06 November 2010

PMRAM Berperanan Mencorak Kepimpinan Negara Sekarang - Dato Duta


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 5 Nov - Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah menerima kunjungan rasmi daripada PMRAM yang diketuai oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) saudara Shahrizan Mohd Hazime.

Antara Badan Pengurus yang turut sama dalam kunjungan hormat itu Timbalan Presiden PMRAM saudara Zuhaili Saiman, Naib Presiden II PMRAM saudara Azlan Haji Alias dan saudara Mohd Adlan Mokhtarudin, Setiausaha Agung PMRAM saudara Mohd Taufik Mohd Dahlan serta saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien Ketua Badan Kebudayaan Keseniaan dan Sukan PMRAM.

Prof Madya Dato Fakhruddin bin Abdul Mukti Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir begitu berbesar hati menerima kunjungan rasmi dari PMRAM ini, kedatangan Presiden beserta rombongan ini menggambarkan PMRAM optimis untuk bersungguh-sungguh untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat lagi antara PMRAM dan KBMK.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana ceria itu berlangsung selama 2 jam. Kunjungan ini turut sama memberi peluang yang Tuan Yang Terutama lebih mengenali persatuan yang banyak berjasa di Mesir ini.

Beliau menyifatkan kedatangan PMRAM ini, satu perkembangan yang baik antara PMRAM dan KBMK dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Perlembahan Nil sambil mengulas peranan kepimpinan PMRAM dalam mencorak kepimpinan negara sekarang dan berharap supaya mahasiswa fokus dengan apa yang dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Abd Razak.

"PMRAM akan memberi kerjasama yang sepenuhnya dengan KBMK perkara yang melibatkan kebajikan dan pendidikan mahasiswa/wi di timur tengah ini", ujar Presiden PMRAM ketika diminta mengulas pertemuan ini.

Beliau juga berharap pertemuan ini akan terus mengeratkan hubungan yang sedia ada ini dan seterusnya dapat meneruskan agenda kerajaan Malaysia dalam melaksanakan dasar kerajaan Malaysia sendiri "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"

Majlis itu diakhiri dengan penyampaian cenderahati PMRAM kepada Tuan Yang Terutama Prof Madya Dr Fakhruddin Abd Mukti.
Baca seterusnya

05 November 2010

Roadshow Gempur Syakhsiah Menjelajah Bumi Kaherah

Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 6 Nov - Roadshow Gempur Syakhsiyah anjuran gabungan tiga unit iaitu Unit Biah Solehah, Unit Hisbah dan Unit Bait Muslim di bawah Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM menjelajah kawasan di sekitar Kaherah.

Roadshow yang diadakan ini merupakan lanjutan daripada roadshow yang diadakan di beberapa muhafazah bulan Oktober yang lalu. Sebelum ini, Pelaksana roadshow telah menjelajah ke kawasan muhafazah iaitu, Iskandariah, Damanhur, Tanta, Mansurah, Zagazig dan Dumyat.

Program yang bermula pada jam 8.45 malam, ini diadakan di Rumah Kedah Baru, Hayyu Sabie’ menggabungkan beberapa negeri iaitu Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan, dan Pulau Pinang.

Program dimulakan dengan ucapan daripada Saudari Al-Hasyir Mohd Rabeh, selaku Ketua Unit Biah Solehah juga merangkap pemangku Pengarah Roadshow ini. Beliau menerangkan tujuan roadshow diadakan. Tema roadshow “Membina Langkah, Mungkar Dicegah” ini menunjukkan pembawakan yang ingin dibawa.

Seterusnya, ucapan YDP MKKK, Saudara Zuber Mohd Shariff. Turut hadir, Saudari Hurriyyah Abdul Mokti, selaku Naib Pengerusi HEWI II, merangkap Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI PMRAM.

Roadshow kali ini mendedahkan satu tajuk yang dikupas iaitu “Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyyah” yang dipengerusikan oleh Saudari Khadijah Md Lazim, merupakan AJK Pelaksana Roadshow juga merupakan AJK Unit Biah Solehah PMRAM.

Tiga ahli panel ditampilkan iaitu, Saudara Jamal Najmuddin, wakil Unit Hisbah, Saudari Wan Hafiz, wakil Unit Bait Muslim dan Saudari Fateha Md Ambia, selaku wakil Unit Biah Solehah, juga merupakan Timbalan Pengarah Roadshow.

Pengenalan awal ketiga-tiga unit diberikan secara ringkas oleh para ahli panel. Forum yang disampaikan ingin memberi pendedahan kepada yang hadir mengenai peranan dan keperluan bagi mengembalikan identity akhlak islamiyyah yang semakin hilang. Turut disebutkan tentang masalah-masalah Hisbah yang melanda kalangan mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir.

Para hadirin dihidangkan dengan tayangan slideshow mengenai beberapa perlaksanaan hukuman yang dibuat di Indonesia. Ahli panel turut ditanya beberapa soalan oleh para hadirin.

Sebelum bersurai, majlis penyampaian risalah, poster dan banner disempurnakan oleh Saudara Al-Hasyir kepada Yang Dipertua dari negeri-negeri yang hadir.

Sebelum ini, Rumah Johor Rab’ah berjaya mengumpulkan ahli-ahli dari negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Johor dan Selangor. Kehadiran ahli memenuhi ruang legar Dewan Asrama Rumah Johor.

Forum “Mengembalikan Identiti Akhlak Islamiyyah” bergema dan berjaya menarik perhatian para hadirin. Tiga ahli panel ditampilkan iaitu Saudari Hanisah Muslim, wakil Unit Biah Solehah, Saudari Raney Miskan, wakil Unit Bait Muslim, dan Saudara Jamal Najumuddin, wakil Unit Hisbah.
Baca seterusnya

Konvensyen PMRAM Cetus 3 Resolusi Tindakan


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 4 Nov - Hasil perbincangan di antara pihak PMRAM Pusat dan PMRAM Cawangan dalam persidangan meja bulat di Konvensyen PMRAM, 3 Reolusi Tindakan dicetuskan untuk tindakan bersama.

3 Resolusi Tindakan tersebut adalah hasil daripada konsep 3 S yang ditekankan di dalam Konvensyen PMRAM pada tahun ini iaitu sistem, sikap dan sedar.

3 Resolusi Tindakan ini dibacakan oleh Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime sambil semua Yang Di-Pertua BKAN dan Pengerusi DPM turut berdiri bersama-sama kepimpinan PMRAM Pusat bagi menggambarkan kebersamaan dalam menjayakan 3 Resolusi Tindakan tersebut.

3 Resolusi Tindakan tersebut ialah :
1- Menyelaraskan silibus Kursus Pengurusan Islam (KPI) di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung PMRAM
2- Konvensyen DPM kali ke-4 pada tahun 2011
3- Menjayakan draf tindakan bersama secara bersistematik.

"Ia adalah Resolusi Tindakan yang telah diputuskan bersama. Maka semua peringkat mesti bersungguh-sungguh dalam memastikan resolusi ini berjaya dilaksanakan," ujar Timbalan Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

Selain itu, Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime menekankan konsep 3 S dalam amanat emas dalam merasmikan majlis penutup.

"Kita mahu selepas keluar KOnvensyen PMRAM ini, semua pimpinan akan berubah ke arah yang lebih baik dan tersusun. Pastikan sikap sebagai seorang pemimpin akan menjadi lebih baik, kesedaran dalam cakna isu bersama dipertingkatkan dan gerak kerja yang dijalankan lebih bersistematik," tegas beliau.
Baca seterusnya

PMRAM Menghadiri Dialog Tentang Gerakan-Gerakan Islam Masa Kini

PMRAM.org

KAHERAH, 4 Nov - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah dijemput untuk menghadiri program "Dialog Tentang Gerakan-Gerakan Islam Masakini" bersama dengan Prof Dr Hassan Hanafi.

Program yang diadakan di Dewan Solah Kamil Universiti Al-Azhar itu telah dihadiri oleh wakil-wakil gerakan mahasiswa Islam Nusantara yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Mahasiswa Indonesia (PPMI).

PMRAM yang diwakili oleh saudara Syeikh Muhammad Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Setiausaha Agung PMRAM dan saudara Mohd Faizzudin Ghazali, Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM itu tiba di Dewan Solah Kamil sekitar jam 3.30 petang dan disambut oleh pihak penganjur.

Program itu juga dianjurkan oleh Lembaga Kajian dan Sumberdaya Manusia (LAKPESDAM) yang ditubuhkan oleh Pengurus Besar Nahdatul Ulama' (PBNU).

Perbincangan semasa dibincangkan mengenai pandangan Prof Dr Hassan Hanafi terhadap gerakan-gerakan Islam sedunia. Beliau juga merupakan pensyarah di Universiti Cairo dan merupakan seorang akademik dan pemikir.

Beliau juga pernah terlibat secara langsung dengan gerakan revolusi kebangkitan Mesir sekitar tahun 1940
Baca seterusnya

04 November 2010

Hukum Perempuan Yang Sudah Berkahwin, Mendermakan Hartanya


Sumber : pmram-manhal.blogspot.com

Para ulamak telah bersepakat bahawa seorang perempuan yang sudah baligh, berakal, cerdik dan pandai menguruskan harta dibolehkan mendermakan hartanya seperti kaum lelaki kerana mereka termasuk di dalam ahliyyah mubasyarah al ‘ukud wat tasorrofat (orang-orang yang dibolehkan bebas bertindak dalam urusan akad dan urusan-urusan lain). Namun, berlaku perselisihan pendapat antara fuqahak dalam masalah kebolehan seorang perempuan yang sudah berkahwin mendermakan hartanya sendiri dengan cara memberi hadiah (hibbah) atau sedekah atau sebagainya. Mereka berselisih kepada dua mazhab:

Mazhab yang pertama :

Golongan mazhab yang pertama berpendapat bahawa seorang perempuan yang telah berkahwin sekiranya sudah baligh, berakal dan pandai menguruskan harta (rasyidah), boleh mendermakan keseluruhan hartanya dengan pelbagai cara, tanpa perlu meminta keizinan suaminya, dan tidak dihadkan kadar barang yang akan didermakan dari hartanya, atau yang belum didermakan.

Ini adalah pendapat At thaur, Abi thaur, Ibn munzir dan Az zuhri, inilah juga pendapat dari kalangan mazhab Hanafi dan Syafie serta jumhur dari kalangan mazhab Hambali dan mazhab Zohiri.

Mazhab yang kedua :

Golongan mazhab yang kedua pula berpendapat tidak harus bagi perempuan yang telah berkahwin mendermakan hartanya melebihi dari satu pertiga (thulus), melainkan apabila diizinkan suaminya untuk mendermakan lebih dari itu.

Ini adalah pendapat dari Abi Hurairah dan Anas , dan ia juga pendapat Umar bin Abdul Aziz, Thowus,Husain, Ato’, Mujahid, Ibn Sirin dan Laith bin Saad, inilah juga pendapat dari kalangan mazhab Maliki dan satu riwayat dari Ahmad.

Dalil setiap mazhab :

Dalil mazhab yang pertama :

Mazhab yang pertama berdalilkan seperti berikut :

1. Dari Al Quran

(i) Firman Allah Taala :


Maksudnya : Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda Yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka harta mereka.

Keterangan dalil : Ayat ini telah menyatakan bahawa syara’ telah menetapkan supaya menyerahkan harta anak-anak yatim kepada mereka sama ada mereka ini lelaki atau perempuan setelah dilihat mereka mampu untuk menjaga dan menguruskan harta. Ia juga menunjukkan bahawa barangsiapa yang sudah baligh, cerdik dan berkebolehan menguruskan harta telah terlepas dari tanggungan orang yang menjaganya, dan bebas untuk menguruskan hartanya tanpa perlu keizinan dari sesiapapun. Sesungguhnya seorang perempuan yang bersedekah dari hartanya sendiri sah dan terlaksana sekalipun tanpa keizinan suaminya, sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih.

(ii) Firman Allah Taala :


Maksudnya : Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Keterangan dalil : Syara’ Islam menggesa mereka yang sudah mukallaf supaya bersedekah dari harta-harta mereka, dan bersegera kea rah itu sebelum saat kematian. Ayat ini ditujukan kepada kedua-dua lelaki dan perempuan kerana ia mengambil dari umumnya ayat tersebut. Maka ayat tersebut tidak dipisahkan sama ada ditujukan untuk lelaki atau perempuan oleh mana-mana dalil yang lain. Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya perempuan juga diperintahkan untuk bersedekah seperti kaum lelaki tanpa memerlukan keizinan dari sesiapapun.

2. Dari Sunnah Annabawiyyah :

عن جابر رضي الله عنه قال : "شهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم الصلاة يوم العيد، فبدأ بالصلاة قبل الخطبة..ثم مضي حتى أتى النساء فوعظهن وذكرهن، ثم قال : تصدقن فإن أكثركن حطب جهنم"

Maksudnya : Diriwayatkan dari Jabir radiallahu anhu telah berkata : “Aku telah hadir bersama Rasulullah sallalahu alaihi wasaalam pada solat hari raya, maka dimulakan dengan solat sebelum khutbah..kemudian berterusan sehingga datang kaum perempuan maka baginda member teguran dan peringatan kepada mereka, kemudian baginda berkata : bersedekahlah kamu sesungguhnya kebanyakan dari kamu (kaum perempuan) menjadi kayu api neraka Jahannam”

Keterangan dalil : Hadis ini menunjukkan perintah Rasulullah sallalahu alaihi wasallam kepada kaum perempuan supaya bersedekah walaupun dari perhiasan mereka dan tidak dituntut supaya meminta keizinan suami mereka atau selain dari itu. Dalil ini menunjukkan bahawa seorang perempuan tidak dilarang dari bersedekah sekiranya tidak diizinkan oleh suaminya, dan sedekah diterima tanpa keizinan suaminya.

3. Dari qias :

Sesungguhnya barangsiapa yang menjaga harta seorang perempuan wajib menyerahkannya semula setelah didapati perempuan tersebut telah cerdik dan pandai menguruskan harta, harus bagi perempuan itu menguruskan hartanya sendiri tanpa berhajat kepada izin sesiapapun, diqiaskan kepada harusnya perkara tersebut ke atas para lelaki.

Dalil mazhab yang kedua :

Mazhab yang kedua berdalilkan seperti berikut :

1. Dari Al Quran :

Firman Allah Taala :


Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Keterangan dalil : Ayat Al Quran tersebut menyatakan sesungguhnya Allah Taala menjadikan orang lelaki penjaga bagi orang perempuan, dan penjagaan atau penyeliaan ini terlaksana apabila tidak diberi kebebasan dalam menguruskan hartanya sendiri melainkan dengan keizinan suaminya sendiri.

2. Dari sunnah an nabawiyyah :

(i) روي أبو هريرة رضي الله عنه "أنه قيل لرسول الله صلى الله عليه وسلم : أي النساء خير ؟ قال : الذي تسره إذا نظر، وتطيعه إذا أمر، ولا تخالفه في نفسها ومالها بما يكره"

Maksudnya : Abu Hurairah radiallahu anhu telah meriwayatkan “Sesungguhnya telah ditanyakan kepada Rasulullah : Yang manakah wanita yang baik (ciri-ciri wanita yang baik)? Baginda berkata : Yang mengembirakan suaminya apabila melihat, dan mentaatinya apabila diperintahkan, dan tidak mengingkari suaminya pada diri dan harta dengan apa yang dibenci oleh suaminya.

Keterangan dalil : Rasulullah telah memuji wanita yang tidak mengingkari suaminya dalam perkara yang berkaitan dengan harta, dan Rasulullah menjadikan wanita itu sebaik-baik perempuan. Ini bermaksud bahawa seorang perempuan sepatutnya menurut suruhan suaminya pada perkara yang berkaitan dengan harta, dan tidak melanggari perintah tersebut. Ini adalah dalil bahawa dia dilarang daripada menguruskan hartanya kecuali jika diizinkan suaminya

(ii) روي عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : "تنكح المرأة لأربع : لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك”

Maksudnya : Diriwayatkan dari Abi Hurairah radiallahu anhu bahawa sesungguhnya Rasulullah telah berkata : Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah yang memiliki agama miskinlah tanganmu (rugilah kamu sekiranya tidak mendahulukan kerana agamanya)”

Keterangan dalil : Hadis ini menyatakan bahawa seorang lelaki itu kadang-kadang memilih untuk menikahi seorang perempuan itu kerana hartanya, apabila dia menikahi perempuan itu kerana hartanya maka lelaki tersebut berhak ke atas hartanya, oleh kerana itu perempuan tersebut dilarang menguruskan hartanya sesuka hati kecuali dengan izin suaminya walaupun dia merupakan seorang yang berakal, baligh dan rasyidah (cerdik dan pandai menguruskan harta)

Pendapat yang rajih :

Pendapat yang rajih (yang lebih utama) ialah pendapat mazhab yang pertama yang membolehkan perempuan yang telah berkahwin sekiranya sudah baligh, berakal dan pandai menguruskan harta (rasyidah), boleh mendermakan keseluruhan hartanya dengan pelbagai cara, tanpa perlu meminta keizinan suaminya, dan tidak dihadkan kadar barang yang akan didermakan dari hartanya, atau yang belum didermakan berdasarkan dalil yang kuat dari Al Quran, hadis dan qias yang telah disebutkan di atas.

Diterjemahkan dari kitab Nazoriah Al Akdi fi Fiqh Al Islami karangan Al Ustaz Ad Doktor Abdul Fattah Mahmud Idris pensyarah qisim Fiqh Muqoron di Kuliah Syariah dan Qanun Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir.

Di sediakan oleh :

Abdul Halim B Ahmad
Felo Manhal PMRAM
Baca seterusnya

Artikel Solat Jemaah Dari UBS

Solat Berjemaah Perintis Segala Kebaikan


Oleh : Ahmad Muzani Abd Rahman,
Kelolaan : Mutmainnah

Pada hari ini kita sering berkata mengenai biah solehah yang mana ianya memang tidak dapat disangkal lagi sebagai sesuatu yang amat penting di dalam memainkan peranan membentuk akhlak islamiah. Maka perlu kita sedari di sana terdapat satu perkara yang perlu kita ambil berat kerana ianya merupakan perintis segala kabaikan. Jika baik ianya maka baiklah segala amalan yang kita lakukan. Justeru, perkara tersebut adalah solat.

Sabda nabi junjungan SAW, “Perkara pertama yang akan dipersoalkan di hadapan Allah pada hari kiamat kelak adalah solat, jika baik solatnya maka baiklah seluruh amalannya dan jika rosak solatnya maka rosaklah sekalian amalannya”. (Hadis riwayat atTabrani.)

Maka sudah tentu menjadi muhasabah buat kita semua bahawa jika ujian yang paling awal yang dikenakan oleh Allah SWT terhadap kita sudah tidak dapat dilalui dengan jayanya maka apakah mungkin kita akan berjaya untuk menempuh persoalan-persoalan yang seterusnya. Justeru, akan ramailah mereka yang akan gagal di hadapan Allah nanti dek khalal mereka terhadap solat.

Seterusnya kita sering terdengar persoalan mengenai firman Allah SWT, “Bacakanlah wahai Muhammad apa yang diwahyukan oleh Tuhanmu yang terdapat di dalam Al-Quran dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada berlakunya perkara fahsya’ dan mungkar, dan mengingati Allah itu adalah satu perkara yang teramat besar dan Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Ankabut ayat 45).

Persolan yang timbul adalah mengapa tetap ada mereka yang melakukan maksiat seperti berikhtilat, menyalahgunakan teknologi serta bermusuh-musuhan antara satu sama lain sedangkan mereka telah mendirikan solat?.

Maka al-‘Allamah as-Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni hafizahullah telah menafsirkan ‘solat’ di dalam ayat di atas adalah solat yang sempurna syarat dan rukun serta adabnya. Maka apabila kita sempurna dan lengkap dengan semua syarat-syarat ini akan timbullah tiga perkara yang disebut oleh Abu ‘Aliah (di dalam kitab Sofwatut tafasir) iaitu al-Ikhlas, al-khasyyah(takut) dan zikrullah. Seterusnya bagi mereka yang tidak sempurna solat mereka maka akan berlakulah sebaliknya. Oleh kerana itu ramai yang mendirikan solat tetapi masih melakukan maksiat yang nyata.

Maka al-ikhlas itulah yang menyerunya kepada ma’ruf, dan al-khasyyah menghalang dirinya dari melakukan mungkar seterusnya zikrullah mengarahkannya kepada kebaikan dan menghalang dari kemungkaran.

Seterusnya haruslah kita ingati bahawa di dalam solat terdapat dua natijah yang perlu kita gapai iaitu sah di sisi hukum feqah dan maqbul di sisi Allah. Maka untuk menjadikan solat kita sah di sisi hukum feqah maka haruslah didirikan solat sesempurna yang mungkin mengikut segala syarat (sebelum solat) dan rukun (dalam solat). Tetapi untuk mendapat maqbul daripada Allah maka harus ditambah dengan satu perkara lagi iaitu khusyu’ dan hadir hati kita ketika menghadap Allah.

Firman Allah SWT, “Sesungguhnya telah berjaya orang beriman yang khusyu’ di dalam solatnya”.

Maka apabila kita solat sendirian penerimaan daripada Allah akan kita dapat hanya apabila kita khusyuk. Tetapi bagi mereka yang melakukannya secara berjemaah maka penerimaan oleh Allah telah dijamin olehya.

Sabda nabi Muhammad SAW, “Solat berjamaah itu afdhal daripada solat secara sendirian dengan gandaan 27 darjat”. (Hadis riwayat as-syaikhan).

Tambahan lagi bagi mereka yang bersolat jemaah dan sempat takbiratul ula dengan imam. Maka lebih besarlah ganjarannya di sisi Allah.

Sabda nabi Muhammad SAW, “Barangsiapa yang solat secara jemaah dan mendapat takbiratul ula selama 40 hari secara berturut-turut maka akan diberi dua pelepasan oleh Allah iaitu pelepasan daripada api neraka dan sifat munafiq”.

Begitulah peri pentingnya solat berjamaah di dalam hidup kita. Bahkan solat tidak hanya mengajar kita menjadi hamba di dalam solat akan tetapi falsafah daripada solat itu harus terus dibawa ke luar solat. Di dalam solat jemaah kita mempunyai imam dan makmum yang memainkan peranan masing-masing. Di dalam solat jemaah juga terdapat lelaki dan perempuan lalu Islam mengajar agar ianya diasingkan kerana dua jenis manusia yang saling bertarikan ini tidak boleh dicampuradukkan.

Imam perlulah mengikut kriteria yang ditetapkan sebagaimana yang disebut di dalam kitab-kitab feqah seperti kitab ‘Umdatus Salik Wa ‘Uddatun Nasik oleh Syeikh Ibnu Naqib al-Misri hafizahullah. Beliau menyebut 11 ciri mereka yang perlu diutamakan untuk menjadi imam dan ciri yang pertama adalah ‘afqah’ iaitu mereka yang lebih faqih dalam agama. Maka begitulah juga di luar solat kita mesti memilih pemimpin yang faham tentang Islam dan membawa dasar Islam.

Makmum pula wajib mengikut imam selagi imam tidak melakukan kesalahan. Jika imam melakukan kesalahan maka wajib ditegur dan sekiranya tiba keadaan wajib mufaraqah maka wajib mufaraqah. Begitulah juga di luar solat, kita wajib mentaati pemimpin selagi mana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah SWT, “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul (secara mutlak) dan pemimpin dalam kalangan kamu”.

Dan firmannya lagi, “Pada hari dibalikkan wajah mereka ke dalam api neraka mereka berkata kami berharap agar dapat (balik semula) untuk mentaati Allah dan rasul kami. Dan mereka berkata sesungguhnya kami dulunya telah mentaati pemimpin-pemimpin kami (yang salah) maka kami disesatkan jalan olehnya”.

Maka dua ayat ini mengajar kita supaya mentaati pemimpin akan tetapi apabila bertembung dengan perintah dan larangan Allah maka wajib kita utamakan Allah dan rasul.

Begitulah juga dengan hikmah yang Allah ajar kepada kita di dalam solat iaitu pengasingan di antara lelaki dan perempuan di dalam solat dengan pakaian yang menutup aurat. Justeru, begitulah sepatutnya yang kita amalkan di luar solat dalam erti kata tidak berikhtilat dengan golongan ajnabi seperti berdua-duaan, melembutkan suara yang boleh memberi fitnah kepada lelaki, tidak menjaga pandangan, ber‘chatting’ perkara yang tidak penting serta banyak lagi.

Firman Allah SWT, “Dihiasi seorang manusia itu dengan kasih (syahawat) kepada wanita”.

Maka dua jantina yang saling mempunyai daya tarikan ini haram untuk kita campuradukkan urusan mereka seperti pergaulan bebas diantara mereka. Oleh kerana itu digunakan tabir untuk mengasingkan diantara lelaki dan perempuan di dalam solat. Mengapa? Kerana fitnah perempuan itu besar sehinggakan wanita lebih pahalanya untuk bersembahyang di rumah.

Sabda nabi SAW, “Seorang perempuan itu apabila ia lebih tersembunyi maka dialah yang afdhal”.

Walaupun nabi tidak melarang wanita untuk ke masjid, namun yang terlebih pahalanya adalah wanita yang sembahyang di rumah.

Kesimpulan daripada contoh yang terhad yang dapat kita lihat di atas, segala perbuatan baik dan buruk bergantung kepada khusyuk atau tidak kita dalam sembahyang. Jika buruk sembahyang kita pada hari itu maka buruklah segala amalan yang kita lakukan pada hari tersebut. Justeru, marilah kita sama-sama menghidupkan suasana solat berjemaah kerana di sana ada janji Allah buat mereka yang lakukan yang terbaik untuk Allah. Kita perteguhkan lagi akhlak islamiah kita dengan memulakannya dengan solat secara berjemaah.

Sumber : ubs-pmram.blogspot.com
Baca seterusnya

Kutub Sittah : Ucapan Penghargaan Pengarah Program

Sumber : kutubsittah-pmram.blogspot.com


Ucapan Penghargaan Pengarah Program
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur dan pujian selayaknya dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat lagi mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam dinukilkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan para sahabat baginda serta mereka yang memperjuangkan agama Islam sehingga ke hari kiamat.

Pada kesempatan ini, saya selaku pengarah program Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 2 Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2010 ingin melahirkan rasa syukur kerana sambungan pembacaan hadith daripada kitab Sohih Al-Bukhari pada kali ini dapat diteruskan lagi. Pembacaan yang dimulakan dengan "Kitab Al-'Umrah" ini berjaya menarik kira-kira 1300 orang peserta bagi mendengar untaian hadis yang disampaikan oleh para masyaikh Al-Azhar.

Jutaan terima kasih kepada sahabat Badan Pengurus dan HEWI PMRAM kerana memberikan bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada barisan pelaksana program yang bertungkus-lumus mengadakan persiapan bagi memastikan ia dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, sekalung penghargaan saya tujukan kepada mereka yang turut memberikan sumbangan berbentuk wang untuk menampung perbelanjaan aktiviti. Antaranya pihak DPMT (link), agensi-agensi, dan individu, semoga Allah S.W.T. memberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah kalian kerjakan.

Akhir kata, saya berharap agar program ini akan mendatangkan seribu satu manfaat dan kebaikan kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Yusuf A Kadir,
Pengarah,
Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 2,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010
Baca seterusnya

Contoh SMS Orang Tengah Gila Cinta!


Dicopy dari : aliassafwanmuhammad.blogspot.com

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3. ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4. wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6. wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7. yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8. yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9. ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10. tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11. ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12. ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13. ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang.. ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14. tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15. yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer? 50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16. td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17. yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18. yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19. kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum.

Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua.

Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah.

Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak!

Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!

Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya.

Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu..
Baca seterusnya

03 November 2010

Dapatkan Jadual Kelas Tutorial PMRAM Di Sini

Sila klik pada link di bawah ini untuk mendownload jadual kelas tutorial yang diambil dari web rasmi PMRAM. Sila klik pada link di bawah




Jadual Ikhwah Tahun 1



Jadual Ikhwah Tahun 2


Jadual Akhawat








Baca seterusnya

PMRAM Bersyukur Dengan Kehadiran Habib Ali Al-Joofre Al-Yaman



Sumber : PMRAM.org

KAHERAH 31 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan kehadiran Al-Alim Al-Allamah Habib Ali Al-Jufri Al-Yamani ke program penutup Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri II.

Program yang dilaksanakan selama 4 hari tidak termasuk hari jumaat bermula pada 27 oktober sehingga 31 Oktober itu memberikan kepuasan kepada setiap peserta yang hadir. Tambahan pula seramai 14 orang masyaikh yang turut sama memeriahkan majlis penutup tersebut.

Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa PMRAM begitu optimis dalam melaksanakan program dan aktiviti bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Tambahnya lagi, bukti program Kutub Sittah Siri II ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila penyertaan menjangkau 1300 orang. Kehadiran peserta bagaikan lautan manusia yang berada di dalam dewan.

Katanya, Kutub Sittah Siri I diserikan dengan kehadiran Al-Alim Al-Allamah Sheikh Ali Jum'ah Mufti Negara Mesir. Manakala pada tahun ini Kutub Sittah Siri II dihadiri oleh ulamak tersohor yang hadir daripada Yaman.

Turut hadir di dalam program penutup Kutub Sittah Siri II tersebut ialah Al-Alim Allamah Sheikh Doktor Umar Abdullah Kamil, anggota World Assiciation Al-Azhar Graduates (WAAG). Program penutup tersebut berakhir pada jam 7.30 malam waktu tempatan.
Baca seterusnya

Laksanakan Dakwah Dengan Hikmah - Presiden



Sumber : PMRAM.org

KAHERAH 1 Nov - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menyatakan bahawa manhaj yang digunapakai oleh Universiti Al-Azhar merupakan manhaj yang berbentuk dakwah Islamiyah.

Beliau menegaskan perkara tersebut ketika berucap dalam Majlis Hi-Tea bersama masyaikh Al-Azhar As-Syarif yang diadakan di dewan Sally Mall, Haiyu Thamin. Majlis tersebut diadakan bagi merai mahasiswa-mahasiswi Universiti Al-Azhar As-Syarif yang baru menamatkan pengajian pada tahun ini.

Katanya lagi, sesungguhnya dakwah islamiyah merupakan seruan yang bersifat kasih sayang, rahmat, lembut serta bersifat sederhana. Dakwah islam yang disampaikan pada masyarakat mestilah menggunakan uslub yang sesuai agar Islam dapat diamalkan di setiap peringkat.

Menurutnya, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi rasul bukan sahaja sebagai rahmat bagi orang arab, orang timur ataupun orang muslimin. Bahkan kedatangan Islam melalui Rasulullah SAW adalah sebagai rahmat bagi sekalian alam.

"Kedatangan Islam adalah sebagai rahmat bagi seluruh alam. Hal ini kerana risalah dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah risalah yang berbentuk 'alamiyah' (global)". Ujar beliau ketika berucap dalam Majlis Hi-Tea tersebut.

Justeru katanya, sebagai seorang yang bergelar graduan Universiti Al-Azhar, kita akan pulang ke tanah air Malaysia tercinta untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari di Perlembahan Nil ini. Jadi sampaikanlah ilmu tersebut dengan penuh hikmah serta bersikap sederhana terhadap masyarakat umum.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Sheikh Doktor Umar Abdullah Kamil, Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani, Sheikh Jamal Farouk Ad-Daqqaq Al-Hasani dan Sheikh Usamah As-Saiyid Al-Azhari.
Baca seterusnya

Video : Hari Ketiga Ketiga Kutub Sittah II



Berita hari ketiga

KAHERAH, 30 OKTOBER - Majlis Pembacaan Kutub SIttah Siri ke-2 pada hari ini sekali lagi telah berjaya dijalankan seperti yang dirancangkan. Pada hari ketiga ini, dengan kehadiran peserta sebanyak 950 orang alhamdulillah telah dijalankan sebanyak empat sesi dan berjaya menghabiskan sebanyak 368 hadis yang telah dibacakan oleh 5 orang masyaikh.

Seawal jam 8.15pagi sesi pertama telah dimulakan dengan pembacaan hadis ke 2495 yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Dr. Redha Zakaria sehingga hadis yang ke 2572 iaitu sebanyak 78 hadis.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi yang kedua yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Rifaat Fauzi Abdul Muttalib bermula hadis yang ke 2573. Sesi kedua dilangsungkan sehingga jam 12 tengah hari dan hadis yang berjaya dihabiskan pada sesi kedua adalah sebanyak 64 hadis. Majlis berehat seketika memberi laluan kepada solat fardhu Zuhur dan makan tengah hari.

Pada jam 1 petang majlis diteruskan pula dengan sesi pembacaan yang ketiga yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud bermula dengan kitab As-Syahadat hadis yang ke 2637. Fadhilah As-Sheikh menghabiskan sebanyak 25 hadis, kemudian disambung pembacaan hadis oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari sehingga hadis yang ke 2710 dan berjaya menghabiskan sebanyak 48 hadis. Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan kepada waktu Solat Fardhu Asar.

Kemudian, majlis pembacaan hadis diteruskan semula pada jam 3.30 petang yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-'Alim Al-'Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kattani bermula pada hadis yang ke 2711 sehingga hadis yang ke 2862 iaitu sebanyak 152 hadis. Setelah selesai sesi keempat bersama dengan Al-'Alim Al-'Allamah majlis ditangguh dengan Solat Fardhu Maghrib dan pembacaan doa.

Majlis pembacaan untuk hari yang keempat insyaALLAH akan dilangsungkan pada hari Ahad bertarikh 31 Oktober 2010 seawal jam 7.00 pagi dengan sesi pendaftaran para peserta dan taklimat dari unit disiplin.
Baca seterusnya

Perbahasan Hukum Orang Yang Mati Terkena Peluru Sesat

Sumber : pmram-manhal.blogspot.com

PERSOALAN

Apakah hukum orang yang mati terkena peluru sesat Israel laknatullah,sedangkan dia tidak menyertai peperangan,adakah dianggap syahid atau tidak?

JAWAPAN :

Istilah dan pembahagian Syahid telah dijelaskan mengikut pandangan Fuqaha' sebagaimana berikut:

ISTILAH SYAHID

1) Ulama' Hanafiah: Individu yang dibunuh oleh golongan Musyrikin ataupun yang terbunuh didalam peperangan dengan mempunyai tanda-tanda yang yang jelas sama ada secara zahir atau batin seperti keluarnya darah dari mata ataupun anggota lain yang seumpamanya.

2) Ulama' Syafieah; Individu yang terbunuh dengan sebab memerangi golongan kuffar dengan niat ikhlas kerana AllahSWT secara berhadapan dan bukannya terbunuh semasa lari dari medan pertempuran.

3) Ulama' Hanafiah: Individu yang terbunuh didalam peperangan dengan golongan kuffar,lelaki atau wanita,beligh ataupun sebaliknya,samada dibunuh oleh kuffar atau dengan senjatanya sendiri ataupun terjatuh dari kenderaannya atau meninggal dunia tanpa terdapat kesan-kesan pada anggota badannya tetapi mempunyai niat yang ikhlas untuk berperang dijalan Allah SWT.

PEMBAHAGIAN SYAHID :

1) Syahid Dunia: Individu yang syahid berpandukan hukum dunia tetapi tidak mendapat pahala syuhada' di sisi Allah disebabkan terdapat unsur-unsur ketidakikhlasan dalam berjuang serta mempunyai kepentingan duniawi dalam melakukannya. Golongan ini tidak wajib disembahyangkan dan tidak dikafankan tetapi disemadikan dengan pakaian dan darah yang masih melekat pada tubuh badan mereka.

2) Syahid Dunia dan Akhirat: Individu yang berperang dalam serangan hendap dengan musuh dan terbunuh untuk menegakkan kalimah AllahSWT dengan niat yang ikhlas. Golongan ini tidak wajib disembahyangkan,tidak dikafankan dan jenazahnya disemadikan dengan pakaian dan darah yang masih melekat pada tubuh badan mereka.

3) Syahid Akhirat: Mereka yang mati kerana bencana alam,dibunuh secara zalim,mempertahankan hak,mati kerana sakit pada bahagian perut,wanita yang mati ketika melahirkan anak,mati lemas,mati ketika menuntut ilmu dan sebagainya. Jenazah mereka diuruskan seperti biasa.

Ulasan daripada; Syeikh Muhammad Al Khatib (Ulama' Al Azhar):

1) Persoalan ini hampir sama seperti yang pernah berlaku pada zaman RasulullahSAW ketika berlaku perang Uhud,ada seorang pemuda yang tidak dapat menyertai perang tersebut menyaksikan peperangan daripada jauh terkena anak panah dan mati. Kematiannya ini ditangisi oleh ibunya yang mempersoalkan kedudukan anaknya diakhirat nanti. Apabila beliau menimbulkan persoalan ini kepada Rasulullah SAW,baginda menjawab bahawa pemuda itu mati syahid.

2) Perkara pertama yang perlu dinilai ialah niat individu itu;

-Sekiranya dia melaknat Israel dan hatinya bersama mujahidin,maka dia dianggap terikat dengan perjuangan fisabillillah dan syahid sekalipun tidak menyertai peperangan.

-Sekiranya dia takut dan bersedia untuk memberi sumbangan dan kerjasama dengan pihak penjajah, maka Allah SWT sajalah yang layak menentukan kedudukannya.

KESIMPULAN

Secara umumnya Jumhur Fuqaha' tidak meletakkan hukum syahid hanya kepada orang yang dibunuh disebabkan tindakan musuh tetapi meliputii semua keadaan walaupun yang terbunuh hasil dari tindakannya memerangi musuh dengan niat yang ikhlas kepada AllahSWT.

Rujukan:

1. Hasyiah Ibnu 'Abidin - jilid 2 m.s 268
2. Qawanin Fiqhi m.s. 96
3. Al Qamus Fiqhi Lughatan Wa Istilahan m.s. 204(Abu Jib)
4. Syahid Fil Islam m.s.77 (Syeikh Hassan Kholid)
5. Ahkam Al Jana'iz Dirasah Fiqhiyah Jadid (Syeikh Muhammad Hassan)
6.Akhbar Afaq Arabiah.
Baca seterusnya

Mahasiswa Tahun Akhir Mendengar Amanat Masyaikh Al-Azhar di Majlis Hi-Tea


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 1 Nov – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) buat julung kalinya telah berjaya melaksanakan satu majlis yang amat bermakna buat graduan-graduan Al-Azhar iaitu Majlis Hi-Tea bersama masyaikh Al-Azhar.

Bertempat di Dewan Kristal, City Mall dengan penyertaan seramai 189 orang graduan Al-Azhar dari Malaysia, Brunei dan Singapura.

Majlis tersebut selamat dijalankan dengan lancar seperti mana yang dirancang. Majlis yang gilang gemilang ini telah dihadiri oleh empat orang masyaikh Al-Azhar iaitu Dr ‘Umar Abdullah Kamil, Sheikh Al-‘Alim Al-‘Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani, Dr Jamal Farouk Jibril Mahmud, dan Dr Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari.

Bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran Al-Karim yang diperdengarkan oleh Saudara Muhammad Salman bin Muhammad Ali Rejab mahasiswa Maahad Qiraat Kampus Shoubra.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengarah Program Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-II Saudara Muhammad Yusuf bin A. Kadir dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime.

Di dalam ucapan presiden beliau memberitahu objektif utama diadakan seperti itu diadakan adalah untuk graduan-graduan Al-Azhar mendengar kalam-kalam mutiara dan nasihat daripada masyaikh Al-Azhar sebelum pulang ke tanah air untuk menabur bakti dan jasa kepada masyarakat.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan kalam amanat dan juga nasihat dari Dr ‘Umar Abdullah Kamil. Beliau menitik beratkan kepada semua graduan dan semua yang hadir agar menumpukan terhadap penguasaan bahasa arab terutamanya masyarakat yang bukan bercakap dengan bahasa arab.

Beliau menyarankan supaya belajar untuk mendalami ilmu bahasa arab ini dari pelbagai cara, antara cara yang disebutkan oleh beliau ialah perbanyakkan pembacaan kitab-kitab arab, surat-surat kabar, laman-laman web di ruang internet.

Beliau juga menyarankan untuk menguasai kemahiran mendengar, ini adalah kerana ia merupakan salah satu cara untuk mendapat ilmu.

Kemudian majlis telah diteruskan dengan ucapan masyaikh yang hadir. Bermula dengan ucapan oleh Dr Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari, kemudian disusuli dengan ucapan oleh Dr Jamal Farouk Jibril Mahmud.

Nasihat dan amanat dari masyaikh berakhir dengan ucapan oleh Sheikh Al-‘Alim Al-‘Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani.

Majlis yang dinanti-nantikan oleh semua graduan iaitu sesi penyampaian sijil dan cenderahati kepada graduan-graduan yang menyertai majlis pada malam itu.

Dimulai dengan penyampaian kepada mahasiswa-mahasiswa kemudian disusuli dengan mahasiswi-mahasiswi dan akhir sekali penyampaian kepada mahasiswa dan mahasiswi cemerlang.

Mahasiswa yang menerima anugerah mahasiswa cemerlang ialah Saudara Abdul Hadi bin Abdul Rahman dari Negeri Perak, manakala mahasiswi pula disandang oleh Saudari Rabiatul Hazirah binti Ramli Mahasiswa dari Negeri Kedah.

Kemudian majlis menjemput sekali lagi Sheikh Al-‘Alim Al-‘Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani untuk membacakan doa.

Sebelum menamatkan majlis para hadirin dihidangkan dengan jamuan makan malam sambil dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid PMRAM iaitu Kumpulan Al-Wadi.
Baca seterusnya

Konvensyen PMRAM : Pencetus Kekuatan "Kita PMRAM"


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 2 Okt - Konvensyen PMRAM yang menghimpunkan seluruh kekuatan PMRAM dari seluruh cawangan samada Kaherah mahupun muhafazah akan berlangsung esok.

Program yang bakal berlangsung esok di Dewan Solah Abdullah Kamil tersebut bakal menyaksikan seramai 278 pimpinan akan turut sertai membincangan beberapa agenda yang telah ditetapkan dalam persidangan Konvensyen PMRAM yang julung kali diadakan.

Dijadualkan pada awal, jumlah kehadiran adalah seramai 310 pimpinan, namun tidak semua yang dapat menghadirkan diri ekoran masih bercuti di Malaysia. Jumlah terakhir yang didaftarkan adalah seramai 278 pimpinan.

"Konvensyen PMRAM ini merupakan agenda yang terpenting bagi PMRAM. Ia merupakan persidangan yang sangat penting dalam kita membina kekuatan dan mengukuhkan kesatuan bersama. Saya kira hasil titik tolak daripada Konvensyen PMRAM ini akan mencetuskan kekuatan "Kita PMRAM" mengikut acuan yang sebenar," ujar Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, Pengarah Konvensyen PMRAM 2010.

Konvensyen PMRAM 2010 tersebut akan berlangsung seawal jam 7.45 pagi dengan pendaftaran para pimpinan di Dewan Solah Abdullah Kamil.
Baca seterusnya

Habib Ali Al-Joofrey Menyempurnakan Majlis Penutup Kutub Sittah Siri II


Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 31 Okt – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjaya dengan gemilangnya menyempurnakan Majlis Penutupan Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-2.

Majlis yang dimulakan setelah selesai menunaikan Solat Fardhu Asar telah dihadiri oleh beberapa orang masyaikh ynag ternama.

Antara yang turut serta di dalam majlis tersebut ialah Habib ‘Ali Al-Jufri (Ulama’ dari Yaman), Dr ‘Umar Abdullah Kamil (Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Hubungan Lepasam-lepasan Al-Azhar), Sheikh Solah Nasshor (Imam Masjid Al-Azhar), Sheikh Al’Alim Al-‘Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kattani, Dr Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari, Dr Thaha Al-Hibishi Al-Hasani, Dr Muhyiddin ‘Afifi, Dr Redha Zakaria, Dr Sa’ad Sa’ad Jawish Al-Husaini, Dr Ahmad Syahatah, Dr Jamal Farouk Jibril Mahmud, Dr Ahmad Ma’bad Abdul Karim, dan Dr Zakaria Hafizohumullahu Ta’ala ‘Anhum.

Majlis penutup ini telah dimulakan pada jam 4.30 petang dengan ucapan aluan oleh Dr Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang dikendalikan oleh Dr Jamal Farouk Jibril Mahmud.

Setelah selesai ucapan beliau majlis ditangguh buat sementara waktu dengan alunan burdah yang dipersembahkan oleh kumpulan Mahasiswa Al-Azhar Mesir dan member laluan kepada Solat Fardhu Maghrib.

Setelah selesai solat fardhu Maghrib, majlis diteruskan semula ucapan-ucapan oleh para masyaikh yang hadir dan dipengerusikan pula oleh Dr Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari. Ucapan yang pertama dimulakan dengan ucapan oleh Dr ‘Umar Abdullah Kamil.

Kemudian dituruti dengan ucapan oleh Fadhilah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani dan ucapan oleh Dr Sa’ad Sa’ad Jawish dan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Dr Sa’ad Sa’ad Jawish.

Seterusnya majlis meneruskan dengan ucapan yang ditunggu-tunggu oleh semua hadirin iaitu ucapan nasihat dan semangat oleh Habib ‘Ali Al-Jufri.

Antara yang disentuh Habib di dalam ucapannya ialah adab-adab sebagai penuntut ilmu, kepentingan bertalaqqi dengan para masyaikh, dan kepentingan beramal dengan sunnah-sunnah Rasulillah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.

Setelah selesai ucapan dari Habib ‘Ali, tibalah masa penyerahan sijil penyertaan kepada wakil-wakil Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa yang disempurnakan oleh masyaikh yang hadir.

Kemudian diteruskan pula dengan penyampaian kepada para masyaikh yang hadir ke majlis tang telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM 2010 Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime.

Akhir sekali, telah dijemput Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani untuk menyempurnakan majlis dengan bacaan doa oleh beliau. Majlis telah ditangguh pada jam 9.30 malam.
Baca seterusnya

02 November 2010

Gambar Habib Ali Jufri Di Majlis Penutup Kutub Sittah II











Baca seterusnya

01 November 2010

PMRAM Serius Laksana Agenda Akademik Mahasiswa

Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 31 Okt – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sentiasa memandang serius terhadap perkara yang berkaitan pendidikan dan akademik mahasiswa.

Bermula daripada persediaan yang dilakukan untuk mahasiswa dan mahasiswi baru menghadapi Imtihan Qabul yang lepas sehinggalah yang terbaru ini iaitu perlaksanaan kelas tutorial berpusat melalui Badan dan Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa yang akan bermula secara rasminya pada 4 November ini.

Kelas tutorial pada tahun ini akan diletakkan sepenuhnya di bawah PMRAM. Ini bererti setiap Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang telah mengadakan kelas tutorial akan diserapkan terus sebagai kelas tutorial di peringkat PMRAM Pusat.

“Usaha ini dilakukan semata-mata untuk melihat keterlibatan PMRAM Cawangan BKAN secara bersama dalam memacu kecemerlangan akademik sesuai dengan subtopik ucapan dasar Presiden PMRAM 2010 ‘Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama’ “, Ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM.

“Selain itu juga tindakan ini dilakukan demi memastikan pencapaian akademik di setiap BKAN berada dalam keadaan yang seimbang supaya tidak ada BKAN yang terlalu jauh ketinggalan di belakang dari sudut pencapaian prestasi akademik”, tambah beliau lagi.

Bukan itu saja kelas tutorial berpusat ini juga bertujuan untuk merapatkan ikatan ukhuwwah antara mahasiswa-mahsiswa baru sebagai kesinambungan ukhuwah yang telah terjalin dalam program Kembara Jejak Realiti (KEJORA ’10) yang lalu.

Justeru, PMRAM mengharapkan semua mahasiswa dan mahasiswi dapat memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap perjalanan kelas tutorial berpusat pada kali ini agar impian untuk mengejar kejayaan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Baca seterusnya

Berita Rasmi : 1417 Rangkaian Hadis Berjaya Dihabiskan Pada Majlis Kutub Sittah Siri II

Sumber : PMRAM.org

KAHERAH, 31 Okt - Majlis pembacaan kutub Sittah siri ke-2 pada hari keempat ini berjaya dilaksanakan seperti yang direncanakan. Kehadiran peserta pada hari ini, mencecah ke angka 1100 orang peserta.

Seawal jam 8.30 pagi telah bermula pembacaan hadis untuk sesi pertama bermula dengan hadis yang ke 2863 sambungan dari kitab jihad wal siyar yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Jamal Farouk Jibril Mahmud sehingga hadis yang ke 2942 iaitu sebanyak 79 hadis. Sesi pertama ini berlangsung selama 1jam 30 minit diselangi alunan burdah oleh para peserta.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua yang dibacakan oleh Fadhilah As-Sheikh Al-‘Alim Al- ‘Alamah Muhammad Ibrahim Al-Baith Al-Kattani bermula dengan hadis yang ke 2942 sehingga hadis yang ke 3086. Sesi kedua ini berjaya menghabiskan bacaan sebanyak 144 hadis. Majlis kemudiannya berhenti seketika untuk memberi laluan kepada solat zohor dan makan tengahari.

Pada jam 1 petang majlis diteruskan lagi dengan bacaan hadis yang ke 3087 yang dibaca oleh Fadhilah As-Sheikh Al-‘Alim Al- ‘Alamah Muhammad Ibrahim Al-Baith Al-Khattani sehingga hadis yang ke 3189. Pembacaan hadis pada sesi ketiga ini berakhir dengan kitab (Al-jizyah wal muwadaah)dan berjaya menghabiskan bacaan sebanyak 102 hadis. Dimaklumkan pada siri kedua ini hadis yang berjaya dibacakan oleh para masyaikh adalah sebanyak 1417 rangkaian hadis keseluruhannya.

Majlis pembacaan hadis untuk siri kedua ini ditamatkan pada jam 2.45 petang iaitu apabila masuknya waktu Solat Fardhu ‘Asar.
Baca seterusnya

Berita Rasmi Majlis Penutup Kutub Sittah II

Sumber : kutubsittah-pmram.blogspot.com

KAHERAH, 31 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjaya dengan gemilangnya menyempurnakan Majlis Penutupan Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri Ke-2.

Majlis yang dimulakan setelah selesai menunaikan Solat Fardhu Asar telah dihadiri oleh beberapa orang masyaikh yang ternama. Antara yang turut serta di dalam majlis tersebut ialah Fadhilah As-Sheikh Habib ‘Ali Al-Jufri (Ulama’ dari Yaman), Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur ‘Umar Abdullah Kamil (Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Hubungan Lepasan-lepasan Al-Azhar), Fadhilah As-Sheikh Solah Nasshor (Imam Masjid Al-Azhar), Fadhilah As-Sheikh Al’Alim Al-‘Allamah Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kattani, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Thaha Al-Hibishi Al-Hasani, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Muhyiddin ‘Afifi, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Redha Zakaria, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Sa’ad Sa’ad Jawish Al-Husaini, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Ahmad Syahatah, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Jamal Farouk Jibril Mahmud, Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Ahmad Ma’bad Abdul Karim, dan Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Zakaria Hafizohumullahu Ta’ala ‘Anhum.

Majlis penutup ini telah dimulakan pada jam 4.30 petang dengan ucapan aluan oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari yang dikendalikan oleh Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur Jamal Farouk Jibril Mahmud. Setelah selesai ucapan beliau majlis ditangguh buat sementara waktu dengan alunan burdah yang dipersembahkan oleh kumpulan Mahasiswa Al-Azhar Mesir dan member laluan kepada Solat Fardhu Maghrib.

Setelah selesai Solat Fardhu Maghrib, majlis diteruskan semula ucapan-ucapan oleh para masyaikh yang hadir dan dipengerusikan pula oleh Fadhilah As-Sheikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari. Ucapan yang pertama dimulakan dengan ucapan oleh Fadhilah As-Sheikh Ad-Duktur ‘Umar Abdullah Kamil. Kemudian dituruti dengan ucapan oleh Fadhilah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani dan ucapan oleh Fadhilah As-Sheikh Sa’ad Sa’ad Jawish dan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Fadhilah As-Sheikh Sa’ad Sa’ad Jawish.

Seterusnya majlis meneruskan dengan ucapan yang ditunggu-tunggu oleh semua hadirin iaitu ucapan nasihat dan taujihat oleh Fadhilah As-Sheikh Habib ‘Ali Al-Jufri. Antara yang disentuh Habib di dalam ucapannya ialah adab-adab sebagai penuntut ilmu, kepentingan bertalaqqi dengan para masyaikh, dan kepentingan beramal dengan sunnah-sunnah Rasulillah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.

Setelah selesai ucapan dari Fadhilah As-Sheikh Habib ‘Ali, tibalah masa penyerahan sijil penyertaan kepada wakil-wakil Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa yang disempurnakan oleh masyaikh yang hadir. Kemudian dietruskan pula dengan penyampaian kepada para masyaikh yang hadir ke majlis tang telah disempurnakan oleh Presiden PMRAM 2010 Fadhilah Al-Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime.

Akhir sekali, majlis menjemput Fadhilah As-Sheikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba’ith Al-Kittani untuk menyempurnakan majlis dengan bacaan doa oleh beliau. Majlis telah ditangguh pada jam 9.30 malam.
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal