21 September 2009

Tak Puasa Pun Nak Beraya?


Biasanya tutur kata ini kita dengan si ibu berkata kepada si anaknya. Tetapi, saya lebih suka menggunakan tutur kata ini kepada mereka yang gagal memanfaatkan Ramadhannya. Eh, rupa-rupanya bukan budak-budak je yang tak puasa. Yang besar-besar ni pun, dua kali lima je.

Beberapa hari lepas, saya pergi ke Kuala Lumpur. Sambil-sambil menunggu tiket bas untuk balik ke Ipoh, saya “singgah” sekejap di sebuah tandas di Puduraya. Setelah membayar 30 sen, saya menanti giliran untuk masuk ke tandas.

Setelah memasuki salah sebuah tandas, hidung ini terus menangkap baru rokok yang sangat kuat. Pening kepala dibuatnya. Entah, siapalah agaknya yang merokok time puasa-puasa ni. Tidak mengapalah, mungkin orang “bukan Islam” yang merokok ketika itu, atau sebelum itu. Tapi, apa perlunya mereka merokok di dalam tandas? Adakah ingin menghormati orang Islam yang sedang berpuasa?

Fikirlah jawapannya. Apa yang saya fikir, orang tu tak puasa, dan menyorok dalam tandas untuk merokok. Siapa? Tak perlu tuduh siapa-siapa. Yang penting kome jangan buat gitu.

Dalam masa yang sama, saya dapati di dalam tandas tersebut ada beberapa bungkusan makanan yang ditinggalkan. Antaranya tin pepsi, plastik bungkusan roti, polisterin bungkusan makanan dan beberapa lagi.

Entahlah, kenapalah mereka membatalkan puasa mereka di dalam tandas tersebut. Tetapi, ada bagusnya juga. Mereka tidak berani membatalkan puasa di hadapan orang ramai. Mereka masih segan silu untuk melakukan kesalahan di Bulan Ramadhan.

Tetapi malangnya, adakah puasa hanya makan dan minum sahaja? Aurat? Ada yang berkata, ala.. kalau tak tutup aurat pun, bukannya batal puasa. Jadi, saya jawab balik, kamu tak batalkan puasa, tapi kamu tak puasa pun.. Kesal apabila melihat anak-anak dara tak pandai berpakaian! Mereka ini walaupun berpuasa, tetapi tidak segan untuk membuat kesalahan di hadapan orang ramai.

Seterusnya, bila sampai waktu berbuka. Saya ternanti-nanti bunyi azan. Ketika itu saya berada di ruang menunggu “baru”. Tengok jam, waktu macam dah berbuka. Tapi lagu Siti Nurhaliza masih diperdengarkan. Bila azannya? Saya tertanya-tanya. Apabila saya tengok ke bawah, beberapa orang sudah pun membuka bungkusan makanan dan menikmati bekalan masing-masing.

Laa.. dah buka rupanya. Tapi, saya masih lagi pelik, kenapa azan tidak dipasang? Atau telinga saya yang bermasalah? Tiba-tiba terserempak dengan Pak Guard yang berbangsa India. Kebetulan dia sahaja yang berada di situ. “Sudah azan ka?” Saya bertanya. Dia menjawab.. “Eh, tak dengar lagi la..” Kemudian dia berlalu, dan datang semula. “Ya.. ya, sudah azan”.

Mungkin juga telinga saya yang tidak mendengar azan tersebut. Tapi, yang peliknya, saya masih lagi mendengar lagu Siti yang dipasang. Mungkin lagu tersebut, menyebabkan azan tidak kedengaran. Entahlah. Tak perlu tuduh siapa-siapa. Muhasabah diri kita.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal