Di dalam kitab Nihayah al Muhtaj, karangan ar Ramli, bahawa perempuan diwajibkan berkahwin apabila khuatir diri mereka terjebak ke lembah penzinaan. Demikian juga disebut di dalam Syarhul Azhar yang mengatakan hukum bagi mereka yang khuatir terjebak ke lembah penzinaan adalah diwajibkan tidak kira lelaki atau perempuan.
Bagaimanakah caranya? Adakah perempuan yang diwajibkan berkahwin, harus mempromosikan dirinya supaya dikahwini atau sebagainya? Dr Abdul Karim Zaidan menjawab persoalan ini di dalam kitab al Mufassal bahawa perempuan yang diwajibkan berkahwin dilarang daripada menolak lamaran lelaki yang sekufu dengannya. Bahkan, walinya juga dilarang daripada menolak lamaran lelaki yang sekufu, dan lelaki yang diterima oleh si perempuan. Wali yang melarang perkahwinan ini dianggap berdosa.
Bagaimanakah caranya? Adakah perempuan yang diwajibkan berkahwin, harus mempromosikan dirinya supaya dikahwini atau sebagainya? Dr Abdul Karim Zaidan menjawab persoalan ini di dalam kitab al Mufassal bahawa perempuan yang diwajibkan berkahwin dilarang daripada menolak lamaran lelaki yang sekufu dengannya. Bahkan, walinya juga dilarang daripada menolak lamaran lelaki yang sekufu, dan lelaki yang diterima oleh si perempuan. Wali yang melarang perkahwinan ini dianggap berdosa.
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
2 comments:
Salam ustaz.
Saya ingin mengajukan beberapa persoalan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'khuatir diri mereka terjebak ke lembah penzinaan'? Penzinaan jenis yang bagaimana? Adakah zina hati, zina mata termasuk dalam hal ini? Contohnya berchating dengan bukan mahram di ym, facebook & sebagainya?
2. Saya juga ingin bertanyakan pandangan ustaz tentang suatu hal. Ada seorang sahabat saya amat mencintai seorang lelaki ini yang boleh dikatakan soleh dan berakhlak. Lalu dia melamar, namun ditolak secara baik atas sebab tertentu. Sahabat saya ini sering jadi tidak tenteram hatinya akibat perasaan cinta itu. Apa pandangan ustaz? Adakah perkahwinan (dgn lelaki lain) dapat menyelesaikan masalah ini kerana bimbang perasaanya itu membawa kepada dosa? Apakah boleh pula jika dia berusaha menahan diri drpd menerima lelaki lain kerana cintanya itu? saya pernah dengar bahawa jika seseorang itu menahan cintanya dr berbuat dosa, kalau mati, mati syahid. Benarkah?
Mohon ustaz beri penjelasan. maaf andai ada kekasaran.
terima kasih ustaz.
1. Khuatir diri mereka terjebak ke lembah penzinaan bermaksud seseorang yang bimbang dirinya akan berzina satu hari nanti, walaupun masih diperingkat "sangkaan yang sedikit". Zina hati, mata dan sebagainya adalah saluran untuk mendekatkan diri kepada zina. Zina yang dimaksudkan di sini ialah memasukkan "hasyafah" ke dalam faraj. Sekiranya khuatir diri mereka akan terzina mata, ia tidak termasuk dalam konteks ini. Tetapi, lebih baik berjaga dari awal.
2. Pandangan ana, menahan perasaan daripada mencintai sesiapa adalah perkara yang sukar, kerana cinta kepada lain jenis adalah naluri dan fitrah.
Satu hari nanti, sekiranya ada lelaki yang lebih dicintai, maka jangan pula menahan diri.
Berkahwin dengan orang lain, tetapi cinta dengan orang lain, adalah perkara yang belum pasti. Sekiranya datang seseorang yang "lebih" dicintai, sudah pasti cinta pertama akan terhapus, ibarat matahari yang terlalu cerah sehinggakan bintang lain tidak kelihatan.
"Menahan cinta mati syahid" - ana tak tahu, WaLlahua'lam.
Post a Comment