22 August 2010

Belajar Erti Tawakkal Daripada Seorang Pencuri - Kisah Menarik

Setiap hari, motor kesayanganku perlu dirantai. Tidak memadai dengan hanya memangga rantai sahaja. Dahulu, motorku pernah cuba untuk dicuri. Fikir punya fikir, akhirnya diri ini memahami bahawa secara tidak langsung pencuri telah mengajarku erti tawakkal.

Alhamdulillah, ilmu ini dapat ku perolehi daripada orang yang tidak tahu halal dan haram, iaitu pencuri. Di dalam sebuah ungkapan ulama' erti tawakkal itu umpama seseorang yang mengikat unta pada kayu.

Iaitu, meletakkan "usaha" sebelum bertawakkal. Maka, motor perlu dirantai sebelum kita melepaskan penjagaan itu di sisi Allah. Manusia hari ini, sering mengungkapkan istilah :

"Aku tak masuk kelas, jadi aku tawakkal sahaja bila jawab periksa nanti"

Ungkapan ini adalah bercanggah dengan nilai tawakkal yang sebenar. Ini kerana tawakkal itu tidak didasari dengan usaha terlebih dahulu.

Kesal apabila melihat erti tawakkal ini disalahgunakan oleh kita. Alhamdulillah, ilmu ini dapat diperolehi walaupun dari tangan seorang pencuri!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal