22 August 2010

Lagi Kes Pecah Rumah Hari Jumaat

KAHERAH, 20 Ogos - Satu lagi kejadian kes pecah rumah sewa pelajar Malaysia yang melibatkan warga tempatan berlaku ketika orang ramai menunaikan solat Jumaat di masjid.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari di bangunan 23 Jalan Yusof Musa itu menyebabkan kehilangan sebuah komputer riba milik salah seorang pelajar di situ.Kata beliau yang tidak mahu dikenali namanya "Sudah banyak kali rumah kami ni kena pecah masuk oleh orang arab. Kejadian terakhir yang berlaku sebelum ni kira-kira...
Baca seterusnya

Belajar Erti Tawakkal Daripada Seorang Pencuri - Kisah Menarik

Setiap hari, motor kesayanganku perlu dirantai. Tidak memadai dengan hanya memangga rantai sahaja. Dahulu, motorku pernah cuba untuk dicuri. Fikir punya fikir, akhirnya diri ini memahami bahawa secara tidak langsung pencuri telah mengajarku erti tawakkal. Alhamdulillah, ilmu ini dapat ku perolehi daripada orang yang tidak tahu halal dan haram, iaitu pencuri. Di dalam sebuah ungkapan ulama' erti tawakkal itu umpama seseorang yang mengikat unta pada kayu.Iaitu, meletakkan "usaha" sebelum bertawakkal....
Baca seterusnya

19 August 2010

Bakar al Quran : Al-Azhar Kecam Gereja Amerika Syarikat

sumber : PMRAM.orgKaherah, Mesir – Majlis Syura Al-Azhar akhirnya mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu (12/08/2010) mengenai seruan dari sebuah gereja di Florida AS yang akan menjadikan tarikh 11 September sebagai “Hari untuk Membakar Al-Quran’’. Dalam kenyataan itu, Al-Azhar melihat seruan itu sebagai seruan yang menimbulkan kontroversi dalam dunia masyarakat Islam, Amerika dan negara-negara Arab.Majlis Syura Al-Azhar mengutuk sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Gereja Dove World Outreach Center...
Baca seterusnya

16 August 2010

Us Azrul Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Damanhur Siang Tadi

Sejak tengahari, saya menghubungi Us Azrul bin Ismail.. gagal menghubunginya.. sehingga petang.. pun masih gagal menghubunginya.. sehingga ke malam.. pun masih gagal menghubunginya.Lalu, saya mengadu kepada Us Adlan BP tentang hal tersebut. Beliau mengatakan bahawa Us Azrul sepatutnya ke Damanhur petang tadi. Ya, sepertimana yang saya juga tahu, beliau sepatutnya memberi pengisian di Damanhur selepas asar.Namun, setelah saya menghubungi pihak Damanhur, mereka mengatakan bahawa Us Azrul tidak datang...
Baca seterusnya

15 August 2010

Lukisan Potret 4 Presiden, Sempena 80 Tahun PMRAM

Akhirnya berjaya juga mendapatkan gambar lukisan potret 4 Presiden PMRAM hasil karya saya.. Sempena 80 Tahun PM...
Baca seterusnya

13 August 2010

Pemergian Ulama Tersohor Yang Mengarang Lebih 1000 Buah Kitab

Hari Khamis, 2 Ramadhan.. berlaku satu kematian ulama tersohor.. Beliau ialah Al Marhum ialah Sohibus Samahah Asy Syeikh Ahmad Sonhadji Mohamed. Kitabnya kerap saya baca dan temui di mana-mana tempat di Malaysia.. Di bawah ini adalah petikan dari blog Us Din Tantawi1. Tanggal 2 Ramadhan 1431 bersamaan 12 Ogos 2010 [ Khamis ] menjadi detik bersejarah apabila seorang tokoh agama atau ulamak tersohor nusantara yang telah mengarang lebih 1000 buah kitab kini telah kembali ke Rahmatillah.2. Jenazahnya...
Baca seterusnya

Pengajian Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, di Bulan Ramadhan ini, diserikan dengan kelas yang cukup sinonim dengan nama "Ramadhan", iaitu kelas Syeikh Nuruddin.. Tahun ini juga, ditambahkan seri lagi dengan kelas pengajian Syeikh Rohimuddin..Badan Pengetahuan dan Penyelidikan di bawah kendalian Madrasah Imam Syafie PMRAM akan mengadakan Daurah Khas bersama Fadhilatus Syeikh Rahimuddin An-Nawawi Al-Bantani dengan pembacaan kitab Tafsir Al-Jailani. Pengajian akan diadakan di Rumah Terengganu jam 7.00 pagi ini merupakan kesinambungan...
Baca seterusnya

12 August 2010

Presiden PMRAM Kemalangan Semalam! Inna liLlah

Sebelum ini, saya mengalami kemalangan di lorong Samy Photo apabila dilanggar oleh sebuah kereta yang tak tengok kiri kanan ketika melintas.. Kemudian ditambahkan kehangatan dengan mantan Presiden PMRAM, Us Muiz.. mengalami kemalangan di Jalanraya di hadapan Empi.. Baru tadi, saya mendengar kisah.. Presiden PMRAM pula kemalangan! Inna liLlah..Beliau mengalami kemalangan semalam, jam 12 tengahari di jalan Kubri 6 Oktober.. Motor yang sedang ditungganginya mengalami masalah.. Penutup minyak hitam...
Baca seterusnya

10 August 2010

Gambar Kenangan Bersama Potret 4 Presiden

Gambar kenangan.. Bergambar bersama lukisan potret 4 Presiden.Terima kasih kepada amin yang sudi mengupload gambar ini.. Kalau ada sesiapa yang menangkap gambar potret sepenuhnya, tolong upload ye.. Bermula dari kanan, Presiden PMRAM, BP Solehuddin, saya dan Krew al Fityan.....
Baca seterusnya

09 August 2010

Mesyuarat Agung BKAN Perak Sedang Berjalan

Bermula pagi tadi, jam 8.32 pagi.. Majlis Perasmian telah bermula. Ia dirasmikan oleh Ustaz Taufik BP. Setelah itu majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan sekitar jam 9.18 pagi. Pada jam 1.35 tadi, mesyuarat ditangguhkan sebentar bagi memberi laluan untuk makan tengahari dan solat Zohor..Lagi 5 minit, mesyuarat akan disambung semula dengan kendalian oleh Ustaz Ismail bin Nardin..Selamat bermesyuarat kepada semua..- Ibnu Ir Fad...
Baca seterusnya

07 August 2010

BKAN Perak Dihiasi Dengan Pilihanraya..

Esok, 8 Ogos bermulanya Mesyuarat Tahunan HEWI PMRAM Cawangan Perak, dan pada keesokan harinya, pada 9 Ogos diadakan pula Mesyuarat Agung Tahunan. Dalam masa yang sama, BKAN Perak dihiasi dengan pilihanraya sepertimana yang berlaku pada sesi lepas.Pada sesi ini, menyaksikan pertandingan 9 Calon, dan 8 Calon sahaja yang terpilih.. Siapakah pilihan anda? Pilihlah pimpinan berdasarkan ukuran yang sepatutnya.. Ciri-ciri pimpinan Islam yang menjadi pilihan anda, perlu diteliti dan dikaji..Secara peribadi,...
Baca seterusnya

PMRAM Banyak Membantu Kemerdekaan Negara - En Saiful

KAHERAH, 2 Ogos - Majlis Perasmian Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM telah dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara, En Shaiful Anuar Muhammad. Beliau yang hadir bersama isteri telah merasmikan program Karnival itu Dataran Hayyu Asyir. "Persekutuan Melayu Repuplik Arab Mesir (PMRAM) telah wujud sejak tahun 1930 lagi. Ini bermakna, sepanjang 80 tahun kehidupannya sehingga kini sudah tentu banyak asam garam PMRAM telah lalui. Evolusi penubuhan dan perkembangannya juga kita sedia maklum.""Kita tidak dapat...
Baca seterusnya

Wacana Minda Presiden Hangat

KAHERAH, 4 Ogos - Acara ilmiah pada malam hari ke-4 diteruskan dengan Wacana Minda Presiden yang menampilkan tiga ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan pendokong dan penyokong PMRAM. Tiga ahli panel yang dimaksudkan ialah Saudara Hairul Nizam Bin Mat Husin, Presiden PMRAM sesi 2006 dan 2007, Saudara Shahrizan Bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM sesi 2010, dan Saudari Nur Hafiza Binti Abdul Wahab, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM sesi 2010 beserta seorang moderator, Saudara Muhammad Mujahid Bin Haji...
Baca seterusnya

06 August 2010

Lukisan Potret 4 Presiden PMRAM

Pada tengahari 5 Ogos, tiba-tiba sahaja saya diberikan keinginan oleh Allah untuk melukis potret 4 Presiden PMRAM sempena KEKAL 10. Lalu, saya menemui Krew al Fityan untuk mendapatkan kertas dan alatan melukis.Alhamdulillah, kertas berukuran A3 telah disediakan oleh Ketua Unit Pameran.. beserta pensil 3 batang. Saya mendapatkan pula pemadam dan pembaris, dan mengambil posisi di Maktabah Rumah Selangor untuk memulakan lukisan, bersama isteri di sisi.Lukis punya lukis.. akhirnya sebuah karya potret...
Baca seterusnya

Saya Pemenang Pertandingan Melukis

Pertandingan melukis yang diadakan sempena KEKAL telah dimenangi oleh saya.. Alhamdulillah.. Lukisan yang bertemakan KEKAL 10, 80 Tahun PMRAM Merentasi Usia. Cabaran lukisan tersebut ialah, menggunakan sebatang pensil sahaja, tanpa pemadam.. oh tidak.. Alhamdulillah, satu lukisan berjaya dihasilkan.. Insya Allah akan saya paparkan di dalam blog ini.Pada lukisan tersebut, tertera wajah Presiden PMRAM 2010 .. Logo PMRAM, wajah-wajah ahli PMRAM di kalangan ikhwah dan akhawat... Dan tertulis “80 Tahun...
Baca seterusnya

Nota KEKAL Semalam ...

Semalam, 5 Ogos telah diari kekal mencatat lagi..Di sebelah pagi sehingga Zohor, di Dataran telah diadakan Pertandingan Nasyid ... best jugak..Kemudian pada sebelah malam diadakan Majlis Penutup KEKAL yang cukup menarik dan canggih. Bermula dengan ucapan penutupan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Penasihat PMRAM 2010.Kemudian, dihiasi dengan persembahan nasyid oleh pemenang pertandingan nasyid KEKAL 10, kumpulan nasyid dari Tanta. Kemudian, Pentomin dari Negara Kemboja dan persembahan tarian...
Baca seterusnya

Tak Sempat Lagi...

Sibuk punya pasal, tak sempat untuk membuat liputan khas tentang program KEKAL 10 anjuran PMRAM. Sebelum ini, saya menyebut bahawa perkembangan terkini tentang KEKAL 10 akan saya siarkan di dalam blog ini, tetapi bermacam-macam ujian yang menyibukkan diri ini daripada membuka laptop ini.Pada 4 Ogos sebelum ini, di sebelah malam telah diadakan Wacana Minda Presiden bersama dengan Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010, Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husin, Mantan Presiden PMRAM 2006 dan...
Baca seterusnya

04 August 2010

Terkini 5.25 pm di Dataran Hayyu Asyir

Baru sebentar tadi, di Dataran Hayyu Asyir diadakan acara Dam Ular dan Pertandingan Melukis. Saya termasuk di kalangan peserta pertandingan melukis. Sudah lama bakat ini tidak diasah.Di bahagian akhawat pula, sedang diadakan Majlis Penutup Acara Dewan, dan Pameran sudah dibuka ruang untuk akhawat sekitar jam 5 petang tadi. Bazar dan Pameran ditangguhkan operasi untuk menghormati waktu solat.Sekarang ini, 5.25 pm sedang operasi Pameran dan Bazar sudah dimulakan semula.* Semalam, diadakan Persidangan...
Baca seterusnya

BKAN Perak Bakal Menyaksikan Pilihanraya

BKAN Perak kali ini bakal menyaksikan pilihanraya.. Itulah sepertimana yang telah diumumkan oleh AJK Khas Pilihanraya di sini. Jadi, untuk sahabat-sahabat ahli KPIPM, pilihlah calon anda yang terbaik.. Sekian, harap maklum.- Ibnu Ir Fad...
Baca seterusnya

Wacana 4 Presiden Malam Ini Bersama Saya

Iklan sikit, malam ini (4 Ogos), insya Allah saya akan mengendalikan Wacana 3 Presiden di Dataran Hayyu Asyir sempena 80 Tahun PMRAM. Jangan ketinggalan..Wacana 4 PresidenModerator:Ustaz Mujahid bin Mohd FadzilAhli panel:1- Ustaz Shahrizan bin Hazimie(Presiden PMRAM 2010)2- Ustaz Khairul Anuar bin Ismail(Presiden PMRAM 2008)3- Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain(Presiden PMRAM 2006 dan 2007)4- Ustazah Norhafiza binti Abdul Wahab(Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010)link - sila wujuk web rasmi pmhkp...
Baca seterusnya

Kes : Motor Saya Dicuri Jam 3 Pagi Tadi

Alhamdulillah, akhirnya saya diberi keizinan oleh Allah untuk kembali berblog setelah proses ini terpaksa ditangguhkan sementara di atas sebab-sebab tertentu.Kes terbaru, pagi tadi jam 5 petang, saya dikejutkan dengan ketukan pintu rumah yang agak kuat.. Apabila pintu dibuka, seorang wanita berbangsa Mesir yang bertugas sebagai bawab (penjaga rumah) berdiri di hadapan pintu.. sambil bertanya.."Motor yang parking di bawah pokok tu milik awakkah?"Sambil menunding jari ke arah tempat saya meletakkan...
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal