27 April 2010

Jangan Bagi JPMK Padam Sejarah ARMA

Kepada En Zul dan semua pembaca blog ini.. Sepertimana yang sudah diketahui, En Zul dengan selambanya menafikan hak PMRAM, bahkan cuba memadamkan sejarah. Ingat, sejarah tidak mungkin boleh dipadam, seperti menghentikan bumi daripada berputar!

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat siapakah yang berhak untuk menggubal undang-undang ini? Di dalam buku undang-undang baru menyatakan seperti berikut...




Eh, sejak bila pula ia sudah bertukar? Siapakah sebenarnya yang berhak menggubal undang-undang ini?

Di dalam Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang ditandatangani oleh Duta Besar, Pengarah Jabatan Penuntut dan Yang Dipertua PMRAM.. dalam Bab 2, Ceraian 2.3 mengatakan bahawa dasar pentadbiran asrama diputuskan oleh satu jawatankuasa dan 3 daripada mereka adalah wakil PMRAM

Insya Allah, saya akan cuba dapatkan dokumen asal daripada PMRAM. Bahkan di dalam dokumen ini juga sudah menyatakan tentang hak Anjung ARMA sebagai pejabat PMRAM.. Kita tengok nanti. Cuba kita tengok apa lagi yang ditulis bagi membutakan sejarah..


Eh, sejak bila pula sejarah berputar seperti ini? Sejak bila pula Kerajaan Malaysia mendapat hadiah tanah daripada Kerajaan Mesir? Adakah secara tiba-tiba sahaja Kerajaan Mesir diberi hidayah untuk memberikan sebidang tanah kepada kerajaan luar? Kenapakah keterlibatan ahli PMRAM dalam Perang Tiga Segi dipadam daripada catatan ini?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal