15 November 2009

Markas isma Diserbu Polis?

Baru semalam, berita yang sampai ke telinga ini.. “Markas isma diserbu polis..” markas mereka yang terletak di Haiyu Asyir di Bawabah Thaniah diserbu polis kerana mereka menjemput adik kepada Musrsyidul Am Ikhwanul Muslimin menyampaikan pengisian di situ..

Betulkah berita ini? Jom kita pakat-pakat tanya adik-adik isma kita..

Wahai isma, perjuangan korang untuk mentarbiyah anak-anak isma ke arah memahami gerakan Islam itu tak salah. Tetapi, yang salahnya apabila isma bertindak sebagai “jemaah kedua”, yang tidak langsung bersama jemaah yang pertama iaitu PMRAM. Penubuhan jemaah yang kedua ini akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan kita.

isma : Perjuangan Yang Mengarut

Kalau nak buat jemaah lain yang menumpukan bahagian tarbiah, silakan.. tapi hendaklah menjadi cabang bagi jemaah yang pertama iaitu PMRAM. Yang silapnya, isma menentang PMRAM. Culik anak-anak PMRAM lalu ditarbiah di tempat lain supaya membenci PMRAM. Ni perjuangan apa? Perjuangan membenci PMRAM? Apa dosa PMRAM? Adakah PMRAM buat konsert maksiat? Adakah PMRAM cemarkan nama baik Islam?

isma mengajak supaya kita berpecah.. Entah dari mana manhaj mereka ini? Apa salahnya kalau isma itu menjadi cabang daripada PMRAM yang ditubuhkan pada 1930 lagi? Bukankah kalau kita bergabung, kita lebih selesa hari ini untuk menegakkan Islam? Hakikatnya, saya tidak menjemput isma untuk bergabung dengan PMRAM, tetapi, hapuskan isma itu, dan semua ahli-ahlinya diajak untuk bersama di bawah satu jemaah.

Mendoktrin Adik-adik Supaya Berpecah

Bertambah sedih apabila mereka (isma) dok tarik adik-adik yang baik-baik, sopan santun dan lain-lain. Sedangkan abang-abang lama tak pernah diajak untuk bersama mereka. Geng-geng yang “bermasalah”, tidak pernah dihiraukan mereka. Semua yang bermasalah ini ditmbunkan pada PMRAM, lalu dakwa PMRAM tidak pandai tarbiah ahli-ahlinya..

Itulah sebabnya sebelum ini saya membuat ulasan yang bertajuk “Di Manakah Usaha isma Mencegah Maksiat?”. Yang mereka tahu, culik adik-adik yang baik-baik, simpan di tempat tertentu, kemudian tanamkan fikrah bencikan PMRAM. Setelah selesai doktrin tersebut, mereka bebaskan adik-adik ini untuk menyebarkan fikrah perpecahan tersebut.

Fakta Yang Tidak Menyebelahi isma

Cuba ingat-ingat balik, sampai hari ini, tiada seorang pun orang PMRAM yang join isma, melainkan mereka yang sudah didoktrin sejak di Malaysia lagi untuk membenci PMRAM. ahli isma hari ini, semuanya dianggotai oleh mereka yang sudah didoktrin di Malaysia lagi untuk membenci PMRAM. Tiada seorang pun yang sudah ditarbiah oleh PMRAM, bertukar angin untuk bersama isma.. Kalau ada, sila tampilkan.

Ada juga yang didoktrin di Malaysia, kemudian berolok-olok menyokong PMRAM dalam tempoh sebulan dua, kemudian kembali dengan pemikiran asalnya. Berlakon sebagai ahli PMRAM. Ikut program USMB PMRAM, kemudian ketika tauzik (agihan), pandai-pandai tauzik sendiri.. Lalu orang-orang ini mula mengkomplen bahawa tarbiah PMRAM tak sesuai, koman, ceroi dan sebagainya.

Ataupun, ada juga yang mak bapaknya isma, kemudian olok-olok masuk PMRAM, kemudian keluar beserta komplen-komplen yang memfitnah. Tujuannya untuk memecahbelahkan PMRAM. Entah kenapa itulah manhaj yang mereka pakai.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal