26 April 2010

Khairi JPMK Tarik Diri Dari Berdebat Di Pentas Mahasiswa

Satu penilaian dari perspektif sebagai seorang mahasiswa. Iaitu tentang isu penarikan diri oleh Khairi Jalalludin daripada ber"wacana" di pentas mahasiswa. Pada 24 April lalu, SUARA telah mengadakan satu wacana minda yang bertajuk "Mahasiswa Timur Tengah, Peranan Dan Cabaran"

Malangnya, Khairi telah menarik diri di saat-saat akhir daripada berwacana secara terbuka dalam mengeluarkan idea dalam isu ini. Adakah ini ceramah politik? Tidak. SUARA telah menjemput beberapa panel secara terbuka sepertimana yang tertera pada iklan di bawah ini.

Iklan asal


Ditukarkan kepada


Tetapi malangnya, wacana minda ini terpaksa ditukarkan kepada cerama umum kerana beliau menarik diri. Entah kenapa. Tetapi, bagi saya, tidak hairanlah untuk pegawai JPMK melakukan sedemikian rupa.

Sebelum ini, beberapa jemputan untuk mendesak pegawai JPMK untuk turun berdialog dengan mahasiswa tentang isu Kutub Sittah, yang langsung tiada kaitan dengan politik. Tetapi sehingga sekarang, Prof Jamil masih lagi takut untuk berhadapan dengan mahasiswa.

Pernah satu ketika, En Zul menyampaikan ucapan di Rumah Selangor. Tetapi malangnya ayat-ayat yang beliau putarkan di sana, mendapat sambutan yang "sungguh tak menarik" kerana cuba memesongkan beberapa kenyataan. Ahli Selangor saksinya.

Ya, pegawai JPMK tidak akan berani untuk berucap dan berdialog di hadapan mahasiswa. Apa yang mereka berani, hanyalah menengking ahli di bilik masing-masing ketika mahasiswa datang untuk mendapatkan cop. Kalau tak tengking pun, sindir dan perli macam-macam.

Apabila dibaca dalam bidang tugas Pegawai JPMK, takda tertulis "perli" itu sebagai bidang tugas mereka. Entah. Cuma, desakan daripada DESAK, supaya Pengarah JPMK sendiri turun berdialog dengan mahasiswa, sehingga ke hari ini mereka masih kecut perut.

Sama sahaja dengan program anjuran SUARA yang saya kira ia cukup adil. Terdapat panel dari kalangan Parti Pembangkang, dan juga UMNO. Bahkan, pengerusi pun kita kenal dengan "kepartian"nya. Tetapi, kenapa masih tidak berani turun?

Ulasan oleh salah seorang mahasiswa berkenaan isu ini (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhari

1 comments:

Zinedine Zaiddin on April 28, 2010 at 2:23 PM said...

Teruskan perjuangan kalian..saya menyokong dari jauh

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal