najis dan sebagainya adalah sesuatu yang busuk. Walaupun ia ditukar nama kepada kotoran degil yang wangi, sampah mawar dan lain-lain, ia tetap busuk. Kecuali dengan membersihkan segala unsur busuk tersebut.

Baru-baru ini, Khairi Jalalluddin telah menziarahi Zagazig tanpa jemputan. Kesempatan yang ada, beliau telah mengumumkan bahawa perjumpaan tersebut di antara UMNO dan mahasiswa di Zagazig. Sudahlah datang tidak berjemput, katanya hendak bertemu sebentar, tetapi akhirnya telah ditukarkan kepada majlis bersama UMNO. (sila rujuk di sini)

Tak salah kalau Khairi nak berpolitik, tetapi apa yang salahnya melibatkan mahasiswa untuk terlibat sama dalam politik tersebut. Sedangkan selama ini, EM beriya-iya mendakwa PMRAM sebagai pertubuhan politik. Tetapi akhirnya, najis tersebut terpalit pada muka mereka sendiri.

Khairi, anda perlu sedar, selagi mana anda berbuat begini, parti kesayangan anda itu akan semakin busuk, dan parti tersebut akan hancur disebabkan tangan anda sendiri. Nasihat ini bukanlah ditujukan untuk anda seorang sahaja, tetapi untuk para pendokong Kelab UMNO sendiri.

Sepatutnya, sebagai sebuah kelab yang berdaftar di bawah JPMK, kalian perlulah mengikut prosedur, sopan, dan beretika. Kelab UMNO perlulah mencerminkan etika yang sepatutnya, bukanlah dengan bertandang ke Zagazig atas nama EM, kemudian majlis tersebut ditukarkan kepada majlis bersama Kelab UMNO.

Kalian sendiri telah mencerminkan gambaran yang buruk terhadap UMNO di hadapan mata mahasiswa. Maka, agen penjahanam Kelab UMNO dan UMNO sendiri adalah kalian sendiri. berubahlah sebelum terlambat.

Buat EM dan pegawai-pegawai atasenya yang bermasalah, buanglah najis yang terdapat di dalam pejabat kalian. Tindakan Khairi hanya membusukkan kembali nama EM, dan merosakkan etika sebagai seorang Kakitangan Kerajaan. Kalau nak berpolitik, silakanlah.. tetapi etika dan prosedur perlu diikuti.

Boleh juga rujuk pada Laman Sosial Khairi sendiri..
Baca seterusnya

15 April 2011

Teori Salah : Membina Kesatuan Dengan Menyemarak Perpecahan



Apabila memikirkan tentang umat Islam sedunia, kita merasa kesal dan sedih. Apatah lagi bertambah sedih apabila mereka yang bergelar "ulama" dan "penuntut ilmu" pun masih belum memahami dan mengerti apakah peranan mereka setelah mana mereka mengucap kalimah syahadah.

Baru-baru ini, PMRAM telah membentangkan kertas kerja Konsep Syahadah dan Tuntutannya (versi baru) hasil daripada perbincangan beberapa panel. Kertas kerja tersebut akan dibentang kepada semua ahli PMRAM pada hari ini (Jumaat 15 April) oleh naqib-naqib yang telah tersenarai.

Hasil daripada perbincangan kami untuk menghasilkan sebuah kertas kerja baru ini, mendapati bahawa ramai di kalangan mahasiswa Melayu Mesir, turut tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan syahadah, dan apakah tuntutan syara' terhadap mereka setelah mengucap kalimah syahadah ini.

Antara intipati yang boleh diketengahkan ialah :

Pertama

Syahadah menuntut kita untuk bersama dengan gerakan Islam yang satu. Iaitu sebuah gerakan Islam yang mempunyai 4 rukun :

a. Qiadah Rabbaniah (kepimpinan yang bersifat Rabbani)
b. Jundiah at To'ah (ahli yang taat)
c. an Nizam (bersistem)
d. al Khutuwat (bersrategi)

PMRAM telah berumur 81 tahun untuk melaksanakan agenda gerakan Islam. Namun, ia dinafikan oleh beberapa golongan yang mendakwa bahawa mereka lebih lengkap dan tarbiah mereka lebih mantap kononnya.

Adakah tarbiah lebih mantop itu menjadi alasan untuk menubuhkan jemaah baru yang berumur 3 tahun? Kenapa jemaah yang sedia ada yang sudah berumur 81 tahun tidak dilihat perjuangan mereka selama ini?

Ingat, dengan menubuhkan jemaah yang kedua, akan merosakkan beberapa rukun. Rukun kedua, ahli akan berbilang-bilang wala'. Nak ikut jemaah yang mana satu? Rukun yang ketiga juga akan rosak kerana dengan kewujudan jemaah baru yang kononnya untuk menandingi PMRAM akan menyebabkan kecelaruan sistem, dan Islam takkan bersatu dengan cara ini. Maka, rukun jemaah rosak disebabkan kewujudan jemaah baru ini.

Kedua

Kenapa kita perlu mengucap, belajar dan memahami Kalimah Syahadah? Ya, Kalimah Syahadah perlu diucap, dipelajari dan difahami. Kita bukan hanya dituntut untuk mengucap semata-mata, tanpa mempelajari dan memahaminya.

Ini kerana, ramai umat Islam di dunia ini, khususnya mahasiswa kita, hanya tahu mengucap sahaja. Akan tetapi dia tidak mempelajari tentang kalimah ini, dan dia tidak memahami apakah yang sepatutnya dilakukan olehnya apabila dia telah mengucapa kalimah ini.

Maka, ada di antara mereka yang takut dengan ugutan, takut apabila diancam untuk ditarik rezeki dan lain-lain. Dr Yusof al Qaradhawi menyatakan di dalam kitab ar Riddah Wa Uqubatuha, bahawa apabila seseorang tersebut dikatakan memeluk Islam, maka :

a. Dia perlu menjadikan Allah sebagai penjaganya
b. Dia perlu menjadikan Allah sebagai pelindungnya
c. Dia perlu menjadikan Allah sebagai perundangan baginya

Maka, apabila seseorang itu mengucap Kalimah Syahadah, sepatutnya dia tidak takut dengan ancaman untuk ditarik zakat, ancaman itu dan ini.

Ketiga

Apabila seseorang itu mengucap Kalimah Syahadah, dia perlu tahu peranannya dan melaksanakannya. Peranan (kewajipan) seorang pemuda sepertimana yang dinyatakan oleh Dr Yusof al Qaradhawi di dalam "Kewajipan Pemuda Muslim Hari Ini" :

a. Wajib memahami Islam secara shahih
b. Wajib bekerja untuk Islam
c. Wajib menyeru kepada Islam
d. Wajib bersama Gerakan Islam

Ini adalah peranan seorang pemuda muslim, dan dia mesti berusaha untuk melaksanakannya. Rata-rata mahasiswa kita hanya tahu, berusaha dan melaksanakan kewajipan "yang pertama" sahaja. Ada yang turut melaksanakan "yang ketiga". Hakikatnya kita perlu melaksanakan kesemua kewajipan ini.

Beliau juga menyatakan di dalam kitab "Ainal Khalal" bahawa antara kelemahan kita hari ini ialah "bilangan yang ramai, tetapi tidak berperanan". Pemuda kita ramai, ahli PMRAM di Mesir pun ramai dan semuanya beliawan belaka, tetapi berapakah yang berperanan?

Berapakah yang bekerja untuk Islam? Berapakah yang menyeru kepada Islam? Ada juga segelintir golongan yang menyeru ke arah mengasingkan diri daripada PMRAM. Ada juga yang tidak bersama PMRAM, bahkan mengecam dengan bermacam-macam perkara. Inikah yang kita namakan sebagai seorang pemuda muslim?

Keempat

Teringat sejarah Turki Uthmaniah, yang jatuh di tangan Kamal At Tartuk yang ketika itu mengepalai suara pemuda. Dengan menggunakan kekuatan sebagai seorang pemuda, beliau merancang itu dan ini untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniah. Adakah kita juga sekepala dengan beliau?

Kenapa kita menjadi pemuda seperti Muhammad al Fateh yang membuka Kota Kostantinopel? Inilah intipati yang keempat, yang ingin saya jelaskan di sini. Iaitu berkaitan dengan sejarah dan sirah ujian para pejuang yang tidak dirasai oleh kita.

Khabbab al A'aradh disalai di atas bara api sehingga meleleh keluar lemak-lemaknya untuk menyelamatkan Islam, Zubair al Awwam diseret dengan kuda untuk menyatakan Islam, keluarga Yasir dibunuh dengan kejam, dan sebagainya. Tetapi kita hari ini bagaimana?

Kita lebih suka mengabaikan sunnah Nabi SAW yang terbesar, iaitu membina sebuah negara Islam, kerana melakukan perkara-perkara yang lain. Kita sibuk dengan kehidupan kita yang berkeseorangan berbanding hidup secara kolektif dan berjemaah. Inilah umat akhir zaman.

Benar sepertimana sabda Nabi SAW, bahawa umat akhir zaman akan berpecah. Masing-masing mendakwa perjuangan mereka adalah yang benar. Kita mengucap kalimah syahadah yang sama, tetapi kita masih meng"harus"kan perpecahan untuk membina kesatuan? Kesatuan apakah yang terbina hasil perpecahan?

Kesimpulan

Maka, kalimah syahadah yang satu, menuntut kita untuk bergerak dalam gerakan yang mempunyai satu fikrah, satu amal. Inilah yang menjadi slogan PMRAM selama ini, yang kurang difahami oleh mereka.

PMRAM sudah berusaha selama 81 tahun untuk menyatukan mahasiswa Islam di bumi Mesir. Tetapi usaha ini telah digagalkan oleh segelintir orang yang mendakwa mereka adalah gerakan Islam. Adakah gerakan Islam yang mereka katakan itu bermatlamatkan untuk menjatuhkan sebuah gerakan Islam yang lain, yang sudah berumur 81 tahun?

PMRAM juga berhadapan dengan usaha-usaha untuk merosakkan PMRAM dalam tempoh 81 tahun. Satu ketika dahulu, wujudnya PPMM yang ingin menjatuhkan Gerakan Islam berusia 81 tahun ini. Tetapi hari ini, sudah wujud bermacam-macam nama dan fahaman. Ingat, teori sejarah menyatakan "sesuatu yang cepat naik, maka akan cepatlah jatuhnya"

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo Markas Pengumpulan Kajian Ilmiah dan Hasilan (MANHAL)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Baca seterusnya

06 April 2011

Kebangkitan Dan Peristiwa Akhir Zaman Sehingga Kemunculan Yakjuj Makjuj

Baru-baru ini, saya telah diuji oleh Allah apabila Buku Hari Kiamat saya tergendala disebabkan kerosakan serius pada laptop. Ditambah lagi dengan kerosakan pada Hard Disk, yang menyebabkan penulisan dan kajian saya selama 6 tahun itu sudah "hilang".

Saya telah menghasilkan backup sebelum ini, namun backup tersebut belum dikemaskini. Banyak isi dan penambahan dibuat, tidak sempat untuk di"backup"kan..

Tetapi, di dalam artikel ini, bukanlah untuk saya mengulas panjang berkenaan karya ini. Cuma, ingin saya ketengahkan bahawa dunia sememangnya hampir sampai ke penghujung. Helaian demi helaian kajian saya, hampir sama dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Boleh saya simpulkan di sini, tentang apa yang akan berlaku. Iaitu :

1. Kebangkitan demi kebangkitan akhirnya akan mengembalikan sistem khilafah.

2. Dalam masa yang sama, bekalan yang air yang terdapat di Negara Haram Israel semakin kering. Bekalan air mereka bergantung pada Tasek Thabari.

3. Setelah wujudnya sistem khilafah ini, masalah demi masalah masih lagi wujud. Antaranya masalah nasionalisme sehingga menyebabkan pergaduhan sesama bangsa di Mekah, dan menyebabkan pertumpahan darah yang dahsyat di situ.

4. Ketika tercetusnya pertumpahan darah itu, Imam Mahdi diangkat sebagai pemimpin bagi menyelesaikan pergaduhan tersebut. Akhirnya beliau sendiri diangkat menjadi khalifah.

5. Setelah kemunculan Imam Mahdi, Dajjal pun keluar daripada sarangnya. Lalu menghantar tenteranya untuk menghapuskan Imam Mahdi. Namun tentera mereka telah dibenamkan oleh Allah di pertengahan jalan.

6. Semua manusia di dunia pergi mendapatkan Imam Mahdi untuk berbai'ah dengannya. Dalam masa yang sama, Dajjal melebarkan pengaruhnya, dan serangannya ke negara-negara lain.

7. Serangan dajjal demi serangan akhirnya menyebabkan Imam Mahdi dan Umat Islam berkumpul di Syria sebagai pusat pentadbiran Islam ketika itu.

8. Dajjal pun melakukan serangan sehinggalah ke Syria. Ketika Dajjal hampir sampai di Syria, dan menuju ke Masjid Umawi, Nabi Isa AS pun diturunkan dari langit.

9. Setelah itu, Nabi Isa AS pun membunuh Dajjal, dan semua tentera Dajjal lari bertempiaran sehinggalah pokok bersuara apabila orang kafir bersembunyi di belakangnya.

10. Setelah tentera Dajjal dihapuskan sedikit demi sedikit, keamanan pun hampir tercapai.. Sehinggalah seluruh dunia kembali aman di bawah pemerintahan Khilafah Imam Mahdi.

11. Keamanan tidak berterusan begitu sahaja.. ujian muncul semula. Iaitu kemunculan Yakjuj Makjuj yang merosakkan dunia.. Perkara ini akan saya sambung dalam artikel akan datang. Insya Allah..

bersambung....

Baca seterusnya

01 April 2011

Mesir Bergegar Kesan Gempa Bumi Siang Tadi



Jam 3.35 pm tadi, Kota Kaherah bergegar sedikit, kesan gempa bumi 5.9 Scala Ritcher yang berlaku di Greece. Ketika itu saya sedang menulis buku di Rumah Sewa rakan saya yang terletak di Hayyu Asyir.

Berita dari akhbar Masr El Youm (klik)

Berita dari web USGS (klik)
Baca seterusnya

31 March 2011

Campur Aduk Politik Dan Agama Akan Mencemarkan Agama.. - Mahathir


Gambar ini saya capture dari Majalah al Islam, bulan Mac 2011... (kalau tak silap) Apa pandangan anda tentang apa yang diutarakan oleh Mahathir di sini.. Semoga kita berhati-hati dengan serangan pemikiran Sekularisme.
Baca seterusnya

27 March 2011

Fakta : Senarai Kerugian Negara, Ambillah Iktibar

Saya telah petik daripada blog kerajaanrakyat.blogspot.com berkaitan dengan senarai kerugian Malaysia. Semoga kita boleh mengkaji dan berfikir...

Laporan Tahunan Buku The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia di tempat ke-69 dari segi bebanan hutang, tempat ke-54 dari segi kadar inflasi dan tempat ke-33 bagi prestasi bank.

Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.

Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:

Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center

Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.

Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

Beberapa Fakta yang perlu diketahui untuk perkongsian:

  1. Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
  2. Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
  3. Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
  4. Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
  5. Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
  6. Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
  7. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
  8. Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
  9. Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
  10. Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
  11. Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
  12. Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
  13. Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
  14. Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
  15. Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
  16. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
  17. Blok L dan M - RM 380 billion
  18. Sime Darby - RM 1.6 billion
  19. Pos Malaysia - RM 546 juta
  20. Felda - RM 8 Billion

Sumber
Baca seterusnya

24 March 2011

Akad Nikah Di Dalam Masjid – Ulasan Ilmiah



PENDAHULUAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh di dalam akhbar Utusan bertarikh 20 Mac 2011 bahawa akad yang dilakukan di dalam masjid menyimpang daripada ajaran Nabi SAW. Di kesempatan yang ada, dapat saya mengulas serba sedikit permasalahan ini.

Berita tersebut seperti berikut :

KANGAR, 20 Mac (Bernama) -- Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

Sumber - BERNAMA

(http://www.ptgps.gov.my/index.php/bm/component/content/article/621-akad-nikah-di-masjid-menyimpang-dari-amalan-rasulullah-kata-ahmad-jusoh.html)

PERBAHASAN BERDASARKAN HADIS

Nabi SAW bersabda :

أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ ، وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ

Hebahkanlah perkahwinan ini, dan adakanlah di dalam masjid, dan palulah dengan kompang untuk majlis ini.

Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam Sunan Kubra hadis no. 15095, diriwayatkan juga oleh at Tirmizi di dalam Sunan Tirmizi hadis no. 1009

Imam at Tirmizi menyifatkan hadis ini sebagai Hadis Hassan Gharib.

Syeikh Badruddin al ‘Aini menyatakan di dalam Umdatul Qari bahawa ia juga telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, an Nasa’ie dan at Thabrani mengikut sanad yang berbeza di dalam kitab masing-masing, dan lafaz yang berbeza-beza.

(Badruddin al ‘Aini, Umdatul Qari Syarh Shahih al Bukhari, terbitan Multaqa Ahlul Hadis, tahun 2006, bil 29, hal. 332)

Ia juga telah ditakhrijkan oleh Ad Dailami (jil.1 hal. 101, hadis no. 335), Ibnu Jauzi di dalam Ilal al Mutanahiah (jil. 2, hal 627, hadis no. 1034) beliau menyatakan hadis ini sangat dha’if (lemah), dan Ibnu Hajar al Asqolani di dalam Fathul Bari (jil. 9, hal. 226) juga menyatakan sanadnya lemah.

(Jalaluddin as Sayuti, Jami’ al Ahadis, jil. 5, hal. 109, hadis no. 3829)

Saya tidak mahu memanjangkan kalam di dalam perkara ini, boleh saya ringkaskan bahawa hadis ini juga telah ditulis di dalam kitab-kitab hadis berikut :

1. Mirqatul Mafatih Syarh Misykatil Masabih, karangan Mula Ali Qari (jil. 29, hal 332)

2. Jami’ al Usul Fi Ahadisir Rasul, karangan Ibnu Athir (jil. 11, hal. 439, hadis no. 8975)

3. Jam’ul Jawami’ karangan Imam Sayuti (jil. 1, hal. 429, hadis no. 170)

4. Kanzul Ummal Fi Sunanil Aqwal Wal Af’al karangan al Muttaqi al Hindi (jil. 16, hal. 291, hadis no. 44535)

5. al Ifsah Fi Ahadisin Nikah karangan Ibnu Hajar al Haitami (jil. 1, hal. 16, hadis no. 25)

6. dan banyak lagi..

PERBAHASAN BERDASARKAN FIQH

Saya teringat, ketika pengajian bersama Syeikh Sayyid Syaltut di Masjid al Azhar, beliau pernah berkata :

“Ulama Mazhab lebih arif tentang hadis daripada kita, bahkan mereka juga ahli hadis”

Maka, mazhab menjadi panduan bagi kita dalam mengeluarkan hukum sesuatu. Mereka yang tidak berpandukan mazhab, bahkan hanya merujuk terus kepada hadis Nabi SAW hanyalah dikhususkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang tersebut. Ini kerana, untuk memahami hadis bukanlah dengan hanya membaca buku, kemudian terus jadi alim. Ia memerlukan kepada manhaj yang betul, dan panduan para ulama’.

Saya akan senaraikan beberapa perbahasan ulama Mazhab tentang akad nikah di dalam masjid :

Pertama : Mazhab Hanafi

Di dalam kitab al Bahrur Ra’iq Syarh Kanzid Daqa’iq (jil. 7, hal. 461) karangan Ibnu Najim al Misri, beliau berkata :

وَأَشَارَ الْمُصَنِّفُ بِكَوْنِهِ سُنَّةً أَوْ وَاجِبًا إلَى اسْتِحْبَابِ مُبَاشَرَةِ عَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لِكَوْنِهِ عِبَادَةً

Pengarang (kitab Kanzud Daqa’iq karangan Imam Hafizuddin an Nasafi) menunjukkan bahawa menjadi perkara sunat, ataupun wajib kepada menggalakkan akad nikah di dalam masjid, kerana ia adalah sebagai satu ibadah

Az Zaila’ie menukilkan kalam al Kamal, di dalam kitab Tabyinul Haqa’iq (jil. 5, hal. 192) mengulas hadis di atas :

وَيُسْتَحَبُّ مُبَاشَرَةُ عَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ ؛ لِأَنَّهُ عِبَادَةٌ

Dan digalakkan melakukan akad di dalam masjid, kerana ia adalah satu ibadah

Juga dinyatakan di dalam kitab karangan ulama mazhab lain di dalam kenyataan ini seperti ad Durrul Mukhtar Wa Raddul Muhtar, Fathul Qadir karangan Ibnu al Humam, Majma’ul Anhar karangan Syaikhi Zadah, Syarhul Kabir karangan Ibnu Qudamah dan banyak lagi.

Kedua : Mazhab Syafi’e

Di dalam kitab I’anatut Thalibin (jil. 3, hal. 273), karangan Abu Bakar ad Dumyati menukilkan ulasan tentang hadis di atas :

واجعلوه في المساجد مبالغة في إظهاره واشتهاره فإنه أعظم محافل الخير والفضل

Dan adakanlah (akad nikah) itu di dalam masjid, iaitu bermeriah dalam menzahirkannya dan menghebahkannya. Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik sambutan yang baik dan mulia.

Beliau juga menyatakan di dalam halaman yang sama (jil. 3, hal. 273)

ويسن أن يكون العقد في المسجد

Dan disunatkan akad nikah dilakukan di masjid

Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj Fi Syarhil Minhaj (bah. 43, hal 493), karangan Ibnu Hajar al Haitami mengulas hadis di atas :

أَخَذَ الْبَغَوِيّ وَغَيْرُهُ مِنْهُ أَنَّهُ سُنَّةٌ فِي الْعُرْسِ

Al Baghwi dan lain-lain mengeluarkan hukum daripada mengambil hadis ini (hadis yang disebutkan sebelum ini), bahawa ia adalah perkara sunat di dalam perkahwinan

(ia juga telah dinukilkan oleh Imam Ramli di dalam Nihayatul Muhtaj Ila Syarhil Minhaj, bah. 28, hal. 288)

Ketiga : Mazhab Maliki

Di dalam kitab Mawahibul Jalil Li Syarhi Mukhtasar al Khalil (jil. 5, hal. 26) karangan Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad al Maghribi menyatakan :

وأما العقد في المسجد فعده المصنف وغيره من الجائزات فقال في باب موات الأرض وجاز بمسجد سكنى رجل تجرد للعبادة وعقد نكاح ولم أر الآن من صرح باستحباب العقد فيه من أهل المذهب والله أعلم

Manakala akad nikah di dalam masjid, maka penulis (kitab Mukhtasar al Khalil) dan lain-lain menyatakan bahawa ia adalah diharuskan. Beliau (penulis kitab Mukhtasar al Khalil) menyatakan di dalam Bab Tanah Tandus, dan diharuskan untuk masjid itu, dihuni oleh lelaki yang memfokuskan ibadah semata-mata dalam hidupnya, dan berakad nikah. Dan aku belum nampak ketika ini, sesiapa yang menyebut dengan jelas tentang galakan berakad nikah di situ, dari kalangan ahli mazhab fiqh. WaLlahua’lam.

Jelas, adab seorang ulama apabila mengeluarkan sesuatu kenyataan. Beliau yang bermazhab Maliki menyatakan bahawa akad nikah di dalam masjid diharuskan. Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa tidak mengetahui sekiranya ada di sana mazhab yang menyatakan ia digalakkan.

ULASAN TAMBAHAN

Dinyatakan di dalam kitab Ghamzu Uyunil Basa’ir Fisy Syarhil Asybahi Wan Nazha’ir (bah. 7, hal 122) karangan Ahmad bin Muhammad al Hamawi :

قَوْلُهُ : وَيُسْتَحَبُّ عَقْدُ النِّكَاحِ فِيهِ . كَذَا فِي مُنْيَةِ الْمُفْتِي وَعِبَارَتُهُ عَقْدُ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لَا يُكْرَهُ بَلْ يُسْتَحَبُّ

Katanya (pengarang kitab Asybah Wan Nazha’ir) : Dan digalakkan berakad nikah di dalamnya (masjid). Begitu juga disebut di dalam kitab Munyatul Mufti dan petikannya : Akad nikah di dalam masjid tidak makruh, bahkan digalakkan.

Di dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiah, terbitan Kementerian Waqaf, bil. ke 45, no. 28, menyebut :

اسْتَحَبَّ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ عَقْدَ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ لِلْبَرَكَةِ ، وَلأَِجْل شُهْرَتِهِ فَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ.

Jumhur Fuqaha telah mengharuskan akad nikah di dalam masjid untuk keberkatan, dan untuk menghebahkannya. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda “Hebahkanlah perkahwinan ini, dan adakanlah di dalam masjid, dan palulah dengan kompang untuk majlis ini”

وَأَضَافَ الْمَالِكِيَّةُ فِي إِجَازَتِهِمْ لِعَقْدِ النِّكَاحِ فِي الْمَسْجِدِ أَنْ يَكُونَ بِمُجَرَّدِ الإِْيجَابِ وَالْقَبُول مِنْ غَيْرِ ذِكْرِ شُرُوطٍ وَلاَ رَفْعِ صَوْتٍ أَوْ تَكْثِيرِ كَلاَمٍ وَإِلاَّ كُرِهَ فِيهِ .

Ulama Mazhab Maliki menambah dalam menghukumkan sebagai harus, bagi akad nikah yang dilakukan di dalam masjid, iaitu hendaklah semata-mata lafaz ijab dan qabul, tanpa menyebut syarat-syarat yang lain, juga tanpa meninggikan suara, atau banyak bersembang. Sekiranya tidak (iaitu sekiranya terdapat unsur-unsur ini) maka, hukumnya makruh.

وَزَادَ الْحَنَفِيَّةُ فِي الْمُخْتَارِ عِنْدَهُمْ : أَنَّ الزِّفَافَ بِهِ لاَ يُكْرَهُ إِذَا لَمْ يَشْتَمِل عَلَى مَفْسَدَةٍ دِينِيَّةٍ فَإِنِ اشْتَمَل عَلَيْهَا كُرِهَ فِيهِ

Ulama Mazhab Hanafi pula menambah kitab al Mukhtar (Durrul Mukhtar Wa Raddul Muhtar) : Sesungguhnya majlis perkahwinan itu tidak makruh sekiranya tidak mengandungi unsur-unsur yang rosak dari perspektif agama. Sekiranya terdapat, maka makruhlah hukumnya.

BILAKAH HUKUMNYA HARAM?

Sepertimana yang telah saya sebutkan, ulama fiqh telah membahaskan begitu panjang lebar tentang akad nikah di dalam masjid. Ia bukanlah satu perbincangan yang baru. Hukum asal bagi akad nikah di dalam masjid, samada harus, sunat atau wajib.

Akad nikah di dalam masjid boleh jadi haram disebabkan beberapa faktor, sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami (bil. 3, hal. 1092)

أما عقد النكاح في المسجد فشيء مندوب، نطقت باستحبابه الأحاديث ولكن ما يصحبه من الرقص، والغناء فلا يجوز أصلًا، فإن كانت حفلات الزواج لا تخلو من هذه المنكرات، فلتجنب المساجد منها

Manakala akad nikah di dalam masjid, ia adalah sesuatu yang digalakkan. Telah disebut galakan tersebut di dalam hadis-hadis. Akan tetapi, apa yang diiringi dengannya unsur-unsur tarian dan nyanyian, maka tidak dibenarkan. Sekiranya majlis perkahwinan itu tidak terlepas daripada unsur-unsur kemungkaran ini, maka hindarilah masjid daripadanya.

Apa yang dinyatakan di sini ialah, akad nikah di dalam masjid itu bukanlah diharamkan. Sebaliknya unsur-unsur yang diselitkan di dalam majlis ini, yang mengandungi unsur haram, maka ia diharamkan. Pengharamannya bukan disebabkan akad tersebut, tetapi disebabkan nyanyian, tarian dan sebagainya.

Juga disebutkan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami (bil. 3, hal. 1282) :

إذا قلنا يندب عقد النكاح في المسجد ولا تجوز إقامة الحفلات فيها إذا اقترنت بمحظور شرعي كاختلاط إلى آخره

Sekiranya kita mengatakan digalakkan berakad nikah di dalam masjid, maka tidak dibenarkan melaksanakan majlis perkahwinan tersebut apabila disekalikan dengan unsur-unsur yang dilarang oleh syara’ seperti percampuran jantina dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, di dalam kitab al Madkhal karangan Ibnu al Haj (bah. 2, hal. 264) mengajar kita beberapa adab ketika melakukan akad nikah di dalam masjid, tidaklah mengharamkannya semata-mata.

Syeikh Mustafa al Adawiy pula melontarkan sesuatu perkara di dalam Silsilatut Tafsir (jil. 10, hal 18)

صحيح أن المسجد أفضل بقعة، لكن كون جمع الناس في المسجد للعقد أفضل من غيره يحتاج إلى دليل، وقد يكون العقد في أي مكان سواء، فسنة الرسول هي الحكم، وقد عقد الرسول صلى الله عليه وسلم في البيت، وفي المسجد، وتعقد حتى في الطريق، أو في أي مكان بحضور الولي والشهود. هذه هي السنة. لكن أن تعمل العقد في المسجد، وتقول للناس: هذه الصورة الإسلامية للعقد فهذا افتراء على سنة رسول الله عليه الصلاة والسلام

Benar, Masjid itu adalah tempat yang paling baik. Tetapi, menghimpunkan manusia di dalam masjid untuk akad nikah di situ apabila dikatakan lebih baik daripada tempat lain, maka ia perlu bersandar pada dalil. Kadangkala akad di mana-mana tempat pun sama sahaja. Maka, sunnah Nabi SAW itu menjadi hukum. Nabi SAW pernah mengakadkan orang di rumah, dan di masjid. Pernah juga akadkan orang di jalan, ataupun mana-mana tempat dengan kehadiran wali dan saksi. Inilah sunnah. Akan tetapi, apabila akad dilakukan di dalam masjid, lalu kamu pula berkata kepada manusia : Inilah cara Islam untuk akad nikah, maka ia adalah rekaan terhadap sunnah Rasulullah SAW.

Jelas di sini, Syeikh Mustafa Adawiy tidak menafikan bahawa akad di dalam masjid itu adalah sunnah Nabi SAW, sebaliknya beliau menafikan golongan yang cuba mengatakan akad di dalam masjid ini adalah cara Islam, sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap akad di rumah, atau di tempat-tempat yang lain.

Alhamdulillah, masyarakat Melayu di Malaysia, tidak pula memandang serong terhadap pasangan yang berakad di rumah. Tetapi, sangat kesal apabila ada golongan yang memandang serong berakad nikah di masjid.

KESIMPULAN

Hadis yang telah dinyatakan di permulaan penulisan ini adalah Hadis Hassan Gharib, yang telah diriwayatkan beberapa ulama’ hadis. Walaupun demikian, para fuqaha’ menggunakan hadis tersebut untuk mengeluarkan hukum berakad nikah di dalam masjid.

Maka, ringkasan hukumnya sepertimana yang dinyatakan :

1. Akad di dalam masjid hukumnya sunat berdasarkan Mazhab Hanafi dan Syafie.

2. Akad nikah di dalam masjid hukumnya harus pada Mazhab Maliki.

3. Hukumnya boleh jadi makruh, sekiranya terdapat di dalam akad nikah tersebut, unsur-unsur yang tidak elok. Sepertimana yang dinyatakan di dalam Mausu’ah al Fiqhiyyah al Kuwaitiah. Akad nikah di dalam masjid semata-mata, tidaklah makruh, sebaliknya unsur-unsur yang digabungkan bersamanya.

4. Hukumnya boleh jadi haram, sekiranya terdapat unsur-unsur haram, sepertimana yang dinyatakan di dalam Majalah Majma’ Fiqh Islami. Akad nikah di dalam masjid semata-mata tidaklah haram, sebaliknya unsur-unsur yang digabungkan bersamanya.

5. Tiada pendapat yang menyatakan akad nikah wajib dilakukan di dalam masjid. Sebaliknya ia boleh dilakukan di mana-mana tempat yang sesuai. Sila rujuk Silsilah Tafsir karangan Mustafa Adawiy.

6. Tiada pendapat yang mengatakan akad nikah haram dilakukan di dalam masjid, kerana Nabi SAW pernah mengakadkan orang di dalam masjid. Maka, tidak mungkin Nabi SAW melakukan perkara yang haram.

Maka, daripada kesimpulan ini, dapatlah kita fahami bahawa Islam mengajar kita supaya “tidak melampau” dan “tidak pula meringan-ringankan”. WaLlahua’lam.

Saya sediakan link ulasan isu ini oleh Ustaz Anhar Opir, Mantan Presiden PMRAM


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo Markas Pengumpulan Kajian Ilmiah dan Hasilan (MANHAL)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Baca seterusnya

Video Seks : Fitnah Yang Keterlaluan

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan para pemimpin Umno BN kini ternyata semakin keterlaluan, apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan mengabaikan kepentingan rakyat di tanah air sendiri, demi mengekalkan kuasa.

Terbaru, untuk menarik perhatian rakyat supaya menyokong mereka, mereka juga sanggup membuat dan menayangkan video lucah kepada golongan tertentu yang mengaitkannya pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib berkata, tidak sedarkah mereka dengan bahaya fitnah yang dibuat oleh mereka itu. Pada hal dalam Islam fitnah itu ditegah oleh Allah dan bahayanya amat besar.

Menurut beliau, antara bahaya fitnah, ia akan menyebabkan seseorang itu terkena dosa qazaf, merosakkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

"Orang yang membuat dan menyebarkan fitnah juga perlu sedar, jika hari ini dia membuat fitnah kepada seseorang, suatu hari nanti fitnah yang dibuatnya itu akan turut menimpa dirinya sendiri pula," tegasnya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Selain menyebarkan fitnah dengan video itu, menurut beliau, para pemimpin Umno BN kini turut berusaha membawa masuk pekerja-pekerja asing ke negara ini dengan bilangan yang besar untuk menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Sehingga kini, beliau difahamkan seramai 90,000 pekerja asing telah diluluskan untuk dibawa masuk ke negara ini yang akan berperanan sebagai pengundi bagi pihak BN dalam PRU ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, selain PRU, mereka juga akan turut dipergunakan oleh Umno BN dalam siri pilihan raya kecil dari semasa ke semasa untuk menghadapi Pakatan Rakyat bagi membolehkan mereka menempa kejayaan.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata, daripada angka itu, 45,000 orang didatangkan dari India manakala selebihnya dari negara-negara lain termasuk Myanmar.

"Pekerja dari Myanmar kini kebanyakannya tinggal di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan, sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tempatan di Langkawi mengalami kerumitan untuk menangkap ikan akibat persaingan daripada mereka," ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Keadaan itu terjadi kerana mereka yang didatangkan dari Myanmar itu sendiri yang lebih berkuasa dalam aktiviti menangkap ikan berbanding nelayan tempatan kerana dibantu dan disokong sepenuhnya oleh para pemimpin Umno.

"Mengenai kemasukan pekerja-pekerja dari India, peliknya, mereka sanggup membawa masuk pekerja dari India sedangkan orang-orang India yang dah ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada kerja.

"Selain itu, mereka sanggup membantu pekerja-pekerja India dari India dalam segala segi, sedangkan orang-orang India yang ada di negara kita sendiri banyak yang tak ada rumah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar berfikir lebih jauh dengan permainan politik kotor para pemimpin Umno BN dan tidak lagi memberikan kepercayaan kepada mereka untuk memerintah negara dalam PRU Ke-13 akan datang.

Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal