14 November 2009

Di Mana Perjuangan isma Mencegah Maksiat?

Berita dari web PMRAM :

Kaherah, 9 November - Pihak Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan dan Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009, meneruskan Road Show Dana Syaqah dan Hisbah atas kerjasama Unit Kebajikan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) di Asrama Terengganu, Hayyu 'Asyir kelmarin. Road show yang diadakan ini, merupakan kesinambungan yang telah dijalankan pada 25 Oktober 2009 di Shoubra.

Road show tersebut merupakan inisiatif yang digabung jalin atas usaha serta idea daripada Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan dan Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM bagi membangkitkan beberapa perkara yang sangat penting untuk diketahui.

Berkenaan dengan Road Show Dana Syaqah, ia merupakan siri penjelajahan bagi memastikan penerangan bagi Misi Syaqah PMRAM dengan lebih jelas dan meluas. Ini disebabkan oleh masa yang berbaki bagi menjayakan misi tersebut kurang daripada 2 bulan.

Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009 berkata, "Bagi kita, road show yang bakal diadakan di Kaherah dan setiap muhafazah ini, merupakan agenda yang besar dan ia memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu dalam memainkan suasana berkenaan Misi Syaqah PMRAM."

Begitu juga dengan Road Show Hisbah yang dijalankan bersama, ia merupakan penerangan isu yang berlaku secara rasmi daripada Unit Hisbah PMRAM dalam menangani isu-isu permasalahan akhlak serta sosial yang berlaku di kalangan ahli PMRAM khususnya dan seluruh mahasiswa yang menuntut di Mesir amnya. justeru, ia diadakan selepas pelbagai kes yang melibatkan salah laku hisbah meningkat saban tahun.

"Kita mengharapkan siri-siri penjelajahan bagi penerangan isu hisbah ini berjaya dan mencapai matlamat yang kita sasarkan sekaligus ia dapat mengurangkan kes salah laku akhlak serta sosial yang berlaku. Harapan untuk semua, kita mengharapkan gembelengan semua pihak tidak kira dari jurusan Pengajian Islam mahupun Perubatan, agar dapat memainkan peranan sabagai pemberi maklumat serta "mata-mata" Hisbah dalam menggerakkan kerja-kerja amar makruf dan nahi munkar ini," ulas Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2009, Saudara Mohd Azrul bin Ismail.

Ulasan Ringkas

Persoalan yang mudah dan kacang, untuk saudara seIslam yang berada di bawah fikrah isma.. Dimanakah usaha isma untuk mencegah maksiat?

Semasa saya memegang jawatan sebagai Yang Dipertua, beberapa masalah yang dihadapi di dalam PMRAM atau BKAN sendiri ialah "hisbah". Antara yang menimbulkan masalah ialah isma sendiri.

Sudah puas mendengar kes akhawat isma yang keluar malam tanpa musyrif. Apabila ditanya, "mana musyrif?".. akhawat tu dengan selamba menjawab.. "ana bukan PMRAM.." Hebat juga cara dia menjawab..

Mungkin kita boleh katakan bahawa dia ini nadi umno, isma atau abim dan sebagainya. Tapi yang peliknya.. adakah mereka tidak tahu bahawa keselamatan mereka tidak terjamin walaupun abang-abang isma semuanya hero-hero belaka? Tak padan dengan akhawat.. selamba je..

Persoalan yang sama saya lontarkan.. "Di manakah usaha isma untuk mencegah maksiat?" Adakah jemaah isma ini hanya ditubuhkan untuk mentarbiah semata-mata? Kalau sembang bab usrah.. kencang.. kalau tanya bab mencegah maksiat? Kalau tanya bab berbilang jemaah (ta'addud jemaah)? Kalau tanya tentang perpecahan?...

Wahai isma.. kamu dakwa sudah ditarbiah, tetapi kenapa perpecahan inilah yang ditarbiahkan kepada kamu?

1 comments:

Us. Hj. Azzahar bin Abdul Aziz on March 9, 2013 at 8:30 AM said...

Keluar tanpa musyrif- Itu saje maksiat yang diperjuangkan pencegahannya? Tak berbaloi dgn tajuk!!

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal