12 November 2009

En Jamil Takut Keluar Dari Kereta

Pada Hari Ahad, 8 November, selepas Isya bertempat di hadapan Wisma Darul Ridzuan. Berlaku satu insiden yang menampakkan ketakutan En Jamil Pengarah JPMK. Pada malam tersebut, dua orang pegawai wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak akan berangkat pulang ke Malaysia setelah beberapa hari bertugas memantau penyelenggaraan Rumah Perak.

Di kesempatan yang ada, En Jamil berkeinginan untuk mengirimkan hadiah cenderahati kepada beberapa orang ternama di Malaysia seperti Mufti Perak sendiri. Lalu hadiah tersebut ingin dikirimkan melalui dua orang pegawai ini.

Setibanya di hadapan Rumah Perak, beliau tidak berganjak dari kerusi keretanya. Tidak berani keluar dari kereta. Sebab apa? Kebetulan ketika itu Us Farhan bin Mazlan berada di situ untuk menjemput isterinya..

Lalu En Jamil menghubungi YDP Perak untuk mengambil hadiah tersebut darinya yang duk nyuruk dalam kereta.. Malangnya YDP Perak ketika itu sedang berada di tempat lain, dan dalam perjalanan ke Rumah Perak. Maka, beliau terpaksa menunggu beberapa ketika menanti kehadiran YDP Perak untuk mengambil hadiah tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal