Gambar sekadar hiasan
Wujudnya sebuah lagi pemikiran yang agak songsang daripada hakikat sebenar. Iaitu wujudnya beberapa golongan artis, atau pelakon, yang memberi alasan seperti di atas. “Apa nak buat, pengarah yang suruh..” Mereka memberi alasan. Tidak pun, mereka berkata “Peminat perlu tahu, bukan saya yang ingin buat adengan tersebut, tapi ia adalah arahan pengarah..”
Beberapa minggu sebelum ini, saya terbaca sebuah “keluhan” daripada seorang artis. Beberapa golongan mengecam beliau terhadap aksi yang “kurang” selesa, yang terdapat di dalam video klip albumnya. Akhirnya beliau mengeluh, dan berkata “Apa nak buat, saya hanya mengikut arahan pengarah..”
Kalau sebelum ini pun sama juga, telah wujud beberapa orang artis atau pelakon, yang memberi alasan bahawa aksi mereka yang “tidak sesuai” itu, adalah kerana arahan daripada pengarah. Bolehkah alasan tersebut digunapakai? Fikirlah sendiri. Persoalan yang ingin saya timbulkan ialah, mereka juga punya hak pada diri mereka.
Adakah mereka sanggup menggadaikan prinsip diri mereka, hanya kerana arahan pengarah? Siapakah pengarah mereka itu? Ada pula yang menjawab, “Pengarah yang bagi kita gaji, jadi kita kena ikutlah arahan mereka...” Em, boleh tahan jugalah alasan yang diberi. Pernahkah mereka tertanya-tanya, Allah SWT sudah mencipta mereka, kenapa arahan Allah SWT itu tidak diikut?
Kenapa perlu lebihkan pengarah berbanding Allah SWT, Tuhan yang memberi rezeki? Allah SWT sudah mengajar manusia, bahawa setiap diri manusia itu mempunyai harga. Malangnya, mereka sendiri membiarkan harga diri mereka lebih rendah daripada gaji yang dibayar oleh pengarah. Apakah disebabkan gaji tersebut, mereka perlu meng”hamba”kan diri dengan pengarah mereka?
Sekiranya pengarah menyuruh membuka baju, supaya memperlihatkan anggota-anggota tertentu, kenapa pula kita mesti ikut? Adakah disebabkan arahan? Atau gaji? Gajikah yang lebih diutamakan berbanding maruah diri anda? Berapakah nilai diri anda sebegitu murah? Semua persoalan ini perlu dijawab dengan baik. Bukanlah niat ini untuk melukakan hati sesiapa. Tetapi sebagai tanda sokongan saya terhadap anda!
Kalaulah saya ini hanya memandang anda sebelah mata, saya tidak akan membuat teguran bermakna ini. Saya membuat teguran ini, supaya artis-artis, pelakon-pelakon dan model-model kita mempunyai harga diri dan prinsip mereka. Ini jugalah yang disuruh oleh Allah SWT. Allah SWT menyuruh kita menjaga maruah dan harga diri kita.
Tetapi manusia yang langsung tiada hak terhadap diri anda, boleh pula untuk memberikan arahan yang merendahkan martabat dan nilai diri anda sebagai manusia yang bermaruah. Mana satukah yang ingin anda ikut? Terpulanglah. Saya harap, golongan artis, pelakon dan model dapat memelihara diri mereka dan maruah mereka. Duit, duit juga. Maruah pun kena ingat.
Kalau anda sendiri tidak risau dengan harga dan maruah anda, terpulanglah. Asalkan jangan merosakkan manusia-manusia lain dengan perangai anda yang buruk itu... Tapi perlu diingat, jangan disangka kubur berlainan itu menjadikan alasan kita boleh melakukan kejahatan sesuka hati!
0 comments:
Post a Comment