30 April 2010

JPMK Berhutang Lebih LE 40 000 Dengan Mahasiswa?


Sesi 2008/2009, pelajar yang tiba di bumi Mesir secara mengejut dikenakan bayaran LE 160 seorang oleh pihak JPMK. Lalu timbullah kekeliruan di peringkat USMB PMRAM dan BKAN atas peraturan baru ini.

JPMK memaklumkan bahawa bayaran di al Azhar untuk mahasiswa baru akan dibayar di JPMK, dan resit bayaran tersebut akan digunakan untuk berurusan di kuliah. Setelah dipersetujui di semua peringkat maka seramai 700 orang pelajar baru (statistik 2008/2009) membuat bayaran di Pejabat JPMK sebanyak LE 160.

Kemudian, setiap seorang akan menerima 2 resit. Satu resit bernilai LE 60 yang digunakan untuk urusan kuliah, dan LE 100 untuk urusan pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan setiap tahun.

Alhamdulillah, semua pelajar baru sesi tersebut berjaya membuat urusan kuliah dengan menggunakan resit tersebut, namun apabila ingin membuat pemeriksaan kesihatan, pihak Hospital (sebahagian besar) tidak menerima resit tersebut. Katanya "resit yang kamu beri ini tidak laku.."

Eh, .. kami dah bayar pada JPMK sebanyak 100 untuk pemeriksaan kesihatan sahaja.. Lebih 400 orang mengalami masalah resit yang tidak laku pada cawangan masing-masing. Selebihnya tiada masalah kerana pihak hospital di cawangan tersebut menerimanya.

Maka, pihak USMB PMRAM dan BKAN terpaksa meminta bayaran lebih daripada semua pelajar untuk menampung bayaran di pihak hospital yang tidak menerima ke"laku"an resit JPMK.

Timbul masalah apabila beberapa buah BKAN menuntut kembali LE 100 seorang dari pihak JPMK. Malangnya sudah beberapa kali pertemuan dan usaha yang dilakukan di peringkat BKAN masing-masing, masih lagi gagal menuntut LE 100 seorang sehingga sekarang.

Apabila dihitung-hitung, JPMK berhutang LE 100 dengan lebih 400 orang mahasiswa (berdasarkan anggaran). Maka, jumlahnya sebanyak LE 40 000. Semoga bayaran ini dapat diperjelaskan segera, dan semua BKAN dan beberapa DPM, sila tuntut hak anda segera. Mungkin mereka terlupa.. Terima kasih. WaLlahua'lam

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal