31 January 2010

Siapa Yang Fitnah Islam Itu Pengganas?

Semenjak tahun 2000 lagi, Islam dituduh sebagai pengganas. Siapa yang tuduh? … MEDIA.. Berapa juta manusia tertipu dengan penipuan ini? Manusia seluruh dunia yang sudah tertipu dengan media ini, semakin hari menghentam Islam dalam pelbagai sudut. Pernahkah kita terfikir, atau pernahkah kita melontarkan soalan ini “benarkah Islam itu pengganas sepertimana berita dalam media?”Lalu, orang-orang bodoh berduyun-duyun berhujah dengan media untuk membuktikan bahawa Islam itu pengganas. Walhal berkemungkinan...
Baca seterusnya

30 January 2010

Kaedah Hukum Haramnya Sesuatu Permainan

Permainan di dunia ini cukup banyak.. Bagaimanakah hendak menentukannya samada haram atau tidak? Ya.. Permainan yang haram hanya sedikit, selebihnya adalah halal, dan boleh dimainkan…1. Permainan menjadi haram apabila terdapat unsur haram, seperti permainan yang berbentuk perjudian.. Kalau lumba kuda semata-mata adalah halal, tetapi kalau terdapat unsur perjudian, maka haram.2. Permainan yang menyebabkan kita terlupa melaksanakan kewajipan (leka). Contohnya bermain snooker sampai terlupa anak bini.....
Baca seterusnya

29 January 2010

Campak Sebiji Bola, Berapa Puluh Ribu Tak Solat?

Sedikit kesedaran kepada peminat-peminat bola sepak. Bukanlah saya ini anti-bola sepak. Ia adalah sebuah suka yang baik untuk kesihatan dan menanam banyak pemikiran seperti kepantasan mengatur strategi, kemahiran bertempur dan sebagainya.Tetapi apa yang bermasalah di dalam permainan ini ialah, peminat-peminat “gila” bola sepak. Main bola sepak tak minat mana pun. Tetapi sanggup menghabiskan masa dengan pergi ke stadium-stadium untuk menonton permainan ini. Tidak salahnya menonton permainan ini selagi...
Baca seterusnya

28 January 2010

Aladin Atau Alladin? Berhati-hati!

Kisah tahyul Aladin yang sudah diketahui di kalangan kita sejak kecil lagi, mungkin ia perlu berwaspada terhadap serangannya. Pada tahun lepas, saya pernah mengajar subjek Serangan Orientalis dan Kristianisasi. Dan apa yang telah saya perolehi daripada pengajaran tersebut ialah istilah “Aladin”.Di dalam Bahasa Arab, sememangnya Aladin tersebut tidak mempunyai apa-apa makna, tetapi apabila diubah kepada Alladin, ia bermaksud “tiada agama”. Atau lebih dikenali sebagai Sekularisme yang menolak sebarang...
Baca seterusnya

27 January 2010

Hantar Buku Kepada Us Nazrul Untuk Disemak

Pada 25 Januari lalu, di kesempatan saya balik ke Kaherah untuk peperiksaan, sempat untuk meluangkan masa bersama ulama’ muda, Ustaz Nazrul bin Nasir. Tujuan pertemuan tersebut untuk menghantar “sebuah kitab” karanganku untuk disemak oleh beliau.Kitab sebelum ini, telah dihantar kepada Us Helmi Aris Negeri Sembilan. Kali ini, kitab yang lain pula.. Alhamdulillah, semoga bantuan beliau untuk menyemak kitab saya ini diberi ganjaran oleh Allah..Ustaz, apa nama kitab tersebut? Hehe, masih lagi dirahsiakan.....
Baca seterusnya

26 January 2010

Ini Sesat.. Dan Ini Bukan

SatuBeberapa bulan yang lalu, saya telah dilontarkan beberapa soalan dan penafian disebabkan mengeluarkan sebuah artikel tentang “kesesatan” dan ajaran sesat. Antara yang disebutkan ialah..Awak tak boleh sedap-sedap mulut tuduh orang itu sesat ini sesat..Zaman Para Sahabat RA, mereka juga pernah dituduh sebagai sesat.. hari ini kamu pula nak sesatkan orang…Dan banyak lagi.. Maka di sini, sedikit kesedaran buat para pembaca sekelian.. Yang manakah yang dikatakan sesat, atau benar..DuaSebahagian Syiah...
Baca seterusnya

25 January 2010

Manusia Sudah Jadi Robot

Sedar atau tidak, manusia sudah pun dirobotkan oleh satu golongan yang kita sendiri pun mengenali mereka. Bermula daripada kita bangun daripada tidur, sehingga kita tidur semula, kita sudah boleh diumpamakan sebagai kehidupan seperti sebuah “robot”.Kita sudah dibiasakan dengan bekerja dengan seseorang “bos”. Tetapi tahukah kita bahawa kita telah diumpamakan sebagai seorang hamba yang hanya dibayar dengan duit kertas. Sejauh manakah tingginya nilai duit kertas tersebut?Duit hari ini sudah dibiasakan...
Baca seterusnya

24 January 2010

Plot Hadis Ifki

Peristiwa Hadis Ifki ialah peristiwa fitnah terhadap Saidatina Aisyah, yang berlaku selepas Perang Bani Mustalik. Beliau telah difitnah dengan Safwan bin Mu’atthal, kerana pulang dengan menaiki kenderaan beliau. Fitnah ini dikepalai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, yang sudah lama menyimpan dengki dengan Baginda SAW, dan beliau adalah seorang munafik. Plot-plot peristiwa ini seperti berikut :1. Peperangan Bani Mustalik berlaku, di sebuah tempat yang bernama Muraisi’. Ia berlaku selepas turunnya...
Baca seterusnya

23 January 2010

Isra Mikraj - Menjawab Keraguan Orientalis

Takrif Isra dan MikrajIsra’ : Perjalanan Nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab, daripada Masjidil Haram, ke Masjidil Aqsa. Dalil jelas disebutkan di dalam al Quran, Surah al Isra’ ayat 1. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kafir.Mikraj : Perjalanan Baginda SAW pada tarikh tersebut, daripada Masjidil Aqsa ke langit yang ketujuh. Dalil disebutkan di dalam Hadis Masyhur. Ada yang mengatakan mikraj Baginda SAW melintasi syurga, sampai ke Arasy, dan sebagainya berdasarkan perbezaan riwayat. Kesemuanya diriwayatkan...
Baca seterusnya

22 January 2010

Imam Mazhab (Siri 4) - Imam Ahmad RA

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al Marwazi asy Syaibani. Beliau lahir di Baghdad, pada 164 Hijrah. dan juga merupakan anak murid Imam Syafie RA dalam bidang fiqh.Beliau pernah berhijrah mencari ilmu ke Kufah, Basrah, Mekah, Madinah, Yaman, Syam dan Jazirah. Beliau juga pernah menuntut ilmu daripada Imam Bukhari RA ( 104 – 183 Hijrah ), dan menjadi ulama dalam bidang Hadis berkat daripada mendampingi Imam Bukhari.Beliau pernah menuntut ilmu daripada...
Baca seterusnya

21 January 2010

Imam Mazhab (Siri 3) - Imam Syafie RA

Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al ‘Abbas bin Uthman bin Syafie’ bin as Sa’ib bin Ubaidillah bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Muttolab bin Abdul Manaf.Beliau adalah anak saudara Nabi Muhammad SAW, dinisbahkan dengan Syafie’ (شافع) kerana beliau juga adalah datuknya yang paling mulia. Beliau adalah salah seorang sahabat Nabi SAW, dan juga anak kepada seorang sahabat RA.Imam Ibnu Hajar al Asqolani menukilkan daripada al Hakim berkata bahawa Imam Syafie RA lahir di Gaza, Palestin pada hari kewafatan...
Baca seterusnya

20 January 2010

Imam Mazhab (Siri 2) - Imam Malik RA

Nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Abi ‘Amir al Ashbahibin Amru bin al Harith bin Ghaiman al Ashbahi.Beliau dikandung oleh ibunya selama tiga tahun, dan ada pandangan yang mengatakan lebih daripada tempoh tersebut. Beliau dilahirkan pada 93 Hijrah di Zil Marwah, iaitu salah sebuah tempat masjid di Tabuk. Kedudukannya sejauh 36 batu dari Madinah.Ayahnya Anas bin Malik, seorang faqih, dan datuknya Malik bin Abi ‘Amir adalah di antara tabi’in yang terkenal, yang merupakan salah seorang yang...
Baca seterusnya

19 January 2010

Imam Mazhab (Siri 1) - Imam Hanafi RA

Nama sebenar beliau ialah an Nu’man bin Thabit bin Thowus bin Hurmuz az Zuwato, al Kufi berbangsa Parsi. Beliau lahir pada 80 Hijrah, dan hidup ketika zaman Khalifah Umawiyah dan Abbasiah, bersama-sama Imam Malik RA. Beliau adalah tabi’ tabi’in, dan ada yang mengatakan bahawa beliau adalah tabi’in.Beliau dikatakan pernah menemui hampir 20 orang sahabat, dan meriwayatkan hadis daripada 9 orang dari kalangan mereka. Beliau merupakan ulama Iraq, yang merupakan seorang peniaga kain di Kufah.Satu ketika,...
Baca seterusnya

18 January 2010

Tahniah Buat Us Hairul

Rasanya masih belum terlambat mengucapkan tahniah kepada us Hairul Nizam bin Mat Husin yang baru menerima cahaya mata.. Anak perempuan. Alhamdulillah.. Pada 13 Januari lalu, dan telah pun ditulis di dalam blog beliau.Hari ini, periksa subjek Manahij Dakwah.. Terima kasih kepada isteri tersayang kerana banyak membantu dalam menghadapi peperiksaan dalam keadaan tenang.. Setiap kali berulang alik ke Iskandariah, lidah ini tidak terputus daripada terus berdoa kepada Allah..Doa time musafir insya Allah...
Baca seterusnya

17 January 2010

Buku Cebisan Hati Manusia

Pada bulan Mei, 2009, buku pertama saya telah dicetak oleh Janub Saina Publisher.. Tak pernah sangka buku ini yang terbit dulu berbanding buku-buku lain. Alhamdulillah, segalanya perancangan Allah. Cuma, saya terlupa nak kempen dalam blog ini.Buku ini mula saya tulis apabila merasakan diri ini cukup lemah untuk mengingat kalam ulama’. Kalam-kalam mereka seperti mutiara ini, sukar untuk diperoleh. Lalu, timbul satu kesedaran untuk menulis sebanyak mungkin kalam-kalam mereka.Setelah ditulis di dalam...
Baca seterusnya

16 January 2010

Jangan Berdalih Dengan Ayat-ayat Ini

Ingat, jangan berdalih dengan ayat-ayat ini.. 1. Saya tak tau pulak yang tudung ni kena pakai.. 2. Saya tak tau pulak yang saya kena tutup aurat.. 3. Saya tak tau pulak yang pasangan bertunang ni tak boleh pegang-pegang atau berdua-duaan.. 4. Saya tak tau pulak yang zina ni haram.. 5. Saya tak tau pulak yang melacur ni haram.. 6. Saya tak tau pulak yang saya ni kene solat dan puasa di Bulan Ramadhan 7. Saya tak tau pulak yang judi dan arak tu haram 8. Saya tak tau pulak yang saya ni tak boleh berdua-duaan...
Baca seterusnya

15 January 2010

Manusia Hari Ini...

“Tapi kalau kami keluar berdua untuk minum memang ada dan ia sama saja seperti pasangan kekasih lain di luar sana,” katanya.Irma yang bakal meraikan hari jadinya yang ke-28 pada 8 Januari ini juga merancang untuk meraikannya bersama keluarga.“Saya jarang meraikan majlis hari jadi seperti orang lain. Selalunya, keluarga akan mengadakan bacaan surah Yasin pada Khamis malam Jumaat dan selepas itu, kami sekeluarga akan keluar makan bersama-sama. “Sambutan hari jadi tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran...
Baca seterusnya

14 January 2010

Keimanan Para Sahabat RA Dalam Tiga Peristiwa, Badar, Uhud, dan Baiah Ridhwan

1. Para Sahabat RA sanggup mati untuk menyelamatkan Agama Islam.a. Saidina Umar al Khattab berikrar supaya bersama dengan Baginda SAW berhadapan dengan apa sahaja rintangan, di dalam Perang Badar. Manakala Saad bin Muaz pula sanggup berperang walaupun kekurangan kelengkapan, sekiranya itu adalah perintah Baginda SAW b. Saidina Ali, Hamzah dan Ubaidah bingkas bangun apabila diberi arahan untuk beradu kekuatan dengan pahlawan Musyrikin di dalam Perang Badar c. Beberapa orang yang masih muda, telah...
Baca seterusnya

13 January 2010

Hantar Buku Untuk Disemak

Alhamdulillah, kelmarin saya telah menghantar karya yang ke 5 kepada Us Helmi Aris Negori Sembilan. Saya bertemu beliau di rumahnya. Tajuknya apa? Heheh.. tunggu je. Buku-buku sebelum ini, telah disemak oleh Us Khairi Abdullah Perak. 3 buah buku telah beliau semak. Terima kasih kepada beliau.Insya Allah, banyak lagi usaha saya untuk cuba menulis buku. Cuma nak carik modal, pening jugak. Tapi, insya Allah rezeki tu ada.. Akhirnya, baru sebijik buku yang keluar..Saya harap, semua pelajar Azhar akan...
Baca seterusnya

12 January 2010

Badar Dalam Memori

Perang Badar adalah peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia berpunca daripada sekatan ekonomi dan rampasan harta penduduk Islam di Mekah. Pada Jamadil Awal dan Jamadil Akhir 2 Hijrah bersamaan November dan Disember 623 Masihi, pedagang Quraisy, Abu Sufian, bergerak ke Syam dengan membawa harta kekayaan milik mereka untuk diniagakan bersama 40 orang pengawal.Lalu, Nabi SAW mengambil kesempatan ini untuk membuat serangan kepada mereka bertujuan melumpuhkan ekonomi mereka. Bahkan harta...
Baca seterusnya

11 January 2010

Mereka Yang Kononnya Pasti Masuk Syurga

Terdapat beberapa golongan yang menjanjikan syurga kepada penganut-penganutnya. Antara yang disenaraikan di sini ialah Ajaran Sesat Kahar Ahmad, Yazidiah, Budha, Kaum Yahudi dan Kristian. Maka perinciannya seperti berikut :1. Kaum Yahudi dan NasraniAllah SWT berfirmanDan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata : “Tiada siapa akan masuk Syurga melainkan orang Yahudi dan Nasrani”. Itu hanyalah angan-angan mereka. Katakanlah kepada mereka : “Tunjukkan bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar (Surah...
Baca seterusnya

10 January 2010

Periksa.. oh periksa

Sudah berhari-hari artikel saya hanya berputar di sekitar kajian ilmiah. Macam dah tak biasa tulis artikel santai. Entah kenapa..Dalam musim peperiksaan ini, banyak “benda” yang saya dapat.. Alhamdulillah, semuanya perancangan Allah. Ada susah, ada senang..7 Januari lalu, Us Helmi Aris bagi kuliah motivasi kat rumah Perak. Beliau lah yang paling banyak mengajar saya waktu dulu-dulu. Alhamdulillah, sampai hari ini, saya dapat memahami mantik, tauhid, tasawwuf dan sebagainya melalui pengajian bersamanya...
Baca seterusnya

09 January 2010

Kaedah Mantik (satu) - “Tidak menyedari bukan bermakna tidak wujud”

“Tidak menyedari bukan bermakna tidak wujud”عَدَمُ الوِجْدَانِ لاَ يَسْتَلْزِمُ عَدَمُ الوُجُودِHukum yang pertama ini adalah salah satu hukum akal yang sering ditemui pada kebanyakan golongan-golongan pakar. Ramai yang tersalah di dalam memikirkan tentang perkara ini. Oleh itu kaedah ini menjelaskan dengan terang bahawa di manakah kesilapan yang biasa dilakukan tersebut.Contoh petikan perkataan yang biasa dituturkan yang menyalahi undang-undang ini ialah :“Aku sudah mencari barang itu, tetapi tidak...
Baca seterusnya

08 January 2010

Ciri-ciri Ajaran Sesat, Berhati-hati!

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyenaraikan ciri-ciri ajaran sesat dan penjelasannya di dalam buku Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, yang ditulis oleh Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. Di dalamnya juga dimuatkan sebanyak 7 kriteria-kriteria ajaran sesat dan 58 ciri-ciri yang dijelaskan.Garisan-garisan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura dan dinyatakan di dalam...
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal