26 October 2010

PMRAM Tetap Teguh Hadapi Ancaman Dan Rintangan


Sumber : pmram.org

KAHERAH 24 Oktober - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime meminta seluruh ahli dan pendokong PMRAM agar tetap teguh serta tidak goyah dengan prinsip dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan integriti pihak-pihak berwajib.

Menurutnya, sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam, kita diajar untuk menegur dan mengubah kemungkaran dengan cara profesional. Bukanlah hanya dengan meluahkan perasaan meminta simpati atau pun hanya berkata-kata tanpa ada sebarang tindakan.

"PMRAM mahukan seluruh ahli dan pendokong bertindak dengan cara yang profesional. Buktikan bahawa kita adalah mahasiswa Islam. Sebab itulah Islam menggariskan bahawa berani dan tegas itu termasuk dalam akhlak islamiyah" tegas beliau ketika memberi ucapan amanat emas pada Majlis Penerangan Isu Semasa dan Mahasiswa.

Majlis pencerahan isu seputar mahasiswa itu diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru Haiyu Sabiek. Kehadiran pada malam tersebut mencecah hampir 1000 orang sehingga ada di kalangan ahli yang terpaksa berada di luar kawasan rumah akibat kehadiran melimpah.

Katanya, isu hak dan kebajikan yang PMRAM perjuangkan perlu diteruskan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

Menurutnya, Islam mengajar umatnya untuk mempertahankan hak dan maruah kerana umat Islam punya harga diri. Demikianlah keadaan sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa Islam. Maka menuntut hak dan mempertahankan maruah merupakan akhlak yang perlu dikembalikan dalam jiwa umat Islam.

Justeru, beliau menegaskan bahawa sebenarnya mahasiswa Islam marah terhadap sikap dan tindakan yang menyalahi etika dan disiplin sebagai penjawat awam. Dan bukanlah marah kepada batang tubuh orang yang melakukannya.

Beliau juga menggesa kepada seluruh AJKT PMRAM Cawangan serta ahli untuk tetap teguh bersama-sama dengan PMRAM walaupun diuji dengan halangan dan kekangan. Sesungguhnya kekuatan yang paling utama adalah bersatu dan jangan sesekali berpecah
Baca seterusnya

Masalah Pegawai Terengganu Yang Bermasalah!

Sumber : http://arrajiilaih.blogspot.com



Senyum Dalam Tangis

Mungkin ramai yang tidak mengetahui disebalik keceriaan dan ketenangan wajah anak-anak Terengganu di Mesir sebenarnya mempunyai seribu kedukaan dan kesakitan yang terpaksa ditelan saban hari. Semuanya berpunca daripada penyalahgunaan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu Timur Tengah, Encik Kamal Bin Abdullah yang juga merupakan bekas ADUN Sura, Dungun Terengganu.

Untuk makluman semua, disini sudah ada persatuan pelajar yang juga merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri yang diberi nama Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT). KPT telah ditubuhkan semenjak Tahun 1946, yang bertanggungjawab menaungi seluruh anak-anak Terengganu di Mesir. Sepanjang pemerintahan atau dibawah seliaan KPT, pelajar-pelajar hidup dengan aman dan tenang tanpa berlaku sebarang konflik dan kejadian yang tidak diingini. Namun suasana itu berubah bila beberapa orang pegawai di hantar kesini.

Hal Ehwal Pelajar jadi Hal Ehwal Politik

Pegawai-pegawai yang dihantar sepatutnya bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Pelajar (HEP) tetapi malangnya lebih menumpukan Hal Ehwal Politik (HEP) disini. Amat malang bagi anak-anak Terengganu kerana mendapat pegawai yang tidak profesional dan tidak bertamadun ini. Saban tahun isu zakat menjadi topik yang tidak pernah selesai. Baik dari segi pengagihan mahupun jumlah zakat yang diterima.


Dari kiri Encik Kamal Abdullah (Peg. HEP Terengganu) Prof. Dr. Jamil (Pengarah MSD(Malaysia Student Department Cairo/JPMK(Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah) Saudara Khairi Jalaluddin (Atase Pendidikan JPMK)


Pegawai juga jarang berada di pejabat kerana kerap pulang ke Malaysia dan sibuk urusan di Mansurah menyebabkan pelajar-pelajar susah ingin bertemu dengan pada bila-bila masa mahupun waktu pejabat.

Upah Zakat

Amat pelik bilamana seorang pegawai yang telah diberi gaji dan elaun masih mahu mengambil upah sebagai bayaran perkhidmatan menguruskan zakat anak-anak Terengganu disini. Adakah halal duit yang sepatutnya diberikan kepada asnaf penerima zakat diambil sebahagian tanpa kerelaan si penerima?



Cuba bayangkan, sekiranya upah yang diambil daripada setiap mahasiswa/wi LE300 jika dijumlahkan daripada 300orang pelajar angkanya mencecah LE90000. Sungguh tidak bertamadun perkara yang dilakukan oleh seorang pegawai yang berstatuskan "ustaz" ini. Seorang yang berdegar-degar membicarakan soal agama dan hukum hakam Islam tetapi dalam masa yang sama melakukan kemaksiatan dan kezaliman kepada asnaf zakat yang telah dijamin oleh Allah swt hak-hak mereka.

Melari dan Memindahkan Pelajar-pelajar Baru

Sepanjang beliau dilantik menjadi pegawai HEP disini pelbagai masalah yang ditimbulkan, antaranya pada tahun 2009. Beliau telah "melarikan" pelajar-pelajar baru dibawah tajaan Yayasan Terengganu sebaik pelajar-pelajar tersebut sampai di bumi Mesir, tanpa memberikan hak yang sepatutnya untuk pelajar-pelajar baru ini berehat. Kekecohan telah berlaku

Pelajar-pelajar ini dibawa keluar daripada Kaherah untuk dibawa "makan angin." diluar Kaherah dan dikurung tanpa diberi makan dan tempat tinggal yang selesa. Apakah ini tanggungjawab seorang pegawai dalam menajga kebajikan anak-anak Terengganu di Mesir ini?

Apa yang lebih memeningkan kepala dan akal yang waras ialah, kelakuan pegawai ini dengan memindahkan hampir keseluruhan pelajar-pelajar perubatan baru yang nama mereka sepatutnya didaftarkan di Universiti Ain Shams di Kaherah ke Universiti Mansurah tanpa sebab-sebab yang munasabah dan dibincangkan dengan pelajar. Akibatnya ada sebahagian pelajar terpaksa menguruskan sendiri pendaftaran kuliah mereka tanpa diberi bantuan dan dibiarkan begitu sahaja.

Kelewatan Penghantaran Borang Zakat Kepada MAIDAM

Pada tahun ini, anak-anak Terengganu sepatutnya menerima Zakat pada bulan September tetapi atas beberapa faktor penyerahan tersebut terpaksa dilewatkan pada akhir bulan Oktober. Sudahlah pelajar-pelajar ini hanya bergantung kepada bantuan zakat, bermakna bila berlaku kelewatan penyerahan duit zakat, pelajar-pelajar ini terpaksa meminjam dan menangguhkan perbelanjaan bulanan mereka. Bagi mereka yang tinggal di Kaherah dan Kompleks Asrama Darul Iman mungkin boleh bersabar kerana bangunan ini dimiliki oleh Yayasan Terengganu.

Tetapi bagaimana dengan anak-anak Terengganu di Muhafazah atau diluar Kaherah? Yang kesemua mereka menyewa rumah dan setiap bulan perlu menjelaskan sewa dan bil mereka kepada tuan rumah Arab yang tidak mahu bertolak ansur dengan sebarang kelewatan pembayaran dan jika ada sebarang kerosakan yang dialami.

Selepas KPT menanyakan sendiri kepada pegawai atas alasan apa kelewatan yang berlaku. Pegawai hanya menjawab masih ada pelajar yang belum menghantar borang zakat. Itu mungkin alasan yang cuba diberikan. Tetapi persoalan yang timbul ialah tarikh tutup penghantaran telah lama luput dan borang masih berada di pejabat manakala pegawai telah pulang ke Malaysia. Apa sebenarnya masalah yang berlaku sehingga borang yang sepatutnya boleh dihantar terus ke Pejabat MAIDAM tetapi ditinggalkan di Pejabat HEP sedangkan Pegawai Sendiri pulang ke Malaysia?

Syarat Tidak Masuk Akal

Tidak pernah sebelum ini atau ada mana-mana pegawai yang menetapkan setiap individu yang ingin memohon zakat perlu menyertakan plan dan lokasi rumah kediaman di Mesir. Apakah cerdiknya idea ini sehingga perlu menyertakan pelan/peta lokasi rumah mereka di Mesir?

Syarat ini tidak lain adalah untuk menyusahkan pelajar-pelajar ini memohon bantuan zakat. Dan syarat ini ditetapkan oleh pegawai sendiri. Amat bodoh dan bangang title yang boleh saya berikan andai alasan perletakan syarat tersebut adalah untuk memudahkan pegawai untuk kerumah pelajar-pelajar tersebut. Sedangkan pegawai boleh mengadakan pertemuan, majlis ramah mesra atau menghubungi terus nombor pelajar-pelajar ini sekiranya ingin bertemu dengan pelajar kerana sudah menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk memudahkan urusan pelajar-pelajar bukan menyusahkan.

Satu Lagi Idea "Kurang Cerdik" Pegawai

Pada tahun ini, diwajibkan pula kepada seluruh penerima zakat untuk menyertai Kursus Bina Insan Gemilang yang bertempat di Hotel Cleopatra Iskandariah. Sedangkan sebelum-sebelum ini zakat diagihkan di Asrama Rumah Melayu Abbasiyah, (ARMA) Kaherah. Dimana, majoriti anak-anak Terengganu tinggal di Kaherah.

Dan umumnya mengenali dan mudah untuk sampai ke ARMA. Amat mengejutkan adalah penganjuran Kursus ini tidak dimaklumkan kepada Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir. Walaupun surat yang dikeluarkan di (S.K.) atas nama YDP, tetapi hakikatnya surat tersebut tidak pun sampai kepada beliau. Ini antara satu penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh pegawai HEP Terengganu ini.




Persoalannya lagi, Kursus yang dianjurkan ini hanya mewar-warkan nama Hotel berlangsungnya majlis, tetapi tidak menyatakan secara detail dimana lokasi sebenar kursus ini berlangsung dan yang lebih membingungkan pengangkutan tidak disediakan.

Bagaimana pula dengan keselamatan mahasiswi?

Kursus bermula seawal jam 7.00 pagi. Untuk yang tinggal di Kaherah (majoriti tinggal di Kaherah) perjalan ke Iskandariah memakan masa 3 jam. Bermakna pelajar-pelajar ini perlu keluar seawal jam 3 pagi sekiranya ingin sampai sebelum jam 7pagi sedangkan pengangkutan dan tempat tinggal sebelum program tidak disediakan
Baca seterusnya

Dapatkan PRISMA Bil 6 Di Sini (Versi PDF)

Dapatkan Prisma Bilangan ke 6 Versi PDF. Dimuatkan dengan isu yang perlu diketahui oleh mahasiswa.. Antaranya ialah Kronologi Kutub Sittah dan isu kebajikan.. Sila klik pada link di bawah untuk mendownloadnya..

Baca seterusnya

25 October 2010

Salah Laku JPMK : PMRAM Menghantar Memorandum Ke KBMK

Semalam 24 oktober, sekitar jam 10.30 pagi PMRAM telah menghantar memorandum kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, En. Saiful, tentang tuntutan mahasiswa terhadap salah laku Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, yang telah banyak menyusahkan mahasiswa. Beberapa keping gambar boleh dilihat di bawah ini. Tahniah.








Baca seterusnya

Isu Zakat : Kenyataan Rasmi YDP Terengganu


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KPT Mesir, 23 Oktober 2010 – Makluman kepada seluruh mahasiswa Terengganu Mesir yang dirahmati Allah S.W.T. Pihak Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menyatakan pendirian berkenaan isu zakat yang telah berlaku kepada mahasiswa Terengganu Mesir.

Berkenaan dengan program Kursus Bina Insan Gemilang yang dijadualkan pada 25-26 Oktober 2010 untuk sesi pertama dan 26-27 Oktober 2010 untuk sesi kedua bagi melayakkan mahasiswa Terengganu untuk mendapat zakat yang telah dikenakan kepada penerima zakat, dengan ini pihak KPT Mesir ingin menyatakan pendirian berkenaan hal ini:

1) Pihak KPT Mesir menyatakan kekecewaan kepada pihak pengurusan program kerana tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak KPT Mesir seolah-olah menafikan tanggungjawab KPT Mesir dalam menjaga kebajikan ahli dan juga tidak mengiktiraf KPT Mesir yang telah berdaftar di bawah KBMK.

2) Pihak kami juga kesal atas tindakan pihak pengurusan program yang tidak menitikberatkan soal keselamatan ahli terutamanya mahasiswi kerana tidak menyediakan pengangkutan ke program tersebut walaupun telah didesak oleh pihak KPT Mesir.

3) Walaubagaimanapun, pihak KPT Mesir tidak menghalang ahli untuk menghadiri program tersebut, kerana pihak kami merasakan bahawa itu adalah hak ahli untuk menentukannya.

4) Sebarang permasalahan atau kesulitan berkenaan dengan program ini, maka perlu merujuk kepada pegawai Terengganu.

Pihak KPT Mesir akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dan meringankan permasalahan yang berlaku kepada mahasiswa Terengganu khususnya.Namun begitu pihak KPT tetap bekerjasama dengan pihak berwajib demi memastikan kebajikan mahasiswa terjaga.

Sekian, terima kasih.

“BERILMU DAN BERAMAL”
“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

MOHD RIDUAN BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut -penuntut Terengganu Mesir,
sesi 2010/2011.
Baca seterusnya

Catatan Minggu Ini - Gambar Di Bengkel Penulisan Anjuran KELAP

Dalam minggu ini, agak sibuk dengan beberapa pengisian.. Antara yang tercatat di sini :

17 Oktober : Pembentangan Kertas Kerja Fiqh Aulawiyat dan Fiqh Muwazanat di dalam program ITQAN anjuran DPM Tanta, bersama Ustaz Hassan Basri dari Kedah (Felo MANHAL)

18 Oktober : Pembentangan Kertas Kerja Kefahaman Sunnah dan Bid'ah di dalam program anjuran DPM Zagazig.

19 Oktober : Diskusi Kitab Dauru Syabab Fi Hamli Risalatil Islam (Peranan Pemuda Dalam Membawa Risalah Islam), di dalam program ITQAN anjuran DPM Tanta.

23 Oktober : Memberi pengisian di Seminar Dan Bengkel Penulisan anjuran Kem Latihan Penulis PMRAM (KELAP) dengan bertajuk "Penulisan Sebagai Sebuah Kerjaya". Gambar-gambar boleh didapati di Amin Menulis




Baca seterusnya

21 Oktober : Sejarah Hitam Buat HEWI PMRAM


pmram.org

Tarikh 21 Oktober 1993 merupakan sejarah hitam buat HEWI PMRAM dan seluruh mahasiswi pendokong PMRAM apabila, pejabat HEWI di ARMA terpaksa dikosongkan ekoran penafian hak yang dibuat atas alasan baik pulih ARMA.

Pengosongan Pejabat HEWI PMRAM di ARMA merupakan rentetan kesinambungan penafian ke atas PMRAM apabila diusir keluar dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah 1992, Encik Haji Ahmad Ismail melalui surat yang bertarikhkan 16 Mac 1992.

Dalam surat yang dikeluarkan kepada PMRAM tersebut mengarah pihak PMRAM mengosongkan pejabat PMRAM dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat dikeluarkan (16 Mac 1992). Dan akhirnya apabila pihak PMRAM terus tetap tidak keluar daripada pejabat PMRAM, pintu pejabat PMRAM telah pun dipalang dan dikunci pada 28 April dan akhirnya PMRAM diusir keluar sekaligus menafikan hak PMRAM selama ini yang berada di ARMA.

Malah masih tidak cukup dengan pengosongan pejabat PMRAM, sekali lagi Pengarah Jabatan Penuntut Kaherah Mesir 1993, Encik Haji Ahmad Ismail mengeluarkan surat arahan kepada HEWI PMRAM untuk mengosongkan Pejabat HEWI PMRAM yang berada di tingkat 1 Asrama Puteri di ARMA sebelum jam 12 malam, 21 Oktober 1993.

Sejarah hitam demi sejarah hitam terus menyelubungi PMRAM di atas penafian hak keberadaan di ARMA. Bukti-bukti surat yang ditandatangani jelas menunjukkan bahawa ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ekoran bantahan yang dilakukan oleh PMRAM ke atas persatuan baru yang ingin ditubuhkan iaitu PPMM (Persatuan Pelajar Malaysia Mesir).

Maka, hari ini kita lihat bagaimana srikandi-srikandi khususnya HEWI terpaksa berdikari dalam menguruskan pejabat yang terletak di kawasan Mahkamah, Hayyu Sabik yang menelan belanja kos sewa mencecah LE 1000 per bulan. Bahkan semenjak tahun 2000, berapa kali Markaz HEWI terpaksa berpindah tempat. Di mana pejabat HEWI yang dirampas pada 21 Oktober dahulu?

Mahasiswa/wi mesti sedar dan celik sejarah ke atas hak mereka. Kesusahan dan kepahitan mahasiswi-mahasiswi terdahulu bersama HEWI PMRAM jangan dilupakan. Tarikh 21 Oktober menjadi sejarah hitam buat mahasiswi sekalian. Teruskan berjuang bersama PMRAM dan HEWI PMRAM dalam mengembalikan hak yang telah dinafikan
Baca seterusnya

24 October 2010

Isu Pegawai JPMK : Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM


Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu yang melibatkan penindasan mahasiswa Islam di Mesir berlaku. Bermula daripada isu Kutub Sittah pada tahun 2009 sehinggalah sekarang ini, ia berlaku bagaikan dirancang. Namun PMRAM meminta agar ahli bertenang serta bertindak mengikut arahan pimpinan.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pihak-pihak berwajib yang melanggar polisi dan etika sebagai seorang penjawat awam. Bagi PMRAM, tindakan Pengarah JPMK Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasyim yang menandatangai surat sokongan bagi penubuhan 'Academy Center' di Tanta merupakan tindakan yang tidak profesional.

Di dalam surat tersebut terdapat beberapa kesalahan mengikut format rasmi surat kerajaan. Bahkan beliau juga menafikan peranan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) yang selama ini menjaga keselamatan mahasiswa-mahasiswi Islam di sana. PMRAM menyifatkan kata-kata ini sebagai tuduhan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa walaupun DPMT mampunyai autoriti untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pihak keselamatan Mesir, PMRAM tidak pernah sesekali membelakangi peranan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dalam isu-isu keselamatan mahupun menafikan kewujudannya.

Beralih kepada isu yang berlaku di Mansurah pada 16 Oktober lalu. PMRAM sekali lagi melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap salah seorang pegawai JPMK yang menyalahgunakan kuasa. PMRAM menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Atase Akademik En. Khairi bin Jalaluddin juga sebagai tindakan yang tidak profesional.

Sebagai penjawat awam beliau tidak sepatutnya mengambil kesempatan ketika taklimat biasiswa tersebut untuk mengedarkan borang Kelab Umno. Tindakan tersebut seolah-olah mengajak mahasiswa untuk terlibat dengan parti politik.

PMRAM mengambil pendekatan diplomasi dalam menghadapi isu ini dan cuba mengelakkan tindakan provokasi. Walaupun tindakan tidak profesional ini dilakukan oleh beberapa orang pegawai JPMK, PMRAM dengan ini menegaskan bahawa hubungan rasmi tetap akan diteruskan demi menjaga kesatuan dan kebajikan di kalangan mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir.

PMRAM mengharapkan agar pihak JPMK lebih profesional dalam melaksanakan tugasnya demi menjaga nama baik negara Malaysia. PMRAM juga mengharapkan agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini terus mendapat bimbingan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan serta dilindungi daripada halangan dan ancaman.

Akhirnya saya mewakili PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan dukungan ahli dalam menghadapi isu-isu yang melibatkan mahasiswa Islam ini.

Sekian.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
Baca seterusnya

Menara Warisan 5 Billion : PMRAM Saran Pertimbangkan Semula

pmram.org

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyarankan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menilai dan mengkaji semula dalam membuat pertimbangan semula berikutan perancangan untuk membina menara 100 tingkat sebagaimana yang diumum pada ucapan Bajet 2011.

Menara yang diberi nama Bangunan Warisan Merdeka tersebut bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia apabila ia dilaksanakan yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Isu yang menjadi topik perbualan adalah berkaitan kos yang amat tinggi dibelanja iaitu sebanyak 5 billion.

PMRAM sama sekali tidak menolak akan perancangan dalam menarik tarikan pelancong bagi meluaskan lagi promosi negara Malaysia ke dunia luar di samping untuk mendapatkan pelabur asing dengan kadar yang tinggi. Namun, pertimbangan melaburkan kos 5 billion dengan keperluan asas yang sewajarnya itu yang perlu dinilai semula.

Memandang kepada realiti masyarakat Malaysia yang masih rata-rata kurang kemampuan terutama dari sudut kebajikan dan pendidikan, kos 5 billion lebih bermanfaat untuk disalurkan ke arah tersebut sekaligus meletakkan negara lebih stabil dari sudut kebajikan dan menuju ke arah kemajuan dengan institut pengajian yang semakin berkembang. Hal ini dapat direalisasikan dengan saluran yang tepat berdasarkan kehendak yang mesti didahulukan mengikut tuntutan keadaan.

Justeru, PMRAM menyarankan sekali lagi agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan kos penggunaan 5 billion tersebut dengan mengkaji tuntutan yang selayaknya didahulukan bertepatan dengan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Mohd Faizzudin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
PMRAM 2010
Baca seterusnya

PMRAM Memandang Serius Isu Islamic Fashion Festival

pmram.org

KAHERAH, 22 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menyatakan kekesalan terhadap isu panas yang melanda umat Islam sedunia hari ini.

Isu berkenaan Islamic Fashion Festival yang diadakan baru-baru ini mengundang kemarahan umum umat Islam di Malaysia apabila festival itu jelas bercanggah dengan landasan syara’.

PMRAM turut menyokong tindakan bantahan yang dilaksanakan oleh beberapa NGO Islam di Malaysia bagi menyatakan kekesalan isu tersebut dan meminta agar festival seperti itu tidak lagi dilaksanakan pada masa akan datang.

Semalam (21 Oktober, Khamis), MANHAL PMRAM telah pun mengeluarkan kajian yang berkaitan Islamic Fashion Festival yang jelas ia cukup mengundang kemarahan umat Islam apabila ia seakan-akan menghina Nabi Muhammad SAW apabila kalimah Muhamad yang diterbalikkan dan terdapat di pakaian yang dipakai oleh seorang model wanita yang tidak menutupi aurat.

Bahkan festival tersebut turut melanggar landasan syara’ apabila terdapat percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan serta terdapat beberapa model yang tidak menutupi aurat.

Naib Presiden I, merangkap Ketua Lajnah Badan Dan Dakwah, Saudara Adlan Mokhtaruddin berkata program-program sebegini amat dikesali kerana ia menyumbang ke arah keruntuhan moral akhlak di kalangan masyarakat yang kian parah sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Bahkan beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini konsert yang mengundang penuh kontroversi dan kemarahan umat Islam dengan membawa artis luar negara yang popular dengan simbolik gay juga merupakan tanda kerosakan akhlak yang semakin parah.

Justeru, isu-isu sebegini PMRAM memandang serius terhadap apa yang berlaku dan mengharapkan pihak kerajaan Malaysia serius menangani isu ini dengan baik bagi sama-sama menjaga maruah umat Islam serta memastikan segala program yang boleh mengundang kerosakan akhlak di kalangan masyarakat tidak lagi dijalankan.

Mohd Faizuddin Ghazali
Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan
PMRAM 2010
Baca seterusnya

23 October 2010

Gambar-gambar Hadirin Majlis Penerangan Isu Semasa Dan Mahasiswa















Baca seterusnya

10.21 pm : Selesai Ucapan Presiden PMRAM

10.21 pm : Selesainya ucapan Presiden PMRAM.. dan majlis telah ditangguhkan.. Ketika ini, diteruskan dengan tayangan video yang canggih.. Sila tunggu siaran video tersebut di dalam TV PMRAM!
Baca seterusnya

10.06 pm : Ucapan Presiden PMRAM Sebagai Penggulungan

10.02 pm : Selesai ruang soal jawab dan aduan.. hampir 20 orang yang bangun bercakap.

10.06 pm : Majlis diserahkan kepada Presiden PMRAM, untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Sehingga kini, hadirin masih lagi tekun mendengar ucapan beliau.
Baca seterusnya

9.34 pm : Masih Lagi Ruang Soal Jawab

Sehingga kini, ruang soal jawab dan aduan masih lagi dibuka. Lebih daripada 10 orang telah bangun untuk mengadu atau menjelaskan beberapa isu yang berkaitan dengan kredibiliti JPMK. Berbaki 3 orang lagi yang diberikan ruang untuk bercakap..
Baca seterusnya

8.07 pm : Ucapan Sulung Presiden PMRAM

Presiden PMRAM dijemput untuk menyampaikan ucapan setelah beberapa penerangan dibuat. Presiden PMRAM tidak mengambil masa panjang untuk berucap, tetapi lebih membuat kesimpulan secara umum tentang beberapa isu. Pada 8.14 pm, beliau menghabiskan ucapan dengan membaca pendirian PMRAM terhadap isu-isu.

Ketika ini, majlis diserahkan kembali kepada Pengerusi, BP Faizzuddin.. Pada jam 8.16 pm, dibuka ruang soal-jawab oleh hadirin.
Baca seterusnya

8.04 pm : Dijangka Seramai 1000 orang Berkumpul Mendengar Isu

Baru sebentar tadi, pada detik 8.04 pm, BP Faizzuddin selaku pengerusi majlis, mengumumkan bahawa jangkaan yang hadir dan sedang mendengar Isu Semasa dan Mahasiswa seramai 1000 orang.

Seramai 1000 orang sedang berkumpul di Rumah Kelantan, penuh di bahagian Maktabah, Parking, Kawasan Balkoni, Tangga.. kesimpulannya, seluruh tempat penuh dengan para hadirin. Tahniah.

Ketika ini, Majlis diserahkan kepada Presiden PMRAM untuk mengulas isu-isu mahasiswa secara umum. Sila ikuti perkembangan seterusnya.
Baca seterusnya

8.02 pm : Pengumuman Tentang Majlis Kutub Sittah

Pengumuman dibuat oleh BP Yusof tentang Majlis Pembacaan Kutub Sittah, tentang Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang bermula pada 27 Oktober - 30 November. Majlis akan diadakan di Nadi Riadhi. Seramai 8 orang Masyaikh akan terlibat

1. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al Kattani
2. Syeikh Usamah al Azhar
3. Syeikh Rif'at Fauzi
4. Muhammad Mahmud Abu Hasyim
5. Syeikh Saad Jawish

Dan lagi 3 orang akan dimaklumkan kemudian. Pada majlis Hi Tea bersama Masyaikh yang akan diadakan pada 1 November, akan dihadiri juga oleh Syeikh Umar Abdullah Kamil. Pengumuman tersebut, merupakan penggulungan beliau setelah mengulas tentang Isu Islamic Festival Fasion.
Baca seterusnya

7.42 pm : Isu IFF Menyusul Selepas Isu Tanta

Baru sahaja selesai penerangan Isu Tanta oleh Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta. Ketika ini, majlis diteruskan dengan Isu Islamic Festival Fasion yang akan diulas oleh BP Yusof. IFF adalah satu festival yang begitu jelas mempermainkan Islam, yang berlaku di Malaysia. Isu ini cukup hangat di Malaysia, atas dasar sensitiviti Islam.

Ulasan berkenaan isu ini, sila klik
Baca seterusnya

7.30 pm : Gambar-gambar Majlis Penerangan Isu







Baca seterusnya

7.15 pm : Majlis Bermula, Isu Tanta Menjadi Pembuka

Pada 7.15 pm tadi, majlis telah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Us Faizzuddin BP, dan isu Tanta menjadi pembukaan untuk majlis malam ini. Ustaz Sulaiman pengerusi Tanta sedang menyampaikan ucapan dan penerangan isu Tanta ketika ini.

Isu Tanta, berkait rapat dengan surat JPMK yang membenarkan pihak Agen Medik Mesir untuk membuka pusat lain, sedangkan JPMK langsung tiada kuasa untuk berbuat demikian. Ini kerana, ia sangat berkaitan dengan undang-undang keselamatan Mesir. Bahkan, perkara ini juga telah melangkaui tugas Kuasa Usaha Sementara, En Saiful.

Sehingga kini, isu Tanta masih lagi sedang disampaikan oleh Ustaz Sulaiman.. Untuk pembacaan tentang Isu Tanta, sila klik di bawah ini.


Isu Keselamatan : Pengerusi Kesal Wakil Agen Medik Mesir Tidak Bekerjasama

Apa Cerita Agen Medik Mesir?

Siapa JPMK Dalam Soal Keselamatan Mahasiswa?

JPMK Tak Pandai Urusan Surat Menyurat

Surat JPMK Yang Melawakkan.. Beginikah Pengurusan JPMK?

Isu Tanta : Tangan Busuk JPMK Memperbodohkan Mahasiswa
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal