29 April 2010

4 Orang Pelajar Pergigian Tidak Dibenar Masuk Peperiksaan.. Sedih..


Salah seorang daripada 4 pelajar pergigian telah memberitahu saya tentang beberapa masalah yang mereka hadapi. Lalu, untuk mengelakkan kehabisan kredit, saya meminta dia menulis di atas kertas. Ada dua masalah yang dihadapi oleh mereka.

Kertas pertama ialah tentang "nasib" mereka yang masih lagi tidak dibenarkan masuk peperiksaan. Masalah telah diadu kepada JPMK sendiri, dan mereka mengalami pengalaman pahit dalam berurusan dengan JPMK. Ini akan saya terangkan di dalam post selepas ini, iaitu kandungan kertas kedua.

Kertas pertama dulu..

Pada 19 atau 20 Januari (tidak pasti), telah diadakan satu pertemuan di antara Pelajar Pergigian, Pengurus Program Malaysian Dental Program dan Pengurusan Pelajar Waifidn, di Kelas Pelajar Malaysia, Kuliah Tibb Asnan jam 11 pagi.

Di dalam pertemuan tersebut, dimaklumkan oleh pihak Universiti bahawa peperiksaan yang sepatutnya diadakan pada 21 Januari telah ditunda ke Bulan Februari disebabkan fail maklumat pelajar masih belum sampai ke pihak Universiti.

Maka, hasilnya seramai 81 orang pelajar pergigian terkandas daripada mengambil peperiksaan.

Setelah tibanya fail tersebut ke pihak Universiti, mereka telah ditapis. Seramai 10 orang pelajar melepasi gred 95 %. Semakan kali kedua dilakukan dan 77 (termasuk 10 orang tadi) orang telah melepasi gred 86 atau 85 %, seperimana yang dikatakan oleh Pengurus Program Malaysian Dental Program. Maka berbaki seramai 4 orang terkandas lagi.

Setelah itu, 4 orang ini pergi menemui Dr Mervet (Pengurus Program) untuk bertanya status kelayakan mereka untuk memasuki peperiksaan. Itupun setelah peperiksaan Bulan Februari berlangsung. Atau dengan kata lain, satu subjek mereka tak masuk, iaitu subjek Zoologi.

Setelah itu, mereka menelefon En Sulaiman Pegawai JPMK untuk mengadu tentang hal ini. Beliau memberikan nombor telefon Prof Jamil. Ketika itu Prof Jamil mengatakan "dalam proses".

Lalu, mereka menghubungi pula En Khairi beberapa kali. Sehingga jam 9.30 malam, jawapan masih sama, iaitu "dalam proses".

Perkara yang sama berulang kembali. Peperiksaan subjek Fizik yang diadakan 2 hari selepas itu menyaksikan perkara yang sama. Mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Apabila En Sulaiman dihubungi, dia memberitahu bahawa dia akan ke al Azhar.

Lalu, mereka memaklumkan kepada Dr Mervet dan Dr Eatmad (Dekan) tentang kunjungan tersebut. Tunggu dan terus menunggu, rupa-rupanya memang En Sulaiman tak datang-datang. Ia berulang kembali pada keesokan harinya. Sedih..

Dr Mervet memberitahu mereka bahawa "korang boleh ambil periksa daur thani bulan Ogos ni.." (dia cakap dalam Bahasa Mesir..)

Inilah kesudahannya. Terpaksa membuang karan selama satu sesi kerana masalah nama mereka. Mereka tidak dibenarkan masuk exam sem 1, dan kelas sem 2. Kelas pun tak dapat masuk.

Inilah yang telah diadaptasi daripada catitan salah seorang daripada 4 orang ini. Semoga pihak JPMK dapat menyelesaikan perkara ini. Semoga JPMK selepas ini boleh membela hak mahasiswa. Tak tahulah kalau saya ini dianggap berpolitik kerana memperjuangkan hak mahasiswa.. Terpulanglah. Kembalikan hak kepada mereka yang berhak

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal