13 March 2010

PMRAM Menghantar Wakil Ke Persidangan Di Syria

KAHERAH, 28 Februari – PMRAM hari ini telah bersetuju untuk menghantar wakil ke Motivasi Smart Mahasiswa Islam Syria, anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS). Program yang bakal diadakan selama 2 hari, iaitu pada 5 dan 6 Mac 2010, menggabungkan mahasiswa Malaysia bagi mewakili beberapa buah negara.



PMRAM yang mewakili mahasiswa Mesir, telah bersetuju untuk menghantar Saudara Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, ke program tersebut.

Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu’izz bin Mohamad berkata bahawa PMRAM berbesar hati menerima jemputan PPMS sebagai tenaga pengisi program tersebut.


Saudara Mujahid yang juga terlibat secara langsung di bawah PMRAM akan mewakili PMRAM ke program tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa PMRAM mendapat tumpuan seluruh mahasiswa Malaysia di luar negara.

Beliau menambah lagi, bahawa sebelum ini wakil daripada mahasiswa Melayu di beberapa buah negara lain, pernah mengadakan beberapa siri lawatan ke pejabat PMRAM.

Bahkan sebelum ini, PMRAM pernah menjadi tuan rumah Perhimpunan Mahasiswa Sedunia (PERMIS) yang menghimpunkan wakil mahasiswa Malaysia dari beberapa buah negara. Pada tahun ini, ia diteruskan pula oleh PPMS.

sumber : pmram.org
Baca seterusnya

12 March 2010

Firaq-firaq Di Bumi Mesir

Pendahuluan

Masyarakat Melayu yang berada di bumi Mesir, bergiat dalam aktiviti masing-masing. Antaranya ialah bersukan, bertalaqqi, berhibur, bergiat dalam permainan komputer, filem-filem download.

Tetapi di dalam artikel ringkas ini, hanya membentangkan tentang kewujudan firaq (pecahan) dalam bentuk fikrah. Maka, firaq yang wujud di bumi Mesir ini antaranya :

1. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
2. ISMA
3. Nadi UMNO
4. Konsis
5. Dan sebagainya

Maka, di sini akan menghuraikan beberapa firaq yang wujud di kalangan masyarakat Melayu di bumi Mesir. Terdapat juga beberapa firaq yang tidak disenaraikan di sini. Insya Allah akan dijelaskan di dalam siri-siri akan datang.

Tujuan Mempelajari Tentang Firaq

Kita mempelajari tentang firaq ini bukanlah bertujuan menambahkan lagi parah perpecahan tersebut, atau bertujuan membuka keaiban sendiri, bukan juga untuk menyebarkan fitnah. Tetapi ia adalah bertujuan menjernihkan keadaan Melayu di Mesir, dan menjelaskan di manakah kebenaran dan kesilapan dalam memahami etika berjemaah.

( an Nadwah al Alamiah Lisy Syabab al Islami WAMY, al Mausu’ah al Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib Wal Ahzab al Mu’asirah, susunan Dr Mani’ bin Hammad al Juhani, terbitan Darul Nadwah al Alamiah, jilid 1, ms 1 )

Kesilapan Dalam Mengenali Firaq ( kumpulan )

Penulisan ini bertujuan merungkaikan kekeliruan yang terdapat di kalangan Melayu Mesir yang terkeliru dengan firaq yang wujud di bumi Mesir. Ada di antara yang mendakwa bahawa ISMA itu lebih sesuai tarbiahnya berbanding PMRAM. Ada pula yang mengatakan bahawa Konsis itu lebih jelas matlamatnya, dan sebagainya.

Maka, untuk menjelaskan beberapa kaedah untuk menjelaskan kepada kita tentang jemaah yang sebenar, dan pemahaman tentang “ta’addud jema’ah”. Masing-masing mendakwa bahawa mereka adalah jemaah yang terbaik dalam memperjuangkan Islam. Ia akan dijelaskan selepas ini.

Dakwaan Setiap Firaq

Setiap firaq, pasti akan mendakwa bahawa mereka adalah jemaah yang paling betul, benar dan hebat dalam tarbiah. Contoh tersebut kita boleh lihat berdasarkan beberapa perkara berikut :

1. ISMA mendakwa bahawa mereka ditubuhkan disebabkan kekurangan tarbiah yang menjadi kelemahan PMRAM.

2. Konsis pula mendakwa bahawa mereka ditubuhkan sebagai pembaiki kepada kerompongan dalam tarbiah PMRAM.

3. Nadi UMNO pula mendakwa bahawa mereka hanyalah sebagai kelab penyokong UMNO yang bertapak di Malaysia.

4. Islam Hadhari pula mendakwa bahawa mereka memperjuangkan Islam yang berwajah baru, sepertimana perjuangan Islam Hadhari di Malaysia.

Dan sebagainya. Penjelasannya akan diceritakan di dalam siri-siri berikutnya.

Sejarah Permulaan Kewujudan Firaq Melayu Di Mesir

1. PMRAM adalah persatuan induk yang ditubuhkan pada 1930 lagi, dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

2. Pada 1964, Badan Kebajikan Anak Negeri mula ditubuhkan.

3. Pada 1980 / 1981 sudah wujud beberapa firaq, antaranya Tabligh, al Arqam dan sebagainya.

4. Pada kebelakangan ini, bermula 2000, sudah mula wujud Nadi UMNO, ABIM, ISMA, dan baru-baru ini Konsis.

5. Rufaqa’ (al Arqam) dan tabligh masih lagi wujud sehingga hari ini. Cuma gerakan mereka tidak kelihatan.

Inilah beberapa sejarah ringkas tentang kewujudan firaq di bumi Mesir.

Ciri-ciri Jemaah Islam

Diantara perkara yang tidak dapat dipertikaikan lagi, bahawa setiap pertubuhan atau jemaah sama ada jemaah Islamiah atau selain daripada jemaah itu, mesti mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Dengan demikian ia dikenali dan dapat dibezakan dari jemaah yang selain daripadanya. Jadi apakah ciri-ciri atau prinsip-prinsip jemaah islamiah yang menonjol dan membezakannya dari ideologi yang dibuat oleh manusia di atas muka bumi ini.

Sebenarnya ciri-ciri jemaah islamiah telah ditentukan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Terdapat nas-nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang menerangkan ciri jemaah Islamiah.

Diantara ciri-ciri yang ada pada sebuah jemaah islamiah ialah:-

1. Jemaah yang menyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula ummah, dapat membebaskan semula golongan yang benar dan menyelamatkan dunia daripada huru-hara dan kehancuran.

Maka, jemaah yang tidak meyakini Islam itu adalah kekuatan, maka ternyata jemaah tersebut bercanggah daripada bentuk ini. Maka Nadi UMNO yang hanya ditubuhkan sebagai kelab penyokong, lebih bersifat kulit, yang tidak bertujuan untuk membangunkan semula ummah.

2. Jemaah yang lahir dari kesedaran sendiri, tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur ataupun barat. Lahirnya kerana tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Imran ayat 104 :

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Maka, jemaah yang ditubuhkan atas dasar peniruan ataupun kesan pengaruh daripada sesuatu kebangkitan, maka ia bercanggah dengan bentuk ini. Contohnya ISMA adalah jemaah lain yang ditubuhkan bertujuan melihat kekurangan pada PMRAM.

Sepatutnya mereka perlu memberi sokongan dan dokongan dalam membantu PMRAM dalam menyelesaikan isu tarbiah yang mereka dakwa sebagai satu kekurangan.

3. Jemaah yang menyakini akan kesejagatan Islam dan kesyumulannya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya’:

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah al Anbiya : 107)

Maka, jemaah yang merasakan bahawa Islam itu tidak sempurna, mereka mula mempertikaikan penubuhan PMRAM. Mereka mendakwa bahawa Islam itu hanya tafaqquh semata-mata. Dan Islam juga bukanlah kepimpinan semata-mata yang tidak bertafaqquh. Maka, pendekatan PMRAM adalah dengan keyakinan bahawa Islam itu merangkumi semua bidang.

4. Jemaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh sebagaiman firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 207.

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya. (Surah al Baqarah : 207)

Maka, jemaah yang hanya menumpukan sebahagian ciri-ciri Islam, adalah jemaah yang tidak lengkap. Contohnya Konsis dan ISMA hanya melihat bahawa jemaah itu hanyalah tarbiah semata-mata. Bahkan mereka akan memilih ahli-ahlinya yang “hebat-hebat” sahaja, tanpa menyebarkan “dakwah” tersebut kepada ahli-ahli biasa, yang tidak punya kelebihan.

Ia berbeza dengan PMRAM yang melaksanakan Islam itu secara menyeluruh. Di dalam PMRAM terdapat unit Hisbah yang tidak dibentuk di dalam firaq-firaq yang lain. Juga terdapat Bahagian Sukan, Kepimpinan dan sebagainya yang jelas menunjukkan bahawa PMRAM melaksanakan Islam secara menyeluruh.

5. Jemaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan umat Islam iaitu jemaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah.

Inilah amalan dan sikap jemaah islamiah. Ia terus-terang di dalam menyatakan kebenran walaupun disaat orang lain membisu seribu bahasa. Biarpun tindakan demi tindakan dikenakan terhadap anggotanya, namun jemaah Islam teta[p dengan perjuangnnya sekadar yang termampu dilakukan olehnya.

6. Jemaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatukan para anggotnya pada prinsip dan dasar sekalipun merek berbeza di dalam masalah furu’. Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 64:

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi. (Surah Ali Imran : 64)

Maka, PMRAM istiqamah dalam membentuk ahli supaya berpegang kepada al Quran dan Sunnah, dan melaksanakan Islam dalam kehidupan seharian.

7. Jemaah yang terdapat dikalangan anggotnya sifat-sifat Hizbullah. Diantara sifat-sifat itu ialah:

- Cintakan Allah SWT dan Allah SWT cintakan mereka.
- Merendahkan diri sesama mukmin.
- Bersikap tegas terhadap orang kafir.
- Berjihad di jalan Allah SWT dan tidak takut celaan orang-orang yang mencelanya.
- Memberi kesetian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, orang mukmin (pimpinan).
- Mendirikan sembahyang.
- Menunaikan zakat.
- Sentiasa ruku’ kepada Allah SWT.

Sifat-sifat tersebut di atas selari denga firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 54 hingga 56. Maka, sesuatu jemaah tersebut hendaklah menjauhi daripada mengadakan program berunsur maksiat, atau membiarkan maksiat terpamer dalam program mereka.

Peristiwa ini lebih jelas apabila terdapat kerjasama di antara ISMA dan Nadi UMNO dalam mengadakan Festival Asean 2009, yang terdapat aktiviti tari menari di dalamnya.

8. Selain daripada itu juga, jemaah islamiah adalah mereka yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai sifat berikut:-

- Bertafakur kepada kebesaran Allah SWT dan kejadianNya. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Jasiah ayat 3.
- Takut hanya kepada Allah SWT. Bukanlah dengan berdiam diri dengan kejahatan yang berlaku, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal
- Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
- Kembali kepada undang-undang Allah SWT dan Rasulullah SAW sepertimana firmanNya dalam surah An-Nisa’ ayat 59
- Berkasih-sayang kerana Allah SWT dan benci kerana Allah SWT. Bukanlah dengan menumpukan dakwah kepada golongan tertentu sepertimana yang dilakukan oleh ISMA
- Bertawakkal kepada Allah SWT dengan sebenar-benar tawakkal.
- Berbudi pekerti mulia.
- Bergembira apabila melakukan taat dan berdukacita apabila melakukan maksiat.

9. Jemaah yang berjuang secara amali, tidak hanya teori semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat tertentu sahaja.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas maka dapatlah kita membuat keputusan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. Ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri bukan didorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang telah sedia ada.

Ia terjadi apabila ISMA ditubuhkan disebabkan tidak berpuas hati dengan PMRAM. Kemudian Konsis pula ditubuhkan disebabkan tidak berpuas hati dengan ISMA. Mereka mendakwa bahawa ISMA dan JIM sudah tersasar daripada hadaf sebenar, iaitu mendirikan negara Islam.

Untuk lebih jelas dan yakin lagi, bahawa gerakan Islam mestilah mempunyai tujuan sebagaimana berikut :

1. Memperjuangkan yntuk mewujudkan dalam sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan hukum Allah SWT untuk mendapat keredhaan daripadaNya.

2. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Untuk merealisasikan semua tuntutan itu, jemaah Islam mestilah mempunyai usaha-usaha seperti berikut:

1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah SWT dan sunnah RasulNya melaluli dakwah secara lisan, tulisan, dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai wadah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan politik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan, pentadbiran, ekonomi, sosial, pelajaran atau pendidikan, dan sebagainya.

3. Memupuk dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagikehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan kebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuha, dan orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan cara hidup Islam.

5. Menyediakan rancangan-rancangan dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat Islam keseluruhannya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawan dengan gerakan Islam bila mana dan selama mana ianyamustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan syariat Allah SWT.

7. Memperjuangkan hak serta kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Sebenarnya perkara-perkara di atas telahpun dinyatakan sebagaimana yang sedia wujud di dalam perlembagaan dan objektif penubuhan PMRAM.

Kalau kita lihat dan meneliti dengan fikiran yang terbuka dan menjauhkan diri dari mempunyai perasaan taa’sub terhadap mana-man pertubuhan, maka kita akan mendapati bahawa semua perkara itu telah pun dan sedang diusahakan oleh PMRAM walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran.

Oleh itulah bagi saya tidak ada sebab mengapa perlunya ada jemaah yang lain yang memperjuangkan perkara yang sama dan mempunyai matlamat yang sama. Masalah kelemahan adalah merupakan perkara biasa bagi mana-mana pertubuhan, yang perlu bagi kita ialah jangan merasa putus asa dan merasa lemah semangat bila menghadapi permasalahan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

11 March 2010

Rasuah Dan Pengharamannya

Pendahuluan

Hari ini manusia membincangkan tentang amalan rasuah yang berlaku di Malaysia. Artikel akan membincangkan tentang rasuah dan pengharamannya dalam Islam. Sudah diketahui umum bahawa ia adalah satu amalan haram, yang menjadi amalan beberapa golongan tertentu.

Makna Rasuah

1. Rasuah ialah apa yang diberikan untuk menafikan hak, atau mengiyakan kebatilan. ( al Jurjani, At Ta’rifat, Ali bin Muhammad bin Ali al Jurjani, cet pertama, 1405 H, Darul Kitab al Arabi Beirut, tahqiq Ibrahim al Abyari, ms 148 )

2. Rasuah ialah apa yang diberikan oleh seseorang untuk menjadikan undang-undang itu berpihak kepadanya, atau berjalan mengikut kehendaknya. ( Wizarah al Auqaf Kuwait, al Mausu’ah al Fiqhiyah al Kuwaitiah, cet ke 2, Maktabah Darul Salasil, 1404-1427 H, bahagian 18, ms 108 )

Dalil Pengharaman Rasuah

1. Allah SWT berfirman

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya) (Surah al Maidah : 42)

Al Hassan dan Sa’id bin Jubair RA berkata bahawa “Segala yang haram” yang disebut di dalam ayat ini bermaksud rasuah. ( Wizarah al Auqaf Kuwait, al Mausu’ah al Fiqhiyah al Kuwaitiah, cet ke 2, Maktabah Darul Salasil, 1404-1427 H, bahagian 22, ms 221 )

2. Allah SWT berfirman

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al Baqarah : 188)

Dr Wahbah Zuhaili berkata bahawa maksud “makan harta dengan jalan yang salah” ialah melalui apa cara sekalipun. Antaranya riba, rasuah menipu dalam perniagaan dan sebagainya. ( az Zuhaili, at Tafsir al Munir, Dr Wahbah Zuhaili, cet ke 2, 1418 H, Darul Fikr Damsyik, tafsir Surah al Baqarah ayat 188, bah. 2, ms 164 )

3. Hadis Nabi SAW

لَعَنَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ

Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah, dan penerima rasuah

( Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim at Tamimi, cet Mu’assasah ar Risalah Beirut 1414 H, tahqiq keluarga Arnauth, no. 5076, bah. 11, ms 467 )

4. Banyak lagi hadis yang menceritakan tentang pengharaman rasuah, dan mengambil harta manusia dengan cara batil. Cukup sekadar ini sebagai dalil yang cukup jelas tentang pengharamannya.

Rasuah Adalah Dosa Besar

Rasuah adalah salah satu daripada dosa besar yang diharamkan oleh Allah. Antara dosa besar yang lain ialah, zina, minum arak, sihir dan sebagainya yang terlalu mendapat kebencian daripada Allah. ( az Zahabi, al Kaba’ir, Muhammad bin Uthman az Zahabi, cet Darun Nadwah al Jadidah Beirut, ms 131 )

Sepertimana yang diketahui, dosa besar hanya akan suci setelah taubat nasuha dilakukan. Taubat nasuha juga mempunyai peringkat dan syarat-syarat yang khusus. Ia bukanlah satu perkara ringan yang hanya boleh disucikan dengan amalan biasa.

الصلوات الخمسة و الجمعة إلى الجمعة و رمضان إلى رمضان مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر

5 solat fardhu, jumaat hingga jumaat, ramadhan hingga ramadhan, kesemua amalan buruk yang dilakukan ketika itu boleh diampunkan.

( al Baihaqi, Syu’abil Iman, Ahmad bin al Husain al Khurasani, Abu Bakar al Baihaqi wafat 458 H, cet. 1, 1423 H, tahqiq Dr Abdul Ali dan Mukhtar Ahmad an Nadwi, bah. 5, ms 230, no. 3347 )

Kezaliman Rasuah

1. Rasuah akan menyebabkan penipuan dalam keputusan mahkamah. Ia berlaku apabila orang yang dibicarakan itu merasuah hakim, dan hakim membuat keputusan menyebelahi perasuah tersebut. Ini telah diterangkan di dalam Surah al Baqarah ayat 188. ( az Zuhaili, al Fiqhul Islami Wa Adillatuhu, cet. keempat, Darul Fikr Damsyik, bah. 8, ms 86 )

2. Rasuah menyebabkan kezaliman berterusan. Apabila seseorang yang sepatutnya dipersalahkan, menyuap wang kepada pemerintah, akan menyebabkan kepentingan itu akan berputar di keliling pinggangnya. Ia juga dikatakan sebagai kezaliman apabila mereka yang tidak punyai wang, akan terus tertindas, dan hak mereka akan terus dinafikan.

Allah SWT berfirman

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Surah Hud : 113)

3. Rasuah akan menyebabkan orang jahat yang mempunyai harta, mampu meneruskan kegiatan jahatnya. Maka, kejahatan orang yang berharta akan terus berleluasa di muka bumi, sehinggakan menafikan hak manusia yang lain.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

10 March 2010

Syeikh Tantawi RA (1928-2010)


Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham di sana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehinggabeliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.

Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya.

sumber : pmram.org
Baca seterusnya

09 March 2010

Tiba Di Mesir



Baru pagi tadi, kaki ini menjejakkan kaki di bumi Kaherah, pada jam 3.25 pagi. Alhamdulillah, Salah seorang Badan Pengurus PMRAM, Ustaz Mohd Farkhan telah menjemput saya di Airport.

Dengan membawa secebis pengalaman, dan melaksanakan pikulan amanah, tidak merasa letih untuk menghadapinya. Alhamdulillah.

Malam semalam, pimpinan PPMS sendiri yang menghantar saya ke Airport, dan kami berpisah di pintu masuk sebelum check in.

Hati ini terasa ingin untuk kembali menjejakkan kaki di bumi tersebut buat kali seterusnya.





Di sana, sempat bertemu Dr Mustafa Bugho, seorang alim di bumi Syria. Kitab yang masyhur karangan beliau ialah Fiqh Manhaji yang menjadi tatapan seluruh dunia hari ini.

Disebabkan himpitan masa, saya tidak berkesempatan untuk bertemu syeikh-syeikh yang lain. Semoga saya dapat bertemu mereka di lain masa.
Baca seterusnya

08 March 2010

Catatanku Di Bumi Syria


Pada 5 Mac, selepas isya PPMS telah mengadakan Wacana Antara Benua di bawah tajuk Generasi Syam, Permasalahan, Cabaran, Realiti dan Penyelesaian. Saya mewakili PMRAM sebagai salah seorang panel pada malam tersebut.

Pada keesokan harinya, 6 Mac, saya mewakili PMRAM untuk menyampaikan motivasi. Bermula jam 9.30 pagi (selepas perasmian oleh Dato’ Duta), sehinggalah jam 4.15 petang. Kemudiannya diteruskan dengan slot resolusi.

Pada 7 Mac, telah diadakan perjumpaan bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri, dan Exco Persatuan Pelajar Mahasiswa Syria (PPMS). Perjumpaan bermula pada 9.30 pagi sehingga 12.15 tengahari.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

07 March 2010

Dajjal Laknatullah - Siri 7

Peperangan Dan Pembunuhan Dajjal

Sepertimana yang disebutkan di dalam Hadis Nabi SAW, bahawa Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa AS selepas Baginda AS muncul di Masjid Umawi, di Damsyik, Syria. Hadis Nabi SAW seperti berikut :

وعن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه؛ قال: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَكُونُ لِلْمُسْلِمِينَ ثَلَاثَةُ أَمْصَارٍ مِصْرٌ بِمُلْتَقَى الْبَحْرَيْنِ وَمِصْرٌ بِالْحِيرَةِ وَمِصْرٌ بِالشَّامِ فَيَفْزَعُ النَّاسُ ثَلَاثَ فَزَعَاتٍ فَيَخْرُجُ الدَّجَّالُ فِي أَعْرَاضِ النَّاسِ فَيَهْزِمُ مَنْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ فَأَوَّلُ مِصْرٍ يَرِدُهُ الْمِصْرُ الَّذِي بِمُلْتَقَى الْبَحْرَيْنِ فَيَصِيرُ أَهْلُهُ ثَلَاثَ فِرَقٍ فِرْقَةٌ تَقُولُ نُشَامُّهُ نَنْظُرُ مَا هُوَ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بالْأَعْرَابِ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بِالْمِصْرِ الَّذِي يَلِيهِمْ وَمَعَ الدَّجَّالِ سَبْعُونَ أَلْفًا عَلَيْهِمْ السِّيجَانُ وَأَكْثَرُ تَبَعِهِ الْيَهُودُ وَالنِّسَاءُ ثُمَّ يَأْتِي الْمِصْرَ الَّذِي يَلِيهِ فَيَصِيرُ أَهْلُهُ ثَلَاثَ فِرَقٍ فِرْقَةٌ تَقُولُ نُشَامُّهُ وَنَنْظُرُ مَا هُوَ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بالْأَعْرَابِ وَفِرْقَةٌ تَلْحَقُ بِالْمِصْرِ الَّذِي يَلِيهِمْ بِغَرْبِيِّ الشَّامِ وَيَنْحَازُ الْمُسْلِمُونَ إِلَى عَقَبَةِ أَفِيقٍ فَيَبْعَثُونَ سَرْحًا لَهُمْ فَيُصَابُ سَرْحُهُمْ فَيَشْتَدُّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَتُصِيبُهُمْ مَجَاعَةٌ شَدِيدَةٌ وَجَهْدٌ شَدِيدٌ حَتَّى إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيُحْرِقُ وَتَرَ قَوْسِهِ فَيَأْكُلُهُ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ نَادَى مُنَادٍ مِنْ السَّحَرِ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَتَاكُمْ الْغَوْثُ ثَلَاثًا فَيَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ إِنَّ هَذَا لَصَوْتُ رَجُلٍ شَبْعَانَ وَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَام عِنْدَ صَلَاةِ الْفَجْرِ فَيَقُولُ لَهُ أَمِيرُهُمْ رُوحَ اللَّهِ تَقَدَّمْ صَلِّ فَيَقُولُ هَذِهِ الْأُمَّةُ أُمَرَاءُ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ فَيَتَقَدَّمُ أَمِيرُهُمْ فَيُصَلِّي فَإِذَا قَضَى صَلَاتَهُ أَخَذَ عِيسَى حَرْبَتَهُ فَيَذْهَبُ نَحْوَ الدَّجَّالِ فَإِذَا رَآهُ الدَّجَّالُ ذَابَ كَمَا يَذُوبُ الرَّصَاصُ فَيَضَعُ حَرْبَتَهُ بَيْنَ ثَنْدُوَتِهِ فَيَقْتُلُهُ وَيَنْهَزِمُ أَصْحَابُهُ فَلَيْسَ يَوْمَئِذٍ شَيْءٌ يُوَارِي مِنْهُمْ أَحَدًا حَتَّى إِنَّ الشَّجَرَةَ لَتَقُولُ يَا مُؤْمِنُ هَذَا كَافِرٌ وَيَقُولُ الْحَجَرُ يَا مُؤْمِنُ هَذَا كَافِرٌ

Daripada Uthman bin Abi al Ash RA, beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : (ketika kemunculan Dajjal), orang-orang Islam terbahagi kepada 3 kelompok. Sekelompok berada di antara pertemuan dua laut, sekelompok lain di Hirah (sebuah kawasan di persisiran pantai 3 batu daripada Kufah), dan sekelompok lagi berada di Syam. Maka, manusia (seluruh dunia) berlindung di bawah 3 perlindungan. Ketika ini muncullah Dajjal di tengah-tengah masyarakat, dan menyerang dari arah timur. Tempat yang mula-mula diserang ialah kelompok yang berada di antara pertemuan dua laut. Lalu berpecahlah manusia di situ kepada 3 kumpulan pula. Sekumpulan berkata : Kita perhatikan dulu apakah tindakannya. Sekumpulan yang lain bergabung dengan bangsa-bangsa Arab. Kumpulan yang ketiga bergabung dengan kelompok yang berada selepas mereka (di tempat lain –Hirah- yang akan dikunjungi oleh Dajjal selepas mereka). Turut bersama dengan Dajjal seramai 70 000 tentera yang berselendang hitam (atau berpakaian serba hitam). Kebanyakan yang mengikutnya (Dajjal) dari kalangan Yahudi dan golongan wanita. Kemdian, Dajjal menyerang pula kelompok yang berada selepas itu (di Hirah) pula. Lalu kelompok yang berada di situ berpecah pula kepada 3 kumpulan. Sekumpulan berkata : Kita perhatikan dulu apakah tindakannya. Sekumpulan yang lain bergabung dengan bangsa-bangsa Arab. Kumpulan yang ketiga bergabung dengan kelompok yang berada selepas mereka di barat Syam. Lalu kesemua orang Islam menuju ke Uqbah Afiq (di Damsyik). Lalu mereka menghantar beberapa tentera untuk berhadapan dengan Dajjal, namun mereka pula diserang, lalu diperhebatkan lagi serangan terhadap mereka (umat Islam di Damsyik). Mereka diuji dengan kelaparan yang teruk dan keperitan. (ia berlarutan) sehinggalah seseorang itu sanggup membakar busur panahnya, lalu memakannya. Ketika dalam keadaan demikian, terdengarlah satu seruan dari arah gurun “Wahai manusia! Akan sampai kepada kamu bantuan sebanyak tiga kali”. Lalu mereka berkata sesama mereka, “Ini adalah suara dari seorang lelaki yang kenyang (mendapat bantuan).. Ketika ini, turunlah Nabi Isa AS ketika mereka baru sahaja ingin mengerjakan Solat Subuh (di Masjid Umawi, Damsyik). Pemimpin umat Islam (Imam Mahdi) ketika itu berkata kepadanya : Persilakanlah wahai kekasih Allah untuk menjadi imam. Nabi Isa menjawab : Umat ini terdapat pimpinan di kalangan mereka.. Lalu pemimpin mereka itu tadi (Imam Mahdi) tampil menjadi imam, dan mengerjakan solat. Setelah selesai solat, Nabi Isa mengambil tombaknya dan menuju ke arah Dajjal (bersama tentera Islam). Apabila Dajjal ternampak Nabi Isa AS, hancurlah mukanya sepertimana cairan timah. Lalu Nabi Isa AS membuat sasaran, lalu membunuhnya. Lalu berkecailah tenteranya, dan pada ketika itu tiada satu pun yang melindungi mereka. Sehinggakan pohon juga akan berkata : Wahai orang beriman, di sini ada seorang kafir.. Batu juga akan berkata : Wahai orang beriman, di sini ada seorang kafir..

Beberapa tempat yang disebutkan di dalam hadis ialah :

1. Masjid Umawi yang terletak di Damsyik
2. Uqbah Afiq, iaitu sebuah daerah di Damsyik
3. Pintu Lud :

a. Disebut oleh as Sanadi di dalam Hasyiah Ala Ibnu Majah bahawa Pintu Lud adalah sebuah bukit, atau sebuah daerah di Syam .
b. Imam Nawawi menyebut bahawa Pintu Lud adalah Daerah yang berhampiran dengan Baitul Maqdis
c. Imam al Munawi berkata bahawa Pintu Lud ialah sebuah bukit di Syam, atau Palestin.
d. Hadis Imam Sayuti 10017 di dalam Jami’ Saghir menyebut bahawa Dajjal dibunuh 17 hasta daripada Pintu Lud

Daripada hadis ini, jelas menyebutkan bahawa Nabi Isa AS akan turun ketika umat Islam dalam keadaan dikepung oleh Dajjal. Umat Islam bertahan di kawasan Damsyik, dan berpusat di Masjid Umawi. Mereka lari ke Uqbah Afiq, sebuah tempat di Damsyik, dan ketika mereka ingin mengerjakan solat Subuh di Masjid Umawi, Nabi Isa AS turun.

Solat Subuh diimamkan oleh Imam Mahdi. Setelah selesai solat, Nabi Isa bersama Imam Mahdi bangun keluar berperang dengan Dajjal bersama 70 000 orang tenteranya yang berpakaian serba hitam. Mereka menyerang Dajjal yang sedang mengepung umat Islam di situ.

Apabila kita melihat kedudukan kawasan-kawasan yang disebutkan, jelas menunjukkan bahawa kawasan terakhir yang akan diserang oleh Dajjal ialah Damsyik. Di sana beliau dibunuh di tempat 17 hasta sebelum Pintu Lud yang terletak di sebuah Daerah Uqbah Afiq, Damsyik.

Setelah Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa AS, serta merta tentera Yahudi mengalami kalah teruk. Mereka melarikan diri, tetapi tiada satu makhluk pun yang melindungi mereka. Apabila mereka bersembunyi di sebalik pokok atau batu, kedua-duanya akan memanggil orang Islam supaya membunuh si Yahudi yang sedang bersembunyi di sebalik mereka.

Kecuali sejenis pokok yang dinamakan Gharqad. Perkara ini telah disebutkan di dalam hadis lain sepertimana berikut :

فَيَهْزِمُ اللَّهُ الْيَهُودَ فَلَا يَبْقَى شَيْءٌ مِمَّا خَلَقَ اللَّهُ يَتَوَارَى بِهِ يَهُودِيٌّ إِلَّا أَنْطَقَ اللَّهُ ذَلِكَ الشَّيْءَ لَا حَجَرَ وَلَا شَجَرَ وَلَا حَائِطَ وَلَا دَابَّةَ إِلَّا الْغَرْقَدَةَ فَإِنَّهَا مِنْ شَجَرِهِمْ لَا تَنْطِقُ إِلَّا قَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ الْمُسْلِمَ هَذَا يَهُودِيٌّ فَتَعَالَ اقْتُلْهُ

Maka, Allah memusnahkan tentera Yahudi. Tiada satu makhluk Allah pun yang dapat menjadi tempat perlindungan bagi Yahudi, melainkan kesemuanya didedahkan kedudukan (lokasi bersembunyi mereka) oleh Allah SWT. Tiada satu batu pun, atau pokok, atau teduhan, atau binatang (yang melindungi mereka), melainkan Gharqad. Ia adalah sejenis pokok keagungan mereka, yang tidak berkata-kata langsung. Yang lain kesemuanya berkata : Wahai hamba Allah yang muslim, di sini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah dia.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

06 March 2010

Dajjal Laknatullah - Siri 6

Penemuan Dajjal Di Sebuah Pulau

Imam Muslim telah menukilkan sebuah Hadis Shahih di dalam kitabnya tentang penemuan Dajal Laknatullah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Salah seorang sahabat Nabi SAW yang baru sahaja memeluk agama Islam telah menceritakan kepada Baginda SAW tentang penemuan tersebut. Lalu Baginda SAW berkhutbah kepada semua orang Islam di satu ketika.

Hadis ini diriwayatkan oleh Fathimah binti Qais, satu ketika beliau pergi mengerjakan solat berjemaah di masjid dan beliau berada di tempat solat wanita. Ketika itu Nabi SAW mengimami solat, dan setelah selesai daripada solat, Baginda SAW naik ke atas mimbar dan berkhutbah.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( أَتَدْرُونَ لِمَا جَمَعْتُكُمْ ؟ )) قَالُوا : اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ : (( إِنِّي وَاللهِ ! مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلاَ لِرَهْبَةٍ ، وَلَكِنَّ جَمَعْتُكُمْ لأَنَّ تَمِيْمًا الدَّارِيَّ ، كَانَ رَجُلاً نَصْرَانِيًّا ، فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ ، وَحَدَّثَنِي حَدِيْثًا وَافَقَ الَّذِيْ كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيْحِ الدَّجَّالَ ، حَدَّثَنِي : أَنَّهُ رَكِبَ فِي سَفِيْنَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلاَ ثِيْنَ رَجُلاً مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ ، فَلَعِبَ بِهِمْ الْمَوْجُ شَهْرًا فِي البَحْرِ ، ثُمَّ أَرْفَؤُا إِلَى جَزِيْرَةٍ فِي البَحْرِ حِيْنَ مَغْرِبِ الشَّمْسِ ، فَجَلَسُوا فِي أَقْرَبِ السَّفِيْنَةِ ، فَدَخَلُوا الْجَزِيْرَةِ ، فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيْرُ الشَّعْرِ ، لاَ يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ ، مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ . فَقَالُوا : وَيْلَكَ ! مَا أَنْتَ ؟ قَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ، قَالُوا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ قَالَتْ : أَيُّهَا القَوْمُ ! انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ ، فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالأَشْوَاقِ ، قَالَ : لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلاً ، فَرِقْنَا مِنْهَا ، أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ، قَالَ : فَانْطَلَقْنَا سِرَاعًا حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرِ ، فَإِذَا فِيْهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقًا وَأَشَدُّهُ وِثَاقًا ، مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ ، مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيْدِ . قُلْنَا : وَيْلَكَ ! مَا أَنْتَ ؟ قَالَ : قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي ، فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ ؟ قَالُوا : نَحْنُ أُنَاسٌ مِنَ العَرَبِ ، رَكِبْنَا فِي سَفِيْنَةٍ بَحْرِيَّةٍ ، فَصَادَفْنَا البَحْرَ حِيْنَ اغْتَلَمَ ، فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْرًا ، ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيْرَتِكَ هَذِهِ ، فَجَلَسْنَا فِي أَقْرُبِهَا ، فَدَخَلْنَا الْجَزِيْرَةَ ، فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيْرُ الشَّعَرِ ، لاَ يَدْرِي مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقُلْنَا : وَيْلَكَ ! مَا أَنْتَ ؟ فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ، قُلْنَا ، وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ قَالَتْ : اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ ، فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالأَشْوَاقِ ، فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعًا وَفَزِعْنَا مِنْهَا ، وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً . فَقَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانٍ ، قُلْنَا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا ، هَلْ يُثْمِرُ ؟ قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ . قَالَ : أَمَّا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لاَ تُثْمِرُ . قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ . قُلْنَا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : هَلْ فِيْهَا مَاءٌ ؟ قَالُوا : هِيَ كَثْرَةُ الْمَاءِ . قَالَ : أَمَّا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ . قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ عَيْنِ زُغَرَ . قَالُوا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ قَالَ : هَلْ فِي العَيْنِ مَاءٌ ؟ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ العَيْنِ ؟ قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ ، هِيَ كَثِيْرَةُ الْمَاءِ ، وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا . قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَبِيِّ الأُمِّيِّيْنَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مَا فَعَلَ ؟ قَالُوا : قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ . قَالَ : أَقَاتَلَهُ العَرَبُ ؟ قُلْنَا : نَعَمْ . قَالَ : كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ ؟ فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيْهِ مِنَ العَرَبِ وَأَطَاعُوهُ . قَالَ لَهُمْ : قَدْ كَانَ ذَلِكَ ؟ قُلْنَا : نَعَمْ ، قَالَ : أَمَّا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ ، وَإِنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي ، إِنِّي أَنَا الْْمَسِيْحُ ، وَإِنِّي أُوْشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ ، فَأَخْرُجُ فَأَسِيْرُ فِي الأَرْضِ فَلاَ أَدَعُ قَرْيَةً إِلاَّ هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً ، غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ ، فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا ، كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا ، اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا ، يَصُدُّنِي عَنْهَا ، وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلاَئِكَةً يَحْرُسُونَهَا ))

Maksud Hadis

Nabi SAW bertanya : “Adakah kamu semua tahu, kenapakah aku menghimpunkan kamu?”

Para sahabat RA menjawab : “Allah SWT dan RasulNya yang lebih mengetahui”

Nabi SAW bersabda :

“Demi Allah, aku bukanlah menghimpunkan kamu semua untuk memberi galakan atau tegahan, tetapi aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad Dariy, seorang lelaki daripada Nasrani (datang kepadaku). Lalu dia datang (kepadaku) lalu berjanji taat setia dan terus memeluk Agama Islam. Dan dia (Tamim ad Dariy) telah menceritakan kepadaku tentang satu cerita, yang selari dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu tentang Masih ad Dajjal. Dia (Tamim) menceritakan kepadaku bahawa dia telah mengemudi sebuah kapal laut bersama lelaki dari kalangan yang menjengkelkan dan mengidap kusta. Lalu mereka dialun ombak selama sebulan berada di tengah-tengah lautan. Lalu mereka terdampar di sebuah pulau ketika matahari terbenam. Kemudian mereka (turun dan) duduk berhampiran kapal, dan mereka pun masuk ke dalam pulau tersebut. (ketika berada di dalam pulau tersebut), mereka terjumpa seekor binatang yang terlalu lebat dan banyak bulunya, mereka tidak tahu yang mana bahagian hadapan (tubuh) dan belakangnya (iaitu tidak kenal bentuk rupanya kerana sangat pelik dan) kerana terlalu banyak bulunya.

Mereka bertanya (kepada binatang tersebut) : Celakalah kamu! Kamu ini binatang jenis apa?

Binatang tersebut menjawab : Aku adalah al Jassasah.

Mereka bertanya : Apakah al Jassasah itu?

Binatang itu berkata : Wahai kamu semua! Pergilah berjumpa dengan manusia yang berada di dalam tempat pertapaan (bilik) ini. Dia sangat memerlukan maklumat daripada kamu.

Tamim ad Dariy menceritakan lagi kepada aku (Nabi SAW) : Setelah binatang tersebut menceritakan tentang ciri-ciri manusia yang berada di dalam bilik itu, kami pergi meninggalkannya berkemungkinan binatang itu adalah syaitan. Lalu kami segera masuk ke dalam, sehinggalah memasuki bilik tersebut. Di dalamnya terdapat seorang manusia yang paling besar pernah kami lihat yang dicipta (di dunia), dan sangat teguh, tangan sehingga leher dan lutut sehingga tumit dirantai dengan besi.

Kami bertanya : Celakalah kamu! Siapakah kamu ini?

Manusia itu berkata : Sesungguhnya kamu telah mengenali tentang diriku, maka ceritakanlah tentang kamu semua?

Mereka menjawab : Kami adalah manusia berbangsa Arab, yang pergi belayar di atas lautan, lalu kami telah sesat (hilang arah) laut ketika kami sedang leka (hilang arah atau sesat), maka ombak lautan mengalunkan kami selama sebulan sehinggalah kami terdampar di pulau kamu ini, lalu kami turun daripada kapal (bermalam) dan kami masuk ke dalam pulau. Kami ditemui oleh seekor binatang besar yang sangat banyak bulunya, (bentuk yang pelik) dan tidak diketahui bahagian depan atau belakangnya kerana banyaknya bulu. Kami bertanya : Celakalah kamu! Siapakah kamu? Dia menjawab : Aku adalah al Jassasah. Kami bertanya lagi : Apakah itu al Jassasah? Dia menjawab : Pergilah menemui lelaki yang sedang berada di dalam bilik pertapaan ini, sesungguhnya dia sangat memerlukan maklumat daripada kamu. Lalu kami meninggalkan dia, dan kami tidak tenteram kerana berkemungkinan dia adalah syaitan.

Manusia itu bertanya : Ceritakan kepadaku tentang pelepah tamar Baisan.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Manusia itu menjawab : Aku bertanya kepada kamu tentang pelepahnya, adakah ia sudah berbuah?
Kami berkata kepadanya : Ya..

Dia berkata : Sesungguhnya ia tidak akan berbuah lagi dalam masa terdekat.

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Tasik Thabari.

Kami bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah masih terdapat air di situ?

Mereka menjawab : Di tasik tersebut terdapat banyak air.

Dia berkata : Sesungguhnya air di situ akan mengering dalam masa terdekat.

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang Ain Zughar (Sebuah Bandar di Syam yang mempunyai sumber air dari dalam bumi).

Mereka bertanya : Berdasarkan bentuk apakah yang kamu ingin kami ceritakan?

Dia berkata : Adakah di Ain itu masih terdapat air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dengan air tersebut?

Mereka berkata kepadanya : Ya, ia masih mempunyai banyak air dan penduduknya masih bercucuk tanam dengannya (air tersebut).

Dia bertanya lagi : Ceritakan kepadaku tentang seorang Nabi SAW yang tidak tahu membaca dan menulis, apakah yang dia lakukan?

Mereka menjawab : Dia telah keluar dari Mekah dan mendiami di Madinah.

Dia bertanya : Adakah Bangsa Arab memeranginya?

Kami menjawab : Ya

Dia bertanya lagi : Bagaimanakah dia (Nabi SAW) menghadapinya (serangan arab tersebut)?

Kami menceritakan kepadanya bahawa dia (Nabi SAW) muncul di kalangan generasi muda Arab, lalu mereka mentaatinya.

Dia berkata lagi : Adakah terjadi sedemikian?

Kami berkata : Ya

Dia berkata : Sesungguhnya itulah yang terbaik bagi mereka ialah mentaatinya, dan aku menjadi pemberitahu tentang diriku, aku adalah al Masih. Aku hampir-hampir dibenarkan untuk keluar (menyesatkan manusia), lalu (setelah aku dibenarkan, aku akan) keluar menjelajah ke seluruh dunia, dan aku tidak membiarkan sebuah kampung pun, melainkan aku mencerobohinya, (semuanya) berlaku dalam tempoh 40 hari, kecuali Mekah dan Taibah (iaitu Madinah, yang kedua-duanya tidak aku masuki). Kedua-duanya diharamkan kepadaku (untuk mencerobohinya). Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, aku terjumpa Malaikat (yang menjaga) dengan pedang terhunus di tangannya, menghalang aku daripada memasukinya. Dan sesungguhnya di setiap sudut terdapat malaikat yang menjaganya….” (Shahih Muslim : 6/119)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa Dajal Laknatullah sudah berada di dunia ini semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Dajal Laknatullah berada di sebuah pulau yang tidak dapat diketahui lokasinya yang dijaga oleh seekor binatang besar yang lebat bulunya. Dia dirantai di dalam sebuah gua dan tidak dibenarkan keluar sehinggalah sampai saat kemunculannya di akhir zaman untuk merosakkan manusia di dunia ini.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

05 March 2010

Dajjal Laknatullah - Siri 5

Fitnah-fitnah Dajjal

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حَصِيْنٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : (( مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ ))

Daripada Imran bin Hashin RA : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tidak pernah wujud di sepanjang penciptaan Adam AS sehinggalah terjadinya kiamat, makhluk yang lebih besar fitnahnya daripada Dajal Laknatullah” (Shahih Muslim : 18/86-87)

Dajal Laknatullah memiliki beberapa kelebihan yang akan diperjelaskan selepas ini. Selain itu dia juga membawa fitnah yang sangat besar, sehinggakan orang yang beriman boleh bertukar keimanannya setelah melihat beberapa fitnah yang ditimbulkan.

Fitnah Dajjal Laknatullah yang sangat hebat ini mampu melenyapkan keimanan kepada Allah SWT dan kepercayaan kepadaNya. Oleh itu Nabi SAW pernah mengajar kita supaya berdoa agar dihindarkan dan diselamatkan daripada fitnah Dajjal Laknatullah ini.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “Sekiranya salah seorang daripada kamu menyaksikannya, maka mintalah perlindungan dengan Allah SWT daripada empat perkara : Ya Allah, sesungguhnya aku meminta perlindungan dengan Kamu daripada,

1. Azab Neraka Jahanam,
2. Azab siksaan kubur,
3. Fitnah benda yang hidup dan mati,
4. Dan kejahatan fitnah Dajjal
(Shahih Muslim)

Di sana terdapat beberapa bentuk fitnah Dajjal yang maha hebat, yang menjadi kemestian kepada setiap orang untuk menjauhkan diri daripadanya. Iaitu :

Bantuan Dajjal Ketika Berlaku Kemarau dan Bencana Alam

Ketika kemunculan Dajjal Laknatullah, seluruh dunia sedang mengalami bencana alam dan kemarau. Hujan tidak turun dalam tempoh yang panjang, suhu bumi meningkat secara mendadak, binatang peliharaan kebuluran, tumbuhan mati dan makanan kehabisan.

Lalu muncul Dajjal Laknatullah dengan membawa makanan yang banyak, menurunkan air hujan, mengalirkan sungai dan sebagainya, bertujuan menyesatkan umat Islam. Perkara ini telah dijelaskan di dalam hadis-hadis sebelum ini.

Antara sihir yang dilakukan olehnya ialah mempunyai sumber makanan, minuman yang banyak ketika saat bumi tidak mengeluarkan sebarang hasil.

عَنْ أَبِى أُمَامَةَ الْبَاهِلِىِّ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثَنَاهُ عَنِ الدَّجَّالِ وَحَذَّرَنَاهُ فَكَانَ مِنْ قَوْلِهِ أَنْ قَالَ : وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُكَذِّبُونَهُ فَلا تَبْقَى لَهُمْ سَائِمَةٌ إِلا هَلَكَتْ وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنْ يَمُرَّ بِالْحَيِّ فَيُصَدِّقُونَهُ فَيَأْمُرَ السَّمَاءَ أَنْ تُمْطِرَ فَتُمْطِرَ وَيَأْمُرَ الأَرْضَ أَنْ تُنْبِتَ فَتُنْبِتَ

Daripada Abi Umamah al Bahili RA, beliau berkata : Rasulullah SAW berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga... di antara yang disebut : Di antara fitnahnya ialah apabila Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Apabila dia menyuruh tanah supaya menumbuhkan hasilnya, maka tumbuhlah tumbuhan. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi manusia yang hidup dan manusia tersebut mendustakannya, maka tiadalah yang tinggal padanya, semuanya musnah. Di antara fitnahnya juga ialah apabila dia mengunjungi orang yang lain, lalu orang tersebut beriman dengannya, maka dia akan menyuruh langit menurunkan hujan lalu turunlah hujan serta merta dan menyuruh tanah di situ supaya menumbuhkan tanaman, lalu tumbuhlah tanaman.

Gambaran Syurga dan Neraka Yang Disediakan Untuk Pengikutnya

Selain itu, Dajjal Laknatullah juga memiliki kebolehan menampakkan Syurga dan Neraka kepada manusia yang cuba disesatkannya. Gambaran tersebut adalah terbalikan, iaitu sekiranya apa yang digambar itu Syurga, hakikatnya ia adalah Neraka dan begitu juga sebaliknya. Maka sesiapa yang terpengaruh dengan fitnah Dajjal Laknatullah akan memilih Syurganya dan meninggalkan Syurga Allah SWT.

سلمة بن الأكوع رضي الله عنه: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في الدجال « معه صورتان: صورة الجنة وصورة النار، معه شياطين يشبهون بالأموات، يقولون للحي: تعرفني؟ أنا أخوك أو أبوك أو ذو قرابة منه، ألست قد مت؟ هذا ربنا فاتبعه، فيقضي الله ما شاء »

Daripada Salamah bin al Akwa’, bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang Dajjal : Bersamanya (Dajjal) dua gambar. Sebuah gambaran syurga, dan sebuah lagi gambaran neraka. Bersamanya juga syaitan-syaitan yang menyerupai manusia-manusia yang telah mati. Mereka berkata kepada manusia yang hidup “adakah kamu kenal saya?” Akulah saudara kamu, atau bapa kamu, atau saudara mara kamu. Lalu manusia yang hidup bertanya “Bukankah kamu telah mati?” Lalu dia menjawab “Inilah (Dajjal) tuhan kami, ikutlah dia.. tuhan akan memperkenankan apa yang dia kehendaki

Menghidupkan Ibu Bapa Yang Telah Meninggal

وعن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه؛ قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، فكان أكثر خطبته حديثا حدثناه عن الدجال وحذرناه، فكان من قوله أن قال : وإن فتنته أن يقول لأعرابي: أرأيت إن بعثت لك أباك وأمك؛ أتشهد أني ربك؟ فيقول: نعم. فيتمثل له شيطانان في صورة أبيه وأمه، فيقولان: يا بني! اتبعه؛ فإنه ربك

Daripada Abi Umamah al Bahili RA, beliau berkata :Rasulullah SAW berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga... di antara yang disebut : Di antara fitnahnya ialah, apabila dia (Dajjal) berkata kepada orang jahil, “adakah kamu ingin lihat aku membangkitkan ibu bapa kamu (yang telah mati)? Adakah kamu akan beriman denganku? Orang tersebut berkata : Ya.. Lalu dua ekor syaitan menyerupai bapa dan ibunya, lantas berkata : wahai anakku, berimanlah dengannya.. sesungguhnya dialah tuhan.

Mampu Membunuh Seseorang Kemudian Menghidupkan Semula

حديث أبي هريرة رضي الله عنه: أنه قال: « يسلط الدجال على رجل من المسلمين، فيقتله، ثم يحييه، ثم يقول: ألست بربكم؟ ألا ترون أني أحيي وأميت

Abu Hurairah RA berkata : Dajal akan bertempur dengan seorang lelaki dari kalangan Islam. Lalu dia berjaya membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu dia berkata “Adakah aku tuhan kamu? Tidakkah kamu melihat aku mampu menghidup dan mematikan?

Mampu Menyembuhkan Penyakit

وعن الحسن عن سمرة بن جندب رضي الله عنه: أن نبي الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: « إن الدجال خارج، وهو أعور عين الشمال، عليها ظفرة غليظة، وإنه يبرئ الأكمه والأبرص ويحيي الموتى ويقول للناس: أنا ربكم! فمن قال: أنت ربي؛ فقد فتن، ومن قال: ربي الله حي لا يموت؛ فقد عصم من فتنته

Daripada Hassan bin Samrah bin Jandab RA, Nabi SAW pernah bersabda : Sesungguhnya Dajjal itu pasti akan muncul. Dia mengalami kecacatan pada mata kirinya, yang terdapat daging timbul di bahagian tersebut. Dia mampu menyembuhkan sopak dan kusta, menghidupkan orang mati.. dan dia berkata “akulah tuhan kamu”. Maka, sesiapa yang berkata “kamu adalah tuhanku”, bermakna dia telah menyebarkan fitnah. Sesiapa yang berkata “Tuhanku adalah Allah yang hidup dan tidak akan mati”, maka dia akan dipelihara daripada fitnahnya (Dajjal).

Manusia Tertipu Dengan Fitnahnya

وعن سفينة مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم رضي الله عنه؛ قال: خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: معه ملكان من الملائكة يشبهان نبيين من الأنبياء، لو شئت سميتهما بأسمائهما وأسماء آبائهما، واحد منهما عن يمينه والآخر عن شماله، وذلك فتنة، فيقول الدجال : ألست بربكم؟ ألست أحيي وأميت؟ فيقول له أحد الملكين: كذبت. ما يسمعه أحد من الناس إلا صاحبه، فيقول له: صدقت. فيسمعه الناس، فيظنون أنما يصدق الدجال، وذلك فتنة،

Daripada Safinah RA penjaga Rasulullah SAW, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Turut bersama dengannya ialah dua orang malaikat, yang menyerupai sebagai seorang nabi.. sekiranya kamu ingin tahu, aku akan menyebut namanya dan nama kedua ibu bapanya. Salah seorang berada di kanan Dajjal, dan seorang lagi di sebelah kirinya. Itulah yang dikatakan fitnah.. Maka Dajjal berkata : Bukankah aku tuhan kamu? Bukankah aku telah menghidup dan mematikan? Lalu dua orang malaikat tadi berkata : Penipu.. Tiada siapa yang mendengar kata-kata malaikat tersebut, melainkan orang yang ditanya oleh Dajjal. Lalu orang tersebut berkata : Ya, kamu benar.. (dengan niat mengatakan kebenaran pada kata-kata Malaikat tadi).. Lalu manusia yang lain mendengarnya, dan mereka menyangka bahawa orang tersebut membenarkan Dajjal.. itulah yang fitnah..

Kesimpulan

Telah disenaraikan beberapa hadis berkenaan dengan fitnah Dajjal LaknatuLlah. Apa yang kita ketahui bahawa kemunculan Dajjal ketika krisis kebuluran dan kekeringan di seluruh dunia menyebabkan Dajjal diterima oleh manusia-manusia yang jahil.

Mereka melihat bahawa kuasa yang ada pada Dajjal tersebut ialah kuasa tuhan. Hakikatnya itulah sihir yang dibuat olehnya dengan bantuan jin-jin kafir. Manusia hari ini juga sudah biasa mendengar kewujudan tok bomoh yang menggunakan khidmat jin, dan ia juga diamalkan oleh Dajjal.

Jin-jin yang hebat mendampingi Dajjal supaya dia kelihatan hebat berkuasa. Mampu menurunkan hujan dan mengalirkan sungai, menyuburkan bumi yang ketandusan. Bantuan makanan yang dibawa olehnya tidak dapat diperolehi dari mana-mana tempat di dunia. Dari manakah sumbernya? Itulah sihirnya.

Dia juga membawa syurga dan neraka ciptaannya. Syurga dunia ciptaannya adalah neraka yang sebenar. Hari ini kita melihat bahawa manusia semakin leka dengan syurga ciptaan Dajjal ini, walaupun Dajjal belum lagi muncul. Dajjal mengunjungi seluruh dunia dengan mempromosikan “dunia baru” ciptaannya yang penuh dengan nikmat dan keseronokan.

Dia telah membuktikan realiti dunia ciptaannya dengan melakukan beberapa siri penyihiran terhadap manusia di seluruh negara. Mereka yang jahil pastinya terpedaya. Kemampuannya menghidupkan orang mati dapat kita lihat dalam beberapa amalan manusia sesat hari ini yang menghidupkan kembali mayat-mayat. Inilah penipuan dan sihir yang dilakukan olehnya sehingga manusia tertipu dengan dunia ciptaannya. Inilah fitnah Dajjal.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

04 March 2010

Mewakili PMRAM Ke Syria


Baru malam tadi, saya tiba di bumi Syria buat kali pertama dalam hidup ini. Meninggalkan isteri tersayang di Mesir.

Saya telah diminta oleh PMRAM untuk menjadi wakil ke Kolokium Ilmuan Generasi Syam anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

Sebelum bertolak semalam, sempat singgah di pejabat PMRAM menerima amanat dan watikah sebagai wakil PMRAM untuk ke sana.

Saya yang memegang jawatan sebagai Fellow MANHAL PMRAM, telah dipilih untuk menjadi wakil kepada Presiden sendiri untuk ke sana.

Tempoh keberadaan saya di sana bermula 4 Mac sehingga 8 Mac, dan akan tiba di Kaherah pada seawal pagi 9 Mac.

Semalam, Presiden, Ustaz Abdul Muizz bin Mohamad dan Timbalan Presiden, Ustaz Sharizan bin Hazime menghantar saya ke Airport. Terima kasih atas sokongan ini.

Semoga amanah ini dapat ku laksanakan sebaiknya.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

03 March 2010

Dajjal Laknatullah - Siri 4

Rupa Bentuk Dajjal

Di akhir zaman, akan berlakunya peperangan yang besar, yang berlaku pada zaman pemerintahan Imam Mahdi. Pertempuran ketika itu antara Beliau dan as Sufyani. Setelah itu, muncullah Dajjal Laknatullah. Perkara ini akan dijelaskan lagi dalam plot-plot akhir zaman, insya Allah.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ أَطُوفَ بِالْبَيْتِ ... )) فَذَكَرَ أَنَّهُ رَأَى عِيْسَى بنَ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ، ثُمَّ رَأَى الدَّجَّالَ فَوَصَفَهُ فَقَالَ : (( فَإِذَا رَجُلٌ جَسِيْمٌ أَحْمَرٌّ جُعْدُ الرَّأْسِ أَعْوَرُ العَيْنِ ، كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِئَةٌ ))

Daripada Ibnu Umar RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Ketika aku tertidur, aku bermimpi sedang tawaf di Kaabah …” Kemudian Baginda SAW mengatakan bahawa Baginda SAW bermimpi melihat Nabi Isa AS, kemudian bermimpi pula melihat Dajal Laknatullah, lalu Baginda SAW menyifatkannya : “Dia (Dajal) adalah seorang lelaki yang bertubuh besar, kemerah-merahan, rambut yang kerinting, cacat matanya, seolah-olah matanya seperti anggur yang timbul” (Shahih Bukhari : 6595)

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ الدَّجَّالَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ النَّاسِ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ أَلاَ وَإِنَّ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِئَةٌ

Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Nabi SAW menyebut tentang Dajal Laknatullah di khalayak ramai : “Sesungguhnya Allah SWT tidak cacat matanya, tetapi Dajal Laknatullah cacat mata kanannya seolah-olah biji matanya seperti anggur yang timbul (terapung)” (Shahih Bukhari : 5218)

عَنْ النُّوَّاسِ بنِ سَمْعَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي وَصْفِ الدَّجَّالِ : إِنَّهُ شَابٌّ قَطَطٌ عَيْنُهُ طَافِئَةٌ كَأَنِّي أُشَبِّهُهُ بِعَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قَطَنٍ

Daripada Nuwwas bin Sam’an RA, Nabi SAW bersabda ketika menyifatkan rupa bentuk Dajal Laknatullah : “Dia adalah seorang pemuda yang kerinting rambutnya (yang pendek), biji matanya timbul, seperti aku mengumpamakan seperti Abdul Izzi bin Qatni ” (Shahih Muslim : 5228)

عَنْ عُبَادَةَ بنِ صَامِتٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ مَسِيحَ الدَّجَّالِ رَجُلٌ قَصِيرٌ أَفْحَجُ جَعْدٌ أَعْوَرُ مَطْمُوسُ الْعَيْنِ لَيْسَ بِنَاتِئَةٍ وَلاَ جَحْرَاءَ فَإِنْ أُلْبِسَ عَلَيْكُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ

Daripada Ubadah bin Shamit RA, Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya Dajal Laknatullah adalah seorang lelaki yang (kelihatan) pendek yang menjengkelkan, berambut kerinting, cacat yang tertutup matanya, tidak terkeluar (biji matanya) dan tidak pula berada di dalam soketnya (soket mata). Sekiranya dia (Dajal) berada di zaman kamu, ketahuilah bahawa Tuhan kamu (Allah SWT) tidaklah cacat matanya” (Sunan Abi Daud : 4322)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
وَأَمَّا مَسِيحُ الضَّلاَلَةِ فَإِنَّهُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ أَجْلَى الْجَبْهَةِ عَرِيضُ النَّحْرِ فِيهِ دَفَأ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : “…. Manakala al Masih (Dajal) yang sesat, sesungguhnya dia mengalami kecacatan mata, luas dahinya, besar lehernya dan terdapat bonjol (bongkok) (Musnad Imam Ahmad : 8124)

عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ

Daripada Huzaifah RA, Nabi SAW bersabda : “Dajal Laknatullah cacat mata kirinya, lebat rambutnya” (Shahih Muslim : 5222)

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
وَإِنَّ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مَكْتُوبٌ كَافِرٌ

Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda : “… Dan sesungguhnya di antara kedua matanya tertulis perkataan kafir” (Shahih Bukhari : 6598)

Rumusan beberapa hadis di atas dan beberapa hadis lain dan tafsiran ulama’, Dajal Laknatullah boleh disifatkan dengan sifat-sifat berikut :

1. Seorang Manusia Berbangsa Yahudi dan Mandul

Dajal Laknatullah adalah seorang manusia yang berketurunan Nabi Adam AS, bukanlah jin sepertimana yang dikatakan oleh beberapa pandangan. Dajal Laknatullah juga berbangsa Yahudi dan mandul, tidak boleh melahirkan anak.

2. Seorang Yang Pendek dan Gemuk

Dajjal adalah seorang yang pendek dan bertubuh besar (gemuk). Tubuh badannya agak pelik berbanding manusia yang lain.

3. Berkepala dan Berleher Besar

Kepalanya juga bersaiz besar tidak seperti saiz kepala manusia biasa. Dia juga memiliki leher yang besar, iaitu sehingga menutup bentuk dagunya. Seolah-olah kepalanya bersambung terus ke tubuhnya, kerana lehernya terlalu gemuk. Tidak kelihatan bentuk dagu, bawah kepalanya dan kawasan di atas dada.

4. Berwarna Putih Kemerah-merahan

Kulit tubuhnya berwarna putih, kelabu atau kemerah-merahan seperti warna pipinya. Warna coklatnya tidak terlalu kelihatan dan warna pada tubuhnya agak berbeza dengan warna kulit manusia biasa.

5. Rambutnya Lebat dan Kerinting

Rambut Dajal Laknatullah lebat dan kerinting, tetapi pendek. Kerinting tersebut agak berlainan dengan kekerintingan manusia biasa dan ia kelihatan agak kasar. (tidak lembut)

6. Botak Di Bahagian Atas Kepala

Di bahagian atas kepalanya adalah botak, iaitu kawasan satu perdua di bahagian atas. Seolah-olah mengalami keguguran rambut. Manakala sepertimana yang diceritakan sebelum ini, bahagian satu perdua di sebelah bawah agak lebat dan kerinting.

7. Sebelah Matanya Buta, dan Sebelah Lagi Cacat

Mata kanannya buta, bahkan bentuk matanya yang buta agak mencacatkan. Ia seolah-olah anggur yang timbul, mungkin biji matanya yang buta tersembul keluar atau sebagainya. Manakala mata kirinya yang dapat melihat berwarna kehijauan dan menjegil. Sangat buruk rupa bentuk matanya.

8. Tertulis “kafir” Di Antara Kedua Matanya

Selain itu, di antara kedua-dua belah matanya tertulis “kafir” dan tulisan tersebut tidak boleh dihilangkan. Tulisan tersebut juga dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang beriman dan turut difahami oleh mereka yang buta huruf. Ia tertulis dalam tulisan Arab iaitu Huruf Kaf, Fa dan Ra, yang bermaksud “kafir”.

9. Jarak Di Antara Kedua Betisnya Lebar

Jarak di antara dua betisnya agak lebar dan ada yang mengatakan kedua-dua kangkangnya agak lebar, jauh di antara satu sama lain. Seolah-olah kedua-dua kakinya sentiasa mengangkang dan tidak dirapatkan. Mungkin dengan sebab inilah, cara berjalannya kurang stabil.

10. Menunggang Seekor Keldai Yang Gagah dan Pantas

Dajal Laknatullah juga menunggang seekor keldai yang luar biasa. Di sana terdapat juga yang mengatakan bahawa ia adalah Kapal Terbang, atau Jet. Namun, apa yang disifatkan oleh Nabi SAW adalah sebuah kenderaan yang sangat ajaib yang boleh bergerak dalam kelajuan yang pantas ke seluruh dunia. Perkara ini telah dijelaskan di dalam bab kenderaan Dajjal.

11. Bersamanya Beberapa Ekor Syaitan Yang Bercakap Dalam Pelbagai Bahasa

Syaitan yang bersama-sama dengan Dajal Laknatullah berfungsi sebagai pengalih bahasa, atau membantu kefahaman bagi mereka yang mendengarnya. Setiap bangsa yang terdapat di dunia ini mampu memahami bahasa yang dituturkannya kerana kewujudan syaitan-syaitan ini. Walaupun bahasa isyarat sekalipun bagi mereka yang tidak mendengar.

12. Terdapat Dua Orang Malaikat Yang Memberi Peringatan Sebelum Ketibaannya

Sebelum ketibaan Dajal Laknatullah di sesebuah tempat, terdapat dua orang malaikat yang akan memberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut tentang kehadiran Dajal Laknatullah. Mereka adalah pemberi peringatan kepada penduduk kawasan tersebut supaya tidak terpedaya dengan tipu daya Dajal Laknatullah.

13. Mempunyai Ramai Pengikut Di Kalangan Yahudi Dan Pelbagai Kaum Lain

Kebanyakan pengikutnya adalah Yahudi, iaitu sekitar 70,000 orang, dan selebihnya adalah pelbagai kaum. Mereka memakai pakaian yang disangkut pada bahu, menutup tubuh dan tidak berjahit. Mereka juga dibekalkan dengan senjata dan kelengkapan-kelengkapan lain.

Kesimpulan

Demikianlah beberapa ciri-ciri Dajjal yang ditemui di dalam hadis-hadis Nabi SAW. Hakikatnya inilah rupa makhluk yang dapat dikenali. Ia jelas kelihatan apabila tertulis perkataan KAFIR di dahinya. Sekiranya dia mengaku sebagai tuhan, kenapakah dia tidak dapat menghilangkan tulisan KAFIR tersebut?

Selain itu, sepertimana hadis Nabi SAW, sekiranya terdapat seseorang mengaku sebagai tuhan, maka ketahuilah bahawa tuhan itu tidak dapat dilihat ketika kita masih hidup. Orang beriman akan diberi peluang melihat Allah SWT di dalam syurga.

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّهُ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَأَنَّكُمْ لَنْ تَرَوْنَ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَتَّى تَمُوتُوا قَالَ يَزِيدُ تَرَوْا رَبَّكُمْ حَتَّى تَمُوتُوا

Daripada Ubadah bin Samit, Rasulullah SAW bersabda : Ketahuilah bahawa Tuhan kamu bukanlah buta, dan kamu tidak akan melihat tuhan kamu sehinggalah kamu mati (Musnad Imam Ahmad : 21701)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

02 March 2010

Dajjal Laknatullah - Siri 3


Kawasan Yang Diserang Oleh Dajjal

Sebelum ini telah disebut bahawa Dajjal akan melakukan operasi serangan terhadap umat Islam di Negara-negara Arab. Adakah Dajjal akan menyerang seluruh dunia? Adakah negara-negara lain tidak dihadiri oleh Dajjal? Perkara ini akan diperincikan di sini, insya Allah.

رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمُ ، قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ لَيْسَ لَهُ مِنْ نِقَابِهَا نَقْبٌ إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ يَحْرُسُونَهَا ثُمَّ تَرْجُفُ الْمَدِينَةُ بِأَهْلِهَا ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ فَيُخْرِجُ اللَّهُ كُلَّ كَافِرٍ وَمُنَافِقٍ

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda : Tiada satu negara pun tidak dikunjungi (atau diserang) oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah.. dan tiada laluan pun yang ditemui melainkan terdapat Malaikat yang berbaris sedang berkawal. Lalu, Dajjal singgah di sebuah ladang, lalu menggegarkan (menyeru penduduk) Madinah sebanyak 3 kali. Maka, keluarlah semua orang kafir dan munafiq dari situ (Shahih Bukhari : 1748)

Mekah dan Madinah adalah kawasan yang diharamkan bagi orang kafir. Maka, di dalam hadis ini bermaksud orang munafik yang menyembunyikan kekafiran mereka. WaLlahua’lam. Di dalam hadis yang akan disebut selepas ini, menceritakan tentang kunjungan Dajjal ke Mekah, dan Dajjal melakukan perkara yang sama untuk menarik penduduk Mekah dan Madinah dari luar.

Di dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa semua negara akan dikunjungi oleh Dajjal. Kunjungan Dajjal tersebut dengan membawa bantuan makanan dan sebagainya sepertimana yang akan diceritakan di dalam fitnah-fitnah Dajjal. Ketika itu, semua manusia sedang menghadapi krisis kebuluran yang teruk.

Kawasan Yang Tidak Diserang

Semua negara akan dikunjungi oleh Dajjal melainkan Mekah dan Madinah. Di dalam riwayat lain mengatakan bahawa tempat yang tidak dapat dimasuki oleh Dajjal sebanyak empat, iaitu :

عَنْ جُنَادَةَ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ أَنَّهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : وَإِنَّهُ يَلْبَثُ فِيكُمْ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا يَرِدُ فِيهَا كُلَّ مَنْهَلٍ إِلَّا أَرْبَعَ مَسَاجِدَ مَسْجِدَ الْحَرَامِ وَمَسْجِدَ الْمَدِينَةِ وَالطُّورِ وَمَسْجِدَ الْأَقْصَى

Daripada Junadah bin Abi Umayyah, Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya Dajjal akan hidup di dunia selama 40 hari, dia akan menyerang semua tempat melainkan empat tempat, iaitu : Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Bukit Sinai, dan Masjidil Aqsa (Musnad Imam Ahmad : 22572)

Empat kawasan tersebut ialah :

1. Masjidil Haram yang dimaksudkan di sini ialah Mekah
2. Masjid Nabawi ialah Madinah
3. Masjidil Aqsa ialah Baitul Maqdis
4. Bukit Sinai

Maka, sudah jelas bahawa semua tempat dikunjungi olehnya melainkan beberapa tempat yang telah disebutkan. Dajjal akan mengunjungi seluruh dunia dengan membawa bekalan makanan yang tidak terdapat pada ketika itu. Sebarang pertanian dan sistem saliran tidak wujud, tetapi dengan kunjungan Dajjal, manusia tempat tersebut akan mendapat semua bantuan ini.

Tetapi dengan syarat menerima ketuhanan Dajjal ini. Dajjal akan mempublisiti dirinya dengan mengunjungi semua negara. Kenderaan yang digunakan ialah keldai bertelingan panjang. Apakah yang dimaksudnya dengan kenderaan seperti ini?

Kenderaan Dajjal

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ فِي خَفْقَةٍ مِنْ الدِّينِ وَإِدْبَارٍ مِنْ الْعِلْمِ فَلَهُ أَرْبَعُونَ لَيْلَةً يَسِيحُهَا فِي الْأَرْضِ الْيَوْمُ مِنْهَا كَالسَّنَةِ وَالْيَوْمُ مِنْهَا كَالشَّهْرِ وَالْيَوْمُ مِنْهَا كَالْجُمُعَةِ ثُمَّ سَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ هَذِهِ وَلَهُ حِمَارٌ يَرْكَبُهُ عَرْضُ مَا بَيْنَ أُذُنَيْهِ أَرْبَعُونَ ذِرَاعًا

Daripada Jabir RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan muncul dalam keadaan manusia jauh daripada agama dan ilmu, dia akan hidup di dunia selama 40 hari, satu hari bersamaan setahun, satu hari lagi bersamaan dengan sebulan, satu hari lagi bersamaan seminggu, dan hari-hari yang lain seperti hari-hari biasa. Dia mempunyai keldai yang ditungganginya, panjang dua telingga ialah sepanjang 40 hasta (Musnad Imam Ahmad : 14426)

Kelajuannya mengunjungi semua tempat di seluruh dunia dengan menggunakan keldai ini. Kedua-dua telinganya sepanjang 40 hasta. Kebanyakan kita mungkin mengatakan bahawa ia adalah kapal terbang, namun tanggapan ini ditolak oleh Syeikh Hammud bin Abdullah at Tuwaijiri (1413 H) di dalam kitabnya Ithaf al Jamaah, Bima Ja’ Fil Fitan Wal Malahim Wa Asyratis Sa’ah di dalam bab Ma Ja’ Fi Markub ad Dajjal.

Beliau mengatakan bahawa sekiranya Dajjal menggunakan kapal terbang, sudah pasti ia tidak dikatakan sebagai sihir (bercanggah dengan adat kebiasaan). Maka, beliau menolak sebarang takwilan yang mengatakan bahawa kenderaannya ialah kapal terbang. Beliau juga mengemukakan hadis riwayat Imam Ahmad dalam bab as Sunnah yang mengatakan bahawa kenderaan tersebut melalui jalan darat. WalLahua’lam.

Pada pandangan penulis, Dajjal akan menggunakan sebuah kenderaan yang pelik yang mempunyai saiz sepanjang 40 hasta. Samada menggunakan kapal terbang atau bukan, itu berdasarkan takwilan masing-masing.

Mungkin juga kapal UFO yang berbentuk bulat. Di dalam kajian yang bertajuk The Arrivals terbitan A Noreagaa And Achernahr Production, menjelaskan bahawa sebuah “anggota rahsia” sedang berusaha membangungkan kapal UFO. Beberapa siri penemuan kapal UFO sebelum ini dikatakan hasil daripada kajian “anggota rahsia” tersebut. Ia dikaitkan dengan Zionis dan bahagian Ketenteraan Rahsia Amerika. WaLlahua’lam.

Hakikatnya dengan menggunakan sihir, tidak memerlukan kenderaan untuk ke mana-mana. Cukup dengan sihir, kita sudah dapat berada di mana-mana tempat. Maka, kenderaan yang dimaksudkan oleh Nabi SAW mungkin juga boleh dikatakan sebagai sihir, atau makhluk halus yang dapat membawa Dajjal ke serata dunia. WaLlahua’lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

01 March 2010

Dajjal Laknatullah - Siri 2


Dari Manakah Kemunculannya?

Di dalam bab ini akan membincangkan tentang tempat kemunculan Dajjal. Dari manakah arah kemunculannya? Maka, mari kita meneliti berdasarkan hadis-hadis yang disebutkan tentang tempat kemunculannya.

عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: أَلاَ إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ ، لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ

Daripada Fatimah binti Qais, Rasulullah SAW bersabda : “Ketahuilah bahawa ia (Dajjal) sedang berada di Laut Syam, atau Laut di Yaman. Ya, ia akan muncul dari arah timur, itulah arahnya. Dari arah timur, itulah tempat kemunculannya. Dari arah timur, itulah tempat kemunculannya. (sambil menundingkan jarinya ke arah timur) (Shahih Muslim : 5235)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ هَاهُنَا ( وَأَشَارَ نَحْوَ الْمَشْرِقَ )

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan muncul dari arah ini (sambil menundingkan jari ke arah timur) (Shahih Ibnu Hibban : 6792)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا القَاسِمِ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: يَخْرُجُ أَعْوَرُ الدَّجَّالِ مَسِيْحُ الضَّلاَلَةِ قِبَلَ الْمَشْرِقِ فِيْ زَمَنِ اخْتِلاَفِ مِنَ النَّاسِ وَفِرْقَةٍ،

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata : Aku mendengar Abu Qasim yang berkata benar, dan dipercayai (Nabi Muhammad )SAW bersabda : Dajjal yang bermata cacat dan menyesatkan akan keluar dari arah timur, ketika berlakunya perpecahan di kalangan manusia... (Majma’ Zawa’id : 12543)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيَنْزِلَنَّ الدَّجَّالُ خُوزَ وَكَرْمَانَ فِي سَبْعِينَ أَلْفًا وُجُوهُهُمْ كَالْمَجَانِّ الْمُطْرَقَةِ

Daripada Abu Hurairah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan tiba di Khuz dan Kirman bersama 70 000 orang tentera. Wajah mereka seperti berlapis-lapis (Musnad Imam Ahmad : 8099)

عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ ، قَالَ : قَالَ أَبُو بَكْرٍ : هَلْ بِالْعِرَاقِ أَرْضٌ يُقَالُ لَهَا خُرَاسَانُ ، قَالُوا : نَعَمْ ، قَالَ : فَإِنَّ الدَّجَّالَ يَخْرُجُ مِنْهَا

Daripada Sa’id bin Musayyib : Saidina Abu Bakar RA berkata : Adakah terdapat di Iraq satu tempat yang bernama Khurasan? Mereka berkata : Ya.. Beliau berkata : Sesungguhnya Dajjal akan keluar dari arah sana (Musnad Ibnu Abi Syaibah : 38654)

عَنْ أَبَي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنَّهُ قَالَ : يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ مَرْوَ مِنْ يَهُودِيَتِهَا

Daripada Abu Bakar RA, beliau berkata : Dajjal akan keluar dari Marwa, dari kalangan Yahudi yang terdapat di sana (Kanzul Ummal : 27948)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ الْيَهُودِ عَلَيْهِمْ السيجان

Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda : Dajjal akan muncul dari kalangan Yahudi Asfahan, turut bersama dengannya sebanyak 70 000 orang Yahudi yang memakai selendang hitam (atau berpakaian serba hitam) (Musnad Imam Ahmad : 13344)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : يَخْرُجُ الدَّجَّالُ مِنْ كُوثِى ، أَرْضٌ بِالْعِرَاقِ

Daripada Abdullah bin Amr RA, beliau berkata : Dajjal akan keluar dari Kuthi, di bumi Iraq. (Musannif Ibnu Abi Syaibah : 38693)

Kesimpulan

Apabila kita merujuk kepada hadis Nabi SAW, tempat-tempat kemunculan Dajjal antaranya ialah, timur, Kuthi, Iraq, Asbahan, Marwa, Khuz, Kirman dan sebagainya. Secara terperincinya tempat-tempat tersebut ialah :

1. Asbahan, juga dipanggil Asfahan. Tempat ini terletak di Parsi, iaitu Negara Iran.
2. Kuthi adalah sebuah tempat di Iraq.
3. Khuz adalah sebuah bangsa yang hidup di Kirman. Iaitu tempat yang terletak di Iran.
4. Marwa pula bukanlah Moro di Filipina. Tetapi ia adalah antara negeri yang terbesar di Iran.

Maka, apa yang dapat disimpulkan ialah perbezaan tempat-tempat tersebut menunjukkan arah perjalanannya. Di dalam hadis lain menyebut :

عَنْ النُّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ الكِلاَبِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ؛ قَالَ : ذَكَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم الدَّجَّالَ ذَاتَ غَدَاةٍ ... فَذَكَرَ الْحَدِيثَ بِطَوْلِهِ ، وَفِيْهِ : إِنَّهُ خَارِجٌ خَلَّةً بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ ، فَعَاثَ يَمِيْنًا وَعَاثَ شِمَالاً ، يَا عِبَادَ اللهِ فَاثْبُتُوا

Daripada Nuwwas bin Sam’an al Kilabi RA, beliau berkata : Satu hari, Rasulullah SAW bercerita tentang Dajjal, lalu menyebutnya dengan panjang lebar.. di antara yang disebut ialah : “Sesungguhnya ia (Dajjal) muncul di antara Syam dan Iraq, lalu dia merosakkan apa yang di sekitarnya.. Wahai hamba-hamba Allah, teguhkanlah peganganmu... (Kanzul Ummal : 38740)

Apabila dibandingkan dengan hadis-hadis yang lain, kita akan mendapati bahawa serangan Dajjal dilakukan disekitar kawasan Negara Arab. Iaitu di antara Syam dan Iraq, dan beberapa kawasan lain yang menjadi laluannya.

Kedudukan Syam ialah longitudnya dari Sungai Euphrates (Furat) sehingga Sungai Arisy. Manakala latitudnya ialah dari Banjaran Teh, hingga Laut Mediterranean. Manakala Iraq pula sepertimana yang diketahui, iaitu di tengah-tengah di antara Negara Jordan, Syria dan Iran.

Maka, kemunculan yang pertama ialah di Negara Iran, kemudian Dajjal akan berjalan ke Iraq dan masuk ke kawasan Syam. Seterusnya menuju ke Madinah, tetapi dihalang oleh para Malaikat, dan terus ke Mekah. Di sana juga Dajjal tidak dibenarkan masuk oleh para Malaikat yang berkawal. Ia akan diterangkan selepas ini, tentang beberapa tempat yang tidak diserang oleh Dajjal bersama 70 000 orang tentera Yahudi.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal