26 April 2010

Akhawat Kita Dikacau Arab Di Waktu Siang


Tersebar di dalam YM.. satu insiden tentang kes "kacau" yang dilakukan oleh seorang "berbangsa Mesir".. offline mesej berbunyi :

Satu kes pelajar Terengganu di cabul di suk sayyarat H10 pada waktu asar sebentar tadi. Di harap kepada semua mahasiswi lebih berhati2 dlm perjalanan. Hubungi pihak yang terbabit seandai berlaku sebarang perkara yang tidak di ingini. Hargai keselamatan dan maruah anda. Ketua Operasi HISBAH PMRAM. 010-3799695

Baru sebentar tadi juga, saya menghubungi "pihak berkaitan" untuk mengesahkan apa yang terjadi. Beberapa maklumat yang diberitahu kepada saya seperti berikut :

4 orang mahasiswi Terengganu sedang berjalan di lorong suk sayyarat selepas Asar, lalu mereka melintas di hadapan "arab" tidak pasti bilangannya) Dikatakan bahawa arab itu adalah pelajar sekolah (remaja).. Lalu seorang daripada akhawat tadi disentuh secara kasar.. lalu melarikan diri. Akhawat-akhawat yang lain segera menelefon beberapa orang ikhwah, dan mereka tidak sempat untuk mengejar si mangkuk tersebut..

Begitulah lebih kurang ayatnya. Cuma, bukanlah berniat untuk menimbulkan lagi provokasi cerita ini. Mungkin terhadap kesilapan dalam fakta. Apa yang hendak disebutkan ialah :

1. Orang Mesir ni bukan semua bagus. Kengkadang akhawat kita merasa "orang Mesir ni takda apa-apa". Contohnya apabila dengan orang Melayu, punya la "melarikan diri". Tapi agak selamba dengan "orang Mesir". Maka, saya mengingatkan bahawa "manusia ini sama sahaja.." semuanya ada nafsu. Tapi bukan salahkan akhawat kita.

2. Peringatan dan ancaman keras kepada mereka yang dok gatal keluar malam tanpa musyrif. Kes ini berlaku waktu petang, dalam keadaan berjalan berkumpulan. Bayangan kalau jalan sorang diri, tanpa musyrif di waktu malam! Kalau nak tunjuk belagak sangat,.. try laa.

3. Presiden PMRAM sudah memaklumkan tempoh hari, sesiapa yang ingin membuat aduan tentang kes seperti ini, sila hubungi SEGERA beliau. Ini bertujuan melaporkan kes ini segera kepada pihak polis.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah Dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal