01 November 2009

Salahkah Ustaz Sekiranya Diri Sendiri Yang Sengaja Buat Dosa?


Saya pernah berkawan dengan seorang hamba Allah yang payah ke tikar sejadah, main perempuan, rempit dan sebagainya.. Dia lupa dirinya itu adalah HAMBA bagi Allah. Satu hari, dia pernah slow talk dengan saya..

“Muja.. aku ni bukan apa.. aku pelik tengok ustaz-ustaz macam hang.. Kenapa mereka biarkan kita buat maksiat? Mereka tak pernah nak cuba memahami diri aku ni.. Ustaz-ustaz tu ingat depa hanya kene duk masjid, dan layan orang yang baik-baik saje.. Orang macam aku ni.. siapalah yang nak layan..”

Pernah juga telinga ini mendengar rungutan seorang bohsia..

“Saya bukannya tanak kembali kepada kebenaran,.. pernah juga terfikir.. sampai bila saya nak buat jahat... Tapi masalahnya.. ustaz dan ustazah kita ni.. tak pernah pun nak mengajak kita kepada kebenaran tu.. Mereka tak cuba menyelami dunia kita pun...”

Selain itu, banyak lagi buah-buah yang duk hentam golongan ustaz ini.. Wahai hamba-hamba Allah.. pernahkah kamu memahami hati-hati ustaz? Kami siang dan malam sebarkan dakwah.. tetapi hangpa kuliah kat masjid pun tak pergi.. Kata nak hidayah.

Kalau nakkan hidayah.. kena berusaha. Jangan salahkan orang lain sekiranya diri sendiri yang tidak mahu menerima kebenaran. Saya sebagai seorang ustaz.. sudah lali dengan cacian dan makian geng-geng yang tidak sepatutnya. Adakah kami juga masih dipersalahkan? Kami memberi kuliah di masjid, menghidupkan suasana Islam dalam kampung, kamu sudah mendekati golongan-golongan bermasalah.. tetapi kami juga yang dipersalahkan, sedangkan kamu sedikit habuk pun tidak mahu berusaha mengubah diri sendiri.

Manusia yang lupa Tuhan bukan seorang.. bahkan berjuta-juta. Berapa keratkah ustaz hari ini untuk dibandingkan dengan mereka yang lupa Tuhan? Masih salahkan ustaz-ustaz yang 24 jam bersengkang mata menyebarkan dakwah?

Mereka berkata dakwah tidak disampaikan kepada mereka.. Jangan mengarut..

Kalau nakkan Islam, berusahalah.. Kalau asyik duk bertenggek buat maksiat.. jangan haraplah hidayah itu sampai. Asyik bertanya kepada diri sendiri.. “bila lah aku nak berubah..” Tapi diri sendiri masih lagi bertenggek dengan maksiat yang dilakukan hari-hari.. Masih salahkan orang lain sekiranya diri sendiri yang buat dosa.

Bukan semua orang ustaz.. Kalau nak tahu betapa peritnya sebagai seorang “ustaz”, maka jadilah ustaz dulu.. nak jadi kaki pukul, kaki botol dan bermacam-macam kaki lagi.. bukan susah.. Nak jadi ustaz lebih susah. Maka, jangan salahkan ustaz atau salahkan orang lain kalau tangan sendiri yang buat maksiat.

Kenapa tunding jari kepada ustaz kalau dosa itu milik sendiri? Kalau ustaz itu yang tidak sebarkan Islam, itu dosa dia.. Tapi, kita ini? Berubahlah mulai sekarang..

Hari ini, kalau nak kenal Islam, cukup mudah.. Banyak saluran disediakan. Tetapi inginkah kita mencari kebenaran? Atau kita hanya menunggu kebenaran itu sampai? Jangan haraplah. Bahkan neraka yang menunggu mereka. Kalau betul seseorang yang bergelar ustaz, hanya duk diam sahaja.. tidak menyebarkan ilmu dan sebagainya, maka dia itu bukanlah ustaz.. dia tu orang berilmu tapi tak mengamalkan ilmunya.. Ustaz bukan macam ini.

Nak kenal perangai ahli neraka? Mereka menyalahkan orang lain kerana menyesatkan mereka sedangkan mereka sendiri sengaja membuat dosa...

Firman Allah SWT, maksudnya :
Allah berfirman : “Masuklah kamu ke dalam api neraka bersama golongan jin dan manusia yang telah lebih dahulu dari kamu. Setiap kali suatu umat masuk, dia melaknat saudaranya, sehinggalah apabila mereka telah masuk semuanya, berkatalah orang yang masuk lewat kepada orang yang masuk terlebih dahulu.. “Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami. Datangkanlah siksaan api neraka yang berlipat ganda kepada mereka”.. Allah berfirman : “Masing-masing mendapat siksaan yang berlipat ganda, tapi kamu tidak mengetahui. Dan orang yang masuk awal berkata pula kepada mereka yang masuk lewat, “Kamu tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun melebihi kami.. Maka rasakanlah azab itu kerana perbuatan yang kamu lakukan.. (Surah al A’raf : 38-39)

Masih nak menyalahkan orang lain dengan dosa yang dilakukan dengan tangan sendiri, dengan sengaja? Pelacur sudah pasti tahu bahawa melacur itu berdosa.. Tetapi masih lagi liat untuk meninggalkan amalan syaitan itu.. Kaki botol juga tahu bahawa arak itu haram.. tetapi masih lagi ketagih untuk meneguknya.. Kaki judi pun tahu bahawa judi itu mainan syaitan, tetapi masih lagi kempunan untuk terus melakukannya... Salah siapa? Masih lagi salahkan ustaz kerana tak sampaikan dakwah kepada mereka?

Paling memilukan apabila terdengar luahan rasa hati sang pelacur.. Apabila ditanya.. kenapa saudari melakukan perbuatan terkutuk ini?.. Lalu dia menjawab.. Saya ada keinginan untuk berubah.. Tetapi tiada siapa yang sudi untuk membawa saya ke arah kebenaran..

Sedih betul dengan jawapan ini.. kalau nak berubah.. mulakan dari diri sendiri.. Tinggalkan amalan syaitan itu! Kalau masih lagi duk bersarang di situ, sampai bila tak berubah.. Masih salahkan dakwah tak sampai? Takkan nak tunggu orang lain tarik tangan anda keluar dari sarang itu? Nak tunggu sampai bila? Mulakanlah dari sekarang..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum itu sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri... (Surah ar Ra’du : 11)

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Universiti al Azhar
Mujahidazhar.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal