30 November 2009

Hari Raya Korban Bersama Medic Mesir

Pada 25 November saya telah dijemput oleh Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI) untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk "Falsafah Korban Manifestasi Kehambaan". Pada keesokan harinya, saya dijemput pula oleh Perubatan Pusat untuk menyampaikan ceramah yang hampir sama, iaitu "Korban Augmentasi Keimanan".Sebelum itu, pada 24 November, saya telah dijemput untuk mendiskusikan Bahagian Kedua, Kitab Apakah Ertinya Saya Memeluk Islam, oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Syoubra. Alhamdulillah, ketiga-tiga...
Baca seterusnya

28 November 2009

Allah Bertutur Dalam Bahasa Apa?

Masih lagi timbul persoalan tentang Allah SWT. Adakah Allah SWT bertutur dengan menggunakan huruf? Atau mempunyai susunan perkataan sehingga membentuk ayat? Sekiranya “ya”, bagaimanakah pula boleh terjadi sedemikian sedangkan huruf itu makhluk, sedangkan Allah itu adalah Tuhan (bukan makhluk).Bagaimanakah Tuhan yang bersifat qadim, boleh bertutur dengan susunan huruf yang bersifat hadis (dicipta)? Bukankah kalam Allah (al Quran) itu qadim? Ada pula yang bertanya, adakah Allah bertutur dalam bahasa...
Baca seterusnya

27 November 2009

Nabi-nabi Hanya Disuruh Menyampaikan, Bukan Merebut Kuasa? Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan

Terkilan apabila mendengar pandangan manusia-manusia yang jahil. Mereka berhujah dengan mengatakan bahawa Allah tidak pernah menyuruh kita merebut kuasa, sebaliknya mengislah atau memperbaiki kerosakan yang ada. Si jahil ini menambah lagi, contohnya kita lihat Nabi Musa AS. Di dalam al Quran menceritakan bahawa Allah memerintahkan kepada supaya menyampaikan Islam kepada pemerintah. Bukannya memerintahkan supaya Nabi Musa menjatuhkan Firaun, atau berebut kuasa dengan Firaun. Bahkan nabi-nabi terdahulu...
Baca seterusnya

26 November 2009

Lagi Orang Bertanya, “Kenapa Allah Tidak Cipta Semua Orang Beriman?”

Perkara yang perlu difahami dalam persoalan ini ialah, Allah mampu untuk mencipta semua orang beriman, dan Allah juga mampu untuk menjadikan semua orang ini kafir. Contohnya malaikat, kesemuanya dicipta dalam keadaan sentiasa taat kepada Allah SWT.Mari kita bezakan di antara perbuatan yang terpaksa, dan perbuatan yang dilakukan dengan kehendak sendiri. Manusia diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melakukan perbuatan dengan kehendak sendiri, kecuali beberapa perkara. Contohnya degupan jantung yang...
Baca seterusnya

25 November 2009

Penghuni Syurga Kekal Selamanya, Adakah Mereka “Baqa”?

Baqa adalah sifat bagi Allah SWT. Setiap yang qadim itu baqa. Baqa ialah tiada kesudahan bagi kewujudannya. Tiada makhluk yang baqa atau tiada kesudahan bagi kewujudannya. Persoalan timbul apabila ada seseorang bertanya (berdasarkan artikel yang lepas), penghuni syurga kekal di dalam syurga, adakah mereka dianggap baqa?Jawapannya “tidak”. Ini kerana terdapat perbezaan di antara “kekal” dan “tiada kesudahan bagi kewujudan”. Orang bertanya lagi, mereka yang duduk dalam syurga sampai bila? Sampai selama-lamanya...
Baca seterusnya

24 November 2009

Jawapan Kepada Persoalan “Allah Menentukan Dosa Seseorang, Kemudian Mengazabnya?”

Perkara pertama yang perlu difahami berkenaan persoalan ini ialah, pahala diberikan oleh Allah SWT kerana ihsannya, bukan kerana terpaksa, mahupun kemestian bagiNya. Manakala dosa pula dibalas dengan hukuman yang setimpal kerana keadilanNya, bukan satu kemestian, ataupun keterpaksaan bagiNya.Kesudahan setiap manusia samada baik dan buruk, sudah ditentukan oleh Allah SWT. Lalu ada yang bertanya, “Adakah Allah tidak adil? Dia yang menentukan kesudahan yang buruk, kemudian mengazab pula?”. Kita perlu...
Baca seterusnya

23 November 2009

23 November - Ulang "bulan" Perkahwinanku

23 Oktober lalu, saya telah berakad berkahwin dengan seorang hamba Allah yang bernama Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan. Alhamdulillah, hari ini sudah genap sebulan perkahwinan kami. Rupa-rupanya sudah sebulan diri ini bergelar suami.Tetapi yang peliknya, masih lagi ada yang memanggil saya dengan istilah "pengantin baru".. Eh, tak peliklah.. Biasa la tu.. Selain itu, saya juga telah diberikan amanah memegang jawatan sebagai Pengerusi Unit Bait Muslim dan Hisbah, Keluarga Pelajar-pelajar Islam...
Baca seterusnya

22 November 2009

Rumusan Daripada Kitab Jauharah Tauhid

1. Iman ialah berikrar dengan lidah dan membenarkannya dengan hati. Iman yang sempurna ialah berikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melaksanakan tuntutannya dengan anggota tubuh.2. Allah SWT adalah Tuhan yang wujud, dan mempunyai 99 nama.3. Allah SWT mempunyai banyak sifat, dan kesemuanya boleh dirangkumkan di bawah empat perkataan, iaitu : Sifat Kebesaran (al Jalal), Sifat Kesempurnaan (al Kamal) dan Sifat Keindahan (al Kamal).4. Sifat yang wajib diketahui bagi seorang yang beriman,...
Baca seterusnya

21 November 2009

Islam Itu Hanya 5 Perkara Ini Sahaja? Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan

Di dalam hadis yang kedua daripada Hadis 40 Imam Nawawi dan Hadis no 8 dalam Kitab al Iman, menyatakan bahawa : Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, kamu dirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di Bulan Ramadhan dan mengerjakan hajiSelain itu, di dalam hadis yang ketiga daripada Hadis 40 Imam Nawawi, dan juga Hadis Hadis no 16 dalam Kitab al Iman juga..Islam dibina di atas lima perkara, penyaksian bahawa tiada...
Baca seterusnya

20 November 2009

Berdebat Seperti Orang Bodoh

Setelah membaca semak samun kat dalam shoutbox saya, dengan mudahnya saya menjawab “Hujah Orang Bodoh Jangan Dilayan...” Siapa rasa dirinya sedemikian? Fikirlah sendiri.. Buang masa, buang karan, dan buang angin (sebab geram..)Saya menyesal kerana mengambil masa yang lama untuk membaca kesemua ayat-ayat dalam shoutbox tu. Kita bukan kenal siapa yang berkata.. Pengajiannya setara mana? Saya kenal shah.. Kawan saya. Terima kasih kerana bagi sedikit hint kepada anak didik Asri. Tapi yang enta duk...
Baca seterusnya

19 November 2009

Santai Seketika Rehatkan Minda Dengan Sesuatu Yang Lucu

Kadangkala, bila tension, sekali-sekala nak juga rehatkan minda. Di sini ada beberapa artikel yang terlintas di otak saya, untuk disampaikan di sini.1. Eksiden Boleh Pulihkan Rabun?Seorang hamba Allah, mengalami penyakit rabun sejak berumur 11 tahun. Lalu beliau terpaksa memakai cermin mata sehingga umurnya mencecah 21 tahun. Ketika umur 21 tahun, beliau mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan telinga sebelah kanannya terputus. Semenjak hari itu, beliau tidak lagi memakai cermin mata.Seorang...
Baca seterusnya

18 November 2009

Kitab Turath Bukannya Ilmu, Tetapi Ia Adalah “Hasil Daripada Ilmu” – Dr Amru al Wirdani

15 November, setelah selesai berlansungnya Dialong Antarabangsa, PPMI (Indonesia) telah menjemput Dr Amru al Wirdani, Pensyarah Darul Ifta untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk “Ke Arah Pembentukan Intelektual Muslim”..Antara petikan kalam beliau“Kitab Turath bukannya ilmu, tetapi ia adalah hasil daripada ilmu yang ada pada penulis. Lalu penulis kitab tersebut menulis berdasarkan ilmu yang ada padanya. Kita mengaji kitab turath adalah untuk memahami akal (pemikiran) penulis kitab tersebut.....
Baca seterusnya

17 November 2009

Mewakili PMRAM Ke Dialog Antarabangsa Yang Menggabungkan 16 Buah Negara

15 November saya telah diminta untuk mewakili PMRAM menjadi pembahas di dalam Dialog Antarabangsa yang menggabungkan 16 Buah Negara di seluruh dunia. Program yang diadakan di Solah Kamil itu bermula pada jam 10.30 pagi. Saya bersama isteri tersayang sampai ke dewan tersebut, bersama dengan wakil Badan Pengurus PMRAM, Us Azlan, dan pemerhati, Us Muhammad Zulfadli bin Zainal.Slot dimulakan dengan pembentangan 4 wakil setiap benua, dan diteruskan dengan sesi pembahasan. Bagi pembentangan, benua asia...
Baca seterusnya

16 November 2009

Memahami Konsep Syahadah Dan Tuntutannya - Pembentangan Saya Di Mansurah

14 November lalu, saya telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk Konsep Syahadah dan Tuntutannya, di Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah. Program Kolokium Ilmuan ini telah diketuai oleh Dr Izzat sebagai pengarah program, dan adhoc-adhoc yang kebanyakannya terdiri dari kalangan “orang kahwin”.. Tahniah saya ucapkan.Justeru, di dalam artikel kali ini, saya akan menyiarkan ringkasan yang berguna, yang telah dipersembahkan ketika pembentangan di Mansurah tersebut. Ia adalah ringkasan...
Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal