26 April 2010

Terkini : Mesyuarat Wafidin Sedang Diadakan Di DPM Mansurah


Lagi berkenaan catatan seorang Pengerusi Mansurah di dalam blog beliau. Hangat dengan isu berkenaan Pemindahan Wafidin Ke Kaherah. Beliau memaklumkan bahawa pagi tadi telah diadakan perjumpaan bersama pihak kuliah..

Alhamdulillah pada pagi tadi (26hb Apr 2010) satu pertemuan telah diadakan bersama pihak kuliah bagi memaklumkan perjumpaan dengan amid pada esok hari. Naib Pengerusi I HEWI telah dapat berjumpa dengan amid kuliah banat , Us Zahimi telah berjumpa dengan wakil kuliah Lughah, dan wakil indonesia telah berjumpa dengan amid kuliah usuludin bagi memaklumkan pertemuan pada esok hari (27hb Apr 2010).

Baru sekejap tadi (jam 9.38 waktu lama - 10.38 waktu baru), saya menghubungi wakil Mansurah, mereka sedang mengadakan mesyuarat. Mesyuarat diadakan selepas isya tadi di DPM Mansurah. Sepertimana yang tertulis di dalam blog beliau..

InsyaAllah pada malam ini selepas solat Isyak akan di adakan perjumpaan bersama seluruh kepimpinan dan wakil mahasiswa wafidin yang berada di Mansurah. Beberapa perkara akan diperbincangkan bagi teknikal sebelum bertemu dengan amid kuliah pada keesokan hari. Namun ana tidak dapat pastikan maklum balas daripada wakil indonesia adakah perjumpaan pada hari esok bersama amid kuliah usuluddin diterima atau tidak, adapun Amid kuliah Banat dan Wakil Kuliah Lughah (banin) telah menerima dengan baik.

Sebanyak lebih kurang 12 buah negara akan berkumpul di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (dewan mahasiswa/wi Malaysia) bagi membincangkan hal ini. Tindakan susulan akan di maklumkan.

Sama-sama kita doakan agar hak mahasiswa terjamin, dan dipelihara oleh Allah SWT daripada tangan-tangan kotor mereka yang cuba menghapuskan DPM. DPM Mansurah sahaja nampak bersemangat dalam memperjuangkan isu ini. Mana pergi "jemaah-jemaah" lain? Dah takda suara...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal