24 April 2010

Penghapusan DPM, Pasti Ada Tangan-tangan "Gelap"


Siang tadi 11 tengahari (lebih kurang), telah diadakan Muktamar Wafidin di Mansurah. Ia berpunca daripada ura-ura yang mengatakan bahawa semua wafidin (mahasiswa bukan berbangsa Arab) akan dipindahkan ke Kaherah. Atau dengan kata lain, "tiada Pelajar Melayu di Muhafazah.

Tahniah diucapkan kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah yang menjadi salah satu pertubuhan yang mewakili mahasiswa Melayu untuk berbahas di dalam muktamar tersebut. Muktamar ini telah dianjurkan oleh al Azhar sendiri, untuk menilai semula kesesuaian mahasiswa wafidin untuk ditempatkan di Kaherah sahaja.

Berita-berita ini boleh dibaca di dalam (link)

Persoalan yang ingin saya timbulkan ialah, siapakah yang menjadi dalang untuk memindahkan semua wafidin ke Kaherah? Adakah ia benar-benar di bawah Majlis Mesyuarat al Azhar? Atau ada tangan-tangan di belakang?

Antara yang terlibat sebagai "orang atas pentas" di dalam muktamar ini ialah Bahagian Pengurusan Wafidin (syu'un wafidin) dari al Azhar Kaherah. Kalau tak salah saya, namanya ialah En Fauzi (orang Mesir). Manakala kehadiran para Masyaeikh di dalam muktamar ini kurang kelihatan. Lebih kepada perbahasan dengan pihak pengurusan.

Muktamar ini dihadiri oleh semua jenis manusia, bukan Melayu sahaja. Senegal, Indonesia dan lain-lain turut mengambil tempat dalam menyatakan "keengganan" mereka untuk dipusatkan di Kaherah.

Apa pandangan saya? Sebelum memberi pandangan, satu perkara yang patut diketahui ialah "apabila hari sudah cerah, bermakna matahari sudah terbit". Ia bermaksud, "sudah pasti ada tangan belakang" yang merancang semua ini. Siapakah mereka? Allah lebih mengetahui.

Apabila dilontarkan persoalan tentang ini, En Fauzi cuba mengelak untuk memberitahu siapakah dalangnya. Semua hadirin menjadi saksi. Nampak seperti disenyapkan, kerana ia adalah satu perancangan licik daripada pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan nama baik al Azhar.

Saya boleh bagi contoh, "siapakah dalang yang memansuhkan mu'adalah?" Adakah benar-benar hasil perbincangan al Azhar, atau ada tangan-tangan yang cuba melenyapkan ulama Melayu keluaran al Azhar? Cuba fikir-fikirkan.

Ingat, sepertimana yang saya sebutkan, hak mahasiswa semakin dinafikan. Perancangan untuk menafikan hak tersebut, bukanlah setahun dua, bahkan belasan tahun. Isu ini mungkin perancangan fasa ke 5. Lihat, fasa apakah yang akan dilakukan oleh mereka selepas ini

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Sautul Nahdhoh on April 25, 2010 at 12:41 AM said...

yup...memang..memang syuun wafidin 2 namanya encik fauzi...apabila di desak untuk nyatakan adakah perancangan ini dari Majlis Al Azhar atau "tangan2 busuk" , kelihatan encik fauzi terpaksa berbincang dgn beberapa org...selepas itu mereka mengatakan ia dari Imam Akbar Al Azhar Syeikh Ahmad Tayyib.....adakah konspirasi dari "tangan2 busuk"?

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal