25 April 2010

Tangan Kotor Khairi JPMK - Kenyataan YDP Selangor


Kenyataan Rasmi YDP BKASM Terhadap Isu di Tanta

Baru-baru ini kita digemparkan dengan perkara yang boleh dilabelkan sebagai mencalar maruah mahasiswa/wi. Apa yang telah berlaku di Tanta baru-baru ini, ada di kalangan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah(JPMK) iaitu Encik Khairi Jalalluddin telah menuduh bahawa Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta, saudara Dzulhilmi Roslan menggunakan nama Kedutaan untuk membuat urusan bersama Amnu Daulah seolah-olah beliau wakil kedutaan di Tanta.

Saya berasa kesal dan hampa dengan sikap yang telah ditunjukkan ini. Menjadi kelaziman di setiap muhafazah, Pengerusi di setiap cawangan akan memaklumkan sebarang perkara yang berlaku di kawasan masing-masing kepada Amnu Daulah.

Sikap tuduhan melulu inilah antara punca-punca yang boleh menyebabkan perpecahan berlaku. Apatah lagi, apabila sikap ini ditonjolkan oleh pegawai yang dihantar ke Mesir bertujuan memantau serta menjaga kesejahteraan anak-anak Malaysia yang menuntut di Mesir.

Saya berharap dan memohon jasa baik Encik Khairi agar dapat memohon maaf kepada Pengerusi Tanta di atas tuduhan yang telah dilemparkan.

Akhirnya, Pengharapan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) kepada semua kakitangan yang bertanggungjawab ke atas seluruh anak-anak Malaysia di Mesir ini sama ada pihak JPMK ataupun mana-mana pegawai yang lain, agar dapat mendepani sebarang perkara yang berkaitan mahasiwa/wi dengan lebih bijaksana dan berhikmah. Semoga dengan ini,kita diberi kesejahteraan oleh Allah s.w.t.

Sekian.Wassalam.

“ JULANG DAKWAH, PERKASA UKHWAH , LESTARI UMMAH “

Abdul Muizz Bin Abdul Talib

YDP Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir 2009/2010.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal