22 September 2009

Selamat Hari Raya.. Selamatkah Hari Raya kita?


Sengaja melontarkan persoalan seperti ini. Selamatkah hari raya kita? Dari sudut apakah yang perlu kita selamat? Entah. Sedikit coretan dariku, tentang sambutan hari raya yang kita lakukan untuk tahun ini. Sememangnya time raya lah orang akan berlumba-lumba mengenakan pakaian yang paling best dalam hidupnya. Ataupun pakaian yang paling cantik dan terbaru dalam hidupnya.

Ada juga perangai manusia yang mengumpulkan koleksi, sehinggakan baju raya sahaja sudah 4 – 9 pasang. Ngalahkan pengantin. Begitu juga dengan manusia yang suka mencuba berjuta-juta jenis kuih muih sehinggakan mengalami cirit birit di pagi raya. Semuanya sedap. Kuih ni sedap, itupun sedap juga. Kuih ni mahal, kuih tu esklusif, dan sebagainya.

Pergi ziarah rumah orang untuk mencari kuih? Harapnya tidak begitu. Atau pergi berziarah untuk memperagakan pakaian? Harapnya juga tidak begitu.

Selain itu, time raya-raya ni, kita perlu bermaaf-maafan. Kerana ketika inilah ia perlu disambut dengan gembira. Malangya, ada juga time raya ni, menambahkan dosa mengumpat. Dosa mengumpat yang telah “diberhentikan” selama sebulan berpuasa, akhirnya diluahkan segala-galanya pada hari raya. Malang betul.

Bila difikir-fikirkan, rupa-rupanya, di hari raya inilah berlaku dua masalah besar, yang diperbesarkan. Iaitu masalah traffic jam dan masalah line telefon yang busy memanjang. Namun, kita lupa bahawa masalah yang terbesar ialah, penghayatan syawal itu telah diabaikan. Perkara ini terjadi seawal Ramadhan lagi.

Apabila Ramadhan belum lagi habis, sudah “berjuang” untuk beraya. Time puasa, kenalah puasa. Bila raya, rayalah betul-betul. Tetapi malangnya, time berpuasa kita beraya, dan time raya kita beraya sakan. Dalam Islam pun mengharamkan puasa pada hari pertama syawal, menunjukkan bahawa hari tersebut adalah untuk “beraya”.

Sejauh manakah kita menghormati Bulan Ramadhan itu sebagai Bulan Ramadhan? Dan sejauh manakah kita menjadikan Bulan Syawal itu sebagai Bulan Syawal?

Satu lagi perkara, tentang mercun. Dulu ketika masih budak-budak, memang mercun ini menjadi kegemaran. Sampai tak sedar hari hampir subuh. Persoalan yang terlintas di fikiran saya, apabila sudah besar ini ialah, “kenapakah mercun digilai ketika hari raya?” Kenapa tidak di hari-hari yang lain? Atau di Bulan-bulan yang lain?

Entahlah. Dalam akhbar, jenuh pihak polis merampas bermacam-macam jenis mercun yang diseludup masuk. Nyusahkan depa pulak time raya-raya macam ni. Ambillah tempoh yang ada ini untuk bermaaf-maafan. Janganlah di hadapan sahaja kita minta maaf, di belakang, sembang lain pula. Sedih betul. Hari Raya dijadikan medan untuk menyimpan hasad, untuk diluahkan selepas habis raya.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal