13 November 2009

Dr Asri Didakwa Di Mahkamah Hari Ini


Terbaca artikel di dalam blog Zulkifli Nordin..

Dimaklumkan bahawa Sahibul Fadhilah Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Perlis dan pensyarah Universiti Sains Malaysia akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Rabu 01 Zulhijjah 1430 / 18 November 2009 jam 09.00am atas dakwaan dibawah Seksyen 118/119 Enakmen Jenayah Syariah Selangor Darul Ehsan kerana mengajar tanpa tauliah.

Ulasan :

Ini kes di Selangor.. Di Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) bertegas dengan tauliah.. Kalau saya, saya sangat MENYOKONG penetepatan tauliah ini. TETAPI, pastikan ia tidak didasari dengan politik yang kotor.. dan fikrah yang betul.

Di dalam isu Dr Asri, beliau selama ini telah memecahbelahkan masyarakat di Malaysia dengan slogan "bid'ah" yang tidak sudah-sudah. Hakikatnya habis masyarakat pecah belah, dan orang awam semakin berminat menghentam dan menghina Imam Mazhab, dan ulama-ulama.

Fakta ini bukanlah tuduhan semata-mata. Semua orang tahu. Inilah hasil perjuangan Dr Asri selama ini. Kalau orang mempertikaikan saya "kenapa mengecam seorang ulama seperti Dr Asri?" Maka saya menjawab, "kenapa pula dia menghina lebih dari seorang ulama?"...

Kalaulah dia seorang yang berilmu, habis.. ulama-ulama lain itu tidak berilmu kah? Seolah-olah ulama-ulama ini mengajar sesuatu yang sesat kepada kita..

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal