04 August 2010

Kes : Motor Saya Dicuri Jam 3 Pagi Tadi

Alhamdulillah, akhirnya saya diberi keizinan oleh Allah untuk kembali berblog setelah proses ini terpaksa ditangguhkan sementara di atas sebab-sebab tertentu.

Kes terbaru, pagi tadi jam 5 petang, saya dikejutkan dengan ketukan pintu rumah yang agak kuat.. Apabila pintu dibuka, seorang wanita berbangsa Mesir yang bertugas sebagai bawab (penjaga rumah) berdiri di hadapan pintu.. sambil bertanya..

"Motor yang parking di bawah pokok tu milik awakkah?"

Sambil menunding jari ke arah tempat saya meletakkan motor semalam.. Lalu saya menjawab "Ya"..

Rupa-rupanya ada 2 orang lelaki berada di bawah.. menyampuk.. "Motor awak kena curi.. motor tersebut diangkut ke padang pasir (sebelah walidain).. , kami perlukan kunci motor tu untuk heret semula ke sini.."

Hah? Saya terkejut.. Saya diuji oleh Allah lagi.. Saya berkata "tunggu sini, saya tukar baju, nanti kita bergerak sekali.."

Setelah menukar pakaian, saya bersama 2 orang lelaki tersebut bergerak ke padang pasir yang terletak bersebelahan walidain.. Sehinggalah bertemu 3 orang lelaki lain. Seorang beruniform polis, dan 2 lagi hanya berTshirt. Saya agak kedua-duanya juga polis.

Polis tersebut berkata kepada saya "Tu.. tengok sana tu.. motor awak kah?".. Saya melihat di sebalik batu besar.. "Ya.. tu motor saya"..

Saya pergi mendapatkan motor tersebut bersama 5 orang Arab tersebut.. kemudian memeriksa.. terdapat beberapa kerosakan pada motor tersebut. "Berapa Junaih pulak nak baiki ni..?"

Tempat masuk kunci habis dicucuk dengan besi sehingga rosak.. Wayar penghidup enjin pun direntap.. Handle yang dilock pun berjaya di"patah"kan. Tapi, satu je yang tak boleh buat, "solek" (mangga) yang saya kuncikan pada spoket belakang.. tak berjaya dibuka.. Tapi spoket yang baru ditukar tersebut agak longgar.. seperti cubaan untuk membukanya..

Kami mengheret motor tersebut ke rumah saya merentasi padang pasir tersebut.. Tiba di sana, saya diminta tunggu sebentar, sementara menanti "Mabahis" (polis) tiba. Mereka memberitahu saya, 3 orang pencuri tersebut mengangkat motor saya melalui padang pasir.. pada jam 3 pagi.

Mabahis yang dinantikan tiba setelah menghantar mereka ke balai polis.. Dan mabahis tersebut menyuruh saya mengambil motor dan pulang ke rumah..

Pada jam 6.35 pagi, saya bersama isteri bertolak ke Rumah Terengganu untuk mengajar di Madrasah Imam Syafie anjuran PMRAM. Orang yang mula-mula saya hubungi adalah Presiden PMRAM sendiri..

Kebiasaannya pada sebelah malam, saya akan merantai motor tersebut di pokok.. tetapi kebetulan malam tersebut saya rasa macam malas nak rantai.. Mangga sudah lah.. Untuk kawan-kawan, pengajaran buat semua..

Malam tersebut juga saya terlupa untuk membaca Ayat Kursi memohon perlindungan dari Allah..

- Ibnu Ir Fadzil

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal